ENJIN CARIAN BAHAN

Khamis, 25 September 2008

SOALAN PERCUBAAN STPM SEJARAH 1 WP KUALA LUMPUR

BAHAGIAN A

1. Revolusi Pertanian membawa perubahan kepada masyarakat Neolitik. Bincangkan kesan-kesan perubahan tersebut.

2. Bincangkan faktor-faktor yang membawa kepada perkembangan bandar-bandar utama dalam tamadun-tamadun awal.

3. Bincangkan ciri-ciri sistem pemerintahan beraja dan peranannya dalam tamadun India.

4. Jelaskan sistem pemerintahan pusat dan wilayah di China.

5. Bincangkan bentuk dan strategi peperangan yang digunakan oleh masyarakat tamadun awal seperti Mesir, Mesopotamia, Indus, Hwang Ho, Yunani dan Rom.

6. Bincangkan faktor-faktor Rom berkembang sebagai pusat perdagangan.

7. Bincangkan dasar pendidikan yang diamalkan dalam tamadun India dan China.

8. Bandingkan ciri-ciri ketamadunan masyarakat Barat dengan ketamadunan masyarakat Islam sebelum abad ke-18.


BAHAGIAN B

9. Huraikan ciri-ciri masyarakat Arab pada zaman Jahiliah.

10. Takrifkan konsep Khalifah, Amir dan Sultan. Bincangkan sistem pentadbiran Bani Umaiyah di Sepanyol.

11. Jelaskan proses pelantikan Abu Bakar al-Siddiq sebagai khalifah Islam yang pertama dan sumbangannya terhadap perkembangan Islam.

12. Jelaskan perkembangan persenjataan peperangan zaman Nabi Muhammad s.a.w hingga zaman Khulafa' al-Rasyidin.

13. Bincangkan organisasi dan pentadbiran ketenteraan Islam di Pattani dan Jawa.

14. Huraikan pelaksaan sistem kharaj pada zaman pemerintahan Khulafa' al-Rasyidin.

15. Jelaskan institusi pendidikan dan kokurikulum pada zaman Bani Umaiyah.

16. Bincangkan perbezaan sistem pemerintahan negara kota Athens dan negara kota Madinah.


Sumbangan : ramizah_khairunnisa189@yahoo.com

SOALAN PERCUBAAN STPM SEJARAH 1 NEGERI KELANTAN 2008

BAHAGIAN A

1. Huraikan tujuh kepentingan Zaman Neolitik kepada perkembangan peradaban Tamadun manusia.

2. Berikan tiga faktor dan dua kesan pembentukan Negara Bangsa di Eropah.

3. " Melaka mempunyai struktur organisasi ketenteraan yang sistematik ". Bincangkan.

4. Dengan merujuk kepada Tamadun China, bincangkan kepentingan pendidikan formal.

5. Terangkan konsep sara diri, komersial dan kapitalisme dan jelaskan faktor-faktor perkembangan sistem kapitalisme di Eropah.

6. Jelaskan objektif yang membawa kepada aktiviti penerokaan dan penjelajahan ke dunia luar bangsa Portugis.

7. Bincangkan ciri-ciri perbandaran dalam tamadun awal dengan merujuk kepada tamadun Indus dan Mesopotamia.

8. Bandingkan sumbangan Marco Polo dengan Ibnu Battutah kepada perkembangan tamadun manusia.

BAHAGIAN B

9. Sebelum kedatangan Islam terdapat pelbagai golongan masyarakat di Mekah dan Madinah. Bincangkan.

10. Berikan tujuh kepentingan peristiwa hijrah kepada perkembangan masyarakat Islam.

11. Huraikan sistem pemerintahan dan pentadbiran yang dilaksanakan oleh Khalifah Umar al-Khattab.

12. Aspek ketenteraan dan peperangan adalah ciri utama masyarakat Arab zaman pra-Islam. Bincangkan.

13. Huraikan aktiviti ekonomi penduduk Acheh pada zaman pemerintahan kerajaan Islam.

14. Bincangkan perkembangan institusi pendidikan pada zaman pemerintahan Bani Umaiyah.

15. Bandingkan sistem pentadbiran kerajaan Khulafa ar-Rasyidin dengan kerajaan Melayu Melaka.

16. Nilaikan sumbangan tamadun Islam terhadap perkembangan Tamadun Barat.

MERDEKA !!

Tepat pukul 11.00 pagi, peperiksaan percubaan STPM tamat ! Wah, lega nampaknya. Ada yang menjerit kata " merdeka ". Betul tak Emah !

Tapi jangan silap kamu belum merdeka sepenuhnya, STPM 2008 menunggu kamu dengan setia ! Dia menggamit kamu, mengingatkan kamu akan cabarannya.

Selepas ini, usaha mesti masih perlu berterusan. Usaha ini tentu memberi keberkatan kepada kamu. INSYAALLAH.....

SOALAN PERCUBAAN STPM SEJARAH 1 NEGERI PERAK 2008

­­­­­­­­­­­­­­­­­­BAHAGIAN A

1. Huraikan faktor-faktor yang membawa kepada kemunculan tamadun awal.

2. Huraikan langkah-langkah yang dilakukan oleh Shih Huang Ti untuk mengukuhkan sistem pemerintahan beraja dalam tamadun China.

3. Jelaskan strategi peperangan yang digunakan dalam tamadun awal.

4. Bincangkan sistem aktiviti perdagangan di Eropah Barat sebelum abad ke-15.

5. Bincangkan sistem pendidikan dalam tamadun India pada zaman klasik.

6. Bincangkan faktor-faktor penjelajahan dan penerokaan Christopher Columbus serta sumbangannya.

7. Terangkan jenis-jenis kesenian dalam Tamadun Yunani.

8. Bandingkan corak pemerintahan negara kota Athens dengan negara kota Madinah pada zaman Nabi Muhammad s.a.w.

BAHAGIAN B

9. Bincangkan aspek sosio-ekonomi masyarakat Arab pada zaman Arab Jahiliyah.

10. Huraikan kepentingan Piagam Madinah kepada pembangunan masyarakat Madinah.

11. Sejauh manakah faktor agama mendorong kepada berlakunya Perang Salib pada abad ke-7 hingga 13 Masihi.

12. Jelaskan sumber dan peranan Baitulmal pada zaman Khulafa ar-Rasyidin.

13. Bincangkan perkembangan sistem pendidikan Islam di Acheh pada abad ke-17 Masihi.

14. Terangkan faktor-faktor yang mendorong kepada aktiviti penjelajahan dan penerokaan orang Islam.

15. Nilaikan pengaruh tamadun Islam ke atas perkembangan intelektual di Eropah.

16. Bandingkan ciri-ciri seni bina antara tamadun Islam dengan tamadun Rom pada zaman empayar.

Selamat Berjuang !

Kepada semua pelajar saya yang dikasihi,

Hari ini Percubaan Sejarah 1. Nampak dari air muka kebanyakan kamu semua, keyakinan tinggi ! Harap kamu semua boleh jawab .

Saya doakan kamu berjaya !

Rabu, 24 September 2008

Peperiksaan Percubaan Negeri Perak 2008

Esok adalah hari terakhir peperiksaaan percubaan Negeri Perak. Kertas terakhir adalah Sejarah 1. Saya rasa apa yang bagi dah mencukupi untuk kamu menghadapi peperiksaan percubaan malah STPM sebenar. Kamu semua mesti ulangkaji apa yang saya sentuh dan tekankan. Saya takkan bagi soalan sebelum percubaan ini berakhir walaupun soalan ada dalam kepala saya. Selamat berjuang !! Anggap ini adalah peperiksaan sebenar .......

Ahad, 21 September 2008

Menelusuri Sejarah Yahudi dan Negara Haram Israel

Menelusuri Sejarah Yahudi dan Negara Haram Israel

Ditulis oleh Editor Friday, 19 September 2008

http://buletinonline.net/images/berita11/al-aqsa-mosque-c-hlp.jpg

Siapakah bangsa Yahudi ini ?? Menurut kajian sejarah yang berdasarkan penggalian arkeologi dan lembaran-lembaran kitab suci, awal bangsa Yahudi mempunyai hubungan rapat dengan kisah nabi Ibrahim AS yang berlaku sekitar 3800 tahun yang lalu atau 1800 tahun SM.


Tafsir Al-Qur'an menunjukkan bahwa Ibrahim AS tinggal di daerah Palestine yang dikenali sekarang sebagai Al-Khalil (Hebron) dan beliau tinggal di sana bersama Nabi Luth (QS, 21:69-71).

Anak nabi Ibrahim adalah nabi Ismail dan nabi Ishak kemudian anak nabi Ishak adalah nabi Yaakub, kemudian dari keturunan 12 anak nabi Yaakub inilah yang dikenali sebagai 12 suku Israel.
http://buletinonline.net/images/berita11/dome-w-mt-olives-cc-antonioperezrio.jpgAnak bongsu nabi Yaakub AS adalah nabi Yusuf AS, yang terkenal dalam sejarah, setelah ditinggalkan di dalam telaga di padang pasir oleh abang-abangnya, akhirnya menjadi kepala bendahara negeri Mesir.

Kemudian ayahnya, nabi Yaakub, serta abang-abangnya mengikut nabi Yusuf AS ke Mesir dan hidup damai di sana sampai suatu hari Firaun yang berkuasa memperbudakkan (menjadikan hamba) keturunan mereka yang dikenal dengan bani Israel.
Kerana kekejaman Firaun yang tak terkira terhadap bani Israel, Allah SWT telah mengirim nabi Musa AS masa itu, dan memerintahkannya untuk membawa bani Israel keluar dari Mesir.
Musa AS dan kaumnya meninggalkan Mesir, dengan pertolongan mukjizat Allah, sekitar tahun 1250 SM.
Mereka tinggal di Semenanjung Sinai dan timur Kanaan (Palestine), dalam Al-Qur'an, nabi Musa memerintahkan Bani Israel untuk memasuki Kanaan, (Qur'an, 5:21).
Setelah nabi Musa AS wafat, bangsa Israel tetap tinggal di Kanaan. Menurut ahli sejarah, nabi Daud AS menjadi raja Israel dan membangun sebuah kerajaan berpengaruh.
Selama pemerintahan anaknya nabi Sulaiman, batas-batas Israel diperluas dari Sungai Nil di Selatan hingga sungai Eufrat di negara Siria sekarang di utara.
Ini adalah sebuah masa gemilang bagi kerajaan Israel dalam banyak bidang, terutama senibina. Di Baitul Maqdis (Jerusalem), nabi Sulaiman membangun sebuah istana dan biara yang luar biasa.

Setelah wafatnya nabi Sulaiman, Allah SWT mengutus ramai lagi nabi kepada Bani Israel meskipun dalam banyak hal bani israel tidak mendengar perintah para nabi, membunuh mereka dan mengkhianati Allah.

Setelah kematian nabi Sulaiman, kerajaan bani Israel (yahudi) berpecah, di utara Israel dengan ibukota Samarria dan Di Selatan Juda dengan ibukota Baitul Maqdis (Yerrusalem).

Dengan berlalunya waktu, suku yahudi jatuh di bawah Assyurria dan Babylon atau pergi ke Mesir sebagai pelarian.
Ketika raja Perrsia Kyros tahun 539 SM mengizinkan orang Yahudi kembali dari pelarian mereka, banyak orang Yahudi yang tidak kembali, di sinilah mulainya Diaspora, penyebaran bangsa Yahudi ke seluruh dunia.

Pada tahun 63 SM Juda dan Israel jatuh ke tangan orang Romawi dan tahun 70 SM berjaya menghancurkan pemberontakan Yerusalem dan menghancurkan biara dan Juda.

