ENJIN CARIAN BAHAN

Ahad, 14 September 2008

Zulkarnain dalam surah al-Kahfi

Siapa Iskandar Zulkarnain ?? Persoalan ini bukan saja bermain di kepala anda tetapi juga di kepala para pengkaji Sejarah dan Ilmuwan Islam . Semoga tulisan ini mampu merungkai sedikit masalah anda.

NAMANYA disebut dalam al-Quran pada baris-baris surah al-Kahfi, tetapi Allah SWT sekadar memperkenalkan nama serta secebis pengalamannya dalam menempuh episod panjang kehidupan di dunia ini.

Lalu, keseluruhan sejarah hidup lelaki itu terus kekal misteri dan menjadi tanda tanya di kalangan ilmuwan dan umat Islam umumnya. Ia sekali gus mendorong kajian profil dan penyelidikan arkeologi dijalankan terus-menerus untuk menyingkap rahsia siapa lelaki itu sebenarnya.

Pastinya beliau seorang tokoh agung kerana Allah memilih untuk menceritakan pengalamannya dalam kitab suci. Jasa dan tanggungjawab lelaki itu besar sekali kepada umat manusia.

Peranan dan tugasnya di dunia ini tidak mampu atau tidak sanggup dilakukan mana-mana manusia biasa lantaran ia suatu peristiwa besar dan teramat penting dalam rahsia perjalanan hidup manusia di dunia ini.

Allah menceritakan kisah lelaki itu seperti firman-Nya dalam surah itu: Mereka akan bertanya kepadamu (Muhammad) mengenai Zulkarnain. Katakanlah: Aku akan bacakan kepadamu cerita mengenainya. Sesungguhnya Kami memberi kekuasaan kepadanya di (muka) bumi, dan Kami memberikan kepadanya jalan (untuk mencapai) segala sesuatu, maka dia pun menempuh suatu jalan.

Hingga apabila dia sampai ke tempat terbenam matahari, dia melihat matahari terbenam di dalam laut berlumpur hitam dan dia mendapati di situ segolongan umat. Kami berkata: Hai Zulkarnain, kamu boleh menyeksa atau boleh berbuat kebaikan terhadap mereka. Berkata Zulkarnain: Adapun orang yang aniaya maka kami kelak akan mengazabnya dengan azab yang tidak ada taranya� (ayat 83 hingga 87)

Kemudian dia menempuh jalan (yang lain). Hingga apabila sampai ke tempat terbit matahari (Timur) dia mendapati matahari itu menyinari segolongan umat yang Kami tidak menjadikan bagi mereka sesuatu yang melindunginya dari (cahaya) matahari itu,� (ayat 89dan 90).

Kemudian dia menempuh suatu jalan (yang lain lagi). Hingga apabila dia sampai antara dua gunung, dia mendapati di hadapan kedua bukit itu suatu kaum yang hampir tidak mengerti pembicaraan. Mereka berkata: Hai Zulkarnain, sesungguhnya Yakjuj dan Makjuj itu orang yang membuat kerosakan di muka bumi, maka dapatkah kami memberikan sesuatu pembayaran kepadamu, supaya kamu membuat dinding antara mereka?.

Zulkarnain berkata: Apa yang dikuasakan Tuhanku kepadaku terhadapnya adalah lebih baik, maka tolonglah aku dengan kekuatan (manusia dan alat-alat), agar aku membuatkan dinding antara kamu dan mereka, berilah aku potongan-potongan besi.

Hingga apabila besi itu sama rata dengan kedua (puncak) gunung itu, berkatalah Zulkarnain: Tiuplah (api itu). Hingga apabila besi itu sudah menjadi (merah seperti) api, dia pun berkata: Berilah aku tembaga (yang mendidih) agar ku tuangkan ke atas besi panas itu.

Maka mereka tidak bisa mendakinya dan mereka tidak bisa (pula) melubanginya. Zulkarnain berkata: Ini (dinding) adalah rahmat dari Tuhanku, maka apabila sudah datang janji Tuhanku, Dia akan menjadikannya hancur luluh; dan janji Tuhanku itu adalah benar (ayat 92 hingga 98).

Demikianlah secebis kisah mengenai Zulkarnain. Dalam rentetan perjalanan hidupnya, lelaki itu bertanggungjawab membina tembok bagi menghalang bangsa Yakjuj dan Makjuj mendatangkan angkara kepada manusia. Tembok binaan Zulkarnain itu hanya akan runtuh apabila dunia terlalu hampir dengan kiamat.

Penerbit Eksekutif TV9 (Program Agama), Wan Alias Abdullah, berkata sehingga kini, persoalan mengenai siapa sebenarnya Zulkarnain yang disebut al-Quran masih menjadi misteri yang tidak putus-putus diperbincangkan.

Dalam cubaan merungkai persoalan mengenai identiti Zulkarnain, ilmuwan cuba merujuk silang kisah al-Quran mengenai lelaki itu dengan tokoh pemerintah lampau yang diketahui menerusi penemuan arkeologi.

