ENJIN CARIAN BAHAN

Memuatkan ...

Jumaat, 13 November 2009

Satu Kisah Tentang ‘MALAS’

Adakah anda seorang yang pemalas? Saya ada terbaca satu kisah yang sangat lucu tentang ‘malas’…begini ceritanya…………

Al-kisah…pada masa dahulu, ada sebuah kampung di mana semua rakyatnya amat RAJIN belaka tidak ada yang malas.

Jadi pada suatu hari, rajanya membuat pengumuman hendak mencari seorang yang malas. Semasa perhimpunan itu, adalah seorang lelaki mengaku,

Katanya : “Saya adalah yang paling malas”

Raja pun bertanya : “Apa tahap malas awak?”

Lalu jawab lelaki tersebut :“Kalau saya hendak makan,ada orang yang menyuapkan saya”.

Tiba-tiba datang seorang lelaki lagi : “Saya lebih malas lagi dari dia tuanku”.

Tuanku pun bertanya kepadanya : “Sampai mana pulak tahap malas awak?”

Maka jawabnya : “Kalau saya makanpun, sampai ada orang tolong kunyahkan”.

Maka raja pun terdiam? Ada juga orang yang macam ni, katanya dalam hati.

Tiba-tiba, tanpa disangka2 datang seorang budak lelaki datang kepadanya sambil berkata:

“Saya adalah yang paling malas tuanku”.

Raja pun bertanya, : “Haa bagaimana pula tahap kemalasan awak?”

Budak itu pun menjawab dengan selambanya: “NAK CITER PUN MALAS DAA…”

kwang… kwang… kwang

Selamat berusaha untuk kejayaan STPM 2009 dan Sejarah mesti A ( Insyaallah )……..Jangan malas-malas yer. :)

Pengajarannya :

MALAS penghalang kepada kejayaan! Jadi, jangan jadi pemalas kalau nak berjaya.

[ SOKONG BLOG INI, SILA SIGN BUKU PELAWAT ]

1 ulasan:

...Nur iNsAn... berkata...

salam cikgu...mohon izin copy entry ni tuk blog sy yew.. tuk dijadikn pedoman=)... terima ksih...

Related Posts with Thumbnails

PENYOKONG BLOG SEJARAH

PENAFIAN :

Penulis blog tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan, kerugian atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada mana-mana bahagian dalam laman blog ini. Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster dan/atau Lain-Lain Penulis.