Awal terbentuknya Israel

Setelah itu orang Yahudi hidup dalam pelarian, sehingga zaman khilafah Othmaniyah barulah orang Yahudi dapat merasakan kehidupan yang damai dengan membayar pajak perlindungan kepada kerajaan Othmaniyah.

Akhir abad ke 19, ditunjangi oleh Jewish Colonization Assocation Baron Hirsch, Yahudi dari Eropah Timur berpindah ke Argentina dan membentuk Kolonialisme pertanian, untuk kembali ke Palestine bermula tahun 1881.
Kronologi penubuhan Israel adalah seperti berikut;


http://buletinonline.net/images/berita11/palestineb4nakbah.gif1896 Theodor Herzl Yahudi kelahiran Budapest meengasaskan pembentukan Negara Yahudi moden. Tujuannya untuk menuntut dan membuat negara untuk orang Yahudi di Palestine, disokong oleh wang hasil sumbangan dari seluruh orang Yahudi di dunia. Herzl ini juga dikenal pendiri zionisme, yang juga tidak disetujui oleh orang Yahudinya sendiri.


1914
Di Palestine tinggal 1200 orang Yahudi. Setelah kekalahan khilafah Othmaniyah dalam perang dunia pertama, Palestine menjadi bola permainan para penjajah dan para Zionis ada di sisi British dan Amerika.


1917
Tanggal 2 November menteri luar British Lord Balfour menandatangani Deklarasi Balfour untuk membangun negara yahudi. Sebulan kemudian masuklah tentera British ke Baitul Maqdis (Jerusalem).


1920
Gabungan Negara-negara menyerahkan mandat Palestine kepada British. Akibatnya datanglah 75.000 lagi orang Yahudi ke Palestine. Negara-negara Arab tidak menyetujui didirikannya negara Yahudi di Palestine.


1922
Transjordania dipisahkan dari daerah mandat. Sebagai perwakilan orang Yahudi dibuatlah Jewish Agency. Di tahun itu lebih kurang 80.000 orang Yahudi tinggal di Palestine


1933
Di Jerman berlaku penghapusan etnik Yahudi secara sistematik oleh Rejim Hitler.


1936
Masyarakat Arab menentang politik masuknya orang Yahudi ke Palestine tapi orang Yahudi dibantu oleh tentera Inggeris.
(Gambar Atas kanan - Peta Palestine tahun 1946 sebelum peristiwa Nakba )


http://buletinonline.net/images/berita11/map_unpartition1947.gif1937 Sesudah pemerintah Mandat membatasi imigrasi dan pembelian tanah oleh orang Yahudi, timbullah ketegangan yang dilakukan oleh organisasi bawah tanah Yahudi terhadap orang Inggeris.


1939
Pendidikan sebuah brigade Yahudi untuk memasukkan orang Yahudi ke Palestine


1945
Suruhanjaya Inggeris Amerika menganjurkan penerimaan 100,000 orang Yahudi di Palestine, tapi kemudian ditolak oleh Inggeris sehingga menyebabkan rusuhan di antara Yahudi - Palestine.


1947
UNO menganjurkan pemisahan Palestina dan pembentukan negara Yahudi dan Arab. Perang antara Yahudi dan Arab menghindarkan dilanjutkannya rencana itu.


1948
Inggris mengakhiri Mandatnya atas Palestine dan pada 14 Mei meninggalkan Palestine. Tentera Yahudi memasuki Palestine dan mengusir orang Palestine yang didukung oleh negara-negara Arab. Di hari yang sama Ben Gurion mengisytiharkan kemerdekaan Israel di kota yang dibentuk mereka, Tel Aviv, sehingga kemudian menyebabkan perang hari pertama Timur Tengah.


1949
Setelah perang, Israel memenangi peperangan dan bangsa-bangsa bersatu mengakui Israel sebagai sebuah negara.
(Gambar kiri - Peta pembahagian Palestine oleh PBB pada 1947 - Palestine berwarna Hijau)
Bagi memahami persoalan Palestin secara yang lebih mendalam, boleh Menelusuri Sejarah Baitul Maqdis


First Qibla - Bait-al-Maqdis (Al-Aqsa):

http://buletinonline.net/images/berita11/al-aqsa.gifAT THE HEART OF JERUSALEM is the Al-Aqsa mosque or Al-Haram Ash-Shareef (The Noble Sanctuary). It is the third most sacred mosque in the world (after Masjid al-Haram in Makkah and Masjid Nabawi in Medinah), enclosing over 35 acres of fountains, gardens, buildings and domes. At its southernmost end is al-Aqsa Mosques, which was built by Khalifa Omar Bin Al-Kattab in the year 19 Hijri. At its center is the celebrated Dome of the Rock. The entire area is regarded as Baitul-Maqdis or Al-Qudus and comprises nearly one sixth of the walled city of Jerusalem. In the picture on the left, the following are identified:
Bertanda Hijau - Masjid al-Qubbatus-Sakhra (The Dome of the Rock)
Bertanda Merah- Masjid al-Aqsa (The Farthest Mosque)
Bertanda Biru Muda- Al Madrasa An-Nahawiah
Bertanda -Biru Al Musalla Al-Marwani

Gambar Bawah - Propaganda Israel - Kuil yang akan menggantikan al-Aqsa

http://buletinonline.net/images/berita11/templebig.jpg
Nota : Artikel dan Rencana ini adalah sempena Ceramah Nuzul Quran Isu Palestine yang diadakan di Masjid Rhusila pada 18 September 2008 yang turut disertai oleh Bekas Imam Masjid Al-Aqsa Dr. Sheikh Mahmud Siyam.

SUMBER : Buletin Online

Sabtu, 20 September 2008

CIRI-CIRI PERBANDARAN ROM

Huraikan ciri ciri bandar dalam kerajaan Rom sebelum kejatuhan pada 499 M.

A. Pendahuluan

a. Perkataan civilization berasal daripada perkataan Rom, civitas bermaksud bandar,iaitu elemen penting dalam perkembangan tamadun manusia

b. Definisi bandar meliputi semua elemen semulajadi, sosial dan buatan manusia yang berkelompok dalam kawasan-kawasan yang mempunyai penduduk.

c. Aktiviti utama penduduk bandar ialah perdagangan. Bandar juga sebagai tempat perlindungan rakyat dan pusat pentadbiran dan ibu kota diraja.

d. Proses perbandaran pula ialah proses migrasi penduduk yang membawa kepada perkembangan bandar dari segi pertambahan penduduk dan kemasan ruang.

B. Isi


Ciri-ciri bandar Kerajaan Rom

a. Bandar-bandar yang wujud dalam empayar Rom dilengkapi dengan pelbagai bentuk kemudahan untuk memenuhi sifat praktikal masyarakat Rom tersebut.

b. Bagunan-bangunan dibina daripada bahan-bahan yang tidak mudah terbakar, disepanjang jalan yang lebar. Pentadbiran Majlis Perbandaran menjadi badan pentadbir yang bebas daripada campur tangan kerajaan pusat.

c. Kemudahan yang disediakan seperti rumah berhala, teater, sarkas, forum, kawasan pemandian dan istana

d. Kemudahan jalan lebar, lurus dan berturap. Terdapat lebih kurang 20 batang jalan besar menyambungkan seluruh empayar dengan Rom untuk semua aktiviti kehidupan. Jalan-jalan dibina dengan menggunakan satu peralatan “groma” untuk membuat satu garis lurus.

e. Longkang juga dibuat bagi mengelakkan takungan air di atas jalan raya. Jambatan juga dibina untuk menyambung sesuatu jalan.

f. Kemudahan sistem bekalan air juga menjadi satu ciri penting kerajaan Rom. Bandar-bandar ini dilengkapi dengan saluran najis yang baik. Contohnya saluran najis terbesar di Rom disambungkan ke Sungai Tiber. Bekalan air datang dari saluran bawah tanah. Terdapat 2 “aqueducts”sebagai punca bekalan air.

g. Bandar-bandar dalam Empayar Rom juga mempunyai dewan awam yang digunakan untuk pelbagai aktiviti seperti pejabat, mahkamah, perpustakaan dll.Semua bandar menyediakan tempat mandi, panggung dan amphitheatre sebagai gelanggang pertandingan ‘gladiator’. Contoh bandar terkenal ialah bandar Pompei. Penduduk bandar ini berjumlah 201 000 orang. House of Sallust merupakan bentuk rumah yang dibina daripada batu kapur. Terdapat tempat mandi atau “Public Bath” di Pompei.

Kesimpulan

Jelas disini, perkembangan bandar merupakan satu elemen penting perkembangan sesuatu tamadun. Bandar Rom telah menjadi pengukur kepada perkembangan bandar dalam tamadun awal yang indah hingga ke hari ini.

Rabu, 17 September 2008

PERANG BADAR ALKUBRO 313

Setiap 17 Ramadhan kita akan menyambut sambutan peristiwa Badar Al-Kubra. Peperangan Badar yang menyaksikan 313 orang mujahid hadir memburu syahid dan menentang kekuatan musuh Islam yang tiga kali lebih ramai dari mereka. Rasulullah memimpin bala tentera pertama Islam ini untuk mengukuhkan kedudukan Islam agar terpandang tinggi oleh musuh-musuhnya.
Alhamdulillah, Allah telah berikan kemenangan dengan janjinya bahawa;

“Dan barang siapa yang mengambil Allah, Rasul-Nya dan orang-orang yang beriman menjadi penolongnya, sesungguhnya puak atau pengikut (agama) Allah itulah yang pasti menang.”(Al-Maidah:56)

Maka siapakah kita untuk menafikan takdir kemenangan dari Allah ini. Jumlah yang sedikit bukan bermakna kita harus kalah. Semangat kita harus lebih tinggi dari jumlah fizikal kita kerana iman yang tersemat dalam hati sudah menempah rahmat dari Allah.

“Sesungguhnya Allah telah menolong kamu dalam peperangan Badar, padahal kamu adalah (ketika itu) orang-orang yang lemah (kerana kamu sedikit bilangan dan kekurangan alat perang) oleh itu bertakwalah kepada Allah, supaya kamu mensyukuriNya.” (Ali-Imran:123)

Oleh itu wahai sahabat-sahabat pemuda, kita harus terus bertaqwa dan bertawakkal pada Allah. Tiada jalan pintas untuk kita kecapi jalan keredhaan melainkan dengan memperkukuhkan keyakinan kita.

Jangan kita mabuk pada kemenangan dunia walhal kemenangan akhirat itu lebih manis ganjarannya. Dalam suasana sekarang, sudah ramai yang menanam angan-angan untuk duduk sebagai peneraju rakyat. Namun tanggungjawabnya amatlah berat dan tanggungjawab kita dalam mencuci kebejatan penzalim itu bukanlah kerja yang boleh habis dalam sehari dua. Ianya akan berangkai sebagai sebahagian dari ekspedisi badar yang harus kita laksanakan.

Jangan kita hanyut dalam kekalutan sekarang. Kemenangan yang ada harus diurus agar ianya bermanfaat untuk Islam.

Ayuh! barisan pemuda Islam. Tegakkan kembali bendera badar, kerana kemenangan lain sedang menanti!

