ENJIN CARIAN BAHAN

Sabtu, 27 Februari 2010

CINTA TAK TERLARANG !

Kepada para pelajar Pra-U SMKDARY, baca entri ini.
 
image image image

Pelajar yang mahu berjayA dalam pelajaran, wajib membentuk diri untuk ‘bercinta’ dengan buku. Bercinta dengan buku tak seperti bercinta dengan manusia. Perasaan anda tidak akan dipermainkan. Tidak akan timbul perasaan cemburu, kecil hati, rindu bayangan dan syak wasangka. Tiada janji palsu. Tiada kata dusta. Tiada cinta terlarang …….

Tidak dapat disangkal bahawa buku @ kitab merupakan medium ilmu yang sangat penting dan utama.Dalam perkembangan tamadun manusia, ilmu dan buku tidak dapat dipisahkan. Peningkatan tamadun Islam dalam zaman kegemilangannya mencatatkan penguasaaan ilmu oleh sarjana Islam seiring dengan pembacaan, pengkajian,pembelajaran, dan penghasilan buku/kitab yang muktabar.

Kepada anda, untuk menjadi seorang pelajar yang berjayA, dekatkan diri dengan buku. Anda tak perlu mengarang buku atau mengkajinya seperti seorang sarjana. Hanya baca banyak, baca dengan ‘jiwa raga’ dan kaji soalan & jawapan  supaya anda faham apa yang dah dipelajari tanpa perlu menghafal membuta tuli setiap satu point-point penting. Biasakan diri untuk membawa sebuah buku ke mana-mana saja anda pergi atau nota-nota yang telah dipadatkan.

Kebanyakan pelajar takut untuk digelar ‘kaki buku’ atau ‘ulat buku’ sebab mereka takut akan kehilangan kawan. Nanti dikatakan ‘skema sangat’ .Dalam usaha mencapai kecemerlangan dalam pelajaran, nak ke tak nak anda kena terima hakikat anda kena berkorban. Ini termasuklah mengorbankan masa untuk ‘hanging out’ bersama kawan-kawan dan hal-hal lain yang mengganggu pembacaan/pembelajaran. Kawan yang sebenar-benar kawan adalah kawan yang tak memilih kawan, walau siapapun anda. Lagi pun, tak rugi kalau kita kehilangan kawan yang boleh merugikan masa depan kita.

Fikir-fikir dan perhatikan dengan mata hati !!!


TAMADUN DUNIA : TEMA 5 - INSTITUSI DAN KURIKULUM INDIA


Huraikan institusi dan kurikulum pendidikan pada zaman tamadun India.


Pendahuluan (3 markah)

1.    Definisi institusi pendidikan dan kurikulum

  • Institusi pendidikan – sesebuah organisasi seperti sekolah, kolej dan universiti yang menjadi saluran penting dalam menyampaikan pengajaran secara berkesan kepada masyarakat.
  • Kurikulum – jurusan pengajian yang diikuti di sekolah (Mohd Daud b Hamzah)


2.    Latar belakang sistem pendidikan di India
  • Bermula dengan kemunculan Tamadun Indus di sekitar tahun 2500 SM. 
  • Buktinya – penggunaan sistem tulisan piktograf oleh masyarakat India.

Isi

A.    Institusi Pendidikan di India (5 isi X 2 markah)

1.     Pendidikan di rumah guru - tidak terhad kepada pengajaran veda tetapi juga dalam bidang astronomi, tatabahasa dan menjalankan upacara keagamaan.

2.     Kuil – dijalankan oleh golongan Brahmin

3.     Sekolah rendah
  • Di dirikan di sekitar tempat tinggal mereka – biasanya dijalankan di bawah pokok atau kawasan lapang yang sesuai.  Pendidikan rendah ditadbirkan oleh keluarga Brahmin. 
  • Golongan kaya – turut terlibat – memberikan tanah untuk mendirikan sekolah rendah serta pembiayaan pengurusan sekolah.
  • Pihak pemerintah – memberi anugerah Aghahara – anugerah tanah sebagai tapak sekolah

4.     Matha – sistem persekolahan yang dilengkapi dengan asrama bagi kemudahan pelajar terutama yang datang dari kawasan luar bandar.

5.     Orang Arya menubuhkan institusi awal yang dikenali sebagai charaka yang didirikan di kampung-kampung, manakala parishad (akademi)  ataupun pendidikan tinggi merupakan  kolej-kolej golongan Brahman yang dikendalikan oleh brahmin-brahmin.

