ENJIN CARIAN BAHAN

Jumaat, 18 Disember 2009

SELAMAT TAHUN BARU HIJRAH 1431

naik unta


MARI KITA BERHIJRAH


Hijrah menuntut pengorbanan.

Tiada lagi hijrah dari Makkah ke Madinah tetapi

Hijrah tetap perlu dilakukan ………………

Hijrah dari perkara yang buruk kepada yang lebih baik.

Untuk berubah memang susah sebab

Tidak akan berlaku perubahan jika tidak berubah perlakuan.

Hijrah mesti bermula daripada niat yang betul.

Segalanya bermula daripada niat.

Niat menjadi azam …………

Apa azam tahun ni ….1431 H ?

Azam tahun baru yang sering dilupakan …… berbanding tahun baru Masehi ……… 2010

Azam untuk taat perintah Allah

Azam untuk faham kehendak Al quran dan Sunnah

Azam untuk faham Islam Sebagai Suatu Cara Hidup @ Nizamul hayat @ A way of Life.

Azam untuk faham Islam bukan hanya ibadah rutin sahaja –solat. puasa, zakat , haji

Azam untuk faham Islam itu syumul @lengkap @ menyeluruh @ komprehensif dari semua aspek …

Azam untuk faham Islam itu mesti disepadukan Ibadah, politik, ekonomi, sosial, perundangan, dll ……

Azam untuk menjadi anak @ pelajar @ ahli masyarakat yang soleh/solehah

Azam untuk jadi pelajar Islam yang berjaya demi agama …..ISLAM !!!

Azam untuk solat di awal waktu dan berjemaah

Azam untuk jadi hamba Allah yang pasrah kepadaNya.

Ya Allah , moga kami semua engkau berikan petunjuk dan hidayah

dan mendapat kejayaan yang hakiki di dunia dan akhirat.

Amin, Ya Robbal ‘alamin.


[ SOKONG BLOG INI, SILA SIGN BUKU PELAWAT ]


Sabtu, 5 Disember 2009

TUGASAN MASA CUTI 2009

SOALAN TUGASAN MASA CUTI 2009

PERHATIAN : JAWAB DALAM BENTUK ESEI SEPENUHNYA DENGAN TULISAN TANGAN SAHAJA. CETAKAN KOMPUTER TIDAK DIBENARKAN.

1.

Bincangkan peranan masyarakat Neolitik kepada kemunculan tamadun manusia.

2.

Bincangkan langkah-langkah pengukuhan empayar Rom oleh Augustus Caesar.

3.

Huraikan taktik dan strategi peperangan yang dipraktikkan dalam dinasti Maurya di India.

Rujukan :

1. Soalan Percubaan STPM Negeri Perak 2008 image

2. Buku-buku rujukan

[ SOKONG BLOG INI, SILA SIGN BUKU PELAWAT ]

Khamis, 26 November 2009

TAMADUN DUNIA/ISLAM : TEMA 2 –BANDING ASPEK PEMERINTAHAN ATHENS VS MADINAH = STPM 2009 @ PERCUBAAN PERAK 2008

Bandingkan sistem pemerintahan dan pentadbiran antara negara kota Athens di Yunani dengan negara kota Madinah di Tanah Arab (STPM 2009)

 

Bandingkan aspek pemerintahan dan pentadbiran negara kota Athens bermula pada tahun 495 S.M dengan negara Kota Madinah pada zaman Nabi Muhammad s.a.w.(PERCUBAAN NEGERI PERAK 2008)

Pengenalan [ 3 markah ]

1. Definisi negara kota.

2. Latar belakang dan lokasi negara kota Athens

· Athens merupakan salah sebuah negara kota yang terkenal di Yunani.

· Muncul antara tahun 800 – 500 S.M.

· Athens berkembang maju hasil daripada sektor perdagangan.

· Mengalami kepesatan dalam pelbagai bidang khususnya bidang politik dan falsafah antara abad ke 5 S.M dan ke 4 S.M.

3. Latar belakang dan lokasi negara kota Madinah

· Nama asalnya ialah Yathrib yang terletak kira-kira 400 km dari Makkah dan 70 km dari Laut Merah.

· Kawasan kota Madinah merupakan kawasan wadi (lembah) seluas kira-kira 32 kilometer persegi dan mempunyai kawasan pertanian yang subur.

· Terletak di tengah-tengah Tanah Arab dan merupakan jalan perdagangan antara Syam ( di bahagian utara ) dan Makkah ( di bahagian selatan ) Tanah Arab.

· Penduduk asal negara kota Madinah ialah kaum Aus, Khazraj, dan kaum pendatang Yahudi.

Isi [ 5 isi X 4 markah = 20 markah ]

Perbandingan pelbagai aspek pemerintahan dan pentadbiran negara kota Athens dan Madinah :

1. Sistem pemerintahan

Athens:

Terkenal sebagai negara kota pertama yang melaksanakan sistem pemerintahan demokrasi melalui tiga buah institusi pemerintahan dalam membuat dasar dan undang-undang.

Madinah:

Sistem pemerintahan Nabi Muhammad s.a.w. bersifat negara Kota dan mengamalkan sistem pemerintahan Islam iaitu agama dan politik tidak dipisahkan. Dalam pentadbiran, baginda melaksanakan konsep musyawarah dalam membuat keputusan.

2. Institusi pemerintahan

Athens:

Mempunyai tiga institusi iaitu Dewan Perhimpunan, Majlis serta Majistret dan Juri.

· Dewan Perhimpunan diwakili oleh semua lelaki dewasa Athens. Tempoh perkhidmatan mereka ialah antara enam bulan hingga setahun. Dewan Perhimpunan bersidang lebih kurang tiga kali sebulan.

· Majlis dibentuk untuk melaksanakan keputusan-keputusan Dewan Perhimpunan. Majlis dianggotai oleh 500 orang ahli yang dipilih melalui undian dan 50 orang mewakili setiap suku.

· Majistret terdiri daripada para pegawai kerajaan. Mereka melaksanakan dasar-dasar kerajaan yang diputuskan oleh Majlis.

· Juri menjadi pemutus bagi sesuatu kes dan tidak ada peluang bagi tertuduh untuk merayu.

Madinah:

Nabi Muhammad s.a.w telah menubuhkan Majlis Syura yang bertanggungjawab menggubal dasar- dasar pemerintahan negara yang berteraskan Al-Quran dan Hadis. Nabi Muhammad s.a.w sendiri mengetuai majlis syura tersebut. Masjid telah berperanan sebagai pusat pentadbiran.

3. Ketua Negara

Athens:

Ø Zaman pemerintahan beraja, Raja sebagai pemerintah tertinggi.

Ø Sewaktu zaman pemerintahan golongan bangsawan berkuasa (archon) majlis melantik golongan kaya menganggotai Dewan Perhimpunan untuk mengetuai pemerintahan. Contoh : Solon

Madinah:

Ø Negara Kota Madinah diketuai oleh Nabi Muhammad s.a.w. sebagai pemerintah tertinggi yang juga merupakan seorang Nabi lagi Rasul.

Ø Baginda tidak mengamalkan pemerintahan secara autokrasi atau berkuasa mutlak.

4. Pentadbiran undang-undang

Athens:

Ø Dewan Perhimpunan merupakan badan perundangan yang mempunyai kawalan penuh ke atas pentadbiran dan kehakiman.

Ø Ia juga menggubal undang-undang dan dasar negara kota.

Ø Pesalah dihukum berdasarkan undang-undang yang terdapat dalam kanun hukuman Yunani.

Ø Jika kesalahan tidak dinyatakan dalam kanun tersebut, pendakwa raya akan mengemukakan hukuman dan pesalah akan memilih hukumannya sendiri.

Madinah:

Ø Undang-undang negara Kota Madinah berteraskan syariah Islam.

Ø Sumber utama undang-undang Islam ialah al – Quran dan Hadis.

Ø Terdapat perlembagaan yang dikenali sebagai Piagam Madinah digubal dan mengandungi 47 fasal yang berkait dengan orang Islam dan bukan Islam.

5. Pentadbiran Agama dan Kepercayaan

Athens:

Ø Tidak ada priesthood (paderi) atau ketua agama untuk membuat undang-undang agama atau doktrin.

Ø Paderi yang ada hanya semata-mata untuk menjaga kuil, harta dan menjalankan upacara-upacara agama.

Ø Menyembah pelbagai dewa-dewi seperti Tuhan Zeus, Apollo, Athena, dan lain-lain. Tidak mempunyai kitab suci.

Ø Lebih berupa ritual ( upacara ) daripada kepercayaan.

Ø Tidak perlu mengamalkan satu peraturan hidup tertentu , tetapi hanya perlu mengamalkan beberapa sifat suci.

Madinah:

Ø Agama yang diamalkan ialah agama Islam yang diajar melalui Rasulullah s.a.w dan kitab suci Al-Quran sebagai panduan.

Ø Menolak sama sekali kepercayaan kepada banyak tuhan.

Ø Mempercayai Tuhan adalah esa iaitu Allah s.w.t. Segala aktiviti keagamaan berpusatkan di masjid.

6. Pentadbiran sosial

Athens:

Ø Hanya warganegara lelaki dewasa yang terlibat dalam politik, bermesyuarat dan bertindak di Dewan Perhimpunan.

Ø Walaupun Majlis memberi peluang kepada setiap warganegara menganggotainya, rata-rata mereka yang menguasai Dewan Perhimpunan ialah orang kaya yang dikenali sebagai Archon.

Ø Golongan tidak bertanah dan hamba tidak dibenarkan menghadiri Dewan Perhimpunan kecuali semasa pemerintahan Solon, apabila beliau meminda perlembagaan.

Madinah:

Negara kota Madinah memperkenalkan konsep ukhwah dan persamaan taraf menggantikan amalan assabiyah yang telah diamalkan pada zaman jahiliah. Rakyat lelaki dan wanita mempunyai hak bersuara dan memberikan pendapat.

7. Pentadbiran Ekonomi

Athens:

Mengadakan hubungan perdagangan dan perindustrian dengan negara lain . Mengabaikan sektor pertanian kerana bentuk muka bumi yang sempit. Antara barangan yang diimport ialah seperti gandum, ikan, daging, garam, buah-buahan dan bahan mentah. Barang-barang eksport termasuklah minyak zaitun, perak, dan batu marmar.

Madinah:

Ø Dalam negara Kota Madinah, Nabi Muhammad s.a.w mengadakan hubungan perdagangan antarabangsa dengan memperkenalkan sistem muamalat Islam.

Ø Amalan riba dan penipuan diharamkan.

Ø Nabi Muhammad s.a.w menyuruh mencari kekayaan dengan cara yang halal lagi baik dan diredhai Allah s.w.t.