“Hai orang-orang yang beriman, jika kamu menolong (agama) Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu.”(Muhammad:7)

Perang Badar AlKubro 17 Ramadhan

PEPERANGAN BADAR.
Firman Allah swt didalam Al-Quran:
Yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah telah menolong kamu dalam peperangan Badar, padahal kamu ketika itu adalah orang-orang yang lemah. Kerana itu bertakwalah kepada Allah supaya kamu mensyukurinya”. (Ali Imran:123) Perang

Badar merupakan “purnama” dalam sejarah kemanusiaan yang menerangi jalan para penempuh jalan.
Perang Badar merupakan “purnama” yang bersinar dilangit dan diraikan oleh para malaikat. Para malikat yang ikut serta dalam peperangan ini menjadi para malaikat yang palin utama.
Perang Badar juga mereupakan “purnama” dibumi dan dikalangan penduduknya. Orang-orang yang ikut serta benar-benar menjadi purnama yang cahayanya menerangi seluruh isi kehidupan mereka.
Perang Badar merupakan “purnama” yang menjadi garis pemisah antara kebenaran dan kebatilan. Juga menjadi mahkota kebanggaan diatas setiap pahlawan yang ikut serta berjuang didalamnya, dan didalam masyarakat Islam tidak ada seorang pun yang dapat mengungguli keutamaan para mujahidin Badar.

PERANG BADAR KUBRA
17 RAMADHAN TAHUN KEDUA HIJRAH.

Sebab Terjadinya Peperangan dan sasarannya

Sesungguhnya antara Rasulullah saw dan puak Quraisy sedang dalam keadaan perang sejak hari pertama Nabi saw melakukan hijrah ke Madinah. Dalam keadaan perang harta dan darah musuh adalah dihalalkan. Apalagi jika kita ketahui bahawa sebahagian harta yang ada didalam kafilah-kafilah dagang Quraisy itu milikkaum Muhajirin dari kalangan kaum Muslimin Mekah. Harta itu dikuasai kaum Musyrikin Mekah secara aniaya dan tidak sah. Sejak lama pemusuhan antara kaum Muslimin dan Musyrikin berlangsung, kaum Musyrikin sentiasa berusaha untuk memusuhi dan menghalangi tersiarnya Islam dengan pelbagai cara. Mereka menghamburkan harta yang banyak demi untuk memenuhi hasrat mereka dan untuk tujuan melemahkan potensi kaum Muslimin. Mereka juga tidak putus-putus menyeksa dan mengadakan gangguan serangan di perbatasan kota Madinah

Pada hari ke 12 bulan Ramadhan tahun ke2 hijrah Rasulullah saw mengetahui bahawa kafilah dagang Quraisy datang dari Syam, lalu Rasulullah saw bersabda kepada kaum Muslimin yang ada disisinya.
“Ini adalah kafilah dagang Quraisy yang membawa harta kekayaan mereka. Keluarlah kepadanya, mudah-mudahan Allah menjadikannya sebagai pampasan bagi kalian.”

Perlu disebutkan bahawa kafilah ini tidak seperti kafilah-kafilah yang lain. Bila menguasainya maka akan mematikan bagi perekonomian Quraisy. Kerana didalam kafilah dagang ini terdapat 1000 ekor unta dan 50,000 dinar emas.
Kaum Musyrikin mengungkapkan tentang bahaya penguasaan terhadap kafilah ini dengan perkataan mereka: “jika Muhammad berhasil menguasainya maka kalian tidak akan berjaya selamanya”.

Perang Badar merupakan peperangan bersenjata yang pertama kali berlaku diantara pembela kebenaran dan pendukung kebatilan. Kerana didalam pertempuran inilah ditentukan nasib kaum Mu’minin dan Musyrikin. Sehingga Nabi saw bermunajat dengan doa agar Allah memberikan kemenangan yang besar kepada kaum Muslimin.

Orang yang pernah membaca sirah Nabi saw didalam perang Badar dan semua perang yang pernah dilakukannya, pasti akan mengetahui betapa besar perhatian Nabi saw terhadap langkah dan pelbagai taktik peperangan dan analisis terhadap pergerakan musuh. Oleh sebab inilah Rasulullah menghantar sebilangan kecil pasukannya untuk mengintai pasukan musuh. Pada kebiasaannya sebelum keberangkatan pasukan perang, Rasulullah saw akan mengutus satu pasukan kecil untuk menjelajah wilayah dihadapannya, sebagai langkah terhadap serangan hendap dan sebagai langkah berjaga-jaga.

Ketika Nabi saw mendengar berita mengenai kemaraan tentera Quraisy dibawah pimpinan Abu Sufian, Nabi berbincang dengan para sahabatnya, baginda ingin mengetahui bagaimanakah sambutan kaum Ansar terhadap gagasan baginda untuk membela Nabi di negeri mereka.

Sewaktu hendak berangkat dari kota Madinah baginda mengajukan adakah kaum Muhajirin berkesanggupan untuk berperang. Baginda mengulanginya sehingga 3 kali untuk mengetahui pendapat mereka. Kaum Muhajirin bersetuju dan sanggup bersama-sama Nabi menghadapi musuh Islam didalam peperangan ini, setelah melihat persetujuan kaum Muhajirin, kaum Ansar baru mengerti bahawa pertanyaan Nabi ini sebenarnya ditujukan kepada kaum Ansar.

Lantas Saad bin Muaz bangkit dan berkata: “Ya Rasulullah, seolah-olah engkau mengkehendaki kami. Mungkin engkau takut jika kaum Ansar tidak akan membelamu kecuali di negeri mereka sahaja. Aku berbicara atas nama kaum Ansar dan aku menjawab atas nama mereka. Pergilah kemana saja sesukamu, sambunglah tali persahabatan yang engkau senangi dan putuskan tali yang engkau senangi. Ambillah dari harta kami sesukamu dan berikan kepada sesiapa sesuka hatimu. Apa yang engkau ambil dari harta kami itu lebuh kami senangi daripada engkau sisakan. Segala perintahmu akan kami laksanakan. Demi Allah jika engkau berjalan sampai Brakal Ghamad (Yaman) pasti kami akan berjalan bersamamu dan jika engkau mengajak kami untuk mengharungio lautan ini pasti kami akan mengharunginya bersamamu pula”.

Berkata pula Miqdad ibnul Aswad sebagai sambutan selepas Saad bin Muaz:
“Kami tidak akan mengatakan seperti apa yang dikatakan oleh kaum Musa kepada Musa: “Pergilah engkau beserta Tuhanmu dan berperanglah engkau berdua dan kami akan duduk disini”. Tetapi kami…..akan berperang disisimu kanan, kiri, depan dan belakangmu.”

Ketika Nabi saw mendengar penyataan para sahabatnya baginda bergembira dan baginda berkata sambil muka yang berseri-seri: “Berangkatlah kalian dan bergembiralah kalian”.

Semasa kaum Muslimin berangkat ke medan peperangan Badar, seorang pemuda yang berumur 16 tahun, namanya Umairf bin Abi Waqas, takut kalau kalau dia tidak dibenarkan menyertai peperangan kerana disebabkan faktor umurnya yang masih muda. Kerana itulah beliau keluar dengan cara sembunyi-sembunyi agar tidak diketahui oleh sesiapa pun. Abangnya (Saad bin Abi Waqas) yang melihat hal itu bertanya apakah sebab beliau bersembunyi-sembunyi begini? Jawab Umair: “Aku takut kalau Nabi menyuruhku kembali sedangkan aku ingin mati syahid di medan petempuran”.

Apabila Nabi mengetahui kejadian itu beliau hampir sahaja menyuruhnya kembali ke Madinah kerana Umair bin Abi Waqas masih belum cukup umurnya untuk berperang. Namun kerana Umair menangis minta diizinkan oleh Nabi untuk ikut berperang, Nabi kasihan melihatnya dan terharu diatas semangat jihad dan kesungguhan Umair, akhirnya Nabi membenarkannya. Maka terkabullah cita-cita Umair dan beliau adalah salah seorang yang gugur di medan peperangan Badar sebagai syahid.

PERBEZAAN JUMLAH DAN PELENGKAPAN PEPERANGAN ANTARA KAUM MUSLIMIN DAN KAUM MUSYRIKIN

Setelah lengkap segala persiapan, Nabi saw beserta kaum Muslimin hanya berjumlah 313 orang. Dan dari jumlah yang sebesar itu, yang berkenderaan kuda hanya 2 orang sahaja, dan yang berkenderaan unta hanya 70 orang, dan yang selebihnya tidak berkenderaan. Mereka bergilir-gilir dengan orang yang menaiki kenderaan. Satu-satu kenderaan adakalanya dinaiki sehingga 2-3 orang secara bergantian. Tidak ada perbezaan antara tentera dan pemimpinnya. Bahkan Rasulullah saw pun bergantian dengan Abu Bakar, Umar dan sahabat-sahabat besar lainnya.

Nabi memberikan panji-panji Islam kepada Musa’ib dan Umair. Dan bendera Muhajirin diserahkan kepada Ali bin Abi Thalib dan bendera kaum Anshar diberikan kepada Saad bin Muaz.

Apabila Abu Sufian mendengar khabar berita keluarnya pasukan Islam, ia memilih jalan pesisiran pantai sehingga ia selamat. Setelah kafilah dagang yang dipimpinnya merasa selamat dari kejaran kaum Muslimin, ia menulis surat kepada kaum Quraisy yang tengah dalam perjalanan ke Badar. Dalam surat itu ia menasihatkan sebaiknya tentera Quraisy balik ke Mekah, kerana kafilah dagang mereka telah selamat. Dan pasukan Quraisy hampir-hampir sahaja berpatah balik ke Mekah jika tidak dihalangi oleh Abu Jahal. Jumlah pasukan Quraisy waktu itu lebih dari 1000 orang. Bergabung di dalamnya sejumlah pemuka-pemuka Quraisy dan pahlawan-pahlawan mereka. Sepertimana yang disyaratkan oleh Nabi saw dalam pesanannya kepada kaum Muslimin sebelum peperangan: “Inilah kota Mekah telah mengerahkan kepadamu seluruh inti-inti pasukan”.

Kaum Quraisy tetap meneruskan perjalannya sehingga sampai di lembah Badar. Sedangkan kaum Muslimin berhenti di lembah Badar yang lain. Ketika kaum Muslimin berhenti di sana Khubab ibnul Munzir berkata kepada Rasulullah saw:
“Ya Rasulullah, adakah tempat yang kami berada ini suatu tempat yang ditunjukkan oleh Allah yang kami tidak dapat melanggarnya sedikit pun ataukah hanya tempat yang engkau pilih mengikut pendapatmu sendiri dan taktikmu? Jawab Nabi saw: “Tempat ini ku pilih menurut fikiranku”
jawab Khubab: “Tempat ini tidak strategik untuk berperang”.
Kemudian dia menunjukkan tempat yang lebih strategik. Anjuran Khubab itu disambut oleh Rasulullah dengan gembira sekali dan segera baginda bangkit menuju ketempat yang ditunjukkan oleh Khubab yang mana merupakan tempat yang lebih dekat dari sumber air dari kaum Quraisy.

Ini menunjukkkan sifat Rasullulah yang menerima cadangan dari para sahabatnya dan tidak mementingkan diri baginda tanpa mengira siapa, jika syor itu pada pendapatnya boleh mendatangkan kebaikan, maka syor itu diterima dengan hati terbuka dan gembira.

Akhirnya Rasulullah beserta pasukannya sampai lebih dahulu ke tempat mata air ditengah malam. Kemudian kaum Muslimin membuat kolam-kolam air. Pada malam harinya Allah menurunkan hujan di sekitar daerah itu. Hujan itu menjadikan tempat kaum Musyrikin banjir sehingga mereka sukar untuk bergerak. Sebaliknya pula bagi kaum Muslimin, hujan tersebut merupakan satu rahmat dan dapat memandatkan pasir tempat mereka berpijak, sehingga mereka mudah bergerak maju dan hati mereka bertambah yakin dan kuat. Sehubungan dengan peristiwa ini Allah swt menurunkan ayat:

Yang bermaksud: “Dan Dia (Allah) menurunkan kepada kamu air (hujan) dari langit untuk mensucikan kamu dengannya dan untuk menghilangkan dari kamu bisikan-bisikan syaitan dan untuk memperteguhkan hati kamu dan memperteguh tempat berpijak kaki-kaki kamu dengannya.” (Al-Anfal:11)

Rasulullah sebagai panglima perang

Rasulullah saw selain sebagai seorang Nabi yang bertugas menyampaikan risalah Allah kepada umat manusia. Baginda juga dapat menjadi panglima perang yang bijak mengenai seluk belok dan taktik peperangan. Baginda juga mampu menangkis serangan musuh dan dapat mengagak taktik musuh beserta perlengkapannya.