6.     Universiti Nalanda – merupakan universiti yang terkenal di India telah dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti perpustakaan, dewan kuliah, bangunan asrama, bantuan makan dan pakaian kepada pelajar yang memerlukannya.


B.    Kurikulum Pendidikan di India (5 isi X 2 markah)

  1. Kurikulum berbeza mengikut kasta, kerana keperluan mengikut kasta masing-masing:-
-          Contoh golongan Brahmin menekankan hal yang berkaitan dengan agama,
-          Golongan Ksyatria menekankan hal yang berkaitan dengan ketenteraan.
-          Golongan Vaisya diberikan pendidikan berkaitan dengan pertanian dan perdagangan.


  1. Kurikulum mengikut peringkat iaitu peringkat rendah, menengah dan tinggi.
-          Peringkat rendah menekankan mata pelajaran cerita rakyat, daripada koleksi cerita rakyat Pancha-tantra.
-          Peringkat tinggi biasanya dikendalikan oleh kolej-kolej Brahman yang dikenali sebagai Parishads.

3.  Mata pelajaran agama .
-          Sekolah-sekolah Brahmin menekankan mata pelajaran agama yang berkaitan dengan kitab Veda, Anga dan skrip-skrip Mimamsa, Smriti, Purana dan Karmakanda.

4. Mata pelajaran selain daripada agama.
-          Bidang seni , contoh catan, seni lukis, seni halus.
-          Bidang bahasa contoh , ilmu nahu(tatabahasa), yang berkaitan dengan bahasa Sanskrit.
-          Bidang sains, contoh Ilmu matematik, astronomi,
-          Bidang perubatan contoh pembedahan plastik dan rawatan mata,
-          Bidang vokasional , contoh pertukangan, pertanian, tukang tenun, perdagangan.

5.    Bahasa Pengantar.
-          Bahasa pengantar utama ialah bahasa Sanskrit, dalam semua bidang.

6.    Teks .
-          Terdiri daripada kitab-kitab suci seperti Kitab Veda, Karya Samaradityakatha,
-          Teks sastera termasuk vedangas yang berkaitan dengan upacara pengorbanan, dan tatabahasa.
-          Karya astronomi- Bhasavati
-          Teks perubatan – Ayuvedadipika dan Bhanumathi

7.    Guru
-          Guru lazimnya mendapat pendidikan daripada pusat-pusat pengajian tinggi.
-          Terdiri daripada golongan Brahmin.
-          Guru-guru biasanya tidak dibayar gaji, sebaliknya menerima hadiah daripada ibu bapa khususnya daripada golongan kaya.

8.    Peperiksaan.
-          Pelajar setiap peringkat akan menduduki peperiksaan.
-          Contoh, pelajar pada peringkat tinggi, mesti lulus dalam ujian lisan untuk melayakkan diri belajar di peringkat universiti.

Kesimpulan (2 markah)

1.    Sistem pendidikan di India menekankan pendidikan berdasarkan keperluan kasta dan bidang pekerjaan mereka.

2.    Perkembangan ini melahirkan banyak tokoh yang pakar dalam pelbagai bidang dan menghasilkan karya yang unggul.




الحمدلله ALHAMDULILLAH DAN TAHNIAH !

الحمدلله Alhamdulilllah, keputusan  STPM 2009 telah pun diumumkan. Tahniah kepada pelajar yang berjaya mencapai kejayaan yang diharapkan. Seperti biasa, ada gembira dan ceria . Ada juga yang berduka dan hampa. Kepada yang kurang berjaya, saya mengharapkan anda terus baiki kelemahan itu. Dengan usaha yang kuat anda mampu memperbaikinya. Insyaallah. Kepada yang berjaya sama ada seperti yang dijangka atau masih tak percaya anda telah melakukannya, bersyukurlah kepada Allah. Buatlah sujud syukur sebagai tanda berterima  kasih kepadaNya. Teruskan perjuangan dalam menuntut ilmu.

Kepada pelajar SMKDARY dan guru-gurunya, tahniah kerana peningkatan peratus kelulusan dalam semua subjek. Yang paling membuat saya rasa bersyukur ialah keputusan saujana untuk subjek Sejarah. Walaupun tidak 100 % tetapi alhamdulillah, dapat mencapai 95.24 %. Mengikut analisa, seramai 21 orang mendapat A dalam Sejarah 1 dan 14 orang dalam Sejarah 2, menjadikan  17 orang keseluruhan mendapat A. Saya gembira dengan pencapaian ini. Begitu juga Cikgu Hayati. Kami bersyukur kepada ALLah. Pelajar STPM 2010 perlu berasa terpanggil untuk mengekalkan pencapaian ini. Usaha mesti dilakukan dari sekarang !!! Terus usaha kuat, doa berterusan, dan tawakkal sepenuhnya.

