ENJIN CARIAN BAHAN

Isnin, 16 Ogos 2010

PEPERIKSAAN PERCUBAAN STPM 2010

image Tarikh yang ditunggu telah tiba. MInggu Peperiksaan Percubaan STPM akan anda harungi minggu ini hingga minggu hadapan. Tadi , 16/8/2010  peperiksaan Sejarah 2 telah pun selesai. Nampak bersemangat anda buat persediaan . Hingga saat nak masuk dewan periksa pun masih pegang nota. Huh !……. apa maknanya ??  Nampak Ajwad, Sharol, Fakhri, dll …. baca dengan penuh khusyuk. Bagus……  Harap anda semua boleh jawab soalan Sejarah 2 tadi.

Seterusnya, esok 17/08/2010 peperiksaan Kertas Sejarah 1 akan berlangsung. Saya harap semua hadir. Siapa tak hadir, tiada peperiksaan ulangan. Ada yang nak tips apa yang akan disoal nanti. Tak  payah tips-tips lagi. Apa yang saya bagi dah cukup untuk anda jawab soalan yang saya buat. Baca semua bahan ……sepatutnya dah baca. Tahun ni soalan Sejarah tiada peperiksaan selaras Negeri Perak. JPN tiada bajet yang cukup. Soalan saya buat sendiri…..  Ikut instinct saya.

Jawab baik-baik. Anggap ini adalah peperiksaan sebenar. Ikut segala panduan menjawab soalan yang saya telah berikan.

image Jangan pening sangat. Jangan tersungkur dan menyerah kalah, sebelum anda berjuang di meja dewan peperiksaan. Buat sehabis baik. “ Goreng jawapan baik-baik tetapi jangan sampai hangus !!!! ”

Selamat berjaya.

[ SOKONG BLOG INI, SILA SIGN BUKU PELAWAT ]

Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails

PENYOKONG BLOG SEJARAH

PENAFIAN :

Penulis blog tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan, kerugian atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada mana-mana bahagian dalam laman blog ini. Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster dan/atau Lain-Lain Penulis.