Antara persiapan peperangan ini ialah para sahabat membangunkan satu tempat yang tinggi yang mana darinya Rasulullah dapat melihat dan menyaksikan peperangan dan memberikan segala arahannya. Kemudian Rasulullah saw menunjukkan tempat-tempat terbunuhnya musuh-musuh Islam. Dengan kekuasaan Allah mereka yang telah disebutkan namanya oleh Nabi itu mati dan terbunuh ditempat yang diisyaratkan oleh Nabi tanpa da yang tertinggal walau seorang pun.

Ketika barisan kaum Musyrikin mulai datang dan kedua pasukan saling berhadapan, baginda bermunajat dan seraya berdoa:
“Ya Allah, inilah kaum Quraisy yang datang dengan segala kecongkakan dan kesombongannya untuk memerangi Engkau dan mendustakan Rasulmu”.

Rasulullah melihat perbezaan yang amat jauh diantara kedua-dua belah pasukan. Baginda merasakan tiada jalan yang terbaik melainkan memohon agar Allah menghantarkan pertolongannya. Baginda benar-benar bertadharu’ dihadapan Allah memohon bantuan bagi tentera Islam yang jumlahnya serta perlengkapannya serba kekurangan.

Dalam doanya baginda berkata: “Ya Allah, jika Engkau binasakan pasukan ini (Islam) tak akan disembah lagi Engkau dimuka bumi ini. Ya Allah penuhilah janjimu kepadaku. Ya Allah, berikanlah pertolonganmu”.

Baginda berdoa sambil mengangkat tangannya keatas sehingga kain serbannya terjatuh dari bahu baginda. Melihatkan akan hal ini Abu Bakar sering menenangkan hati Nabi kerana merasa kasihan melihat Nabi memperbanyakkan bermunajat kepada Allah untuk memohon pertolongan.

Sewaktu kedua pasukan mulai hendak berperang, Nabi berseru untuk membakar semangat jihad kepada kaum Muslimin:
“Bangkitlah kalian menuju syurga yang seluas langit dan bumi”

Orang Islam yang pertama gugur syahid

Setelah selesai Nabi berseru yang sedemikian tadi.Umair bin Humam al-Ashari bangkit dan bertanya kepada Nabi: “Ya Rasulullah apakah syurga itu seluas langit dan bumi?’’
Jawab Nabi: “Ya”
Kata Umair selanjutnya: “Sungguh untung,sungguh untung”
Tanya Nabi: “Apakah yang menyebabkan kamu berkata demikian?’’
Jawab Umair: “Aku berharap semoga aku termasuk orang yang memperolehi syurga”
Jawab Nabi: “Kamu adalah salah seorang yang mendapat syurga”.
Kemudian Umair mengeluarkan bekalannya iaitu beberapa biji kumar dan dimakannya. Kemudian ia berkata: “Kalau aku tunggu habisnya buah kurma ini beerti amat lama hidupku”.
Buah kurma itu segera dilemparkan ke tanah dan ia mara ke medan peperangan sehingga ia gugur sebagai syahid. Umair adalah orang pertama yang gugur sebagai syahid di medan peperangan Badar.

Semua pasukan tetap didalam barisan masing sambil berzikir dan tetap bersabat dan menyerahkan segala-galanya kepada Allah swt. Nabi sendiri mara kehadapan memerangi musuh dengan kesungguhan.

Dihari itu juga Allah menurunkan rahmatnya dan pertolongannya kepada kaum Muslimin. Allah menurunkan sejumlah malaikat yang ikiut berperang disamping kaum Muslimin. Kejadian ini dicatat oleh Allah dalam Al-Quran:
Ertinya: ‘Ingatlah, ketika Tuhanmu mewahyukan kepada para Malikat: Sesungguhnya Aku bersama kamu, maka teguhkanlah pendirian orang-orang yang beriman, kelak akan aku jatuhkan rasa ketakutan kedalam hati orang-orang kafir. Kerana itu penggallah mereka dan putuskanlah tiap hujung jari mereka”. (Al-Anfal:12)

Didalam peperangan ini juga membaranya semangat jihad yang meluap-luap disetiap hati kaum muslimin begitu juga dengan 2 orang anak remaja yang masing-masing berlumba-lumba untuk mencapai cita-cita mereka iaitu mati syahid.

Sehubungan dengan ini Abdurrahman bin Auf menceritakan:
“Di hari peperangan Badar ketika aku ditengah barisan, setiap kali aku menoleh ke kanan dan kekiriku aku dapati 2 orang pemuda yang masih muda sekali usianya. Aku khuatir akan keselamatan keduanya. Tiba-tiba salah seorang dari mereka membisikkan sesuatu ke telingaku: “Hai paman tunjukkan kepadaku yang manakah Abu Jahal itu? Jawabku: “Apa maksudmu dengannya?” jawab pemuda itu: “Aku telah bersumpah jika aku bertemu dengannya akan kubunuh atau aku mati syahid kerananya”. Kemudian kata seorang lagi seperti yang dikatakan oleh pemuda yang pertama tadi. Setelah dekat aku tunjukkan kepada kedua pemuda si Abu Jahal itu. Keduanya segera menyerang Abu Jahal dengan pedangnya seolah-olah dua ekor rajawali. Kedua pemuda itu adalah dua bersaudara ibnu Afra”.

Setelah Abu Jahal terbunuh, Rasulullah saw menyambutnya dengan sabdanya:
“Abu Jahal ini adalah Fir’aunnya umat ini”.

Akhirnya kemenangan di medan pertempuran Badar berpihak kepada kaum Muslimin. Maha besar Allah, dia menunjukkan kekuasaannya, yangmana kaum Musyrikin sudah berkira-kira bahawa kemenangan akan menjadi milik mereka, mereka mempersiapkan segalanya demi menyambut kemenangan itu, tetapi akhirnya kebenaran tetap berada diatas kebatilan.

Rasulullah saw berseru: Ertinya: “Allah Maha Besar, segala puji bagi Allah yang telah memenuhi janjiNya dan menolong hambaNya serta mengalahkan musuhNya.”

Didalam peperangan ini kaum musyrikin Quraisy terbunuh sebanyak 70 orang dan tertawan 70 orang. (Sahih Bukhari dari Barra’bin Azib)
Kaum Muslimin yang gugur syahid pula hanya seramai 14 orang sahaja. Enam orang dari kaum Muhajirin dan 8 orang dari kaum Anshar.

Pengaruh Perang Badar

Setelah kaum Muslimin memperolehi kemenangan di Badar, Rasulullah dan pasukannya kembali semula ke Madinah. Semua yang memusuhi baginda mula merasa gentar dan takut untuk memusuhi kaum Muslimin. Dengan sebab ini juga jumlah orang yang memeluk Islam semakin bertambah.

Sebelum Rasulullah saw tiba di Madinah, baginda mengutus 2 orang utusan untuk menyampaikan khabar gembira mengenai peperangan ini. Salah seorang dari utusan itu ialah Abdullah bin Rawahah. Abdullah berseru kepada orang-orang Madinah:
Ertinya: “Hai kaum Anshar, bergembiralah kalian dengan kemenangan Nabi Muhammad saw. Dan terbunuh, dan tertawannya kaum Musyrikin”

Kemudian Abdullah menyebutkan nama beberapa pemuka Quraisy yang terbunuh di Badar. Berita tersebut dikhabar kesetiap rumah orang Anshar. Berita itu disambut dengan nyanyian pantun oleh anak-anak kecil bagi menunjukkan kegembiraan dan kesyukuran. Sebahagian dari mereka masih ada yang ragu-ragu dan sebilangan mereka pula yakin dengan berita yang disampaikan oleh Abdullah itu. Sehinggalah tibanya kedatangan Nabi saw dengan sejumlah tawanan yang diawasi oleh Syarqam. Baginda disambut dengan gembira oleh kaum Muslimin apabila baginda dan pasukannya tiba disuatu tempat yang bernama Rauha’.

Semua hati orang yang memusuhi kaum Muslimin diselubungi oleh perasaan takut. Abu Sufian sendiri bernazar tidak akan mencuci kepalanya dengan air sebelum dapat memerangi Rasulullah dan kaum Muslimin. Perasaan kaum Muslimin yang bersembunyi di Mekah dipenuhi dengan kegembiraan serta bertambah teguhnya iman dan keyakinan mereka terhadap Islam.

Sikap Kaum Muslimin Terhadap Musuh

Nabi saw berwasiat kepada para sahabatnya agar tetap berlaku baik terhadap tawanan seperti yang tercantum dalam sabda baginda:
“Aku wasiatkan kepada kamu agar kamu berbuat baik terhadap mereka”.

Sebagaimana yang diceritakan oleh Abu Aziz bin Umair tentang sikap kaum Muslimin terhadap tawanan adalah seperti berikut: “Aku ditawan di tengah keluarga Anshar, sekembalinya dari Badar. Jika tiba waktu makan siang ataupun makan malam mereka selalu memberikan aku sepotong roti sedangkan mereka sendiri terpaksa makan kurma, kerana mereka dipesan oleh Nabi untuk berlaku baik terhadap tawanan. Setiap kali mereka memperolehi sepotong roti, mereka akan memberikannya kepadaku, sehingga aku malu atas perlakuan baik yang mereka lakukan. Maka aku kembalikan roti itu kepada mereka. Namun roti itu tetap diberikan kembali kepadaku.

Seluruh tawanan perang dalam pandangan Islam harus diperlakukan sama tiada beza diantara keluarga terdekat atau orang lain.

Nabi memaafkan semua tawanan perang Badar. Mereka diminta untuk membayar tebusan untuk diri mereka bagi mampu. Harga tebusan itu ditentukan menurut keadaan ekonomi mereka. Seseorang yang tidak mampu membayar tebusan mereka dimaafkan oleh Nabi, dan dibebaskan begitu sahaja. Dengan adanya ketetapan ini, maka kaum Quraisy mulai mengirim wang tebusan mereka kepada kaum Muslimin agar para tawanan itu segera dibebaskan.

Sebahagian para tawanan yang tidak mampu membayar tebusan, Nabi memerintahkan mereka untuk mengajar sepuluh orang anak kaum Muslimin membaca dan menulis. Setiap orang diminta untuk mengajar 10 orang anak kaum Muslimin. Zaid bin Thabit termasuk salah seorang yang belajar dengan cara ini. Kebijaksanaan semacam ini sudah tentu adalah satu usaha memajukan bidang pendidikan dan memberikan semangat kepada orang untuk belajar membaca dan menulis.

Ahad, 14 September 2008

Siapa Iskandar Zulqarnain?

 

UMUM

Ketika masih remaja dulu saya percaya kedua-duanya orang yang sama. Namun setelah membaca di sana-sini hasil kajian mereka yang berkemahiran, saya beranggapan kedua-duanya orang yang berlainan.