Tahniah kepada Amar kerana menjadi pelajar terbaik ( 3A 2B ). Begitu juga dengan Rabiatul, Adnan, Auni Najwa, Hettey, Hanita, Syukri Pak Su, Ila ................. tu yang sempat saya catat. Tahniah semua !!!


Ahad, 21 Februari 2010

BACAAN 5 - TAMADUN DUNIA : TEMA 4 - AKTIVITI EKONOMI ALAM MELAYU ABAD KE-15


Huraikan aktiviti ekonomi yg dipraktikkan di Alam Melayu sebelum abad ke- 15.                                                                                                                           
A.  PENGENALAN ( 3 markah )
   -  Kegiatan ekonomi masyarakat Melayu Tradisional berasaskan kepada aktiviti berasaskan aktiviti pertanian yang berasaskan pertanian sara diri terdiri daripada aktiviti bercucuk tanam, menternak binatang, dan mengumpulkan hasil hutan.
   -  Masyarakat juga terlibat dalam kegiatan perlombongan dan mengumpulkan hasil hutan yang dijadikan sebagai barang pertukaran untuk mendapatkan barang-barang keperluan.
   -  Menjelang abad pertama Masihi, berlaku perkembangan pesat dalam perdagangan dan muncul politi-politi perdagangan


B.  ISI-ISI ( 7 isi x 3 m = 21 markah )
 a.  Ekonomi sara diri
  -  kegiatan ekonomi tradisional masyarakat Melayu bergantung pada aktiviti pertanian untuk tujuan sara diri, iaitu menghasilkan pelbagai bahan makanan untuk kegunaan sendiri.
  -  kegiatan pertanian terdiri daipada aktiviti bercucuk tanam, menternak binatang, menangkap ikan, memburu dan mengumpulkan hasil hutan.
  -  penanaman utama ialah penanaman padi kerana nears merupakan makanan penting di Nusantara.  Tanaman lain ialah ubi keladi,sagu,ubi .

  b.  Mengumpulkan hasil hutan.
  -   Tanah Melayu kaya dengan hasil-hasil hutan seperti kayu wangi, kayu gaharu, kapur  barus dan, rotan.
-   Hasil hutan dibawa ke pusat pengumpulan seperti Kuala Selinsing dan diedarkan ke pelabuhan-pelabuhan kecil.

 c.  Mengumpulkan hasil laut.
  -  kepulauan Melayu kaya dengan hasil laut seperti siput, kerang, dan tiram mutiara.
  -  hasil laut seperti kura-kura, siput kowri, akar bahar, dan tripang mendapat pasaran yang luas di China.
  -  kulit siput kowri digunakan sebagai mata wang manakala akar bahar dan tripang digunakan sebagai perencah sup dan untuk tujuan perubatan.
  -  turut melibatkan orang laut yang mempunyai kemahiran menyelam dan berenang untuk memungut kerang, tiram dan bunga karang.

d.  Perlombongan.
   -  hasil galian seperti galian besi,emas dan bijih timah di kawasan seperti Delta Sg  Sarawak- besi dan emas, Semenanjung Tanah Melayu pula kaya dengan besi,  Emas dan bijih timah.

e.  Perdagangan.
   - kedudukan geografi Kepulauan Melayu yang terletak di tengah-tengah jalan perdagangan antara India dan China menyebabkan aktiviti perdagangan berkembangan pesat. Perkembangan perdagangan menyebabkan muncul beberapa politi perdagangan di Alam Melayu. Contohnya, Tun Sun, Lang-ya-hsui, Fo-lo-an, Kadaram, Chih-tu, Ko-ku-la dll.
- sumber bertulis China mengandungi maklumat tentang barang-barang yang didagang di pelabuhan-pelabuhan tersebut.
   - Barang yang didagangkan :
     i.  Lang-ya-hsui  - gading gajah, tanduk badak, sumbu, gaharu, kapur barus.
     ii. Tan-ma-ling   -  madu labah, kapur barus, gading gajah, kayu gaharu.
     iii.  Kalah – kayu alges, kayu cendana, gading gajah dan ebony.
 
