-
Istilah agama dikenali sebagai religion dalam bahasa Inggeris yang berasal daripada perkataan Latin religare. Istilah agama dalam bahasa Melayu berasal daripada bahasa Sanskrit agama yang bermaksud jalan untuk memperolehi keredaan Tuhan dan kepercayaan pula adalah bermaksud sesuatu yang dianggap sebagai benar.
-
Agama merujuk kepada segala kepercayaan terhadap Tuhan, dewa dan roh nenek moyang serta kebaktian dan kewajipan yang berkaitan dengannya. Ahli-ahli sosiologi mentakrifkan agama sebagai satu sistem kepercayaan dan amalan di mana satu kelompok manusia mempunyai tafsiran dan gerak balas yang tersendiri terhadap apa yang dianggap suci atau kudus.
-
Masyarakat di Mohenjo-Daro dan Harappa atau Lembah Indus ini mempunyai tradisi keagamaan dan kepercayaan yang tersendiri. Penemuan mohor-mohor, patung dan bahan-bahan tembikar menunjukkan masyarakat di Lembah Indus ini telah mencapai kemajuan dalam aspek kerohanian. Kebanyakan daripada unsur-unsur kepercayaan dan agama masyarakat Mohenjo-Daro dan Harappa ini telah diwarisi dan diamalkan oleh masyarakat Hindu pada masa kini dan ini menunjukkan bahawa bahawa masyarakat tamadun ini telah meninggalkan satu impak yang mendalam dalam aspek agama dan kepercayaan
-
Latar belakang tamadun Mohenjo-Daro dan Harappa ( Lembah Indus )
Isi-isi ( 5 isi x 4 markah = 20 markah )
- Kepercayaan Politeisme
Masyarakat tamadun ini mengamalkan kepercayaan politeisme iaitu percaya kepada banyak tuhan. Sebagai contohnya, mereka menyembah banyak dewa-dewi dan dewa-dewi ini mempunyai kedudukan yang berlainan serta mewakili pelbagai fenomena alam seperti langit, bumi, air, api, bintang dan tumbuh-tumbuhan.
- Penyembahan Dewi Ibu
Huraikan tentang agama dan kepercayaan yang diamalkan oleh masyarakat Tamadun Mohenjo-Daro dan Harappa ( Lembah Indus ).
Pendahuluan (3 markah)
Menurut Sir John Marshal, kepercayaan masyarakat yang paling popular dalam tamadun ini ialah penyembahan Dewi Ibu dan hal ini dapat dibuktikan dengan penemuan-penemuan patung-patung wanita di kawasan ini dan juga di selatan Baluchistan dan Lembah Zhob. Patung-patung wanita ini juga turut ditemui di Elam, Mesopotamia, Transcopia, Asia Kecil, Syria dan Palestin dan ini menunjukkan bahawa amalan ini turut tersebar luas di banyak kawasan. Amalan penyembahan Dewi Ibu ini mempunyai pengaruh yang amat mendalam di kalangan masyarakat India.
Dewi Ibu dianggap proto prakriti ( tenaga kosmik ) dan sebahagian daripada jiwa kosmik ( Purusha ). Kepercayaan ini juga terdapat dalam kalangan masyarakat yang mengamalkan amalan nasab ibu ( matriarchal ). Amalan penyembahan Dewi Ibu ini juga telah meletakkan asas bagi penyembahan saktisme.
- Penyembahan Dewa Siva
Penemuan sebuah mohor oleh Dr. E. Mackay pada tahun 1930 membuktikan bahawa terdapat amalan penyembahan Dewa Shiva dalam masyarakat tamadun Mohenjo-Daro dan Harappa atau Tamadun Lembah Indus ini. Gambar dalam mohor ini menunjukkan seorang sedang duduk bersila dalam keadaan membuat yoga dan dia mempunyai tiga tanduk dan kepala. Tangannya dipenuhi gelang dan disekelilingnya terdapat beberapa ekor binatang seperti gajah, harimau, kerbau dan dua ekor rusa.
Sir John Marshall mentafsirkan dewa berkepala tiga dalam gambar dalam mohor ini sebagai lambang Proto Shiva. Tiga kepala atau muka itu adalah mewakili konsep Trimurthi dan ianya melambangkan tiga fungsi utama Dewa Shiva iaitu penciptaan, pemeliharaan dan pemusnahan.
