ENJIN CARIAN BAHAN

Memuatkan ...

Rabu, 15 April 2009

Tips Menjadi Rajin.......

Anda rasa anda malas ? Berikut 5 tips mudah dan praktikal bagaimana boleh mengatasi sikap malas. Perasaan malas adalah lawan kepada sikap rajin. Ianya satu sikap negatif yang perlu diubati. Rasa-rasa anda, bagaimana ingin membuang sifat malas? Di sini saya senaraikan 5 tips yang boleh digunakan.

1. Tanya pada diri anda dan jawablah sejujurnya. Fikirkan sejenak mengenainya.

Apakah faedah daripada sikap malas aku ini?”

Faedah malas membaca..............

Faedah malas buat nota..............

Faedah malas buat latihan...........

Faedah malas ulangkaji..............

Faedah Malas.....Malas.....Malas............

2. Senaraikan kesan dan akibat sikap malas yang ada pada diri anda. Ini bertujuan untuk menyedarkan minda anda bahawa sikap ini tidak berfaedah langsung. Selain itu, ia membuat minda anda ‘sakit’ dengan sikap ini.

3. Kekalkan momentum kerajinan anda. Jika anda sedang melakukan sesuatu dan ingin berhenti berehat, pastikan anda berhenti tidak lama. Kekalkan momentum tersebut. Semakin lama anda berhenti atau berehat, semakin kurangnya semangat anda menerusnya.

4. Membayangkan kesan positif yang anda perolehi kesan daripada sikap rajin anda. Contohnya : Anda membayangkan anda mendapat keputusan yang cemerlang atas kerajinan anda, lalu anda mendapat 5 prinsipal A dalam STPM nanti. Huh ! Hebat ......Tak mustahil sebab pelajar DARY pernah buktikan ! Lagi....... Disayangi teman dan diminati ramai..Hoho.. :-P

5. Akhir sekali senaraikan mengapa anda ingin membuang sikap malas. Tampalkannya. Untuk berubah, manusia perlu mempunyai sebab. Jadi tuliskan sebab itu.

Jika anda ada tips tambahan, kongsi pendapat anda di ruang komen ya.

Selamat beramal dengan tips belajar. Hoho… :-)

[SOKONG BLOG INI, SILA SIGN BUKU PELAWAT]

DrInspirasi.com

5 ulasan:

mai berkata...

Thanks cikgu coz da sedarkan saya tntang sikap malas yang ada dlam diri saya yg ptut saya tanganINSYAALLAH saya akan cuba mengatasi sifat buruk saya.

hetty nur 6AS berkata...

time kasih.. nasihat yg diberi akan dituruti.. bkn malas tp kurang rajin je.. kalo tak malas tak fun lah hidup..

wAwA berkata...

iskk3...
b4 study mmg rase rajen nk study ckgu..
tp ble da ade dkat dpn buku..
trus down smgt trus...
jin ape enth yg mghst..;(

Cikgu Rashman berkata...

Hetty, malas sikit biasa tp kalau manjang malas penyakit. Senaraikan apa kelebihan malas...

Wawa, Huh...ada jin dalam badan tuh ?? jin malas kot.....senaraikan apa kelebihan sikap macam tuh....

Cikgu Rashman berkata...

Mai, selamat berhijrah kearah yang lebih baik....moga berjaya

Related Posts with Thumbnails

PENYOKONG BLOG SEJARAH

PENAFIAN :

Penulis blog tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan, kerugian atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada mana-mana bahagian dalam laman blog ini. Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster dan/atau Lain-Lain Penulis.