Ø Nabi Muhammad melaksanakan keadilan ekonomi dengan merapatkan jurang kekayaan.

Ø Menebus semula tanah-tanah yang tergadai di tangan orang Yahudi.

8. Pentadbiran Hubungan Luar

Athens:

Ø Hubungan dengan negara kota lain tidak baik.

Ø Sentiasa bersaing antara satu sama lain dan sering berlaku peperangan yang melibatkan soal politik dan sempadan.

Madinah:

Ø Nabi Muhammad s.a.w telah membentuk satu dasar diplomasi dan menjalinkan hubungan yang baik dengan negara luar .

Ø Nabi Muhammad menghantar surat kepada pemerintah-pemerintah Mesir, Habsyah, Yaman dan Rom dengan tujuan pemerintah-pemerintah negara tersebut dapat menerima dakwah Islam.

9. Pentadbiran Ketenteraan.

Athens:

Ø Tentera dibentuk untuk menghadapi peperangan yang dalam skala kecil-kecilan, bersifat tempatan dan untuk menyelesaikan perbalahan politik sempadan.

Ø Athens seperti negara kota Yunani lain mempunyai tentera untuk mempertahankan negara kota mereka daripada serangan musuh dan berusaha agar dapat memberi saingan kepada negara-negara kota lain untuk menjadi negara kota yang paling agung.

Madinah:

Nabi Muhammad s.a.w. sebagai ketua tentera telah membentuk dan mengasaskan sistem ketenteraan Islam yang berlandaskan konsep jihad. Tentera yang berperang tidak bergaji tetap tetapi mendapat ganjaran hasil dari harta ghanimah ( rampasan perang ).

10. Pentadbiran Sistem Kehakiman

Athens:

Ø Kuasa pengadilan terletak di tangan warganegara dalam Dewan Perhimpunan .

Ø Hal-hal kecil diselesaikan dalam mahkamah tempatan tetapi kes besar, jenayah dan sivil akan diselesaikan di mahkamah Athens.

Ø Juri menjadi pemutus bagi sesuatu kes dan pihak yang tertuduh tidak berpeluang untuk merayu.

Ø Pesalah dihukum berdasarkan kanun hukuman Yunani.

Ø Jika kesalahan tidak dinyatakan dalam kanun tersebut, pendakwa raya akan mengemukakan hukuman dan pesalah akan memilih hukumannya sendiri.

Madinah:

Ø Nabi Muhammad s.a.w. menjadi hakim berdasarkan panduan al-Quran dan Hadis.

Ø Terdapat juga hakim yang dilantik di peringkat suku kaum untuk menyelesaikan masalah dalaman kaum tersebut.

Ø Penyelesaian antara kaum akan dirujuk kepada Nabi Muhammad s.a.w. merangkumi semua aspek dari segi sivil mahupun jenayah.

Kesimpulan [ 2 markah ]

Terdapat perbezaan dalam sistem pemerintahan yang diamalkan antara negara kota Athens dan Madinah di bawah Nabi Muhammad s.a.w. Perbezaan itu jelas dapat dilihat dalam aspek sistem pemerintahan, pentadbiran, perundangan, ekonomi dan sebagainya. Negara kota Athens diperintah hasil pemikiran dan usaha manusia manakala negara kota Madinah diperintah atas konsep tauhid berteraskan al-Quran dan Hadis.

Nota :

· Markah diberikan hanya ada unsur perbandingan.

· Sekiranya pelajar menjawab tentang Athens dan Madinah tanpa ada perbandingan maka tiada markah isi.

· Sekiranya pelajar menyebutkan satu penanda wacana bandingan dalam keseluruhan jawapan markah maksimum bagi isi 8 markah sahaja.

· Calon dikehendaki membuat perbandingan setiap isi.

TAMADUN ISLAM : TEMA 2 – HUKUM KANUN MELAKA = STPM 2009 @PERCUBAAN NEGERI PERAK 2006

Sejauh manakah unsur Islam mempengaruhi Hukum Kanun Melaka pada zaman Kesultanan Melayu Melaka ? (STPM 2009)

____________________________________________

Sejauh manakah Islam mempengaruhi sistem perundangan pada zaman Kesultanan Melayu Melaka? (Percubaan Negeri Perak 2006)

PENGENALAN: (3 markah)

1. Latar belakang Kesultanan Melayu Melaka

  • Melaka dibuka pada awal abad ke-15M oleh Parameswara.
  • Kedudukan Melaka adalah sangat strategik kerana terletak di laluan perdagangan.
  • Raja Melaka yang pertama ialah Parameswara yang mengubah namanya kepada Sultan Iskandar Syah selepas kedatangan Islam.
  • Sistem pentadbiran Melaka berbentuk hierarki dan mempunyai sistem pentadbiran yang teratur dan sistematik.
  • Sultan memegang kuasa tertinggi dan dibantu oleh Bendahara, Penghulu Bendahari, Temenggung, Syahbandar dan Laksamana.

2. Latar belakang Undang-undang Kesultanan Melayu Melaka

  • Pada zaman Kesultanan Melayu Melaka telah wujud sistem pentadbiran yang sistematik termasuk sistem perundangan.
  • Sultan bertindak sebagai hakim dan penggubal undang-undang kerana sultan mempunyai kuasa mutlak.
  • Dalam hubungan pemerintah dengan rakyat, sultan berhak mengeluarkan perintah, kerah dan titah serta menjatuhkan hukuman.
  • Walaupun begitu, konsep musyawarah tetap diamalkan dan diutamakan sebelum sesuatu hukuman dijatuhkan.
  • Undang-undang Kesultanan Melayu Melaka terbahagi kepada dua iaitu Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Laut Melaka.
  • Perundangan yang diamalkan di Melaka mempunyai pengaruh Islam sahaja dan tidak semuanya yang selari dengan prinsip-prinsip Islam.
  • Hukum Kanun Melaka juga dikenali sebagai Risalat Hukum Kanun dan Undang-undang Darat Melaka.
  • Hukum Kanun Melaka telah wujud sejak zaman Sultan Muhammad Syah (Raja Kecil Besar)
  • Naskah asal Hukum Kanun ini mengandungi 19 fasal.
  • Hukum Kanun Melaka berkuatkuasa di Melaka pusat dan juga kawasan-kawasan yang menjadi takluknya.
  • Antara lain kandungannya adalah mengenai tanggungjawab raja serta pembesar, pantang larang dalam kalangan anggota masyarakat, penghukum kesalahan jenayah dan awam, undang-undang keluarga, permasalahan ibadat dan muamalat .

ISI:

Pengaruh Islam mempengaruhi sistem perundangan pada zaman Kesultanan Melayu Melaka

A. Pengaruh Islam dalam Hukum Kanun Melaka (7 isi X 3 markah)

1. Daripada 44 fasal dalam Hukum Kanun Melaka, hanya 40.95% atau 18 fasal sahaja yang menurut undang-undang Islam. Sementara dalam Undang-Undang Laut Melaka hanya mengandungi 1 fasal daripada 24 fasal yang menurut undang-undang Islam iaitu hukum zina.

2. Pengaruh Islam yang paling jelas mengikut sistem perundangan Islam adalah berkaitan dengan undang-undang keluarga – undang-undang perkahwinan

  • Menerangkan orang yang berhak menjadi wali bagi perempuan yang akan berkahwin.
  • Syarat dan tatacara ijab dan qabul dalam nikah
  • Syarat menjadi saksi dalam upacara nikah.
  • Pembatalan nikah
  • Hukum talak
  • Syarat-syarat serta soalan berhubung dengan melakukan cina buta

3. Hukum jenayah yang terdapat dalam Hukum Kanun Melaka :-

  • Jenayah bunuh dibalas bunuh.
    • Hukuman ini samalah seperti dalam al-Quran, surat al-Maidah ayat 45 dan surah al-Baqarah, ayat 178.
  • Jenayah mencuri
    • Hukumnya potong tangan. Hukum ini diambil dari al-Quran surah al-Maidah, ayat 38. Perlaksanaan hukum ini pada zaman Sultan Alauddin Riayat Shah menyebabkan tiada pencuri lagi di Melaka.
  • Perbuatan zina
    • Dihukum rejam atau disebat dengan rotan. Dalam Hukum Kanun Melaka, disebat sebanyak 80 kali, tetapi dalam Undang-undang Laut Melaka disebat 100 kali. Hukuman ini sama seperti dalam al-Quran, surah an-Nur, ayat 2-5 dan surat an-Nisa’ , ayat 34.

4. Hukum Muamalat

  • Hukum berjual-beli dan pinjam-meminjam
    • Hukum Kanun Melaka hanya menekankan kepentingan mencatatkan segala nilai pinjaman dengan disaksikan oleh dua orang lelaki. Ini bersesuaian dengan ketetapan al-Quran dalam surah al-Baqarah, ayat 282.
    • Barang-barang yang boleh dan tidak boleh diniagakan. Contohnya, larangan menjual arak, khinzir, anjing dan tuak.

5. Lain-lain hukuman yang menerima pengaruh Islam

  • Tuduh menuduh / fitnah dan beban orang yang menuduh untuk membuktikan kebenaran tuduhannya. Syarat, dua orang saksi yang baligh dan tidak gila.
  • Ikrar dan wasiat. Amalan ini merupakan antara amalan yang dianjurkan dan digalakkan oleh ajaran Islam.
  • Upacara dan adat-istiadat raja-raja, meminta agar ahli-ahli agama khususnya kadi turut serta. Ini menunjukkan bahawa Hukum Kanun Melaka mengakui golongan agama dalam urusan rasmi kerajaan.

6. Wujud percampuran antara hukum-hukum dapat dan hukum-hukum syarak.

Contoh kesalahan jenayah membunuh sering ada pilihan antara hukum adat dengan hukum syarak.

Tidak menerima pengaruh Islam

7. Dalam fasal 14.2 yang bersabit dengan pembunuhan orang yang bersalah, hakim mempunyai kuasa menentukan sama ada hukum dapat @ hukum syarak yang harus digunakan untuk menghukum pesalah. Peraturan qisas seperti yang terdapat dalam hukum syarak terdapat kesalahan membunuh tidak terdapat dalam hukum ini.

8. Dalam Hukum Kanun Melaka juga terdapat perbezaan kelas; kelas bangsawan, orang merdeka dan hamba. Perkara ini bertentangan dengan kehendak hukum Islam. Dalam Islam semua manusia ini sama. Mereka akan dihukum dengan hukuman yang sama mengikut kesalahan mereka. Hukuman yang dikenakan tidak sama antara orang merdeka dengan hamba walaupun kesalahan yang dilakukan adalah sama.

