ENJIN CARIAN BAHAN

Sabtu, 25 September 2010

SEJARAH 1 - PERCUBAAN JOHOR 2010(SKEMA DISEDIAKAN)

SEJARAH KERTAS 1

(TAMADUN DUNIA HINGGA TAHUN 1800)

JABATAN PELAJARAN NEGERI JOHOR

SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA

[PEPERIKSAAN PERCUBAAN 2010]

BAHAGIAN A

1. Bincangkan faktor-faktor yang mempengaruhi pembinaan petempatan tamadun-tamadun awal manusia.

2. Dengan merujuk kepada tamadun Mesopotamia, Mesir dan China bincangkan peranan raja dalam sistem pemerintahan tamadun-tamadun awal.

3. Bincangkan idea-idea Kautilya dalam karyanya Arthasastra untuk membantu pemerintah mengukuhkan kuasa.

4. Berikan maksud kapitalisme dan jelaskan faktor-faktor yang membawa kepada perkembangan sistem kapitalisme di Eropah sehingga abad ke-18 Masihi.

5. Jelaskan peranan sistem tulisan dalam masyarakat tamadun awal manusia.

6. Terangkan sumbangan Confucious dalam perkembangan tamadun China.

7. Nilaikan sumbangan Cheng Ho dalam perkembangan tamadun manusia.

8. Buatkan perbandingan objektif dan pelaksanaan sistem pendidikan di Athens dan Sparta.

Bahagian B

9. Huraikan kepentingan hijrah dalam perkembangan Islam pada zaman Rasulullah s.a.w di Madinah.

10. Jelaskan kandungan piagam Madinah dan implikasinya kepada penyelesaian sosio-politik masyarakat di Madinah.

11. Penerimaan Rasulullah s.a.w terhadap Perjanjian Hudaibiyah telah menimbulkan pelbagai reaksi di kalangan umat Islam. Jelaskan syarat-syarat perjanjian dan bagaimanakah perjanjian tersebut merupakan kemenangan yang nyata di pihak Islam.

12. “Membayar zakat adalah diwajibkan ke atas umat Islam”. Bincangkan sejarah, fungsi dan pelaksanaan zakat dari zaman Rasulullah s.a.w hingga zaman Bani Umaiyah.

13. Bincangkan matlamat dan prinsip pendidikan Islam di Alam Melayu sebelum abad ke-18M.

14. Huraikan sejarah kemunculan mazhab-mazhab dalam Islam serta nyatakan faktor-faktor yang membawa kepada kemunculan mazhab-mazhab tersebut.

15. Bandingkan matlamat penjelajahan dan penerokaan di antara masyarakat Islam dan Barat pada abad ke-15-16 Masihi.

16. Huraikan asas-asas pembinaan tamadun menurut Islam dan Barat.

Sumbangan : Sarifah Othman

   SKEMA JAWAPAN (Sila download-Klik sini)

[ SOKONG BLOG INI, SILA SIGN BUKU PELAWAT ]

5 ulasan:

rasajiwa berkata...

salam.. trial johor utk kertas 2 ada tak? lg bagus kalau disertakan sekali dgn skema jawapan utk kertas 1 dan kertas 2. tq

Cikgu Rashman berkata...

setakat ni tu jer yang ada. ramai yang hanya bagi soalan saja. skema tak bagi. saya tak boleh buat apa. orang tak mahu bagi. jika ada, saya akan publish untuk semua.

rasajiwa berkata...

soalan trial dari negeri saya.. perlis.


Bahagian A

1. Huraikan kesan2 kehidupan masyarakat Zaman Neolitik kepada perkembangan tamadun awal manusia.
2. Bincangkan ciri2 sistem pemerintahan beraja di Alam Melayu.
3. Bincangkan sumbangan Kautilya dalam bidang ketenteraan pada Zaman India Klasik.
4. Huraikan perubahan2 dlm sejarah dunia yg berpunca daripada pencapaian peneroka2 Sepanyol dan Portugis pada abad ke-15 dan 16 M.
5. Pendidikan menjadi pemangkin kpd perkembangan tamadun. Nilaikan peranan institusi pendidikan di Alam Melayu.
6. Bincangkan sumbangan dan pencapaian masyarakat Yunani dalam bidang matematik.
7. Bandingkan objektif P & P antara tamadun China dan Islam.
8. Jelaskan ciri2 seni bina menurut pandangan Barat dan Islam.
9. Jelaskan perubahan2 yang berlaku dlm masyarakat Arab selepas kedatanga Islam.

Bahagian B

10. Piagam Madinah merupakan piagam bertulis yg pertama memenuhi syarat2 perlembagaan. Huraikan kepentingan Piagam Madinah kpd pembangunan meayarakat Madinah.

11. Jelaskan peristiwa Perang Uhud dan kesan-kesannya kpd umat Islam dan Musyrikin Mekah.

12. Bincangkan sumber2 baitulmal dan peranannya kpd ekonomi umat Islam.

13. Huraikan kurikulum pendidikan yg dilaksanakan pada zaman Nabi Muhammad S.A.W.

14. Jelaskan sumber ilmu menurut tamadun Islam dan tamadun Barat.

15. Bincangkan matlamat P & P Ibnu Batutta pada abad ke 10M hingga abad ke 14M. Nilaikan sumbangan beliau dlm bidang tersebut.

16. Bincangkan pencapaian dlm bidang seni bina pada zaman kerajaan Bani Umayyah.

rasajiwa berkata...

kertas 2 negeri perlis

Bahagian A

1. Bincangkan sistem politik masyarakat Melayu tradisional sebelum campur tangan British.

2. Jelaskan peristiwa2 penting yg berlaku di Perak dan Selangor yg membawa kpd campur tangan British pd tahun 1874.

3. Huraikan faktor2 yg mempengaruhi perusahaan getah di Tanah Melayu sehingga Perang Dunia Kedua.

4. Bincangkan dasar politik, sosial, dan ekonomi Jepun di Tanah Melayu antara tahun 1942 hingga tahun 1945.

5. Jelaskan faktor2 yg membawa kpd penyertaan Sabah dan Sarawak dlm Persekutuan Malaysia 1963.

6. Huraikan sistem pemerintahan Malaysia dari tahun 1957 hingga tahun 1963.

Bahagian B

7. Bincangkan adat yg diamalkan oleh masyarakat di China dan India sebelum kedatangan Barat.

8. Bincangkan dasar pengilhakan British di India dan Perancis di IndoChina pd abad ke-19.

9. Bandingkan kesan2 Perjanjian Nanking 1842 di China dan Perjanjian Kanagawa 1854 di Jepun.

10. Huraikan langkah2 pemodenan yg dijalankan oleh Maharaja Meiji (1868-1912) dan Raja Chulalongkorn (1868-1910) di Jepun dan Siam.

11. Bincangkan peranan golongan pelajar dlm Gerakan 4 Mei 1919 di China dan peranan golongan Thakin di Myanmar dari tahun 1936 sehingga Perang Dunia Kedua.

12. Bincangkan faktor2 yg membawa kpd meletusnya Revolusi China 1911 dan Revolusi Siam 1932.

Tanpa Nama berkata...

cikgu kalu saya study soalan ramalan maktab adabi gaya pos ok x?????? saya risau xkene plakkk...emmmmmm..

Related Posts with Thumbnails

PENYOKONG BLOG SEJARAH

PENAFIAN :

Penulis blog tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan, kerugian atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada mana-mana bahagian dalam laman blog ini. Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster dan/atau Lain-Lain Penulis.