Bincangkan sumbangan kerajaan Khulafa’ Ar-Rasyidin dan kerajaan Bani Umayyah dalam membentuk organisasi ketenteraan yang unggul.
CONTOH JAWAPAN :
Pengenalan ( 3 markah)
1. Konsep organisasi ketenteraan dalam Islam
2. Sejarah penubuhan tentera dalam Islam
- Bermula pada zaman Nabi Muhammad s.a.w, apabila turun wahyu membenarkan umat Islam berperang, ketika hendak berhadapan dengan tentera Quraish Makkah dalam perang Badar.
3. Latar belakang Kerajaan Khulafa ar-Rasyidin
- Bermula selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w. Dipimpin empat orang sahabat, iaitu Abu Bakar, Umar, Uthman dan Ali.
4. Latar belakang Kerajaan Bani Umayyah
Isi : Sumbangan Pembentukan Organisasi Ketenteraan Islam ( 7 isi X 3=21 markah)
1. Penambahan Komposisi tentera
- Bilangan tentera Islam semakin meningkat dan pelbagai jenis
- Pada zaman Bani Umayyah, jenis tentera tetap telah bertambah dengan pembentukan pasukan infantri, kavalri dan tentera laut.
- Pasukan tentera laut ini terlibat dalam peperangan dengan kerajaan Sepanyol dan Eropah.
2. Kewujudan dua jenis tentera
- Terbahagi kepada dua, iaitu tentera darat dan laut
- Penubuhan angkatan tentera laut Islam berlaku setelah perluasan kuasa Islam telah sampai ke Syam, Mesir dan Iskandariah.
- Perkembangan terbaru kedudukan kekuasaan Islam memerlukan umat Islam mempunyai angkatan laut bagi menghadapi serangan Rom di Laut Mediterranean dan jihad Islam ke atas pulau – pulau di Laut Mediterranean.
- Oleh itu, pemerintah Islam mula menubuhkan angkatan tentera laut.
- Berikutan dengan penubuhan angkatan tentera laut maka muncul pelabuhan dan limbungan kapal untuk tujuan angkatan tentera Islam dan tujuan perdagangan.
3. Peningkatan teknologi dan peralatan tentera
- Menggunakan pedang, tombak, panah, perisai ,manjaniq, kuda, keldai dan kapal perang.
- Pada zaman Bani Umayyah telah wujud pasukan tentera laut.
- Pada zaman Muawiyah terdapat 1700 buah kapal perang yang dibina daripada kayu dan berpaku.
- Perindustrian kapal terletak di pantai Syria dan Mesir.
4. Mempelbagaikan taktik dan strategi ketenteraan
- Menyerang, mengepung, dan bertahan.
- Membina kubu, mewujudkan bandar-bandar tentera, dan menubuhkan badan perisik.
- Ketika zaman Khalifah Ali b. Abi Talib, telah membentuk kurdus atau batalion, dalam pasukan tentera sebagai usaha memantapkan lagi tentera Islam.
- Islam memperkenalkan penubuhan kem tentera dan bandar tentera.
- Bandar seperti Basrah, Fustat dan lain – lain ditubuhkan adalah untuk memenuhi keperluan tentera di samping pusat pentadbiran dan perdagangan.
- Pada zaman Bani Umayyah kaedah peperangan diperluas lagi dengan pembentukan pasukan kurdus (cohorts), jabatan perisikan, penggunaan peta dan serangan dari laut.
5. Kewujudan tentera bergaji
- Tentera dibayar gaji dan elaun
- Pada zaman Umar al-Khattab, dua kategori tentera telah dibentuk iaitu tentera bergaji dan sukarela.
- Satu jabatan khas telah ditubuhkan untuk menguruskan pembayaran gaji dan elaun tentera iaitu Diwan al-Jund.
- Pada zaman Umar al-Khattab, tentera Muhajirin dan Ansar yang senior dibayar sehingga 5000 dirham manakala tentera junior dibayar sehingga 2500 dirham.
- Pada zaman Bani Umayyah, tentera dibayar gaji. Contoh, pada zaman Muawiyah kadar gaji purata ialah sebanyak 1000 dirham setahun termasuk elaun keluarga.
- Pada masa ini sumber kerajaan mantap dan perlukan pasukan tetap untuk menyaingi tentera Rom atau Barat .
6. Menetapkan Status tentera
- Terdapat tentera tetap, tentera upahan dan tentera sukarela
7. Kepimpinan
- Pada zaman Khulafa al- Rasyiddin dan kerajaan Bani Umaiyah, khalifah tetap mengetuai peperangan.
- Tujuannya untuk menguruskan perkhidmatan tentera yang cekap dan berkesan.
- Pemerintah Islam memperkenalkan jabatan tentera atau Dewan Al-jund.
- Dalam aspek kepimpinan pula, pengurusan tentera dilakukan oleh kepimpinan tentera yang dilantik.
Kesimpulan (1 markah)
Kedua-dua kerajaan Islam ini telah berjaya mewujudkan organisasi ketenteraan Islam yang unggul dan hebat.Kejayaan ini terserlah dengan beberapa kejayaan tentera Islam meroboh dominasi jajahan dari tentera Rom dan Parsi.