ENJIN CARIAN BAHAN

Selasa, 25 Ogos 2009

TAMADUN DUNIA : TEMA 1- KEMUNCULAN SISTEM TULISAN TAMADUN AWAL

Jelaskan faktor kemunculan sistem tulisan dengan merujuk kepada contoh – contoh yang terdapat dalam tamadun awal.

A. PENGENALAN.

  1. Penciptaan tulisan merupakan satu pencapaian yang besar manusia untuk menghadapi cabaran – cabaran baru dalam kehidupan manusia yang semakin kompleks. Penggunaan tulisan dapat memenuhi keperluan manusia dalam bidang pentadbiran kerajaan, pengutipan cukai, perdagangan, kesenian, keagamaan dan kesusasteraan.

  2. Penggunaan sistem tulisan adalah hasil penciptaan golongan paderi. Di Mesopotamia sistem tulisan bermula dengan pembinaan rumah berhala yang besar dan merupakan kunci perkembangan tamadun Mesopotamia. Tulisan – tulisan ini berkait rapat dengan sistem kerajaan teokrasi yang wujud di kota – kota Mesopotamia. Ia menjelaskan sistem teokrasi yang dijalankan oleh golongan paderi dengan kuasa mutlak untuk menguruskan pentadbiran, pengendalian ekonomi dan pertanian. Di samping itu, tulisan digunakan untuk merekod akaun terutamanya pengutipan cukai daripada golongan rakyat.

  3. Latar belakang tamadun awal berkaitan tulisan.

B. ISI – ISI PENTING.

1. Kemunculan sistem tulisan berkait rapat dengan kelahiran bandar – bandar dan kota di Lembah Nil dan Lembah Tigris – Eupretes. Bukti – bukti tulisan ditemui di Nippur (Mesopotamia ) yang dikenali tulisan Cuneiform, di Memphis dan Thebes (Mesir ) iaitu tulisan Hieroglyphic ( Heroglif ) yang digunakan untuk perhiasan dan kesenian monumen seperti piramid. Selain tulisan Heroglif terdapat juga tulisan Hieratic yang tergolong dalam kumpulan inskripsi papryus dan tulisan demotic.

2. Penciptaan tulisan juga berkait rapat dengan perkembangan perdagangan jarak jauh misalnya antara tamadun Sumeria dengan Mohenjo – Daro dan Harappa. Tulisan membolehkan pedagang merekodkan sesuatu pembelian dan penjualan serta menandakan hak kepunyaan ( stamp seals ) yang menunjukan nama – nama saudagar.

3. Masyarakat bertamadun mendorong wujudnya kerajaan dan pentadbiran, perdagangan, pembinaan monumen dan peraturan – peraturan serta adat istiadat sosial yang diperlu dijadikan dokumen bertulis. Peraturan dan undang – undang ini telah dicatatkan dalam undang – undang Hamurabi iaitu seorang raja Babylon. Undang – undang Hamurabi ini pada asalnya merupakan penyusunan undang – undang kuno Sumeria yang menjelaskan usaha pemerintah untuk melicinkan pentadbiran perundangan.

4. Sistem tulisan Heroglif di Mesir adalah dipengaruhi oleh Tamadun Sumeria. Di Mesir penggunaan tulisan bukan sahaja tertakluk kepada semata – mata keperluan agama tetapi ianya juga dipergunakan untuk merekodkan hal kehidupan biasa dan peristiwa – peristiwa sejarah. Tulisan Heroglif banyak digunakan untuk mencatatkan pemerintahan Firaun dan ditemui di makam – makam Firaun.

5. Kemuculan tulisan ini juga disebabkan perkembangan bidang kesusasteraan dan keagamaan misalnya tulisan Cuneiform digunakan untuk menulis Creation Epic, Epik Gilgamesh dan Kod Undang – undang Hammurabi.

C. KESIMPULAN:

Penciptaan tulisan merupakan usaha manusia untuk mengatasi cabaran – cabaran tertentu dalam masyarakat mereka akibat daripada perubahan – perubahan ekonomi, agama dan pentadbiran. Sistem tulisan di Mesir, Mesopotamia dan China telah membantu ahli sejarah menggunakan dokumen – dokumen awal untuk memahami beberapa aspek sejarah dan pemikiran manusia pada masa itu.


[ SOKONG BLOG INI, SILA SIGN BUKU PELAWAT ]

4 ulasan:

rvindran berkata...

saya pelajar upper 6 dari sek men tinggi bukit mertajam,pulau pinang....cikgu merupakan sumber yg paling bagus utk saya...blog ini memang perfect...terima kasih

Aloy Paradoks berkata...

blog yg bagus. teruskan..

sitishuhada berkata...

asslmualaikum..sy ucpkn bnyk2 trima ksih krana adany blog ini..blog ini byk mmdahkan hmwrk sy..mklumat yg bgitu perfect..terima kasih..:-)

sitishuhada berkata...

asslmualaikum..sy ucpkn bnyk2 trima ksih krana adany blog ini..blog ini byk mmdahkan hmwrk sy..mklumat yg bgitu perfect..terima kasih..:-)

Related Posts with Thumbnails

PENYOKONG BLOG SEJARAH

PENAFIAN :

Penulis blog tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan, kerugian atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada mana-mana bahagian dalam laman blog ini. Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster dan/atau Lain-Lain Penulis.