f.  Pusat pengumpulan.
  -  pusat pengumpulan muncul pada abad ke-2 dan ke-3 Masihi di Semenanjung Tanah  Melayu. Pusat pengumpulan berkembang kerana kedudukan yang strategik di tengah- tengah laluan perdagangan antarabangsa.
 -  terletak di tepi pantai dan sungai-sungai di kawasan pedalaman.  Turut menjadi pusat persinggahan dan pusat menjual barang-barang tempatan.  Contohnya, Sungai Lang, Klang, Batu Buruk ( bijih timah dan emas ), Pulau Tioman ( kayu gaharu, kapur barus, sarang burung dan kelapa.

g.  Pusat pembekalan. 
  -  merupakan pusat-pusat yang mengeluarkan barangan tempatan kepada pusat-pusat pemungutan.
-  terletak di kawasan pantai atau kawasan sungai di pedalaman.  Lembah Langat di Jenderfam Hilir merupakan pusat pembekal bagi mengumpulkan bijih timah dari kawasan pedalaman.
  
h.    Entrepot.
    -  merupakan pusat perdagangan yang muncul selepas abad pertama Masihi.
    -  terletak di tengah-tengah laluan perdagangan timur-barat dan mempunyai  kemudahan pelabuhan yang lengkap seperti gudang, bekalan air minuman , tempat membaiki kapal dll.
    -  mengumpulkan barang-barang dagangan dari Arab, India, Sri Langka, dan China seterusnya dihantar ke destinasi terakhir melalui pelabuhan entrepot.

C. KESIMPULAN ( 1 markah )
   - Selepas abad pertama Masihi, aktiviti perdagangan berkembang dengan pesat. Kepesatan perdagangan ini nanti membawa kepada kemunculan empayar.

Sabtu, 20 Februari 2010

BACAAN 4 - TAMADUN DUNIA - TEMA 4 : DASAR MERKANTILISME DI EROPAH


Bagaimanakah dasar ekonomi merkantilisme mengukuhkan pentadbiran dan pemerintahan  negara bangsa di Eropah?

PENDAHULUAN (3 markah)

1.            Revolusi Perdagangan di Eropah pada abad ke-15 hingga ke-16 membawa kepadaperkembangan ekonomi moden di Eropah.
2.               Maksud Sistem Ekonomi Merkantilisme
-          Satu sistem ekonomi yang melibatkan  campur tangan kerajaan dalam menggalakkan pertumbuhan kekayaan, kekuasaan dan kebajikan.
3.                 Konsep Negara Bangsa
-          Merupakan negara kebangsaan yang sederhana besar dan mempunyai kesatuan politik serta berkembang menjadi sebuah negara di Eropah.
-          Penduduk setiap negara bangsa terikat oleh satu keturunan, satu bahasa dan kebudayaan tersendiri.
-          Contoh, England, Perancis, Sepanyol.

ISI  (5 isi X 4 markah)
1.            Pemerintah negara bangsa mewujudkan sektor pertanian dan perindustrian yang produktif untuk menjamin pasaran luar negara.

2.            Kerajaan telah melindungi sektor perindustrian dalam negara dan perdagangan luar dengan mengenakan duti import yang tinggi dan memastikan imbangan perdagangan berpihak kepada negara mereka.

3.             Pemerintah negara bangsa  melihat negara lain terutama di Eropah sebagai musuh dan sanggup berperang untuk  melindungi kepentingan industri, perdagangan dan perkapalan tempatan. 

4.            Pemerintah memperkenalkan beberapa akta untuk  melindungi sektor perindustrian, pertanian dan perkapalan.  Ratu Elizabeth (1558 – 1603) memperkenalkan Akta Perintis 1563, Undang-Undang Kemiskinan 1660 dan Akta Perkapalan 1650.

5.            Raja negara bangsa menjadi pelopor kepada perkembangan kapitalisme dengan berlumba untuk menguasai dan mengumpulkan kekayaan.  Untuk tujuan tersebut, pelayaran ke seberang laut digalakkan seperti pelayaran John Cabot telah menemui New Foundland (1407).

6.            Penubuhan syarikat-syarikat perdagangan oleh Britain dan Belanda terutama di Timur memperkukuh lagi Dasar Mekantilisme dan kekuasaan politik mereka.   Hal Ini membawa kepada kemunculan pasaran ekonomi imperialis yang luas.  Contoh, Syarikat Hindia Timur British dan Syarikat Hindia Timur Belanda .

7.            Sistem ini diperkukuh dengan perluasan kuasa negara-negara Eropah dari segi politik. Penjajahan politik ke atas wilayah luar yang kaya menjamin sumber kekayaan kepada negara induk.  Contoh, penjajahan British ke atas Tanah Melayu, Perancis ke atas Indo-China, dan Sepanyol ke atas Filipina.