9. Mengikut Hukum Kanun Melaka, terdapat 3 kesalahan yang berat yang tidak dapat diampuni oleh hakim iaitu;

i. membunuh orang

ii. mengambil isteri orang

iii. orang yang kelakuannya bermaharajalela

10. Kesalahan ini hanya boleh diampuni oleh raja dan hanya jika dilakukan oleh rakyat. Jika raja yang melakukannya, tidak bersalah. Malah terdapat pertukaran di dalam fasal 5:4.

KESIMPULAN: (1 markah)

1. Sungguhpun hukum Islam sepenuhnya tidak dijalankan di Melaka, tetapi hukum itu memang disedari oleh rakyat Melaka ketika itu.

2. Dengan adanya pengaruh Islam dalam perundangan menunjukkan rakyat telah dapat menerima Islam.

3. Para kadi dan undang-undang Islam telah memainkan peranan penting dalam sistem pentadbiran negeri Melaka.

4. Undang-undang yang diamalkan di Melaka akhirnya mempengaruhi undang-undang yang diamalkan di negeri-negeri lain seperti undang-undang pelabuhan di negeri Kedah.

[ SOKONG BLOG INI, SILA SIGN BUKU PELAWAT ]

Selasa, 24 November 2009

SEJARAH 1 STPM 2009

Salam semua khususnya pelajar saya SMKDARY,

1. Sejarah 1 dah selesai. Majoriti kata susah dan saya tidak menafikannya. Apa yang saya bimbangkan menjadikan kenyataan. Ramai yang seolah-olah tidak mempunyai fakta untuk menjawab soalan. Saya dah mengingatkan kamu semua tentang hal ini. Baca pesanan saya semula !

2. Bagi pelajar saya, apa yang kita telah bincang sepatutnya sudah mencukupi untuk kamu menjawab soalan. Sepatutnya soalan 2, 4 dan 8 serta soalan 12, dan 15 tidak menjadi masalah dan menjadi pilihan pelajar saya. Tapi ramai yang spot dalam skop yang kecil. Saya dah tegaskan perkara ini bahaya !

3. Apa yang terjadi sudah menjadi Sejarah. Beri perhatian kepada Sejarah 2 pulak. Kamu masih ada peluang untuk memperbaiki prestasi kamu dalam Sejarah. Jangan buat kesilapan yang sama dalam kertas 2.

4. Teruskan usaha. Selamat berjaya.

[ SOKONG BLOG INI, SILA SIGN BUKU PELAWAT ]

PANDUAN SEJARAH 2


1. Skema Bestari Set A 2009(Pecutan Akhir)

2.Skema Bestari Set B 2009(Pecutan Akhir)

3. Soalan Percubaan Perak 2008

4. Skema Perkampungan Sejarah 2008

5. Nota Sejarah 2



[ SOKONG BLOG INI, SILA S
IGN BUKU PELAWAT ]

Isnin, 23 November 2009

TAMADUN DUNIA : SUMBANGAN ZAMAN NEOLITIK

Jelaskan sumbangan zaman Neolitik sebagai perintis kepada kemunculan tamadun awal.

PENDAHULUAN (3 markah)

1. Latar belakang zaman prasejarah

· Terbahagi kepada tiga zaman iaitu zaman Paleolitik, Mesolitik dan Neolitik.

2. Latar belakang zaman Neolitik

· Dikenali juga sebagai zaman prasejarah akhir atau Zaman Batu Baru.

· Wujud kira-kira 7000 S.M – 3500 S.M

· Kewujudan zaman ini berbeza mengikut tempat di dunia.

3. Zaman neolitik ini merupakan perintis kepada perkembangan tamadun dunia berikutan kewujudan beberapa ciri persamaan antara zaman neolitik dan zaman tamadun awal manusia.

ISI: Sumbangan zaman Neolitik sebagai perintis kepada kemunculan tamadun awal.

(5 isi X 4 markah = 20 markah)

1. Kemajuan Sains dan Teknologi

· Perkembangan tahap pemikiran melambangkan kemajuan sains dan teknologi dalam masyarakat tamadun awal.

· Mereka sudah pandai mencipta roda, layar kapal, terusan, tembok dan benteng.

· Kesemua ini meninggalkan kesan dari segi pertanian, perdagangan dan pengangkutan.

· Kemajuan-kemajuan ini dapat dilihat dalam tamadun awal seperti Mesir dan Mesopotamia.

· Penemuan bajak dan roda menambahkan lagi daya produktiviti manusia

· Contoh ; penemuan bajak menyebabkan manusia mula menggunakan tenaga haiwan bagi membantu meringankan pekerjaan mereka.

· Haiwan seperti kuda dan kerbau di latih untuk mengangkut barang atau membajak sawah.

· Kesan penggunaan alat-alat ini telah meningkatkan hasil pertanian.

· Penciptaan rakit dan perahu pada zaman Neolitik juga membawa kepada perkembangan pembuatan kapal untuk menjalankan aktiviti perdagangan pada zaman tamadun awal manusia. Contoh, perdagangan antara Tamadun Mesopotamia dengan Tamadun Indus.

2. Revolusi Pertanian

· Zaman neolitik juga dianggap perintis perkembangan tamadun manusia berikutan kegiatan ekonomi mereka.

· Antara ciri tamadun dalam aspek ini ialah berlakunya revolusi pertanian. Revolusi ini sebenarnya telahpun bermula pada zaman neolitik.

· Manusia telah pandai mengusahakan kegiatan pertanian untuk mendapatkan bekalan makanan.

· Mereka tidak lagi bergantung kepada sumber hutan, sebaliknya mula bercucuk tanam dan menternak haiwan.

· Ekonomi pertanian secara besar-besaran yang menghasilkan lebihan makanan dan menggalakkan aktiviti perdagangan.

· Kesuburan tanah dan penghasilan makanan yang mencukupi untuk menampung penduduk telah mencetuskan revolusi urban atau perbandaran.

· Berlakunya Revolusi Pertanian akhirnya membawa kepada kemunculan bandar-bandar Memphis , Dhilkah dan Thebes

3. Urbanisasi/Perbandaran.

· Perubahan kepada cara hidup bermastautin atau membina petempatan kekal juga menyebabkan zaman neolitik ini dianggap sebagai perintis perkembangan tamadun manusia.

· Salah satu ciri masyarakat bertamadun ialah kejayaan membina petempatan kekal.

· Dengan corak ini membolehkan manusia bergiat dalam aktiviti bercucuk tanah dan menternak haiwan serta membina tamadun.

· Masyarakat Neolitik yang telah mula hidup menetap dan bilangan penduduk yang ramai telah membentuk sebuah perkampungan dan akhirnya berkembang menjadi bandar dan negara kota.

4. Sistem Kepercayaan dan Agama

· Kepercayaan manusia neolitik juga menjadi perintis kepada kewujudan sistem kepercayaan manusia bertamadun.

· Dalam masyarakat neolitik telah wujud naluri berugama. Walaupun masyarakat Neolitik mempercayai kepercayaan berunsur alam sekitar, namun dari kepercayaan inilah yang akhirnya telah melahirkan kepercayaan beberapa kepercayaan lain dalam masyarakat bertamadun.

· Pada zaman Neolitik, manusia mempercayai kuasa ghaib yang dipercayai menentukan nasib mereka.

· Mereka percaya kepada semangat atau Tuhan yang mengawal alam semesta.

· Manusia boleh menerima hukum alam. Contoh ; banjir.

· Kesan daripada sistem kepercayaan dan agama pada zaman Neolitik menyebabkan berlakunya amalan politeisme iaitu penyembahan dewa-dewi.

  • Dewa-dewi juga dipercayai mempengaruhi kehidupan mereka.
  • Jika tidak disembah,dewa-dewi akan membawa malapetaka seperti banjir, dan kemarau.
  • Contoh; tamadun Indus, mereka menyembah dewi bermuka tiga
  • Contoh; dalam tamadun Mesopotamia terdapat penyembahan dewa-dewi yang banyak diadakan ketika upacara keagamaan di Ziggurat.

5. Pengkhususan kerja

· Pada zaman Neolitik pengkhususan kerja hanya melibatkan jantina sahaja iaitu kaum lelaki kepada aktiviti berat seperti kerja pertanian, penternakan dan kraftangan (seperti penghasilan peralatan, tembikar dll) sementara kaum wanita aktiviti ringan seperti bercucuk tanam.

· Pengkhususan kerja telah meningkatkan produktiviti mereka dan merangsang kepada aktiviti perdagangan.

· Kewujudan pengkhususan kerja ini berikutan telah wujudnya kepelbagaian keperluan dalam masyarakat Neolitik.

  • Pengkhususan kerja pada zaman Neolitik ini menyebabkan setiap anggota masyarakat pada zaman Tamadun mempunyai tugas dan peranan mereka masing-masing seperti petani, penternak, artisan dan askar.
  • Pengkhususan kerja mempercepat lagi proses urbansisasi dan perkembangan tamadun.
  • Contoh; tamadun China

6. Organisasi Sosial

· Organisasi sosial / institusi kekeluargaan dalam masyarakat Neolitik membawa kepada kewujudan corak politik yang mudah.

· Pada zaman Neolitik, wujud ketua kampung yang menyelesaikan sebarang pertikaian berkaitan dengan pertanian atau hak milik tanah.

· Perkembangan ini telah membawa kepada kewujudan institusi politik yang lebih kompleks dalam masyarakat bertamadun.

· Struktur dan organisasi masayarakat yang tersusun menggambarkan sesuatu masyarakat telah mencapai ketamadunan.

· Wujud golongan pemerintah dan golongan yang diperintah telah membantu pentadbiran berjalan lancar dan teratur.

· Biasanya raja menduduki kedudukan yang teratas.

· Diikuti golongan bangsawan yang memainkan peranan sebagai pentadbir.

· Seterusnya ahli agama dan golongan pendeta untuk melakukan upacara keagamaan

· Rakyat biasa yang menajlankan aktiviti ekonomi masing-masing

· Akhirnya golongan hamba yang menjalankan kerja-kerja yang berat.

· Kewujudan organisasi sosial membawa kepada pengenalan sistem perundangan untuk mendisiplinkan masyarakat dan melindungi nyawa dan harta benda

· Contoh ; tamadun Mesopotamia semasa pemerintahan Raja Hamumurabi

7. Kesenian

· Aktiviti melukis haiwan di dinding gua pada zaman Neolitik telah mencetuskan pula kelahiran sistem tulisan.

