Kepada para pelajar Pra-U SMKDARY, baca entri ini.
Pelajar yang mahu berjayA dalam pelajaran, wajib membentuk diri untuk ‘bercinta’ dengan buku. Bercinta dengan buku tak seperti bercinta dengan manusia. Perasaan anda tidak akan dipermainkan. Tidak akan timbul perasaan cemburu, kecil hati, rindu bayangan dan syak wasangka. Tiada janji palsu. Tiada kata dusta. Tiada cinta terlarang …….
Tidak dapat disangkal bahawa buku @ kitab merupakan medium ilmu yang sangat penting dan utama.Dalam perkembangan tamadun manusia, ilmu dan buku tidak dapat dipisahkan. Peningkatan tamadun Islam dalam zaman kegemilangannya mencatatkan penguasaaan ilmu oleh sarjana Islam seiring dengan pembacaan, pengkajian,pembelajaran, dan penghasilan buku/kitab yang muktabar.
Kepada anda, untuk menjadi seorang pelajar yang berjayA, dekatkan diri dengan buku. Anda tak perlu mengarang buku atau mengkajinya seperti seorang sarjana. Hanya baca banyak, baca dengan ‘jiwa raga’ dan kaji soalan & jawapan supaya anda faham apa yang dah dipelajari tanpa perlu menghafal membuta tuli setiap satu point-point penting. Biasakan diri untuk membawa sebuah buku ke mana-mana saja anda pergi atau nota-nota yang telah dipadatkan.
Kebanyakan pelajar takut untuk digelar ‘kaki buku’ atau ‘ulat buku’ sebab mereka takut akan kehilangan kawan. Nanti dikatakan ‘skema sangat’ .Dalam usaha mencapai kecemerlangan dalam pelajaran, nak ke tak nak anda kena terima hakikat anda kena berkorban. Ini termasuklah mengorbankan masa untuk ‘hanging out’ bersama kawan-kawan dan hal-hal lain yang mengganggu pembacaan/pembelajaran. Kawan yang sebenar-benar kawan adalah kawan yang tak memilih kawan, walau siapapun anda. Lagi pun, tak rugi kalau kita kehilangan kawan yang boleh merugikan masa depan kita.
Fikir-fikir dan perhatikan dengan mata hati !!!
1 ulasan:
Saalam ziarah Cikgu!
Saya ingin mengucapkan ribuan TERIMA KASIH kepada cikgu, hasil pengisian fakta yang cikgu muatkan dalam blog ini menjelang STPM'09 yang lalu telah banyak membantu saya. Alhamdulillah dengan izin Allah SWT, saya telah berjaya mendapat A untuk sejarah! Tidak tergambar kesyukuran saya sebaik melihat gred A untuk kedua-dua kertas Sejarah...berkat doa guru-guru juga :)
Teruskan berjuang cikgu, jangan pernah jemu mengedit blog dengan fakta-fakta bernas dan sisipan motivasi cikgu amat membantu buat pengisian jiwa remaja! :) Berdasarkan pengalaman saya, semakin dekat STPM, semakin banyak gangguan emosi yang menjelma...semua itu ujian kan untuk menduga keteguhan hati.
Semoga Allah membalas jasa baik cikgu dengan sebaik-baik balasan...InsyaAllah... :)
Akhir kalam,doakan saya berjaya mendapat tempat di IPTA dalam kos pendidikan!Mudah-mudahan...insyaAllah...pastinya dengan izin Allah SWT.
Wassalam.
Catat Ulasan