KESIMPULAN (2 markah)

Dasar ekonomi Merkantilisme membawa kepada perkembangan kapitilisme di seluruh dunia.



BACAAN 3 - TAMADUN DUNIA : TEMA 4 – AKTIVITI PERDAGANGAN DI EROPAH BARAT

Bincangkan aktiviti perdagangan di Eropah Barat pada abad ke-11 hingga abad ke-15.

PENDAHULUAN (3 markah)

1. Sebelum abad ke-11, sistem ekonomi di Eropah berasaskan kepada sistem feudal iaitu sistem manor. Melalui sistem ini, kegiatan pertanian merupakan aktiviti ekonomi yang utama. Hubungan perdagangan tidak berlaku dan semua pertukaran barangan dan perkhidmatan berlaku hanya dalam kelompok masyarakat mereka sahaja.
2. Zaman Kemuncak Pertengahan (1050 hingga 1270) merupakan zaman permulaan berlakunya perubahan dari segi politik, ekonomi dan sosial. Dari segi ekonomi, perubahan yang paling penting ialah perkembangan aktiviti perdagangan.

ISI: 5 Isi X 4 Markah =20 markah

1. Pemulihan Ekonomi
  • Pada abad ke-11, apabila kejatuhan empayar Rom di Eropah Barat membawa kepada pemulihan ekonomi di Eropah.
  • Perang Salib telah menghubungkan orang Eropah dengan dunia Timur.
  • Kesannya, berlaku hubungan perdagangan Eropah Barat dengan Laut Mediterranean.
  • Venice merupakan pusat perdagangan penting yang menjalinkan kegiatan perdagangan dengan Constantinople dan menguasai perdagangan barang mewah daripada Timur ke Eropah.
2. Kemunculan Pusat Perdagangan
  • Pada zaman Pertengahan Tinggi, muncul pusat perdagangan di Eropah.
  • Bandar perdagangan yang terkenal pada masa ini ialah Milan, Florence dan Siena.
  • Pisa dan Genoa berusaha untuk mengatasi penguasaan perdagangan orang Islam di Laut Mediterranean
  • Flanders menjadi pusat perdagangan di Eropah Utara berperanan sebagai pusat pertukaran barang dagangan daripada Norway dan Denmark (kulit binatang dan madu), timur (sutera, gula dan rempah) dan kain bulu (Flander)
3. Pasar
  • Pasar pertama yang diwujudkan oleh bangsawan Champagne iaitu sebagai pusat perniagaan yang menemukan para pedagang.
  • Gerai dibina untuk disewa kepada para pedagang.
  • Jalan yangmenghala ke pasar disediakan pengawal bagi menjamin keselamatan pedagang.
  • Pelbagai barang tempatan dan luar diurusniaga.
  • Lama kelamaan pasar telah berkembang seluruh Eropah Barat.
  • Salah satu pasar yang berkembang pesat ialah Boston di timur England.
4. Pengangkutan Perkapalan
  • Genoa dan Venice berjaya membina kapal laut yang pertama.
  • Orang Genoa dan Venice dapat belayar sepanjang tahun hingga ke Laut Atlantik.
  • Mereka dapat membeli secara terus kain kapas dan Yorkshire dan kemudiannya menjualnya ke Bazar di utara Afrika.
5. Institusi Kewangan
  • Perkembangan institusi kewangan apabila di Florence, Itali, para pedagang dan pengusaha bank berjaya menjadi pemilik bank gereja.
  • Keluarga Flander telah berjaya menguasai perbankan di Eropah.
  • Mereka memberi pinjaman kepada pedagang untuk meluaskan aktiviti perdagangan.
  • Mata wang diperkenalkan di Eropah.
  • Sistem mata wang telah menggantikan pertukaran barang.
  • Pada tahun 1200 Venice telah mencipta mata wang sendiri.
6. Kesatuan Pedagang
  • Perkembangan pedagangan berlaku dengan kemunculan kesatuan dagang.
  • Kesatuan dagang dapat merangsang aktiviti perdagangan melalui perkongsian modal, pengangkutan dan pengagihan barangan dagangan.
  • Ahli kesatuan akan memasarkan hasil produk kesatuan tukang.
7. Undang-undang Perdagangan
  • Undang-undang Perdagangan yang seragam dapat menguruskan para pedagang terutama pedagang asing.
  • Mereka dilindungi daripada ketidakadilan dan penganiayaan.
8. Buku Panduan Perdagangan
  • Pada abad ke-13, buku panduan perdagangan yang pertama dikeluarkan di Itali.
  • Buku ini mengandungi deskripsi tentang pelabuan asing dan jalan perdagangan.
KESIMPULAN: (2 markah)
Apa sahaja yang berkaitan.