  • Tulisan pada petempatan awal dalam bentuk gambar, simbol, atau berbentuk pepaku.
  • Tulisan-tulisan ini digunakan untuk merekodkan sesuatu perkara.
  • Contoh; tulisan hieroglif (Tamadun Mesir) digunakan untuk merekod upacara keagamaan dan harta kuil.
  • Contoh; tulisan Cunieform (Tamadun Mesopotamia) digunakan untuk merekod tentang kegiatan perdagangan dan pentadbiran.

Kesimpulan (2 markah)

· Munculnya masyarakat bertamadun adalah berasaskan kemajuan teknologi dan pengetahuan manusia pada tahap Neolitik.

Kemunculan tamadun awal manusia telah melahirkan tamadun-tamadun dunia yang lain seperti Tamadun Yunani dan Tamadun Eropah.


[ SOKONG BLOG INI, SILA SIGN BUKU PELAWAT ]

TAMADUN ISLAM : TEMA 1 – FAKTOR PENENTANGAN QURAISY MAKKAH TERHADAP ISLAM

Huraikan faktor-faktor penentangan terhadap ajaran Islam oleh kaum Quraisy pada zaman Nabi Muhammad di Makkah.

PENGENALAN:

1. Latar Belakang Nabi Muhammad s.a.w

  • Dilahirkan di kota Makkah pada hari Isnin 12 Rabiulawal tahun Gajah
  • Dari keturunan Bani Hasyim; dari puak Quraisy
  • Baginda menerima wahyu pertama; Surah al-Alaq melalui malaikat Jibril pada 17 Ramadhan 610M di Gua Hira’.

2. Latar Belakang Masyarakat Kota Makkah

  • Nama asal Makkah ialah Makaroba, kemudian diubah kepada Bakkah dan Makkah.
  • Makkah merupakan tempat permulaan rumah ibadat, Baitullah Kaabah, yang diberkati Allah swt.
  • Penduduk terawal dikenali sebagai Amaliqah, dikuti oleh puak Jurhum.
  • Pada zaman puak Jurhum, Nabi Ismail dilahirkan.
  • Nabi Ibrahim (as) dan anaknya Nabi Ismail (as) telah membina Kaabah.
  • Setelah itu tiba puak Khuzaah. Mereka memerintah Makkah selama 3 kurun sebelum ketibaan kaum Quraisy pimpinan Qusay bin Kilab pada permulaan kurun ke-5.
  • Dengan adanya Kaabah, ramai pengunjung datang ke Makkah untuk melakukan ibadat haji dan perdagangan.
  • Makkah merupakan kota yang bebas daripada kuasa dan pengaruh Byzantine dan Parsi.
  • Makkah kekal sebagai suatu kawasan yang neutral hingga zaman Islam.

3. Bentuk-bentuk Tentangan Orang-Orang Quraisy Makkah Terhadap Ajaran Nabi Muhammad Saw.

  • Bertemu dengan Abu Talib supaya menasihatkan Nabi Muhammad menghentikan dakwah baginda.
  • Menghina, memperolok-olok dan mengganggu dengan perkataan dan perbuatan
  • Menyiksa
  • Tawaran Harta & Pangkat
  • Berkompromi Agama
  • Pemulauan Ekonomi Dan Sosial
  • Rancangan Membunuh Nabi

4. Aktiviti Dakwah Nabi Muhammad S.A.W. Sewaktu Di Kota Mekah

  • Dakwah yang dilakukan oleh Nabi Muhammad s.a.w melalui 2 peringkat:

(a) dakwah secara sulit

(b) dakwah secara terang-terangan

ISI:

Faktor-faktor penentangan ajaran Islam oleh kaum Quraisy Makkah [ 5 isi X 4 markah = 20 markah ]

1. Faktor Agama

  • Ajaran Islam yang disampaikan oleh Nabi Muhammad s.aw. itu bertentangan dengan agama berhala yang telah sebati menajadi darah daging orang-orang Makkah.
  • Dari sudut akidah, Islam menekankan Tauhid, percayakan Allah yang Maha Esa dan menentang amalan syirik.
  • Agama berhala dianggap sebagai agama tradisi nenek moyang mereka yang mesti dipertahankan
  • Oleh itu menentang Nabi Muhammad s.a.w yang dianggap sebagai orang yang mahu meruntuhkan tradisi itu.

2. Ingin Mengekalkan Kuasa Dan Pengaruh

  • Sebelum ini kepimpinan kota Makkah terletak di tangan Hasyim, moyang Nabi Muhammad s.a.w dan Abd Mutalib.
  • Setelah itu berpindah ke tangan Abu Talib, bapa saudara Baginda.
  • Besar kemungkinan kepimpinan itu akan diwarisi oleh Nabi Muhammad s.a.w kerana keupayaannya yang luar biasa.
  • Jika mereka memeluk Islam dan mengikut Baginda bermakna kepimpinan itu akan terus berada di tangan Bani Hasyim.

3. Persamaan Taraf

  • Agama Islam yang disampaikan Nabi Muhammad s.aw. ialah agama tauhid yang menyeru kepada keadilan sosial dan persamaan taraf manusia.
  • Hal ini amat bertentangan dengan sistem sosial Jahiliyah yang masih dikuasai oleh kaum bangsawan kaum Quraisy.
  • Mereka masih berpegang dengan taraf dan kedudukan sosial yang berbeza.
  • Dengan terlaksananya ajaran Islam, bermakna tidak ada lagi perbezaan antara ketua dan pengikut; antara yang kaya dengan miskin dan antara tuan dengan hamba
  • Pada pandangan Islam, semua manusia adalah sama sahaja kecuali bagi orang yang bertakwa.

4. Faktor Ekonomi/Mempertahankan Pusaka Nenek Moyang.

  • Orang-orang Quraisy mengamalkan penjualan atau berhala.
  • Seandainya mereka memeluk Islam, maka sudah tentu punca rezeki mereka akan hilang kerana Islam tidak membenarkan pembuatan patung berhala dan menjualnya.
  • Amalan membuat dan menjual patung pula merupakan warisan nenek moyang mereka,
  • Oleh itu mereka begitu sensitif apabila Nabi Muhammad s.a.w. mencela agama berhala mereka.

5. Takut Akan Hari Pembalasan

  • Islam mengajar manusia tentang hari pembalasan atau hari kiamat
  • Wajib percaya kepadanya dan merupakan satu daripada Rukun Iman
  • Segala amalan di dunia sama ada baik atau jahat akan dikira pada hari pembalasan denganm saksama.
  • Berita hari kiamat telah menakutkan kaum Quraisy Mekah kerana mereka sedar bahawa mereka telah banyak melakukan perkara keji yang ditegah oleh Islam seperti mencuri, merompak, berzina, minum arak dan mengamalkan riba
  • Perbuatan ini akan dibalas dengan seksaan api neraka
  • Tetapi mengikut agama berhala, segala dosa itu dapat dihapuskan di dunia juga tanpa menerima apa-apa balasan pada hari kiamat.

6. Perasaan Iri hati

  • Mereka menentang Nabi Muhammad s.a.w. dan Islam kerana perasaan iri hati kedudukan Nabi Muhammad s.a.w sebagai Nabi dan Rasul.
  • Antara mereka ialah;

i) Umayyah bin Abi al-Salt pernah menyatakan keinginan menjadi seorang nabi.

ii) Al-Walid bin al-Mughirah berasa terlalu kecewa apabila mendengar Nabi Muhammad s.a.w menerima wahyu

KESIMPULAN:

1. Nabi Muhammad saw dan umat Islam Makkah tabah dan sabar menghadapi tentangan daripada orang-orang Quraisy Makkah.

2. Terdapat pelbagai bentuk tentangan daripada orang-orang Quraisy Makkah seperti penghinaan,penyiksaan, pemulauan,memujuk Nabi Muhammad dan bapa saudaranya Abu Talib sehingga rancangan untuk membunuh Nabi Muhammad saw.


[ SOKONG BLOG INI, SILA SIGN BUKU PELAWAT ]

TAMADUN ISLAM : TEMA 4 - KHARAJ

HURAIKAN PERLAKSANAAN KHARAJ PADA ZAMAN KHULAFA AL RASYIDIN.

A. PENDAHULUAN (3 Markah))

1. Latar belakang sistem cukai zaman Khulafa al Rasyidin.

2. Latar belakang pemerintahan Khulafa al Rasyidin.

3. Definisi Kharaj

Kharaj merupakan cukai tertua dikenali oleh tamadun manusia. Ia dikenali dalam tamadun Firaun di Mesir. Dalam kerajaan Rom juga dikenali sebagai cukai tanah atau Kharaj yang dipanggil Tributum Soil. Demikian juga di zaman pemerintahan Kerajaan Parsi dikenali sebagai cukai seumpama itu. Keadaan ini adalah disebabkan pemerintah – pemerintah zaman purba melihat takhta sebagai milik penuh Raja atau Sultan.

B. ISI-ISI PENTING (7 Isi X 3Markah = 21 Markah)

PELAKSANAAN KHARAJ ZAMAN KHULAFA AL RASYIDIN.

  1. TANAH YANG DIKENAKAN KHARAJ.

· Tanah yang ditakluki terutamanya di Iraq. Tanah ini dibahagi kepada dua jenis iaitu Tanah Bertuan dan Tanah tidak bertuan. Tanah bertuan tidak dikenakan cukai sekiranya pemilik tersebut beragama Islam.

· Tanah rampasan perang yang dimiliki oleh tentera Islam dan pengusahanya terdiri daripada orang bukan Islam.

· Tanah yang diusahakan oleh golongan Zimmi, dengan kebenaran pemerintah Islam.

· Tanah terbiar yang dikerjakan oleh oleh orang Islam.

· Tempat tinggal golongan zimmi yang diubah menjadi kawasan pertanian.

  1. JENIS – JENIS KHARAJ.

· Kharaj Wazifah ( Musahah ) dikenakan mengikut keluasan dan kawasan tanah atau jumlah pokok yang ditanam. Contohnya tanah di Iraq telah ditetapkan setiap Jarib anggur dikenakan kharaj sebanyak 10 dirham.

· Kharaj Muqasamah merupakan cukai yang dikenakan berdasarkan hasil yang diperolehi daripada tanaman. Penentuan kadar cukai dibuat berasaskan kepada banyak perkara daripada mengelakkan penganiayaan kepada petani.

  1. KADAR KHARAJ.

· Kadar Kharaj ditentukan berdasarkan kemampuan dan tidak membebankan. Kadar maksimum tidak melebihi separuh daripada hasil keseluruhan tanaman.

· Kharaj Wazifah dikenakan sekali dalam setahun tanpa mengira berapa banyak hasil pertanian yang diperolehi.

· Kharaj Muqasammah dikenakan setiap kali hasil pertanian diperolehi.