Zulqarnain seorang yang beriman sebagaimana yang disebutkan dalam al-Quran sedangkan Alexander seorang yang kufur. Zulqarnain hidup lebih awal daripada Alexander. Masyhurnya Iskandar Zulqarnain ini menyebabkan banyak raja-raja selepasnya menggunakan nama Iskandar/ Alexander termasuklah Alexander the Great dari Macedonia (Maquduniah) itu. Raja-raja Melayu sendiri banyak yang menggunakan nama Iskandar. Bahkan secara peribadi saya memandang nama ‘Rajendra’ yang digunakan oleh beberapa orang raja di India tidak lain ialah ‘Alexander’ ataupun ‘Iskandar’. Yang paling terkenal ialah Rajendra 1 (Raja Suran) dari Kerajaan Chola yang berjaya menakluk Tanah Melayu termasuklah kerajaan Gangga Negara di Perak.

Saya memilih pemerintah Parsi kuno sebagai Zulqarnain iaitu antara Maharaja Cyrus (Korsh/ Kursh) ataupun Darius (Dara) , tapi bukan Maharaja Dara yang berperang dengan Alexander Macedonia. Kajian menunjukkan empayar Parsi kuno ini antara empayar yang paling luas pernah wujud di muka bumi, melebar dari Barat (Eropah dan Afrika) hingga ke Timur (China dan Jepun).

Bukti-bukti menunjukkan perjalanan Alexander Macedonia tidak sampai pun ke negara China, paling jauhpun di pinggirnya saja, kemudian dia menemui maut dalam usia yang muda. Alexander juga tidak membina apa-apa benteng sedangkan Zulqarnain membina benteng kukuh antara gunung (yang saya percaya binaan awal Tembok Besar China sebelum disambung hingga menjadi beribu-ribu kilometer kerana memang ada bahagian tembok itu berteraskan logam bersalut tembaga di sebelah dalamnya) untuk menyekat kaum Yakjud Makjud (bangsa-bangsa gusar di utara China).

Sumber-sumber Barat tentang Alexander Macedonia tidak menyentuh tentang pembinaan benteng. Namun Barat mula menyentuhnya apabila mereka menyedari wujudnya cerita benteng Zulqarnain dalam al-Quran.

Zulqarnain membawa agama tauhid yang saya yakini sebagai agama Zoroaster (Zarathustra yang kemudiannya terseleweng hingga menjadi agama Majusi yang menyembah api . Agama inilah yang bertapak kukuh di Parsi kuno. Ada juga pendapat mengatakan beliau membawa agama Nabi Ibrahim ataupun agama peninggalan Nabi Nuh.

Agama Zoroaster dikatakan membawa pemahaman wujudnya Tuhan baik yang diseimbangkan dengan tuhan jahat. Berkemungkinan perkara ini menghasilkan pemahaman yin dan yang di China.

Salah seorang penasihat utama Alexander ialah Aristotle (Aristun Syah) . Hingga kini agama Aristotle masih diragukan sungguhpun dia dan guru-guru sebelumnya seperti Socrates dan Plato nampak tidak sealiran dengan pemerintah dalam isu ‘sembahan’. Mereka lebih kepada ahli falsafah berbanding Nabi ataupun seorang yang menganut agama tauhid. Penasihat Zulqarnain yang masyhur pula ialah Nabi Khidhir, yang jelas-jelas bertauhid.

Beberapa pengkaji berpendapat ‘Barat’ yang terkenal dengan sikap suka memanipulasikan sejarah itu memainkan peranan penting untuk men’Zulqarnain’kan Alexander Macedonia. Mereka cukup sakit hati jika apa-apa kelebihan memihak kepada ‘Timur’ termasuklah dalam hal Zulqarnain. Barat mahu Alexander Macedonia diyakini semua orang sebagai Zulqarnain dalam Quran. Quran dengan bijaknya menyanggah hal itu apabila menyanjung keagamaan Zulqarnain yang jauh berbeza dengan ‘keliaran’ Alexander Macedonia.

Lihat sajalah filem Alexander keluaran Barat, ‘diwarnakannya’ rambut Zulqarnain dengan warna perang. Padahal sisa-sisa bukti yang ada menunjukkan Zulqarnain berambut hitam. Namun dalam hal ini ada kekecualian. Boleh jadi memang filem itu hendak menceritakan Alexander the Great dan bukannya Iskandar Zulqarnain al-Quran.

Rom dan Parsi saling beralih kuasa pemerintahan (pentadbiran dunia digilir-gilirkan antara Timur dengan Barat). Kedua-duanya ada raja yang bernama ataupun bergelar Iskandar. Rom pastinya iri hati dengan Iskandar Zulqarnain Parsi yang gah suatu waktu dahulu. Atas sebab itu Rom (Barat) mahu membuktikan Iskandar merekalah yang paling agung. Seboleh-bolehnya mereka mahu menutup kisah Iskandar Zulqarnain dari Parsi. Sekali lagi Quran begitu bijak menyanggah hal ini dengan menyebut tokoh ini sebagai ‘Zulqarnain’ sahaja tanpa ‘Iskandar/ Alexander’. ‘Zulqarnain’ hanya ada di Parsi dan bukan di Rom (ketika itu berpusat di Macedonia).

Saya ada menyimpan satu artikel lama (lebih kurang 20 tahun dulu) yang saya koyak dari sebuah akhbar (rasanya Utusan ataupun Berita Harian) tapi kini entah di aman. Penulisnya berpendapat Zulqarnain ialah anak Nabi Ibrahim daripada isteri(gundik)nya iaitu Qanturah/ Ketura. Anak inilah yang berguru dengan Aristotle. Penulis cenderung untuk mengakui keimanan Aristotle, Plato dan Socrates.

Pada saya, pandangan ini tidaklah kukuh. Sebagaimana yang kita maklumi, Iskandar/ Alexander yang berguru kepada Aristotle ialah anak Raja Phillips (Filaqus), bukan anak Nabi Ibrahim. Tentang keimanan ketiga-tiga tokoh falsafah itu, tidaklah kiat ada maklumat yang selengkapnya.

Menurut buku ‘Lelaki Misteri Dalam Al-Quran-Iskandar Zulkarnain’, banyak ulama dan sejarahwan menyokong Alexander the Great sebagai Zulqarnain tetapi semakin hari semakin ramai yang menolaknya termasuklah Ibnu al-Qayyim, Imam Bukhari, Ibnu Taimiyyah dan Sayyid Qutb.

Wallahualam.

 

http://myalexanderwathern.freephpnuke.org/gate.html?name=News&file=article&sid=353&mode=&order=0&thold=0

Alexander The Great vs Iskandar Zulkarnain

Alexander The Great [wikipedia] adalah pemimpin di abad ke-3 sebelum Masehi yang menaklukkan dunia dari daratan Yunani, Laut Tengah, Mesir, Asia Minor, Persia hingga India Utara. Nama tersebut diabadikan menjadi kota di Mesir, Alexandria atau Iskandariyah.

Ada pendapat yang menyebutkan bahwa Alexander The Great adalah Iskandar Zulkarnain (nama Zulkarnain diceritakan dalam Al-Quran surat Al-Kahfi ayat 83-99), namun hal ini bukan Alexander meskipun jika kita baca memiliki plot yang mirip yaitu “tempat terbenam matahari” adalah wilayah penguasaan pertama Alexander (matahari terbenam di pantai Laut Tengah), ke arah timur (India) dan wilayah dua gunung (antara Laut Hitam dan Laut Kaspia).

Mana yang benar?

BACA SELANJUT ( KLIK LINK )

Zulkarnain dalam surah al-Kahfi

Siapa Iskandar Zulkarnain ?? Persoalan ini bukan saja bermain di kepala anda tetapi juga di kepala para pengkaji Sejarah dan Ilmuwan Islam . Semoga tulisan ini mampu merungkai sedikit masalah anda.

NAMANYA disebut dalam al-Quran pada baris-baris surah al-Kahfi, tetapi Allah SWT sekadar memperkenalkan nama serta secebis pengalamannya dalam menempuh episod panjang kehidupan di dunia ini.

Lalu, keseluruhan sejarah hidup lelaki itu terus kekal misteri dan menjadi tanda tanya di kalangan ilmuwan dan umat Islam umumnya. Ia sekali gus mendorong kajian profil dan penyelidikan arkeologi dijalankan terus-menerus untuk menyingkap rahsia siapa lelaki itu sebenarnya.

Pastinya beliau seorang tokoh agung kerana Allah memilih untuk menceritakan pengalamannya dalam kitab suci. Jasa dan tanggungjawab lelaki itu besar sekali kepada umat manusia.

Peranan dan tugasnya di dunia ini tidak mampu atau tidak sanggup dilakukan mana-mana manusia biasa lantaran ia suatu peristiwa besar dan teramat penting dalam rahsia perjalanan hidup manusia di dunia ini.

Allah menceritakan kisah lelaki itu seperti firman-Nya dalam surah itu: Mereka akan bertanya kepadamu (Muhammad) mengenai Zulkarnain. Katakanlah: Aku akan bacakan kepadamu cerita mengenainya. Sesungguhnya Kami memberi kekuasaan kepadanya di (muka) bumi, dan Kami memberikan kepadanya jalan (untuk mencapai) segala sesuatu, maka dia pun menempuh suatu jalan.

Hingga apabila dia sampai ke tempat terbenam matahari, dia melihat matahari terbenam di dalam laut berlumpur hitam dan dia mendapati di situ segolongan umat. Kami berkata: Hai Zulkarnain, kamu boleh menyeksa atau boleh berbuat kebaikan terhadap mereka. Berkata Zulkarnain: Adapun orang yang aniaya maka kami kelak akan mengazabnya dengan azab yang tidak ada taranya� (ayat 83 hingga 87)

Kemudian dia menempuh jalan (yang lain). Hingga apabila sampai ke tempat terbit matahari (Timur) dia mendapati matahari itu menyinari segolongan umat yang Kami tidak menjadikan bagi mereka sesuatu yang melindunginya dari (cahaya) matahari itu,� (ayat 89dan 90).

Kemudian dia menempuh suatu jalan (yang lain lagi). Hingga apabila dia sampai antara dua gunung, dia mendapati di hadapan kedua bukit itu suatu kaum yang hampir tidak mengerti pembicaraan. Mereka berkata: Hai Zulkarnain, sesungguhnya Yakjuj dan Makjuj itu orang yang membuat kerosakan di muka bumi, maka dapatkah kami memberikan sesuatu pembayaran kepadamu, supaya kamu membuat dinding antara mereka?.

Zulkarnain berkata: Apa yang dikuasakan Tuhanku kepadaku terhadapnya adalah lebih baik, maka tolonglah aku dengan kekuatan (manusia dan alat-alat), agar aku membuatkan dinding antara kamu dan mereka, berilah aku potongan-potongan besi.

Hingga apabila besi itu sama rata dengan kedua (puncak) gunung itu, berkatalah Zulkarnain: Tiuplah (api itu). Hingga apabila besi itu sudah menjadi (merah seperti) api, dia pun berkata: Berilah aku tembaga (yang mendidih) agar ku tuangkan ke atas besi panas itu.

Maka mereka tidak bisa mendakinya dan mereka tidak bisa (pula) melubanginya. Zulkarnain berkata: Ini (dinding) adalah rahmat dari Tuhanku, maka apabila sudah datang janji Tuhanku, Dia akan menjadikannya hancur luluh; dan janji Tuhanku itu adalah benar (ayat 92 hingga 98).

Demikianlah secebis kisah mengenai Zulkarnain. Dalam rentetan perjalanan hidupnya, lelaki itu bertanggungjawab membina tembok bagi menghalang bangsa Yakjuj dan Makjuj mendatangkan angkara kepada manusia. Tembok binaan Zulkarnain itu hanya akan runtuh apabila dunia terlalu hampir dengan kiamat.

Penerbit Eksekutif TV9 (Program Agama), Wan Alias Abdullah, berkata sehingga kini, persoalan mengenai siapa sebenarnya Zulkarnain yang disebut al-Quran masih menjadi misteri yang tidak putus-putus diperbincangkan.