Khamis, 18 Februari 2010

BACAAN 2 : TAMADUN DUNIA – TEMA 4 - EKONOMI KAPITALISME DI EROPAH


Huraikan faktor-faktor yang membawa kepada perkembangan ekonomi kapitalisme di Eropah Barat dari tahun 1400 M hingga 1700 M.

PENGENALAN: (3 Markah)

1. Definisi Kapitalisme
  • Kapitalisme merupakan sistem ekonomi dan sosial yang cenderung ke arah pengumpulan kekayaan oleh individu tanpa gangguan kerajaan dan berasaskan keuntungan. Takrif individu di sini juga boleh merujuk kepada sekumpulan individu seperti syarikat. Sistem ekonomi kapitalis berdasarkan kuasa pasaran bebas dalam menentukan pengeluaran, kos, menetap harga barang dan perkhidmatan, pelaburan dan pendapatan. Pengkritik sistem kapitalis selalu berhujah bahawa sistem ini mewujudkan jurang perbezaan yang ketara antara yang kaya dengan yang miskin. Kapitalisme berasal dari perkataan ‘ capital ‘ yang bermaksud "modal". 
  • Dikenali sebagai laissez faire. 
  • Kapitalisme ialah sistem yang menggalakkan pengumpulan modal, kebebasan ekonomi, hak milik persendirian, kebebasan pasaran dan perniagaan untuk keuntungan. 
  • Dalam ekonomi kapitalisme, individu dan syarikat-syarikat yang mempunyai modal dan harta mempunyai hak dan kebebasan menjalankan perdagangan. 
  • Matlamat utama Kapitalisme ialah mengaut keuntungan sebanyak mungkin. 
  • Ringkasnya Kapitalisme adalah sistem ekonomi bebas berasaskan pemilikan harta sendiri serta perniagaan atau perusahaan bermatlamatkan keuntungan, kewangan dan kebendaan. 


2.  Sejarah kemunculan

  • Kemunculan idea Kapitalisme dapat dikesan sejak zaman pertengahan awal, namun ia tidak menyeluruh. 
  • Kapitalisme menjadi dominan di Barat semenjak berakhirnya era Feudalisme. 
  • Fahaman kapitalisme menjadi lebih kukuh selepas gerakan reformasi dan kemunculan aliran-aliran agama baru khususnya aliran Calvinisme. 
  • Dari England, kapitalisme merebak ke seluruh Eropah dan merupakjan adalah sistem ekonomi utama di dunia yang memacu era perindustrian. 
  • Menjelang abad ke-19, fahaman Kapitalisme menjadi dominan dan disebarkan ke seluruh dunia menerusi aktiviti penerokaan dan penjelajahan yang dilakukan oleh kuasa-kuasa Barat.

ISI:

Faktor-faktor yang membawa kepada perkembangan ekonomi kapitalisme di Eropah Barat dari tahun 1400 M hingga 1700 M. (7 Isi x 3 Markah = 21 Markah)

1. Perkembangan institusi kewangan.
  • Perkembangan institusi kewangan seperti insurans dan bank di bandar-bandar telah menggalakkan perkembangan Kapitalisme di Eropah. 
  • Menjelang abad ke-15 M, kegiatan meminjam wang untuk mendapatkan keuntungan menjadi satu perniagaan yang menguntungkan. 
  • Bank-bank penting dikuasai oleh keluarga Medici (di selatan) dan keluarga Fuggers di Ausberg(di utara). Bank-bank ini mempunyai peranan yang besar dalam menjana ekonomi dan terkenal di peringkat antarabangsa. 
  • Bank-bank ini telah bertindak membuka pejabat cawangan di Paris, London, Barcelona, Marselles, Tunis, pelabuhan Afrika Utara, Naples dan Rom. 
  • Bank-bank kerajaan seperti Bank Sweeden (1657) dan Bank England (1654) turut ditubuhkan. 
  • Keuntungan yang diperolehi melalui pinjaman pelaburan dan pertukaran wang disalurkan kepada perkembangan sektor perindustrian. 
  • Institusi bank memberikan pinjaman bagi membantu golongan kapitalis mendapatkan modal yang besar untuk meluaskan kegiatan perdagangan.