· Kharaj boleh dibayar dalam bentuk mata wang atau hasil pertanian.

  1. FAKTOR YANG MENENTUKAN KADAR KHARAJ.

· Kualiti tanah, kadar lebih rendah jika tanah disuburkan oleh petani melalui usahanya sendiri berbanding dengan kesuburan disebabkan oleh hujan ( alam semula jadi ).

· Kualiti biji benih, jika biji benih berkualiti kadar kharaj lebih tinggi dikenakan.

· Kedudukan tanah tanah pertanian. Jika tanah pertanian jauh di pendalaman kadar kharajnya lebih rendah berbanding dengan tanah pertanian yang berdekatan dengan bandar.

  1. SYARAT – SYARAT KHARAJ.

· Pada awalnya Kharaj dikenakan kepada pemilik tanah penduduk zimmi sahaja.

· Kharaj tidak dikenakan sekiranya hasil pertanian dimusnahkan oleh bencana alam.

· Sekiranya tanah kharaj dipajak atau disewa, kharaj dikenakan ke atas pemilik tanah bukannya penyewa.

· Kharaj juga dikenakan ke atas tanah kediaman yang dijadikan kawasan pertanian.

  1. PENGUTIPAN KHARAJ.

· Dilakukan secara adil, jika kharaj tidak dapat dibayar kerana masalah kewangan, mereka akan dibenarkan menangguhkan pembayaran sehingga mampu.

· Sekiranya pembayar tidak mampu membayar kharaj walaupun ia mampu mambayarnya, tindakan boleh diambil menerusi undang – undang atau dijual oleh kerajaan.

· Bagi menguruskan kharaj di Iraq, Khalifah Umar menyerahkan kepada golongan Ahl – al – Ayyam sebagai Pemegang Amanah. 1/5 daripada hasil kutipan kharaj diserahkan kepada kerajaan pusat dan selebihnya dikembalikan kepada Ahl – al – Ayyam.

· Hasil kutipan Kharaj diletakkan di bawah pentadbiran Baitulmal.

  1. Perlaksanaan Kharaj pada zaman Umar al – Khattab telah diteruskan oleh Khalifah al – Rashidin selepasnya. Di akhir pemerintahan Uthman, golongan Ahl – Al – Ayyam tidak lagi diberi kuasa untuk mengurus cukai Kharaj di Iraq dan diserahkan di bawah pentadbiran gabenor.

A. KESIMPULAN. ( 1 MARKAH )

Sistem Kharaj telah meninggalkan kesan yang positif dalam perkembangan ekonomi orang Islam pada zaman Khulafa ar – Rashidin dan sistem ini diteruskan oleh kerajaan Bani Umaiyyah.

[ SOKONG BLOG INI, SILA SIGN BUKU PELAWAT ]

LATIHAN MASA CUTI 2009

Assalamualaikum w.t.h ;

Kepada semua pelajar 6 Rendah SMK DARY 2009,

1. Saya dalam proses menyiapkan latihan masa cuti 2009 untuk kamu semua siapkan. Saya akan uploadkan sedikit masa lagi. Ambil perhatian, semua pelajar kena buat termasuk kelas Maliki. Ini kerana pada tahun 2010 nanti saya akan mengajar ketiga-tiga kelas.

2. Buat masa ini, kamu boleh melayari blog ini dan ambil tindakan yang sewajarnya. Biasakan dengan blog ini. Jangan nanti tanya nota mana nak ambik, macam mana nak ambik, dll. Ambil nota-nota yang berkaitan jika belum berbuat demikian. Banyak tu. Buatlah persiapan dari sekarang untuk menghadapi STPM 2010. Saya tak suka pelajar yang lembik, tak bermaya, malas berusaha dan hanya menadah apa sahaja yang disuapkan. Jadilah pelajar yang proaktif !!!
AMBIL NOTA dan BACA !

3. Masih ramai pelajar yang belum hantar tugasan esei soalan akhir tahun 2009 sebagaimana yang saya minta. Kenapa ??? Malas ? Mengada-ngada ? Kelas Syafie ramai juga yang dah hantar, tetapi kelas Hanafi hanya seorang sahaja yang hantar, iaitu Asmah. Mana yang lain ? Saya sudah beberapi kali beri ingatan, tetapi kurang diambil perhatian. Saya sengaja membiarkan untuk lihat sejauh manakah komitmen kamu. Hasilnya, saya dapat buat kesimpulan majoriti daripada kamu tidak memberi komitmen yang tinggi. Buka sekolah nanti tahun 2010 ni, saya akan BANCUH dengan KLOROX pekat !!!!! Tunggu ! TINDAKAN PENTING : SIAPKAN ESEI TERSEBUT !!!!

4. Ingat, bila kamu pilih Form 6, kamu mesti letakkan prioriti terhadap target kamu. Jangan ulang kelemahan masa SPM. Kepada yang nak meninggalkan form 6, masuk politeknik, UiTM, dll selamat berjaya ! Kepada yang tidak meninggalkan alam DARY, letakkan matlamat bermula dari sekarang ! Selepas ini kamu akan masuk 'U' dan ambil kursus berijazah bukan diploma !! Tiada jalan pintas, mudah dan hanya angan-angan untuk berjaya. Apa saja dalam dunia ini. Lu pikir la sendiri !

5. Cuti ni saya sendiri akan berkursus dari 1-4 Disember 2009 berkaitan dengan Pembinaan Bahan Pembelajaran Atas Talian. Ni semua komitmen saya untuk memberi yang terbaik untuk pelajar-pelajar khususnya pelajar saya di DARY. Selepas tu ada tugasan negara yang lebih besar lagi. Rahsia !!!

6. Akhir kata, selamat bercuti dan isilah masa dengan berfaedah. Cuti bukan bermakna kamu relax semahunya....... fikir-fikirkan!

[ SOKONG BLOG INI, SILA SIGN BUKU PELAWAT ]

TAMADUN DUNIA : TEMA 1 – PENGARUH ALAM SEKITAR TERHADAP PRASEJARAH

Huraikan pengaruh alam sekitar terhadap kehidupan masyarakat dari zaman pra-sejarah.

Pengenalan:
· Masyarakat zaman prasejarah banyak diperngaruhi oleh faktor alam sekitar dalam kehidupan seharian mereka.
· Hubungan manusia dengan alam sekitar dan cara manusia mentafsir hubungan tersebut dan membuat beberapa pengubahsuaian dalam hubungan tersebut, merupakan langkah awal pembentukan tamadun manusia.
· Zaman prasejarah ialah zaman sebelum wujudnya rekod bertulis tentang kehidupan manusia.
· Terbahagi dua iaitu zaman prasejarah akhir yang terdiri daripada Zaman Paleolitik (kira-kira 500,000 SM – 10,000 SM) dan Zaman Mesolitik (kira-kira 10,000 SM – 7000 SM). Zaman prasejarah akhir dikenali sabgai Zaman Neolitik (kira-kira 7000 SM hingga 3500 SM).
· Zaman Paleolitik dikenali sebagai Zaman Batu Lama, Zaman Mesolitik disebut sebagai Zaman Batu Pertengahan, dan Zaman Neolitik dikenali sebagai Zaman Batu Baru.
· Perkembangan tamadun masyarakat prasejarah berkembang di seluruh dunia walau bagaimanapun tahap perkembangan tamadun ini adalah berbeza-beza.

Isi

Pengaruh Alam Sekitar

1. Pemilihan Tempat Tinggal/Petempatan

Paleolitik – pilih gua, lubang bawah tanah, ranting yang ditutup dengan rumput / daun, supaya dapat berlindung daripada binatang buas, musuh, dan kesejukan.

Neolitik - pilih lembah sungai, dataran tanah pamah dan persisiran pantai untuk dapat bekalan air, kesuburan tanaman, tangkap ikan, kemudahan perhubungan & pengangkutan.

2. Agama & kepercayaan

Paleolitik - Alam dipercayai ada kuasa luar biasa – mengancam keselesaan dan kehidupan.

Neolitik – mengharapkan hasil pertanian - upacara ritual pemujaan dan korban membuktikan mereka percaya kepada kuasa ghaib dan alam sekitar (cara mereka berdamai dengan alam sekitar agar alam sekitar tidak ‘ mengamuk ‘ ).

3. Peralatan

Paleolitik – mengunakan peralatan yang mudah dan ringkas. Mementingkan fungsi alatan. Membuat baju daripada kulit binatang kerana suhu yang sejuk.

Neolitik – menggunakan peralatan lebih kurang sama tapi halus dan kemas kerana dibuat daripada batu gua dan batu kapur. Peralatan mudah diperolehi kerana mereka tinggal di tepi sungai. Mereka mencipta roda dan kapal layar, cipta cangkul, tajak dan kapak (pertanian). Persekitaran mencabar manusia mencipta peralatan tersebut.

4. Kegiatan Ekonomi

Paleolitik – bergantung kepada alam sekitar untuk mendapat makanan dengan cara berburu dan memungut hasil hutan. Alam sekitar mempengaruhi mereka.

Neolitik – Pertanian dan penternakan giat dijalankan kerana kawasan delta yang subur.Berlaku revolusi pertanian. Berlaku surplus iaitu lebihan hasil yang menyebabkan berlaku aktiviti perdagangan .Sungai sebagai medium perhubungan membolehkan perdagangan secara tukar barang/barter dijalaankan. Mereka telah cuba mempengaruhi alam sekitar.Jelaslah alam sekitar mempengaruhi kegiatan ekonomi prasejarah.

5. Gaya Hidup

Paleolitik – Kehidupan ‘simple ‘ . Mereka berpindah randah (nomad) untuk mencari makanan dan kawasan selamat.Tidak memiliki harta. Hidup dalam kumpulan kecil dan tiada oganisasi.

Neolitik – Kehidupan lebih kompleks. Hidup dalam kumpulan besar dan ada organisasi mudah. Mula melantik ketua. Melakukan aktiviti yang sesuai di tempat tinggal mereka secara bekerja sama dan mula melakukan pengkhususan kerja.

Kesimpulan:

Penguasaan terhadap alam sekitar berlaku secara kebetulan tanpa perancangan rapi. Wujud proses saling melengkapi antara manusia dan alam sekitar, telah banyak membantu penguasaan manusia teknologi ciptaannya terhadap alam sekitar dan ini bererti meningkatnya tamadun manusia.

[ SOKONG BLOG INI, SILA SIGN BUKU PELAWAT ]

TAMADUN DUNIA : TEMA 2 – PERANAN ASOKA

Bincangkan peranan Asoka sebagai pemerintah empayar Dinasti Maurya di India.