Sehingga kini terdapat tiga tokoh sejarah lampau yang dikaitkan sebagai Zulkarnain seperti disebut al-Quran, kata Wan Alias yang pernah berusaha menjejak misteri Zulkarnain menerusi program televisyen Jejak Rasul yang diterbitkannya beberapa tahun lalu.

Beliau bagaimanapun berkata, tiada bukti yang kukuh untuk mengaitkan mana-mana daripada tiga tokoh berkenaan sebagai Zulkarnain menyebabkan Zulkarnain seperti disebut al-Quran adalah tokoh yang tersendiri.

Apa yang kita perlu tahu adalah Zulkarnain seperti disebut dalam al-Quran adalah seorang pemerintah yang berperibadi mulia; beliau adil, beriman kepada Tuhan yang satu (Allah SWT), pembebas kezaliman dan menegak keadilan serta seorang pemerintah yang agung.

Jika selepas ini pun ada dijumpai seorang lagi tokoh zaman lampau yang memenuhi ciri-ciri disebutkan al-Quran sama ada dari segi peribadi dan kedudukan geografi, maka ia termasuk dalam senarai kemungkinan Zulkarnain kerana al-Quran tidak menjelaskan lebih lanjut mengenai tokoh itu, katanya.

Antara tokoh pemerintah silam yang dikaitkan sebagai Zulkarnain adalah:

Iskandar dari Macedonia

Tokoh pemerintah silam yang terawal dikaitkan sebagai Zulkarnain adalah Iskandar bin Philip, seorang pemerintah Macedonia dan sebahagian daripada negeri di bawah jajahan Yunan.

Iskandar ini dilahirkan pada 356 Sebelum Masihi (SM) dan turut digelar Alaxander The Great oleh pengkaji Barat. Beliau mampu menyatukan negeri di Yunan di bawah pemerintahannya selepas kerajaan itu diwarisi daripada bapanya.

( Dalam buku sejarah Tingkatan Enam nama yang digunapakai adalah Iskandar Zulkarnain . Namun bagi saya nama yang lebih tepat dipanggil ialah Iskandar Macedonia. Namun untuk tidak mengelirukan kamu ketika menjawab soalan, gunakanlah saja nama Iskandar Zulkarnain )

Kemudian beliau meluaskan jajahan kerajaan bapanya ke Timur dan Barat sehingga dikatakan sebahagian besar negeri di dunia ini dimakmurkan di zaman pemerintahannya.

Iskandar al-Macedonia dikatakan memiliki akhlak lemah lembut, pintar, berani, berwawasan jauh serta pernah menjadi pelajar kepada ahli falsafah, Aristotle.

Pengembaraan Iskandar al-Macedonia meluaskan jajahan takluk kerajaannya dikatakan menepati ciri-ciri geografi disebut dalam surah al-Kahfi tetapi terdapat pendapat ahli pengkaji yang menyangkal lelaki itu sebagai Zulkarnain.

Pendapat itu berdasarkan peribadi Iskandar yang dikatakan seorang yang kafir dan menyembah berhala Yunani dan ia bercanggah sama sekali dengan Zulkarnainyang dikenali sebagai seorang raja yang beriman kepada Allah.

Kursy al-Farisi, Raja dari Parsi (Iran)

Barat mengenali tokoh pemerintah silam ini sebagai Cyrus The Great dan beliau membina kegemilangannya sepanjang 30 tahun pemerintahan iaitu dari 559 SM hingga 529 SM.

Era kegemilangan Kursy adalah lebih awal berbanding Iskandar iaitu kira-kira 200 tahun sebelum kelahiran putera Macedonia itu. Kursy dijuluki gelaran Zulkarnain kerana berjaya mempersatukan kembali kerajaan Ldya dan Midya dan menjadi pemerintah Persia pertama sebelum kerajaan besar itu diserang Iskandar ratusan tahun kemudian.

Pengembaraan Kursy turut bertepatan dengan faktor geografi dalam surah al-Kahfi apabila beliau mengembara ke wilayah Timur, Utara dan ke tempat dan kajian mendapati terdapat antara lokasi pengembaraan pemerintah Persia itu yang menyerupai lokasi tembok Yakjuj dan Makjuj.

Berbanding Iskandar, pengkaji dan ahli arkeologi turut mendapati kaitan antara Kursy dengan Zulkarnain tidak saja dari struktur kedudukan geografi tetapi dari sudut peribadi.

Kursy dikatakan seorang yang menyembah Tuhan yang satu, berpekerti mulia, beramal soleh dan berlaku adil kepada semua orang termasuk tawanan perang dan mereka yang menentangnya.

Berdasarkan persamaan geografi dan peribadi itu, maka ramai pengkaji termasuk Wan Alias percaya yang Kursy adalah Zulkarnain yang disebut dalam al-Quran dan bukannya Iskandar.