2. Penubuhan negara bangsa
  • Penubuhan negara bangsa pada abad ke-16 Masehi juga turut menggalakkan perkembangan Kapitalisme. 
  • Raja-raja negara bangsa berperanan dalam menggerak dan mempelopori perkembangan Kapitalisme dengan mengumpulkan kekayaan demi untuk mengukuhkan kedudukan dan kekuasaan masing-masing. 
  • Untuk mencapai hasrat tersebut, raja-raja negara bangsa turut menjalankan dasar ekonomi merkantilisme dengan tujuan mengumpulkan kekayaan untuk negara mereka pada sekitar abad ke-16 dan 17 Masihi. 
  • Perubahan dasar ekonomi ini menyebabkan negara-negara bangsa terlibat dengan aktiviti penjelajahan dan penerokaan. Mereka berlumba-lumba untuk mencari kekayaan dengan melakukan pelayaran ke seberang laut dengan sokongan kuat daripada raja. Contoh : Putera Henry dari Portugal dan Raja Ferdinand dari Sepanyol telah membiayai dan memberi galakan kepada aktiviti tersebut. 
  • Kegiatan penjelajahan dan penerokaan ini dipelopori oleh Portugal, Sepanyol, Perancis dan Inggeris. 
  • Kesan daripada aktiviti ini, negara-negara bangsa menubuhkan koloni-koloni dan menguasai kekayaan ekonomi di negara tanah jajahan yang memberi keuntungan kepada mereka.

3. Dasar Merkantalisme
  • Revolusi perdagangan melalui campurtangan kerajaan negara bangsa pada abad ke-16 dan ke-17 telah menggalakkan pertumbuhan kekayaan dalam negara bangsa. 
  • Menerusi dasar ini kerajaan berusaha mewujudkan sektor pertanian dan perindustrian yang produktif dan pasaran luar yang luas . 
  • Untuk tujuan tersebut kerajaan mengadakan dasar melindungi pelabur dan pedagang tempatan 
  • Ratu Elizabeth (1558-1603) telah memperkenalkan akta seperti akta perantis 1563, undang-undang kemiskinan 1600 dan akta perkapalan 1650 .

4. Pembukaan koloni / Dasar Kolonialisme
  • Perluasan dasar merkantalisme telah menyebabkan golongan kapitalis menubuhkan koloni-koloni baru untuk tujuan pertanian dan perladangan ke atas kawasan di Timur dan Amerika Latin. 
  • Hal ini memperluaskan lagi sistem ekonomi kapitalisme. Perkembangan ini menyebabkan permintaan untuk buruh meningkat dengan mendadak. 
  • Kesannya telah membawa kepada penghijrahan manusia dari pelbagai tempat untuk bekerja sebagai buruh ke kawasan-kawasan pertanian dan perladangan tersebut. 
  • Penggunaan buruh asing telah mengembangkan ekonomi negara Eropah dan merancakkan sistem Kapitalisme di koloni-koloni tersebut. 
  • Segala hasil kekayaan daripada koloni juga mengalir ke Eropah dan merancakkan perkembangan ekonomi di sana.

5. Pertembungan dan perkembangan perdagangan dengan dunia timur.
  • Perang Salib telah mengakibatkan berlakunya pertembungan dunia Eropah dengan dunia timur. 
  • Selepas tamat Perang Salib, hubungan perdagangan antara Eropah dengan dunia timur terus berkembang dengan pesat. 
  • Kesan daripada itu, bandar-bandar utama di Itali seperti Venice, Genoa, Florence dan Milan telah menjadi pusat-pusat aktiviti perdagangan yang penting. 
  • Bandar-bandar tersebut mendapat keuntungan yang besar hasil daripada hubungan perdagangan dengan Timur Tengah dan Eropah Utara. 
  • Perkembangan pesat dalam aktiviti perdagangan menyebabkan institusi perbankan khususnya bank-bank gereja ditubuhkan di Itali. 
  • Perkembangan ini merangsangkan perkembangan ekonomi kapitalisme di Eropah.