Dalam cubaan merungkai persoalan mengenai identiti Zulkarnain, ilmuwan cuba merujuk silang kisah al-Quran mengenai lelaki itu dengan tokoh pemerintah lampau yang diketahui menerusi penemuan arkeologi.

Sehingga kini terdapat tiga tokoh sejarah lampau yang dikaitkan sebagai Zulkarnain seperti disebut al-Quran, kata Wan Alias yang pernah berusaha menjejak misteri Zulkarnain menerusi program televisyen Jejak Rasul yang diterbitkannya beberapa tahun lalu.

Beliau bagaimanapun berkata, tiada bukti yang kukuh untuk mengaitkan mana-mana daripada tiga tokoh berkenaan sebagai Zulkarnain menyebabkan Zulkarnain seperti disebut al-Quran adalah tokoh yang tersendiri.

Apa yang kita perlu tahu adalah Zulkarnain seperti disebut dalam al-Quran adalah seorang pemerintah yang berperibadi mulia; beliau adil, beriman kepada Tuhan yang satu (Allah SWT), pembebas kezaliman dan menegak keadilan serta seorang pemerintah yang agung.

Jika selepas ini pun ada dijumpai seorang lagi tokoh zaman lampau yang memenuhi ciri-ciri disebutkan al-Quran sama ada dari segi peribadi dan kedudukan geografi, maka ia termasuk dalam senarai kemungkinan Zulkarnain kerana al-Quran tidak menjelaskan lebih lanjut mengenai tokoh itu, katanya.

Antara tokoh pemerintah silam yang dikaitkan sebagai Zulkarnain adalah:

Iskandar dari Macedonia

Tokoh pemerintah silam yang terawal dikaitkan sebagai Zulkarnain adalah Iskandar bin Philip, seorang pemerintah Macedonia dan sebahagian daripada negeri di bawah jajahan Yunan.

Iskandar ini dilahirkan pada 356 Sebelum Masihi (SM) dan turut digelar Alaxander The Great oleh pengkaji Barat. Beliau mampu menyatukan negeri di Yunan di bawah pemerintahannya selepas kerajaan itu diwarisi daripada bapanya.

( Dalam buku sejarah Tingkatan Enam nama yang digunapakai adalah Iskandar Zulkarnain . Namun bagi saya nama yang lebih tepat dipanggil ialah Iskandar Macedonia. Namun untuk tidak mengelirukan kamu ketika menjawab soalan, gunakanlah saja nama Iskandar Zulkarnain )

Kemudian beliau meluaskan jajahan kerajaan bapanya ke Timur dan Barat sehingga dikatakan sebahagian besar negeri di dunia ini dimakmurkan di zaman pemerintahannya.

Iskandar al-Macedonia dikatakan memiliki akhlak lemah lembut, pintar, berani, berwawasan jauh serta pernah menjadi pelajar kepada ahli falsafah, Aristotle.

Pengembaraan Iskandar al-Macedonia meluaskan jajahan takluk kerajaannya dikatakan menepati ciri-ciri geografi disebut dalam surah al-Kahfi tetapi terdapat pendapat ahli pengkaji yang menyangkal lelaki itu sebagai Zulkarnain.

Pendapat itu berdasarkan peribadi Iskandar yang dikatakan seorang yang kafir dan menyembah berhala Yunani dan ia bercanggah sama sekali dengan Zulkarnainyang dikenali sebagai seorang raja yang beriman kepada Allah.

Kursy al-Farisi, Raja dari Parsi (Iran)

Barat mengenali tokoh pemerintah silam ini sebagai Cyrus The Great dan beliau membina kegemilangannya sepanjang 30 tahun pemerintahan iaitu dari 559 SM hingga 529 SM.

Era kegemilangan Kursy adalah lebih awal berbanding Iskandar iaitu kira-kira 200 tahun sebelum kelahiran putera Macedonia itu. Kursy dijuluki gelaran Zulkarnain kerana berjaya mempersatukan kembali kerajaan Ldya dan Midya dan menjadi pemerintah Persia pertama sebelum kerajaan besar itu diserang Iskandar ratusan tahun kemudian.

Pengembaraan Kursy turut bertepatan dengan faktor geografi dalam surah al-Kahfi apabila beliau mengembara ke wilayah Timur, Utara dan ke tempat dan kajian mendapati terdapat antara lokasi pengembaraan pemerintah Persia itu yang menyerupai lokasi tembok Yakjuj dan Makjuj.

Berbanding Iskandar, pengkaji dan ahli arkeologi turut mendapati kaitan antara Kursy dengan Zulkarnain tidak saja dari struktur kedudukan geografi tetapi dari sudut peribadi.

Kursy dikatakan seorang yang menyembah Tuhan yang satu, berpekerti mulia, beramal soleh dan berlaku adil kepada semua orang termasuk tawanan perang dan mereka yang menentangnya.

Berdasarkan persamaan geografi dan peribadi itu, maka ramai pengkaji termasuk Wan Alias percaya yang Kursy adalah Zulkarnain yang disebut dalam al-Quran dan bukannya Iskandar.

Pemerintah di zaman Nabi Ibrahim

Seorang lagi pemerintah silam yang dikaitkan sebagai Zulkarnain adalah seorang raja yang hidup sama zaman dengan Nabi Ibrahim AS.

Raja ini dikatakan pernah melakukan tawaf di Kaabah bersama Nabi Ibrahim malah pernah membantu rasul Allah itu mendapatkan kembali telaga baginda yang dirampas pihak tertentu.

Bagaimanapun tidak banyak sumber sahih mengenai raja berkenaan menyebabkan ia sukar dikaitkan sebagai Zulkarnain berbanding Kursy.

Sabtu, 13 September 2008

Catatan seorang guru disiplin.......

( Ramai juga pelajar dan guru yang bertanya tentang insiden yang berlaku pada saya. Tak larat nak jawab, nah....baca sendiri )
Kejadian berlaku pada Hari Khamis 11/9/2008.

Pagi lebih kurang jam 8.10 minit, saya terserempak dengan seorang pelajar Tingkatan 3 depan bilik guru. Kaki seluar dikecilkan , kurus melidi dan tak pakai tali leher. Pelajar ni dah lama dan banyak kali saya nasihati tapi masih mempertahankan amalan kaki kecilnya. Setelah dipanggil masuk ke bilik guru, saya seperti selalu memberi 'tazkirah' kepada pelaku kesalahan ni. Saya ambil keputusan minta buka jahitan kepada yang asal. Budak tu terima dengan baik dan menjawab soalan saya dengan beradab. Dah selesai budak tu masuk kelas.

Lebih kurang 8.30 pagi, saya buat 'rondaan'. Saya tah macam mana terdetik nak pergi kelas budak tadi. Cikgu Raja Azila sedang mengajar. Rupanya budak tadi tak de dalam kelas bersama beberapa pelajar lain. Ponteng lah,apa lagi tu. Rupanya deme ke tandas. Tolong jahitkan kembali seluar budak tadi. Amboi....sempat lagi jahit semula seluar tadi. Siap bawa benang dan jarum. Seluar kembali kecil...kaki lidi.

Budak-budak tu memang dah biasa memonteng. Dengan bantuan Cikgu Azmir,Cikgu Khairuddin, dan Cikgu Hamzah, budak-budak tu 'ditahan'. Setelah disoal siasat , confirm ponteng. Tiga orang dari mereka seluar kaki kecil. Untuk pengajaran seluar ditetas semula hingga kejahitan asal. Kesalahan direkod dalam kad salah laku. Mereka masuk kekelas semula.

Lebih kurang pukul 10.00 pagi , ketika saya sedang berehat kat bilik guru ( dah penat, letih ! ), saya didatangi tetamu tak diundang. Dua wanita. Sorang muda sorang tua. Yang muda bertanyakan kenapa saya 'buat' adiknya macam tu, apa salah adiknya ? Yang tua, terus menjerkah saya dengan 'gear 4'. Kepala saya tengah pening, penat ! Apa lagi, saya terus jawab dengan 'gear 2' lepas tu 3. Sebab anak beranak tu tak ada adab, saya ulang, ' tak ada adap '. Saya memang cepat panas kalau orang tak ada adab. Lebih-lebih lagi orang tua, tapi tak otak pendek.
Saya anggap mereka menyerang saya sebab tidak mendapat kebenaran/pas masuk daripada jaga dan tidak melalui pihak pengurusan. Dengan 'gear 2', saya minta mereka naik ke pejabat untuk selesai secara rasmi. Tapi orang tua tu keras kepala. Dia bising-bising dibawah dekat tangga naik pejabat. Anak dia, budak lelaki tadi ada dekat tangga, baru balik dari tandas. Orang tua tu tuduh saya kurang ajar, tak nasihat anak dia, bulan posa tak patut buat macm tu....bla, bla. Bila tengok maknya 'lanyak' saya macam tu, dengan spontan budak tu ambil sebiji bata dan nak hentak saya sambil berkata " dia ni memang babi". Nak tunjuk hero lah kot sebab ramai memandang. Saya tetap waspada, dan front kick, n side kick dah ready ! Hanya untuk mempertahan diri....... Tapi sian, masa budak tu ambil, bata tu, dia terjatuh dalam longkang ! em...em...em sian ! Kakaknya yang kurang cerdik tu cuba mententeramkan adiknya......ok...pastu naik pejabat.

Maknya masih mengomel-ngomel lagi..Sampai depan pintu pejabat, budak tu tunjuk hero lagi dengan cuba nak menumbuk saya. Saya dah ada jarak yang baik, untuk terjah sedikit penerajang jika apa-apa berlaku. Lagi sekali saya tak mau bertindak apa-apa dulu ! Memang kurang ajar rupanya deme ni !

Dalam pejabat, masuk bilik Pn. Marina. Pengetua tak de. Tapi Pn. Marina tenang. Cuba mententeramkan orang tua tu. Dia tak mau duduk. Marah sangat rupanya. Akhirnya dia duduk. Pertama, anak yang perempuan tu diminta ambil dulu kad kebenaran masuk dari jaga. Hah...baru kelam kabut. Tadi eksyen sangat. Mak dia pun cerita( nada tinggi) pada Pn. Marina yang saya tiap-tiap hari potong seluar anak dia. ( huh,,,,banyaknya saya motong ) dan selalu gunting rambut trojan anaknya tanpa nasihat ......Bila ditanya pada anaknya berapa kali, dia jawab baru dua kali. Pulak.....tadi kata banyak kali....maknya dah lembut sikit suaranya...Saya cari kad rekod salah laku anaknya. Hah...saya tunjuk pada maknya dan kakaknya. Baru terkedu. Baru tau anaknya 'memang baik sangat' ! Ponteng, rokok, seluar kecil, rambut trojan, dan terbaru mengancam dengan kekerasan guru disiplin.... Kakaknya terdiam terus. Maknya dah tinggal suara halus, menangis. Minta dikasihanilah tu......Dalam pada soal jawab tu, sempat lagi budak tu "membabikan" saya lagi. Masa tu abangnya dah sampai juga. Dia dengar apa adiknya 'zikir' tadi.

Isunya sekarang jadi lain. Sepatutnya boleh diselesaikan dengan baik tetapi jadi bertambah buruk. Dah lah mak kakaknya 'menyerang' guru disiplin , budak tu pun berniat nak 'mencederakan' guru disiplin juga. Akhirnya Pn. Marina memutuskan budak tu digantung 2 minggu. Maknya terdiam terus....itulah kalau tak guna akal yang betul......Pertahankan anak bukan pada tempatnya. Peliknya, ada juga orang tua suka anaknya rambut trojan dan kaki seluar kecil. Ingatlah, itu bukan budaya kita.....itu budaya kafir !