Mohor ini juga melambangkan konsep Mahayogi dan Mahatapah yakni Dewa Shiva ialah ketua bagi para yogi. Hal ini menunjukkan bahawa yoga adalah berasal daripada masayarakat di Lembah Indus. Mohor ini juga dikaitkan dengan konsep Pasupati yang merupakan asas kepada falsafah Saivisme dan menurut falsafah ini, Tuhan adalah ketua bagi semua jiwa. Manusia yang terdapat dalam lambang ini ditafsirkan sebagai Pati manakala binatang-binatang yang terdapat disekelilingnya dilambangkan sebagai Pasu.
- Penyembahan Lingam dan Yoni
Penyembahan Lingam dan Yoni merupakan satu lagi bentuk kepercayaan di Lembah Indus. Lingam ialah simbol Dewa Shiva dan Yoni adalah simbol Dewi Ibu. Penemuan batu-batu yang berbentuk kon di Mohenjo-Daro dan Harappa membuktikan kewujudan penyembahan Lingam. Para sarjana mengaitkan objek-objek berbentuk Lingam ini dengan mohor yang mempunyai lambang proto Shiva. Sementara itu, penemuan batu-batu yang berbentuk gelang yang besar melambangkan Yoni yang merupakan simbol Dewi Ibu.
- Penyembahan Pokok
Terdapat juga amalan penyembahan pokok dalam masyarakat di Lembah Indus di mana hal ini dapat dibuktikan dengan penemuan mohor-mohor yang mempunyai lambang pokok Pipal dan Acacia di Mohenjo-Daro dan Harappa. Pokok Pipal Dan Acacia ini diatakan sebagai tempat tinggal dewa-dewi. Selain daripada pokok-pokok itu, pokok Udumbura, Bilva, Nimba dan Thulasi juga dianggap suci.
Menurut Sastri, pokok Pipal adalah merupakan pokok yang paling suci dan ia melambangkan ilmu pengetahuan manakala pokok Acacia pula melambangkan jiwa. Dipercayai seseorang yang meletakkan atau mengikat daun pokok tersebut di kepala akan memperolehi ilmu. Sebilangan besar mohor-mohor yang ditemui di Mohenjo-Daro dan Harappa menunjukkan Dewa Pipal berdiri di bawah pokok tersebut. Dewa Pipal dikatakan sebagai ketua bagi semua dewa orang Indus dan penyembahan Dewa Pipal amat popular dan meluas di kalangan masyarakat di Lembah Indus.
- Upacara Mandi Ritual
Upacara mandi ritual diamalkan di Mohenjo-Daro di bawah pengawasan golongan pendeta. Kepentingan upacara mandi ritual ini dapat dibuktikan dengan kewujudan kolam mandi Great Bath yang dilengkapi dengan bilik-bilik kecil dan dewan bertiang. Kewujudan bilik air dengan salur keluar di kebanyakan kediaman merupakan satu lagi bukti amalan mandi ritual telah dipraktikkan di Lembah Indus. Upacara mandi ritual diadakan untuk menjaga kebersihan dan kesucian dan menghalau roh-roh jahat.
- Tarian Ritual
Di Lembah Indus juga terdapat amalan tarian ritual. Penemuan patung gangsa yang menunjukkan seorang perempuan sedang menari membuktikan kewujudan amalan tarian ritual ini.
- Upacara Pengebumian
Masyarakat Lembah Indus terutamanya di Mohenjo-Daro dan Harappa juga percaya kepada kehidupan selepas mati. Dalam hal ini, masyarakat ini mengebumikan mayat dengan berhati-hati di mana kepala dihalakan ke timur dan kaki menghala ke arah selatan. Upacara ini juga disertakan dengan barang-barang pengebumian seperti makanan dan senjata. Kajian oleh ahli sejarawan juga menunjukkan amalan membakar mayat dan membuang abu ke sungai sepertimana yang berlaku dalam masyarakat di Harappa.
Kesimpulan ( 2 Markah )
Masyarakat di Lembah Indus terutamanya di Mohenjo-Daro dan Harappa mempunyai kepercayaan dan agama yang unuk dan tersendiri. Dalam hal ini banyak kepercayaan masyarakat ini seperti penyembahan Dewi Ibu dan Dewa Shiva telah diwarisi dan diamalkan oleh orang India sehingga sekarang. Kewujudan pelbagai agama dan kepercayaan menunjukkan masyarakat di Lembah Indus ini telah mencapai kemajuan dalam aspek kerohanian dan idea keagamaan masyarakat ini telah tersebar ke kawasan lain seperti ke Mesopotamia.
* Apa sahaja kesimpulan yang sesuai
Tiada ulasan:
Catat Ulasan