6. Kemunculan bandar-bandar baru.
  • Zaman kemuncak pertengahan memperlihatkan pertumbuhan bandar-bandar baru hasil daripada kepesatan aktiviti perdagangan di sepanjang laluan perdagangan Eropah Barat. 
  • Kepesatan perdagangan ini telah memperkembangkan bandar-bandar lama yang sedia ada dan turut melahirkan bandar-bandar baru. 
  • Bandar-bandar seperti Venice, Genoa, Florence dan Milan menjalinkan hubungan perdagangan dengan Timur Tengah dan Eropah Utara. 
  • Bandar-bandar ini mengeksploit kedudukan sebagai persimpangan semulajadi antara timur-barat untuk meraih keuntungan yang besar. 
  • Perkembangan bandar-bandar baru melahirkan golongan baru dalam masyarakat feudal, iaitu pedagang dan tukang-tukang yang bergantung kepada aktiviti perdagangan. 
  • Cara kehidupan di bandar telah merintis jalan kepada tuntutan rakyat bandar termasuk hak pentadbiran dan hak menjual barangan secara bebas di pasar. 
  • Masyarakat bandar juga menuntut kebebasan untuk mencari nafkah tanpa sekatan dan halangan yang tidak berasas yang diamalkan dalam institusi manor. 
  • Perubahan ini telah merintis jalan ke arah perkembangan sistem kapitalisme di Eropah.

7. Gerakan Renaisans
  • Gerakan Renaissans pada abad ke-14M telah memperkembangkan sistem kapitalisme 
  • Gerakan Renaisans telah melahirkan fahaman yang berbeza daripada sebelumnya seperti sifat individualisme, humanisme, sekularisme dan pemikiran kritis yang meransang ke arah perkembangan sistem kapitalisme. 
  • Kesannya, fahaman-fahaman ini melahirkan masyarakat yang bersifat materialistik dalam kehidupan khususnya dalam ekonomi yang menekankan aspek kemewahan, kekayaan dan kebendaan. 
  • Selain itu, fahaman-fahaman ini juga menggalakkan individu membaiki taraf hidup dan mengumpul kekayaan mengatasi kemampuannya. 
  • Perkembangan ini melahirkan golongan kapitalis yang berlumba-lumba mengumpul modal untuk mengejar kekayaan material yang turut menggalakkan sistem monopoli.

8. Kesan Gerakan Reformasi
  • Ahli-ahli sosiologi seperti Max Weber berpendapat perkembangan kapitalisme dapat dikaitkan dengan kesan dari kemunculan gerakan reformasi khususnya selepas kemunculan mazhab Protestan. 
  • Max Weber dalam bukunya The Protestant Ethic and The Spirit of Capitalisme menyatakan bahawa ajaran mazhab Protestan bertanggungjawab membentuk sistem kapitalis. 
  • Salah satu doktrin mazhab Protestan yang dikenali sebagai The Calling menyeru penganutnya agar melibatkan diri secara bersungguh-sungguh dalam kegiatan ekonomi. 
  • Hal ini bermakna, ajaran mazhab ini menggalakkan penganutnya berusaha bersungguh-sungguh untuk mencari kekayaan dan keuntungan. Ajaran ini mentakrifkan kejayaan dalam bidang ekonomi sebagai satu tuntutan keagamaan. 
  • Kebanyakan golongan yang terlibat dalam ekonomi di Eropah seperti pengusaha bank, pengusaha industri, saudagar-saudagar dan tenaga mahir adalah daripada kalangan penganut mazhab Protestan.

9. Fahaman Calvinisme
  • Gerakan Reformasi yang dibawa oleh John Calvin dalam pemikiran agama Kristian di Eropah telah mendorong kepada perkembangan ekonomi kapitalisme 
  • Ajaran Calvin membenarkan amalan riba dengan tujuan menggalakkan masyarakat bekerja keras 
  • Fahaman ini menyebabkan negara mazhab Protestan mengenepikan Common Law dan membolehkan pedagang membebaskan diri daripada kawalan paderi dan peraturan lama dalam ajaran Katholik.

KESIMPULAN: (2 Markah)
1. Sistem ekonomi kapitalisme diperkenalkan oleh masyarakat pada zaman awal moden telah membawa kepada perkembangan ekonomi kapitalisme. Hal ini secara tidak langsung telah melahirkan Revolusi Perindustrian di Eropah.
2. Revolusi perindustrian bermula selepas gerakan Renaisans dan Reformasi.
3. Revolusi perindustrian mendorong pelayar-pelayar mencari peluang-peluang baru untuk menguasai kekayaan dan menyaksikan perubahan pesat dalam kaedah pengeluaran barangan melalui pembinaan kilang-kilang dan pengeluaran barang-barang secara besar-besaran.
4. Hal ini secara tidak langsung menggalakkan aktivtiti pengumpulan modal secara besar-besaran untuk kegiatan ekonomi yang selaras dengan dasar kapitalisme.

Related Posts with Thumbnails

PENYOKONG BLOG SEJARAH

PENAFIAN :

Penulis blog tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan, kerugian atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada mana-mana bahagian dalam laman blog ini. Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster dan/atau Lain-Lain Penulis.