Abang budak tu merayu pada saya untuk bantu buat rayuan. Rayuan mesti dalam tempoh 2 minggu tu. Saya tak janji apa-apa dengan abangnya. Saya pun terguris.......hati saya juga terluka... Abangnya juga menjelaskan memang dah jadi kebiasaan adiknya menggunakan bahasa 'babi' dalam hidupnya. Patutlah...........

Budak tu digantung pada hari tu juga. Diarahkan balik serta merta dan jangan tinggal 'sikit habuk' pun benda dalam meja. Cikgu Khairuddin tak benarkan walaupun nak ke tandas sekejap pun . Pengajaran buat dia....dia tak diperlukan lagi disekolah ini !

Lepas tu, alhamdulillah, saya masih dapat kontrol perasaan. Saya dapat mengajar seperti biasa Sejarah kelas 4MPV dan kelas 4SC1. Sempat bagi 'tazkirah' kat mereka terutama Mawi dengan Izuddin..Insaflah !

Keesokannya, pengetua memberitahu kes seperti ini boleh buat laporan polis. Saya akan pertimbangkan .....

AYAT BARU JEPUN

Kalau yang sedang boring-boring tu tak tau nak buat apa, dalam kepala otak asyik fikir PENING NAK PERIKSA, ISU POLITIK , dan LAPAR DAHAGA sahaja, apa kata kita berhibur sikit dengan lawak nama jepun ni.

01. Yang pemarah - KEIJI CACIMAKI Baring teeth
02. Yang suka berjimat - SAYORI Nerd
05. Yang suka layan blues - APO NADIKATO Whistling
06. Yang suka belajar - ASHIKO ULANGKAJI
07. Yang kerap bikin kacau - WAKASI HURUHARASUKAMURA
03. Yang bisu - KIETA TADASORAConfused
04. Yang suka makan nasi - NANACHI KASIBANYA
08. Yang sangat kedekut - MATIMATI TAMOKASI
09. Yang suka sangat tidur - ICHIBAN TIDOMATI
10. Yang suka mengintai - HINTAI AKOSUKA
11. Yang tua - TARAGIGI PADAMOKABig Grin
12. Yang kena tinggal bini - SUSAHATI BINILARI
13. Yang suka merempit - SAJA CARIMATIRolling on the floor
14. Yang Lembab - AYUMI SIPUTBABI

SENYUM SOKMO.........

SEJARAH KERTAS 1 LAMBAT LAGI !!!

APA KATA KHOO KAY KIM TENTANG MELAYU.......

Maklumat

PANDANGAN PROF. EMERITUS DATUK KHOO KAY KIM :


“ Jadi kedudukan orang Melayu di sini timbul daripada hakikat bahawa Negara ini Kerajaan di perintah oleh Raja-raja, jadi orang Melayu sebagai rakyat kepada Raja ada keistimewaan. Kebanyakan orang bukan Melayu seperti Tan Cheng Lock dan yang lain-lain mereka adalah rakyat British kerana Negeri Selat Tanah Jajahan British. Oleh itu kedudukan mereka dengan orang Melayu tidak sama kerana orang Melayu adalah rakyat dan mereka ada hak-hak tertentu yang tidak ada pada orang lain, itulah permulaannya. Selepas 1957 orang bukan Melayu mula diserap sebagai warganegara……….

Jadi begini, kedudukan orang Melayu ini bukan sesuatu yang diberikan selepas tahun 1957 tapi sudah ada sebelum itu lagi……. Masalah sekarang ialah ramai orang bukan Melayu tidak faham latar belakang terutama sekali generasi muda. Dia hanya tahu kata “ooh saya pun warganegara kenapa kedudukan saya lain…..” Kedudukan zaman sekarang ini mesti berasaskan perkembangan sejarah sebab itu kita kata sejarah suatu yang penting, tetapi silapnya cara sejarah itu di ajar lebih beratkan politik, padahal yang lebih elok kalau kita titik beratkan undang-undang dalam pembelajaran sejarah”



(AKHBAR SIASAH, 3-16 NOVEMBER 2006).

PEMIKIR KETENTERAAN - KAUTILYA DAN MACHIAVELLI

Bincangkan idea pemikiran ketenteraan Kautilya pada abad ke 3 SM dengan Niccolo Machiavelli pada abad ke 16 M.

A) Pengenalan

Pemikir tentera
a. Golongan yang telah memberi sumbangan yang berharga kepada pertahanan Negara.
b. Mengemukakan cara-cara bagaimana pemerintahan boleh mengekalkan kekuasaan melalui ketenteraan
c. Biasanya kaedah yang diperkenalkan bertentangan dengan nilai moral dan kemanusiaan

Kautilya
a. Seorang menteri Brahmin pada zaman empayar Maurya awal abad ke 3 SM
b. Idea dikesan melalui bukunya ‘Arthasastra/ Science of Gain’
c. Digunakan oleh ramai pemerintah di India spt Maharaja Asoka dan Maharaja Chandra Gupta Maurya; dlm usaha penaklukan dan peluasan wilayah
d. Ideanya dikaji oleh tokoh pemikir tentera moden dan digunakan dalam Negara mereka spt Napoleon Bonaparte (Peranchis), Otto Von Bismark (Jerman), Moa Tze Tong (China)

Niccolo Machiavelli
a. Tokoh pemikir tentera moden pada abad ke 16 M
b. Berasal dari Itali
c. Menghasilkan banyak buku-buku berkaitan dengan politik dan ketenteraan
d. Buku terkenal – The Prince(Penguasa) dan Art of War ( Seni Peperangan)

B) Isi-isi Penting

Idea ketenteraan Kautilya

1. Tentang hubungan antara Negara dengan wilayah/tanah jajahan berasaskan kepada 6 pertimbangan
i. Keamanan
ii. Peperangan
iii. Menunggu masa untuk musuh memulakan serangan
iv. Menyerang dahulu
v. Mengadakan persekutuan dengan musuh
vi. Dasar duaan iaitu persekutuan dengan satu pihak dan berperang dengan pihak yang lain

2. Empat cara untuk menang peperangan
i. Pujukan melalui ucapan yang menawan hati
ii. memujuk dengan memberi rasuah
iii. Semai benih perpecahan untuk melemahkan musuh
iv. Jika gagal usaha-usaha tersebut barulah berperang

3. Sifat seorang penakluk
i. Harus mengetahui tentang kekuatan tenteranya dengan kekuatan musuh
ii. Kemahiran dalam mengadakan komplot lebih baik daripada kegagahan dan kehandalan berperang
iii. Jika peperangan tidak ada kemenangan dan memakan masa yang panjang, raja perlu guna jalan lain yang tidak jujur seperti sabotaj, rasuah, guna pelacur dll

4. Kaitan dengan spiritual dan keagamaan
i. Berjuang hingga mati untuk mencapai matlamat spiritual
ii. Kematian dalam peperangan bertujuan untuk membebaskan diri dari rantai kelahiran semula dan capai Nirwana

Idea ketenteraan Machiavelli

1. Buku ‘The Prince’ – menyarankan cara bagaimana seorang harus mendapat dan mengekalkan kuasa Kerajaan adalah matlamat raja. Jika raja rasa tergugat disebabkan oleh penasihat yang tidak jujur, dia harus dibunuh, penjara, melucut jawatan dan sebagainya

2. Memperkenalkan falsafah politik nasionalisme yang menimbulkan kebencian, peperangan, imperialisme, sifat tamak, kejam tidak berperi kemanusiaan dan sebagainya. Kesannya lahir pemimpin raja2 bangsa yang tamak, zalim, gila kuasa, berlaku perang saudara dan sebagainya.

3. Melalui buku Art of War – menekankan asas setiap Negara adalah undang-undang dan senjata yang baik. Seorang putera raja tidak harus ada sebarang objektif atau pemikiran melalui cara berperang, cara diorganisasikan dan disiplin. Banyak dipraktis di Peranchis dan di Sepanyol pd abad ke 16M.

4. Prinsip-prinsip utama dalam ketenteraan adalah seperti berikut:
i. menghasilkan sebuah pasukan tentera yang berasaskan berjalan kaki
ii. mengutuk tentera yang bekerja semata-mata untuk wang
iii. pasukan tambahan tidak sesuai untuk mentadbir
iv. menolak pembinaan kubu kerana ia membawa kemusnahan
v. melakukan perang yang agresif melalui kuasa berperang dengan senjata meriam dan askar berkuda

5. Menjelang abad ke 16 semua usaha untuk mendapat perlindungan mutlak di medan peperangan di hapuskan seperti zaman tentera berkuda dan baju besi. Baju direka untuk melindungi bahagian tubuh badan yang penting sahaja. Penekanan kepada senjata2 yang superior.

C) Kesimpulan

Kedua-dua idea ketenteraan ini mendapat sambutan daripada pemimpin sezaman mereka. Kedua-duanya memperkenalkan konsep idea ketenteraan yang saintifik dan mempunyai persamaan iaitu mengutamakan falsafah ‘matlamat menghalalkan cara” .

Isnin, 8 September 2008

Peperiksaan Percubaan Negeri Perak 2008

Peperiksaan percubaan sudah bermula iaitu dari 8.9.2008 hingga 25.9.2008.
Pastikan kamu semua hadir dan peperiksaan ulangan tidak dibenarkan.
Selamat menjalani Peperiksaan Percubaan STPM 2008.
Semoga berjaya.

Sabtu, 6 September 2008

Teka teki lawak - rehat otak....

1.Banyak-banyak mi, mi apa yang boleh makan ngan ais.

MI LO AIS Rolling on the floor

2.Ade sorang makcik,die tahan teksi..pas 2 makcik 2 nak bayar duit dulu..driver taxi tu x nak. nape??

Sebab duit 'dulu'. Mane laku Laughing

3.Binatang ape name die ade dua huruf?

UDANG ( U dan G ) Applause

4.Kenape orang gali kubur tak pakai spender??

Sebab orang gali kubur pakai cangkul laChatterbox

5. Lima ekor semut campur dgn dua ekor semut same dgn brape???

0 la...semut mane de ekor Time out

6.Ape persamaan Micheal Jackson dengan Micheal Jordan??

Dua-dua tak kenal korang.. Wave

Kepada pelajar 6 Atas khususnya pelajar SMKDARY, selamat menghadapi Peperiksaan Percubaan STPM yang bermula Isnin, 8 September 2008.

Semoga dapat menjawab dengan tenang dan berjaya hendaknya.Jangan tension sangat !!!! Peace Sign

FOKUS STPM 2008 : PEMBAHARUAN KHALIFAH UMAR - TEMA 2 (TAMADUN ISLAM)

Bincangkan pembaharuan yang dilakukan oleh Khalifah Umar al-Khattab semasa pemerintahannya.

Pendahuluan ( 3 markah)

Umar al-Khattab dilahirkan pada 583 M, merupakan seorang yang tegas, berani dan berterus terang dan terdidik dalam keluarga yang terkenal. Berasal daripada bani Adi dan merupakan seorang yang berketurunan bangsawan Quraisy. Dilantik menjadi khalifah pada 13 Ogos 634 M(13 hijrah) berikutan kemangkatan Khalifah Abu Bakar al- Siddiq dan dibuat oleh Saidina Abu Bakar melalui wasiat ketika beliau sakit dan dipersetujui oleh para sahabat dan orang ramai.