Pengenalan:

· Empayar pertama di India yang diasaskan oleh Chandra Gupta Maurya kira-kira 321 SM dengan menjadikan Pataliputra sebagai pusat pemerintahannya.
· Kemasyhuran empayar ini terserlah semasa Asoka menaiki takhta pada 273 SM dengan gelaran Devanampiya Plyadasi yang menggantikan bapanya, Bindusara.
· Banyak sumbangannya terutama dalam perluasan kuasa, keagamaan Buddha dan pembaharuan sistem sosial.

Isi-isi:

1. Melancarkan Perang Kalinga.

· Berlaku perebutan kuasa selepas kematian ayahnya dengan membunuh 98 orang anggota keluarganya
· Melancarkan serangan terhadap negeri Kalinga pada tahun 292 M yang mengorbankan 100 ribu orang.
· Perang Kalinga banyak memberikan kesedaran yang mendalam dalam jiwanya kerana banyak nyawa tidak berdosa terkorban, keganasan , kekejaman dan merugikan rakyat.
· Asoka insaf dan berubah serta memeluk agama Buddha.

2. Menyebar dan membudayakan agama Buddha

· Mengadakan siri lawatan ke seluruh negara.
· Melawat tempat-tempat suci dan mengadakan perbincangan.
· Melantik pegawai khas Dharma Mahamatra untuk menyebarkan Dharma.
· Mengadakan majlis agama Buddha untuk menyelesaikan perbezaan pendapat.
· Menghantar misi-misi keagamaan ke negara-negara luar.
· Mengukir doktrin-doktrin Buddha di atas batu, tiang-tiang, dan gua-gua.
· Mempraktikkan ajaran Buddha dalam kehidupan; tidak lagi makan daging dan
menghentikan amalan berburu.

3. Membuat perubahan dalam aspek pentadbiran

· Memelihara kebajikan material dan moral rakyat.
· Mengutamakan keselamatan rakyat, negara, harta benda, iaitu kemakmuran rakyat.
· Segala perancangan Asoka dalam penyebaran Buddha menyebabkan berlaku Buddhisme
di dunia.
· Beliau berjaya mengekalkan keamanan dan kemakmuran di seluruh empayarnya.

4. Membuat perubahan dalam aspek Sosial

· Menjaga kepentingan rakyatnya seperti membina hospital.
· Membina kemudahan awam seperti rumah rehat, menanam pokok di sepanjang jalan, mencantikkan bandar, dan lain-lain.
· Usaha ini mencerminkan cara hidup Buddha yang suka mengembara dalam mencari kebenaran.
· Mempunyai sifat toleransi terhadap penganut agama lain seperti menghulurkan bantuan kepada Brahmin dan penganut agama lain.

5. Peluasan kuasa

· Menghentikan dasar perluasan kuasa seperti bapa dan datuknya.
· Mengamalkan dasar perluasan kuasa melalui Dharma (Buddha).
· Menghantar misi-misi keagamaan ke negara-negara luar.
· Menghantar mubaligh-mubaligh Buddha ke Sri Lanka, Asia Barat, Mesir, Eropah Timur, Tibet, dan lain-lain.
· Antara mubaligh yang diutus ialah anaknya, Mahendra dan Sanghamitra yang dihantar ke Sri Lanka.
· Menjalinkan hubungan erat dengan empayar besar sezaman dengannya seperti Yunani, China, Parsi, dan Rom.
· Menjalinkan hubungan dengan negara jiran seperti Chola, Pandya, Satiyaputra, Keralaputra, dan Tambapamni.
· Hasil hubungan membuka ruang ekonomi dan menggalakkan banyak peniaga datang ke negerinya.
· Perkongsian media banyak mempercepat kemajuan bangsa masing-masing, terutama Empayar Maurya.

6. Pembinaan Empayar

· Empayarnya meliputi seluruh bahagian India termasuk Afghanistan dan Baluchistan kecuali India Selatan.
· Asoka berjaya membentuk satu unit pentadbiran yang kukuh.

Kesimpulan:

· Asoka meninggal dunia pada 232 S.M. Pemerintahan Asoka diteruskan oleh tujuh orang raja yang tidak cekap kerana wujudnya pemberontakan dalaman oleh kerajaan-kerajaan kecil seperti Andhra yang telah membebaskan Deccan. Demertius pula berjaya merampas sebahagian besar wilayah Maurya.
· Terdapat penentangan daripada golongan Brahmin yang tidak puas hati dengan undang-undang pengharaman makan daging binatang. Empayar Maurya mengalami keruntuhan pada 190 S.M. Pemerintahan terakhir, Brihadratha dibunuh oleh golongan Brahmin dan digantikan oleh Empayar Gupta.


[ SOKONG BLOG INI, SILA SIGN BUKU PELAWAT ]

Ahad, 22 November 2009

TAMADUN DUNIA : TEMA 3 - 36 TAKTIK PEPERANGAN : WANITA CANTIK

Dalam 36 Taktik Peperangan pada zaman purba China, taktik "Wanita Cantik" digunakan ketika seseorang itu menghadapi situasi yang tidak menguntungkan.
Taktik "Wanita Cantik" bermaksud menggunakan wanita cantik untuk menggoda dan melemahkan musuh. Pada zaman purba, ahli strategi China berpendapat bahawa dalam situasi yang tidak menguntungkan, ada tiga cara untuk bertolak ansur. Cara yang paling buruk adalah dengan menyerahkan tanah, tetapi ini akan meningkatkan kuasa musuh. Cara yang sederhana adalah dengan memberikan wang, barang kemas dan sutera kepada musuh, tetapi ini akan meningkatkan kekayaan musuh. Cara yang paling baik adalah dengan menggunakan wanita cantik untuk mengurangkan semangat dan melemahkan tenaga musuh dan dengan itu menjadikan diri sendiri semakin kuat.
Keistimewaan taktik "Wanita Cantik" adalah: risikonya rendah, pulangannya tinggi, manakala kesannya baik. Tambahan lagi, pada zaman purba, wanita tidak mempunyai sebarang kedudukan dalam masyarakat.
Pada tahun 770 Sebelum Masihi hingga 476 Sebelum Masihi, Raja Negeri Yue, Gou Jian telah kalah dalam peperangan dengan Raja Negeri Wu, Fu Chai. Selepas itu, Gou Jian memilih dua orang wanita yang amat cantik, iaitu Xi Shi dan Zheng Dan sebagai cenderamata kepada Fu Chai. Kerana Fu Chai mabuk akan wanita cantik, maka beliau tidak mentadbir negerinya dengan baik. Pada tahun 482 Sebelum Masihi, Negeri Wu mengalami bencana kemarau, Gou Jian telah menyerang terhadap Negeri Wu ketika itu dan berjaya mengalahkannya.
Umumnya, pahlawan tidak dapat menahan godaan wanita cantik. Lengkapan ini wujud kerana taktik "Wanita Cantik" menyerang nafsu manusia, dan kebanyakan orang tidak boleh menahan nafsu.
Taktik "Wanita Cantik" digunakan dengan meluas dalam pelbagai bidang, seperti bidang diplomatik, perniagaan, hubungan awam, iklan dan perisikan.
Inilah cerita terkenal tentang Taktik Peperangan "Wanita Cantik".

[ SOKONG BLOG INI, SILA SIGN BUKU PELAWAT ]

Sabtu, 21 November 2009

SEMAKIN HAMPIR !


STPM 2009

1. Cabaran Sejarah 1 makin hampir ! Apa pun relax, bertenang ........ . Jika kamu semua bersama saya bermula dari awal tahun, kamu sebenarnya telah bersedia.

2. Apa yang penting buat masa ini ialah mengukuhkan keyakinan dengan terus berusaha dan sentiasa berdoa agar Allah membantu kita. Moga dengan keberkatan daripadaNya, kamu semua dapat menjawab soalan dengan menggunakan ilmu yang ada.

3. Saya juga ingin mengingatkan, kamu semua mesti bersedia dari segi mental untuk menghadapi tekanan peperiksaan. Itu normal. Sesiapa pun akan merasainya. Kamu juga mesti bersedia untuk menerima soalan ' baru '. Kamu akan berjumpa dengan soalan yang seolah-olah kamu tak pernah baca tentangnya. Bagi tema yang kamu fokus, jangan nanti kata kamu tidak belajar atau cikgu kamu tak pernah ajar. Itulah kebiasaan yang berlaku. Gunakanlah kebijaksanaan dan kreativiti kamu ketika itu. Pandai-pandailah kamu 'tekel ' kehendak soalan waktu tu. Ingat ! Fikir tiga perkara tentang soalan : TUGASAN SOALAN, KEHENDAK SOALAN DAN RUJUKAN SOALAN. Gunakan fakta yang kamu ada untuk menjawab apa yang soalan mahu, apa soalan tanya . Jawab hanya apa soalan tanya bukan apa yang kamu tahu semata-mata !

4. Ingat tarikh ini !

24 NOVEMBER 2009 ( SELASA ) - SEJARAH 1 ( 2.00 - 5.00 PETANG )
30 NOVEMBER 2009 ( ISNIN ) - SEJARAH 2 ( 8.00 - 11.00 PAGI )

5. Ingat teknik menjawab dan panduan menulis esei yang telah dicadangkan. Gunakan pen berdakwat terang dan tulisan yang jelas. Pilih soalan yang boleh buat dengan baik. Catat nombor soalan dengan betul. Jawab dengan betul .

6. Semoga bahan dalam blog ini sedikit sebanyak membantu kamu semua. Bagi pelajar yang bertanya tentang soalan ramalan, saya sebenarnya tidak berani meramal. Tetapi cubalah baca bahagian yang kategori dan label sebagai soalan ramalan tu. Itu hanya instinct saya sahaja.( Ada banyak juga tu, scroll sampai bawah. Soalan seterusnya klik ' Older posts ' ). Soalan MPM mempunyai ' imuniti ' yang tinggi. Jangan diharap soalan MPM akan bocor !

7. Semoga kamu semua sukses. Selamat menghadapi peperiksaan STPM 2009. Selamat berjaya . InsyaAllah.

" BERUSAHA , BERDOA DAN BERTAWAKKAL "

Yang Ikhlas ,

Cikgu Rasman Samsudin,
SMK DARY, Bota,
Perak.

[ SOKONG BLOG INI, SILA SIGN BUKU PELAWAT ]

Rabu, 18 November 2009

TAMADUN DUNIA/ISLAM : TEMA 2 – KEPIMPINAN NABI MUHAMMAD VS ASOKA

Bandingkan Kepimpinan Nabi Muhammad S.A.W dengan Asoka dalam bidang ketenteraan.