Pemerintah di zaman Nabi Ibrahim

Seorang lagi pemerintah silam yang dikaitkan sebagai Zulkarnain adalah seorang raja yang hidup sama zaman dengan Nabi Ibrahim AS.

Raja ini dikatakan pernah melakukan tawaf di Kaabah bersama Nabi Ibrahim malah pernah membantu rasul Allah itu mendapatkan kembali telaga baginda yang dirampas pihak tertentu.

Bagaimanapun tidak banyak sumber sahih mengenai raja berkenaan menyebabkan ia sukar dikaitkan sebagai Zulkarnain berbanding Kursy.

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum. Saya adalah seorang pelajar yg bakal menduduki STPM pada tahun ini. Ingin saya minta cikgu utk perjelas di sini..Saya pernah menonton dokumentari 'Ancient Behaving Badly' di Astro History Channel yg memaparkan kisah Alexander The Great ini. Menurut dokumentari itu, putera Macedonia ini mempunyai akhlak buruk dan banyak mengakibatkan kerosakan dan malapetaka meskipun telah berjaya meluaskan kawasan pengaruhnya. Jadi, mana satu yang benar ni, cikgu?

Tanpa Nama berkata...

In the Ethiopic texts, Mr E.A.W. Badge has included an account of "The Life and Exploits of Alexander" where he writes inter alia the following:

"In the battle of Jhelum a large majority of Alexander`s cavalry was killed. Alexander realized that if he were to continue fighting he would be completely ruined. He requested Porus to stop fighting. Porus was true to Indian traditions and did not kill the surrendered enemy. After this both signed treaty, Alexander then helped him in annexing other territories to his kingdom".

Mr Badge further writes that the soldiers of Alexander were grief- stricken and they began to bewail the loss of their compatriots. They threw off their weapons. They expressed their strong desire to surrender. They had no desire to fight. Alexander asked them to give up fighting and himself said, "Porus, please pardon me. I have realized your bravery and strength. Now I cannot bear these agonies. WIth a sad heart I am planning to put an end to my life. I do not desire that my soldiers should also be ruined like me. I am that culprit who has thrust them into the jaw of death. It does not become a king to thrust his soldiers into the jaws of death."

These expressions of `Alexander, The Great!` do not indicate from any stretch of imagination his victory over Porus? Can such words be uttered by a `World Conquerer"?

I am sure many readers will find in the history texts, an account of Alexander`s exploits and conquests which totally contradict what is quoted above. And most of us have been taught in the school that Alexander defeated Porus and he wept because he had no more worlds to conquer, and that is what made him `Alexander, The Great`. These myths and beliefs will receive a rude shock by these facts which show that Alexander was not that great after all, but in fact he was `Alexander, The Ordinary`.

Another myth is propagated by the Western historians that Alexander was noble and kind king, he had great respects for brave and courageous men, and so on. The truth is other-wise. He was neither a noble man nor did he have a heart of gold. He had meted out very cruel and harsh treatment to his earlier enemies. Basus of Bactria fought tooth and nail with Alexander to defend the freedom of his motherland. When he was brought before Alexander as a prisoner, Alexander ordered his servants to whip him and then cut off his nose and ears. He then killed him. Many Persian generals were killed by him.

The murder of Kalasthenese, nephew of Aristotle, was committed by Alexander because he criticised Alexander for foolishly imitating the Persian emperors. Alexander also murdered his friend Clytus in anger. His father`s trusted lieutenant Parmenian was also murdered by Alexander. The Indian soldiers who were returning from Masanga were most atrociously murdered by Alexander in the dead of night. These exploits do not prove Alexander`s kindness and greatness, but only an ordinary emperor driven by the zeal of expanding his empire.

Tanpa Nama berkata...

http://republic-of-macedonia.jimdo.com/alexander-the-great-of-macedon/
The greatest of Alexander's battles in India was at the river Hydaspes, against king Porus, one of the most powerful Indian rulers. In the summer of 326 BC, Alexander's army crossed the heavily defended river during a violent thunderstorm to meet Porus' forces. The Indians were defeated in a fierce battle, even though they fought with elephants, which the Macedonians had never seen before. Porus was captured and like the other local rulers he had defeated, Alexander allowed him to continue to govern his territory.
In this battle Alexander's horse Bucephalus was wounded and died. Alexander had ridden Bucephalus into every one of his battles in Europe and Asia, so when it died he was grief-stricken. He founded a city which he named Buckephalia, in his horse's name.



The army continued advancing as far as the river Hydaspes but at this point the Macedonians refused to go farther as reports were coming of far more larger and dangerous armies ahead equipped with many elephants and chariots. General Coenus spoke on army's behalf to the king. Reluctantly, Alexander agreed to stop here. Not too long afterwards Coenus died and the army buried him with the highest honors.

Related Posts with Thumbnails

PENYOKONG BLOG SEJARAH

PENAFIAN :

Penulis blog tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan, kerugian atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada mana-mana bahagian dalam laman blog ini. Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster dan/atau Lain-Lain Penulis.