Pengenalan. (3m)

1. Sejarah ketamadunan manusia telah memperlihatkan kepada kita bahawa kepimpinan yang berwibawa berkait rapat dengan keamanan dan kestabilan politik sesebuah ketamadunan atau Negara. Kepimpinan yang berwibawa mempunyai wawasan jangka panjang mampu mengorak kecemerlangan Negara. Pemimpin tentera yan hebat dan bijaksana berupaya menjadikan sesebuah Negara yang hebat dan disegani.

2. Latar belakang Rasulullah s.a.w - Nabi Muhammad s.a.w berketurunan bangsa Quraisy yang sangat dihormati di kalangan kabilah Arab. Memiliki sifat-sifat terpuji dan menjadi contoh kepada seluruh umat di dunia. Nabi Muhammad s.a.w berperanan sebagai Rasulullah s.a.w dan juga sebagai ketua Negara sebagaimana termaktub di dalam Piagam Madinah. Rasulullah adalah juga merupakan seorang negarawan ulung melalui kepimpinan politik, ekonomi, sosial dan ketenteraan yang berjaya.

3. Latar belakang Asoka – Merupakan pemerintah agong dalam sejarah India. Beliau mewarisi pemerintahan empayar Maurya yang diasaskan oleh Chandragupta Maurya pada kurun ke -4 sm. Beliau menggantikan Bindusara pada tahun 273 sm. Asoka adalah cucu kepada Candragupta Maurya. Memerintah selama 40 tahun. Sistem pemerintahannya berbentuk kerajaan pusat. Dinasti Maurya mencapai kemuncak kegemilangan di bawah pemerintahan Asoka. Asoka tidak terus menaiki takhta kerana terpaksa bersaing dengan saudara-saudaranya yang lain untuk merebut kuasan yang ditinggalkan oleh bapa mereka. Ada ahli sejarah mengatakan Asoka telah membunuh 100 orang anggota keluarganya dalam perebutan kuasa tersebut.

Isi.

Kepimpinan Nabi Muhammad s.a.w dan Asoka. (20 M- 10/10)

1. Kepimpinan ketenteraan

· Rasulullah s.a.w merupakan ketua angkatan tentera. Peperangan pada zaman Rasulullah s.a.w dibahagi kepada dua. Iaitu yang disertai oleh Rasulullah s.a.w (ghazwah) dan tidak disertai oleh Rasulullah (Sariyah). Setiap ekspedisi tentera yang disertainya Bagindalah yang mengetuainya. Antara peperangan yang disertai oleh Rasulullah s.a.w ialah Badar al-Kubra(2H), Uhud(3H), al-Ahzab (5 H), Perang Hunain (8 H), Perang Taif (8 H) dan lain lain lagi.

· Asoka merupakan panglima tentera yang disegani dan hebat. Asoka telah melakukan serangan secara kejam dan keras terhadap negeri Kalinga pada 292 M bagi mengukuhkan kedudukan dan kuasa Maurya. Asoka turut menyerang daerah Orissa di Pantai Timur India. Banyak korban dan orang tawanan. Kesengsaraan dan penderitaan perang ini telah mengubah jiwanya seperti keadaan Siddharta Gautama (Buddha) yang berubah hati setelah melihat kesengsaraan.Akhirnya menukarkan keganasan dengan kemanusiaan dan perdamaian.

2. Jenis tentera

· Zaman awal Islam, bilangan tentera Islam amatlah kecil berbanding tentera musuh. Misalnya dalam Perang Badar tentera Islam hanyalah lebih kurang 324 orang. Tentera Islam terdiri daripada tentera pejalan kaki, tentera berkuda dan pasukan pemanah. Bilangan tentera sentiasa bertambah dari semasa ke semasa sehiungga menjadi 30 ribu orang dalam perang Tabuk. Bilangan ini meningkat kepada 300 ribu orang pada awal pemerintahan Abbasiah.

· Angkatan tentera India dibahagiakan kepada empat kategori iaitu tentera bergajah, tentera berkuda, tentera kereta kuda, dan tentera infantri . Terdapat juga beberapa kategori tentera lain seperti tentera laut, pengintip anggota kumpulan perintis dan komisariat. Arthasastra menyebut satu unit tentera India terdiri dari 45 gajah, 225 kuda, dan 657 tentera. Semasa pemerintahan Chandragupta Maurya dipercayai tenteranya terdiri daripada 600,000 anggota inffanteri. Tentera Laut diperkenalkan pada zaman Asoka.

3. Gaji Tentera

· Zaman Rasulullah s.a.w tentera Islam terdiri daripada sahabat Baginda yang berperang hanya kerana agama dan menuntut keredaan Allah S.A.W. Mereka tidak menerima gaji atau bayaran yang tetap daripada kerajaan Islam Madinah. Elaun atau gaji hanya dibayar pada zaman Khalifah Umar al-Khattab yang dikuatkuasa mulai 20 H. Tentera Islam hanya memperolehi harta rampasan perang yang dibahagi secara adil dan setelah diberi sebahagiannya kepada perbendaharaan Negara.

· Pada Zaman Pemerintahan Maharaja Asoka, tentera-tentera tidak diberi gaji tetap. Harta rampasan perang adalah merupakan ganjaran kepada para tentera. Gaji tentera secara tetap hanya dibayar pada zaman pemerintahan Alauddin Khilji (1296 -1316 M)

4. Peralatan Peperangan

· Peralatan peperangan pada Zaman Rasulullah s.a.w seperti tombak, panah, manjaniq , pedang, dan juga menggunakan kuasa tabii dengan cara meninjau keadaan cuaca dan angin.

· Pedang adalah senjata utama askar India. Terdapat pelbagai jenis pedang untuk tujuan yang berbeza. Selain itu lembing, busur panah, kapak, perisai, tombak yang bercabang dan lain-lain

5. Taktik strategi peperangan

· Pelbagai taktik dan strategi peperangan dalam Islam. Taktik ini disesuaikan dengan situasi dan lokasi tempat peperangan itu berlaku. Contohnya taktik menunggu, taktik bertahan dengan mengadakan benteng pertahanan seperti menggali parit, taktik mengepung dan seterusnya menyerang bertubi-tubi, menubuhkan jabatan perisikan, wujudkan Bandar tentera dan lain lain.

· Pada Zaman pemerintahan Asoka juga terdapat pelbagai taktik untuk memenangi peperangan. Antaranya menyerang, membina kubu pertahan, kem-kem tentera, serangan hendap dan sebagaiya. Bentuk binaan di kota Harappa dan Mohenjo Daro menunjukkan tamadun India sangat menitik beratkan pembinaan kubu-kubu pertahanan bagi mengawal musuh.

6. Peperangan sebagai satu ibadat

· Tentera Islam bejuang dalam peperangan kerana menuntut keredaan Allah S.W.T. Perjuangan kerana jalan Allah ini akan dijanjikan syurga. Oleh itu peperangan adalah satu ibadat kepada umat Islam dalam usaha menyebarkan dakwahg dan perkembangan Islam

· Masyarakat India juga menganggap peperangan sebagai satu ibadat agama. Oleh itu unsur agama banyak mempengaruhi selok belok peperangan India. Sebelum peperangan, akan dimulakan dengan ucapan suci dan pendita akan memberi ucapan semangat. Kepatuhan Asoka kepada agama Buddha menyebabkan perubahan sikap keras dan kejam kepada berperikemanusiaan .Asoka berusaha menyebarkan agama Buddha ke Negara-negara luar. Asoka memerintahkan pembinaan tiang-tiang batu yang mengandungi ukiran doktrin agama Buddha.

7. Hubungan Diplomatik

· Dalam usaha mengukuhkan kekuasaan Islam, Rasulullah s.a.w telah menjalin hubungan diplomatik dengan luar. Baginda telah menghantar perwakilan ke luar seperti Habsyah, Mesir, Byzantine dan Parsi.Kesan misi diplomatic ini, semua Negara berkenaan telah tunduk di bawah pemerintahan Islam

· Untuk menghindari peperangan dan mengekalkan keamanan, Asoka telah menjalinkan hubungan diplomatic dengan Negara-negara jirannya. Antaranya ialah dengan Ptolemy II, Philadelphos, Mesir, Megas, Cyrene dan Antiogomus Gonatas. Asoka tidak mengambil sebarang tindakan ketenteraan terhadap kerajaan di sempadannya seperti kerajaan Chola, Pandya, Satiyaputra, Keralaputra dan wilayah kerajaan Yunani di Barat Daya India.

Kesimpulan (2m)

Kepimpinan yang berwibawa dan bijaksana akan dapat memastikan pengukukuhan kerajaan dan Negara. Kejayaan Islam dan kerajaan India mempertahankan kerajaannya dari diserang oleh musuh adalah dibantu oleh organisasi ketenteraan yang utuh.

[ SOKONG BLOG INI, SILA SIGN BUKU PELAWAT ]

Selasa, 17 November 2009

TAMADUN DUNIA : TEMA 1 – CIRI-CIRI PALEOLITIK DAN NEOLITIK

hutang PELAJAR PRA-U (ATAS) SMKDARY - BACA DAN FAHAMKAN NOTA INI………….


( Pelbagai soalan boleh dibentuk dari tajuk ini. Jawapan mesti disesuaikan dengan kehendak soalan )

Bandingkan ciri-ciri antara zaman Paleolitik dengan zaman Neolitik.

PENGENALAN (3 markah)

1. Konsep Prasejarah

  • Definisi oleh Frank Hole dan Robert F. Heizer dalam karya bertajuk Prehistoric Archeology ; prasejarah sebagai sebahagian daripada masa silam manusia yang tidak dicatatkan dalam bentuk tulisan ( sejarah silam manusia sebelum wujudnya rekod bertulis)
  • Bukti-bukti prasejarah diperoleh melalui kajian terhadap artifak dan fosil-fosil oleh ahli-ahli arkeologi.
  • Tempoh prasejarah bermula dan berakhir pada jangka masa yang berlainan antara satu benua dengan benua yang lain.
  • Contoh prasejarah bermula :

~ Di Afrika bermula 2 juta tahun yang lampau

~ Di Asia bermula sejuta tahun dahulu

~ Di Rusia bermua setengah juta tahun

~ Di Australia bermula 40 000 tahun dahulu

  • Contoh prasejarah berakhir:

~ Di Iraq lebih kurang 3400 S.M.

~ Di Yunani sekitar 1000 hingga 600 S.M.

~ Di Itali beberapa abad kemudian

  • Tahap perkembangan manusia dibahagikan kepada 2 zaman iaitu ;

a. Zaman Batu

b. Zaman Logam

  • Zaman Batu dikenali juga sebagai zaman prasejarah. Zaman Batu meliputi 95% daripada sejarah kewujudan manusia bermula dari 500 000 tahun dahulu dan berlanjutan hingga lebih kurang 5000 S.M.
  • Zaman Batu dibahagi kepada 3 peringkat iaitu;

i. Zaman Batu Lama (Paleolitik)

ii. Zaman Batu Pertengahan (Mesolitik)

iii. Zaman Batu Baru ( Neolitik)

  • Zaman Logam merupakan zaman sejarah yang berasaskan kepada rekod-rekod bertulis.

Isi Penting (5 isi X 4 markah)

Perbandingan Ciri-Ciri Antara Zaman Paleolitik Dengan Zaman Neolitik

1. Aspek Alat

Zaman Paleolitik:

— Alat batu digunakan sebagai senjata @ barang perhiasan

— Alat batu yang digunakan adalah besar dan dari segi pembuatannya.

— Hanya satu bahagian alat ditajamkan untuk tujuan memotong

— Alat-alat batu dipegang dgn tangan yang dikenali sebagai kapak tangan (fist hatcher)

— Kapak tangan digunakan untuk pelbagai tujuan dan berfungsi sebagai gergaji, pisau dan kapak.

— Terdapat juga alat-alat lain yang diperbuat daripada tulang, tanduk dan gading gajah

— Contoh; jarum diperbuat daripada tulang, kail ikan , lembing dan anak panah.

Zaman Neolitik:

— Pembuatan peralatannya lebih kompleks dan halus

— Tembikar, penggunaan benang kapuk dan bulu untuk proses penenunan yang baru dipelajari

— Alat-alat baru dibuat dengan sempurna dan digunakan untuk pertanian

— Contoh; tenggala ; untuk memudahkan kerja-kerja membajak sawah, roda; kereta kuda dan lembu digunakan untuk angkut hasil pertanian, alat-alat tembikar: untuk simpan wain, bijirin dan minyak, alat-alat batu: sabit, mortar dan anak lesung

— Barang-barang perhiasan berupa gelang dipakai untuk mengelakkan nasib buruk

— Rakit dan perahu juga dicipta. Ini mendorong masyarakat meneroka kawasan-kawasan baru bagi tujuan pertanian dan ternak binatang

2. Aspek Kegiatan Ekonomi

Zaman Paleolitik

— Mereka bergantung kepada aktiviti seperti menangkap ikan, memburu binatang dan mengumpulkan hasil hutan dan buah-buahan.

— Mereka tidak tahu menternak binatang dan bercucuk tanam.

— Hal ini kerana mereka tidak mempunyai pengetahuan mengenainya dan bergantung kepada alam sekeliling / sekitar sebagai sumber makanan mereka

Zaman Neolitik:

— Menyaksikan suatu perubahan yang disifatkan sebagai revolusi pertanian

— Mereka menjalankan kegiatan pertanian dan penternakan binatang.

— Mereka tidak lagi bergantung kepada sumber-sumber alam semulajadi.

— Mereka menanam tanaman makanan (biji-bijirin). Ini berlaku kerana perubahan persekitaran dan iklim berikutan dengan tamatnya zaman air batu.

— Mereka menanam tanaman seperti gandum, barli, padi jagung dll.

— Mereka menternak kambing, biri-biri,khinzir dan kambing.

— Perkembangan ini mewujudkan kehidupan yang lebih stabil dan selamat.

— Mereka juga menggunakan terusan tali air untuk mengairi kawasan-kawasan pertanian

— Kesannya hasil pengeluaran meningkat

— Hasil yang berlebihan menyebabkan wujudnya perdagangan

3. Aspek Tempat Kediaman

Zaman Paleolitik

— Mereka tinggal di dalam gua, persisiran pantai dan tepi sungai

— Tujuannya untuk melindungi mereka daripada segala ancaman musuh seperti binatang liar.

— Mereka sering berpindah-randah (nomad) dalam kumpulan kecil dan tiada pengkhususan kerja

Zaman Neolitik:

— Kehidupan secara menetap dan membina perkampungan

— Mereka tidak lagi berpindah randah kerana dapat bergantung kepada bekalan yang dihasilkan di sekitar petempatan mereka

— Mereka membina rumah yang dibina drpd tanah liat

— Didirikan di kawasan yang terletak berhampiran dengan sumber air (sungai) yang diperlukan untuk pertanian dan ternakan

— Apabila penduduk bertambah, kampung-kampung turut berkembang dan menjadi bandar

— Contoh; petempatan Jericho; penduduknya bertambah menjadi 2000 orang dan menjalankan kegiatan bercucuk tanam dan menternak binatang. Mereka mempunyai tempat kediaman tetap dan kawal pengeluaran makanan sendiri.

4. Aspek Organisasi Sosial

Zaman Paleolitik

— Mereka hidup dalam kelompok kecil

— Mereka mempunyai struktur sosial yang lebih teratur.

— Penemuan tulang-tulang menunjukkan bahawa mereka memburu dalam kumpulan dan hasil buruan dikongsi bersama

Zaman Neolitik:

— Mempunyai organisasi sosial yang tersusun kehidupan yang bertambah kompleks.

— Wujudnya golongan pemerintah dan golongan yang diperintah

— Terdapat pemimpin, pahlawan, golongan paderi/pendeta sebagai golongan yang berkuasa.

— Majoriti masyarakat yang tidak mempunyai alat dan pengetahuan itu menjadi pengikut kepada golongan tersebut.

5. Aspek Agama dan Kepercayaan

Zaman Paleolitik

— Amalan ritual dipraktikkan semasa upacara pengebumian

— Penemuan barang-barang pengebumian menunjukkan bahawa wujud kepercayaan terhadap kehidupan selepas mati.

— Mereka juga mempunyai kepercayaan terhadap kuasa-kuasa ghaib

— Ini jelas daripada upacara ritual yang diamalkan semasa pengebumian seperti:

i. beri penghormatan kepada si mati dengan melukis dan mewarnakan mayat

ii. meletakkan kedua-dua tangan di atas dada

iii. menyertakan barang-barang berharga seperti subang, rantai dan alat-

alat lain seperti senjata di dalam kubur menyertakan barang-barang

berharga seperti subang, rantai dan alat-alat lain spt senjata di dalam

kubur

— Amalan magis juga dipraktikkan.

— Tujuannya untuk menambahkan bekalan sumber makanan

— Amalan ini jelas drpd lukisan-lukisan yang terdapat di dalam gua.

— Imej binatang seperti rusa, bison dan gajah yang ditembusi oleh anak panah @ lembing pada badannya

— Semasa melukis mereka membaca jampi mentera

— Tujuannya untuk memastikan mereka mendapat hasil buruan yang lebih banyak.

Zaman Neolitik

— Sistem agamanya lebih kompleks

— Mereka mempercayai kuasa luar biasa dan penyembahan dewa dan dewi

— Masyarakat bergantung kepada fenomena alam seperti hujan, peredaran musim dan kesuburan tanaman pertanian dan penternakan binatang

— Untuk tujuan tersebut, pelbagai upacara ritual dan amalan korban dijalankan

— Contoh; tarian masyarakat Indian di Amerika. Mereka menari dan melakonkan gerak-geri binatang yang menjadi sumber makanan mereka

— Tujuan mereka berbuat demikian ialah menjamin bekalan makanan yang mencukupi dan mengelakkan spisies tersebut daripada pupus.

6. Aspek Kesenian

Zaman Paleolitik

— Diilhamkan oleh benda-benda yang mereka nampak

— Meliputi lukisan , ukiran dan mural

— Lukisan dan mural yang dihasilkan terdiri daripada gambar-gambar binatang

— Mereka mempunyai kemahiran dalam melukis pergerakan sesuatu objek.

— Sebahagian daripada mural/lukisan mereka terdiri daripada gambar binatang yang berlari, melompat, meragut dsb

— Pergerakan binatang ini ditonjolkan dengan melukis garisan-garisan tambahan

— Kesenian merupakan amalan magis yang betujuan menambahkan hasil perburuan

Zaman Neolitik

— Berasaskan simbolisme.

— Ini ditunjukkan dalam tembikar-tembikar.

— Permukaan tembikar dihias /diukir dengan pola-pola geometrik dan simbolik.

7. Aspek Lebihan Hasil / Surplus

Zaman Paleolitik

— Tiada lebihan hasil

— Hal ini kerana mereka tidak mempunyai pengetahuan mengenai bercucuk tanam

— Mereka bergantung kepada alam sekeliling/ sekitar sebagai sumber makanan mereka

Zaman Neolitik

— Lebihan hasil bermula apabila manusia mula menggunakan alat dalam aktiviti pertanian seperti tajak, roda.

— Penggunaan alat-alat pertanian membolehkan hasil pertanian ditingkatkan.

— Lebihan hasil seperti bijirin yg lebih dijual untuk mendapatkan komoditi-komoditi yang lain seperti batu permata dan logam

— Perkembangan perdagangan menyebabkan berlaku interaksi antara masyarakat Neolitik yang menggalakkan pertukaran idea dan teknologi baru.

— Maka wujud sistem pertukaran barangan utk memenuhi keperluan ekonomi

8. Aspek Pengkhususan Kerja

Zaman Paleolitik

— Tiada pengkhususan kerja.

— Hal ini kerana mereka sering berpindah randah dan bergantung kepada alam sekeliling.

Zaman Neolitik

— Lebihan hasil menyebabkan berlakunya pengkhususan dalam pekerjaan dan menggalakkan kegiatan perdagangan berdasarkan sistem barter.

— Selain golongan petani, wujud golongan artisan dan tukang-tukang kraf yang mahir

— Golongan ini memberi tumpuan kepada kerja-kerja membuat alat-alat batu baru seperti sabit, mortar dan anak lesung.

— Wujudnya perbezaan peranan lelaki dan wanita.

— Golongan lelaki melakukan kerja yang lebih berat berbanding wanita.

— Golongan lelaki menggunakan tenggala ketika aktiviti pertanian manakala golongan wanita menggunakan cangkul.

— Tukang mahir membuat alat-alat tembikar untuk menyimpan bijirin, wain dan minyak

KESIMPULAN (2 markah)

1. Masyarakat zaman Neolitik lebih maju dan lebih bertamadun jika dibandingkan dengan masyarakat zaman Paleolitik dan Mesolitik.

Nota:

· Jawapan mesti ada unsur perbandingan.

· Jika tiada perbandingan, markah maksimum 8 markah.

[ SOKONG BLOG INI, SILA SIGN BUKU PELAWAT ]

Related Posts with Thumbnails

PENYOKONG BLOG SEJARAH

PENAFIAN :

Penulis blog tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan, kerugian atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada mana-mana bahagian dalam laman blog ini. Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster dan/atau Lain-Lain Penulis.