Isi Jawapan (5 x 4 markah = 20 markah)

1 Majlis al-Syura

Pembentukan satu majlis mesyuarat atau perundingan yang dinamakan sebagai majlis al-Syura. Beliau sebagai ketua pemerintahan dan ketua negara telah dibantu secara rasmi oleh ahli Majlis Syura yang dianggotai oleh beberapa orang sahabat yang mewakili seluruh rakyat. Majlis ini berfungsi sebagai kabinet negara. Ahli majlis terdiri daripada golongan Muhajirin dan Ansar iaitu Uthman b. Affan, Zaid b. Thabit, Ali b. Abu Talib, Abdul Rahman b. Auf, Saab b. Abi Waqqas dan Muaz b. Jabal Majlis Syura terbahagi kepada dua majlis iaitu majlis tertinggi dan majlis harian. Segala masalah penting berhubung dengan negara diselesaikan oleh majlis syura ini yang mana khalifah tidak mempunyai hak istimewa dalam menentukan atau membuat keputusan tertentu tanpa mesyuarat majlis. Majlis juga berkewajipan untuk meneliti semua masalah umat Islam dan negara yang diterangkan oleh al-Quran dan al-Sunnah.

2 Pembahagian wilayah

Mewujudkan pembahagian wilayah bagi melicinkan pentadbiran negara. Wilayah-wilayah pentadbiran dibahagikan kepada beberapa wilayah (antara 6 hingga 8 wilayah) seperti Madinah, Makkah, jazirah Mesir, Iraq, Wilayah Selatan dan Wilayah Timur. Setiap wilayah ditadbir oleh seorang Gabenor atau wali atau seorang Ketua Setiausaha dan mereka dibantu oleh para pegawai tertentu mengikut jabatan masing-masing. Pegawai-pegawai awam yang lain ialah Ketua Setiausaha Tentera, pegawai pemungut cukai dan hakim wilayah. Di setiap wilayah terdapat pegawai-pegawai tertinggi angkatan tentera.

3. Pelantikan pegawai secara bersurat.

Dibuat secara bersurat dengan melampirkan senarai tugas dan bidang kuasa mereka. Antara pegawai terkenal dalam pentadbiran belaiu ialah Muawiyah b. Abu Sufian, Amru b. al-As, Mughirah b. Syukbah dan Zaid b. Sumaiyah. Setiap pegawai yang dilantik dan berkhidmat untuk negara akan diberi gaji tetap. Terdapat sebilangan pegawai yang tidak mahu menerima gaji kerana sifat takwa mereka. Setiap pegawai juga tidak dibenarkan menunggang atau menaiki kuda Turki iaitu kuda yang cantik, memakai pakaian halus, tidak memakai tepung yang diayak dan tidak menggunakan penjaga rumah pintu kediaman. Ketika dilantik harta mereka turut direkodkan dan jika terdapat sebarang tambahan harta dan diragui pemilikannya maka mereka akan disiasat. Semua pegawai dikehendaki datang ke Makkah pada musim haji untuk mendengar taklimat daripada Khalifah Umar serta mengkaji semula keputusan yang telah dibuat dan mendengar aduan daripada orang ramai.

4. Penubuhan Jabatan baru

Penubuhan jabatan baru yang mana setiap wilayah mempunyai jabatan penting seperti Jabatan Setiausaha Tentera, Jabatan Percukaian, Jabatan Polis, Jabatan perbendaharan Negara dan Jabatan Kadi. Jabatan penyiasatan jenayah ditubuhkan bagi mengawal anggota pentadbiran awam dan tentera yang melakukan penyelewengan. Sehubungan dengan itu beberapa jawatan penting telah diwujudkan bagi mengetuai jabatan-jabatan tersebut. Setiap jabatan diketuai oleh Setiausaha atau khatib dan dibayar gaji bulanan. Jabatan kehakiman dipisahkan daripada jabatan lain bagi mengelakkan penyelewengan dan kadi-kadi tidak dibenarkan melibatkan diri dalam perniagaan. Hakim akan menerima 500 dirham sebulan.

5. Sistem ketenteraan

Khalifah Umar telah menyusun semula sistem ketenteraan dengan membentuk tentera tetap dan tentera sukarela. Tentera tetap telah dibayar gaji dan diberikan pakaian seragam dan gaji tentera dibayar setelah penubuhan Jabatan Tentera pada tahun 20 Hijrah dengan pelbagai skim gaji berdasarkan status yang digariskan oleh Jabatan Tentera tersebut. Markas tentera pula telah dibina disempadan yang menghadap kawasan musuh seperti di Madinah, Kufah. Fustat dan Basrah. Tujuannya ialah untuk mempertahankan wilayah-wilayah yang ditakluki serta meneruskan penyebaran agama Islam dikalangan penduduk tempatan

6. Pembaharuan Pembangunan Ekonomi

Untuk meningkatkan ekonomi, beliau telah membina terusan dan tali air bagi menambahkan lagi hasil pertanian seperti pembinaan Empangan Abu Musa di basrah dan Terusan Amirul Mukminin sepanjang 111 km di mesir. Rakyat juga digalakkan meneroka tanah baru untuk membian pertanian disamping mengusahakan tanah-tanah terbiar. Sebuah Jabatan Khas telah ditubuhkan bagi mengawal segala peraturan berkaitan dengan pembahagian dan pemilikan tanah. Tanah yang yang dikuasai oleh tentera Islam dibahagikan kepada dua kategori iaitu tanah bertuan dan tanah tidak bertuan. Tanah bertuan ditadbir oleh golongan pemegang amanah yang kebiasaannya terdiri daripada golongan al-Ayyam iaitu golongan peneroka yang biasanya berasal dari Iraq. Tanah tidak bertuan pula tidak boleh dibeli atau dimiliki oleh sesiapa pun dan ianya bertujuan bagi mengelakkan berlakunya perpecahan dikalangan umat Islam. Tentera dilarang sama sekali memiliki tanah dikawasan yang ditakluki bagi mengelakkan penyelewengan kuasa dan perpecahan sesama mereka.

7. Kalendar Hijrah

Khalifah Umar adalah orang bertanggungjawab menentukan tahun Hijrah dalam Kalendar Islam. Takwim atau kelendar ini dimulakan pada tahun 17 Hijrah bertujuan untuk memudahkan urusan pentadbiran negara terutamanya dalam bidang Pendidikan yang banyak membabitkan penggunaan tarikh .

Kesimpulan ( 2 markah)

Kebolehan Khalifah Umar dalam bidang pentadbiran memang diakui umum. Pencapaiannya boleh dikatakan sebagai telah sampai ke tahap maksimum. Berdasarkan kejayaan dan sumbangannya yang besar inilah maka beliau telah diberi gelaran Amir al- Mukminin atau panglima agung Mukmin pada tahun ke-19 Hijrah.

Khamis, 4 September 2008

Boleh ke bercinta?

Boleh ke bercinta?

Artikel Pilihan

Oleh muhakim

“Abang Hakim, boleh ke bercinta dengan muslimat dalam Islam?” soal seorang adik muslimin ketika sesi interview ajk Rakan Masjid baru-baru ini. Ana tersenyum. Ya, soalan ini memang lazim bagi seoarang yang bergelar remaja. Ana faham jiwanya kerana ana juga remaja.

“Boleh”. Ringkas sahaja jawapan yang ana keluarkan. Ana menyepi. Semacam tidak puas dengan jawapan ringkas itu, adik itu bertanya lagi,” Aik, takkan itu aje. Huraikan le sikit bang.” Dari riak mukanya yang boleh dikategorikan agak tampan itu, ana menduga persoalan ini semestinya untuk kes dirinya.

2. “Boleh. Tiada siapa yang melarang bercinta dengan muslimat. Kalau ayah nta tak bercinta dengan mak nta, mungkin nta tiada sekarang ini.” Ana berseloroh dengannya. Dia tersenyum simpul. “Namun harus diingat, percintaan mereka itu hanya dizahirkan selepas berkahwin. Tanpa ikatan pernikahan, cinta itu tidak bermakna”.

3. “Maknanya abang cuba nak kata tiada cinta sebelum kahwin le nie ye, betul tak?” Ana merenung dalam mata adik itu. Kelihatan keinginan mahu tahu yang tinggi. “Kalau abang berikan jawapan yang tidak seperti adik harapkan namun disertai dengan dalil, adik boleh terima tak? Atau adik mahukan jawapan yang menyenangkan hati adik? “ Sengaja ana provoke adik itu.

4. “Eh abang ni. Sudah semestinya saya tanya ni kerana saya nak tahu perkara yang sebenar. “ “Ok , kalau adik dah kata macam tu, abang akan cuba jawab berdasarkan ilmu yang tidak seberapa ini.” Kami mengemaskan duduk. Dari duduk bersandar di dinding kami beralih duduk hingga bertemu lutut.

5. Sebenarnya, cinta adalah naluri yang timbul dalam hati. Ia datang tanpa di minta dan pergi tanpa kita sedari. Cinta sesama manusia boleh berlaku kerana banyak sebab. Mungkin kerana selalu bersama, mungkin kerana hartanya, mungkin kerana kebaikannya dan mungkin juga kerana ketampanan atau kecantikannya.

6. Namun pokoknya, cinta sesama manusia muslimin dan muslimat tidak akan bererti tanpa ikatan pernikahan. Tolak tepi humor cinta anak dan ibu. Ya memang itu cinta antara muslimin dan muslimat, namun kini kita sedang berbicara mengenai cinta antara seoarang muslim yang halal bernikah dengan seorang muslimat.

7. Kenapa cinta itu tidak bererti tanpa pernikahan? Sebab cinta itu cinta palsu. Cinta selalu disaluti dengan belaian, pelukan mesra, bermanja-manja dan juga bercumbu rayu. Namun semua itu hanya menjadi halal dengan lesen nikah. Tanpa nikah, semua itu tidak boleh dibuat (baca:haram)

8. “Tapi bang hakim, saya memang dah janji nak kahwin dengan dia satu hari nanti. Sebab tu kami selalu berjumpa sebab nak kenal mengenal lebih lanjut antara satu sama lain”. Ana tersenyum geli hati. Pecah tembelang adik ni. Dah ‘berpunya’ rupanya. Sebab tu dari tadi asyik berkerut bila ana katakan tiada cinta sebelum kahwin.

9. Beginilah, nta ada adik perempuan kan? .. Erm..cuba nta bayangkan, jikalau adik perempuan nta, pergi keluar setiap hari untuk berjumpa dengan seorang lelaki. Setiap hari berjumpa. Kalau tak berjumpa, sudah mesti sms dan call pengganti bicara. Agak-agak, kalau dah kerap berjumpa, ada tak perasaan cinta dan suka untuk bertemu?”

10. Adik itu mengangguk perlahan. Ana terus menyambung, ”Dari hanya perasaan sayang dan cinta, beralih ke bibit-bibit yang lebih mesra. Mungkin sampai berpegang tangan dan berpelukan. Sedangkan kucing yang kita sayang pun kita peluk dan cium, inikan pula manusia. Agak-agak nta le kan… nta marah tak kalau ada lelaki buat perkara tak senonoh dengan adik nta? Contohnya berciuman ataupun lebih teruk lagi sampai berzina?”

11. “Aih, mana boleh macam tu. Mesti le saya marah!” Adik itu protes dengan soalan yang ana ajukan. Ya. Perangkap dah mengena. Berkat dari satu hadis rasulullah yang pernah ana baca, ana cuba aplikasikan kaedah yang rasulullah gunakan untuk menenangkan seorang pemuda yang mengajukan soalan samada boleh berzina atau tidak.

12. Ana menyambung lagi, “ Jadi, kalau nta boleh marah kepada lelaki itu, agak-agak abang dan ayah perempuan nta sedang bercinta ni, marah tak kalau nta buat perbuatan yang tak senonoh kepada adik dan anak mereka?” Ana pulangkan paku buah keras kepada dia.

13. “Tapi bang, saya tak ada buat perkara tak senonoh tu semua. Saya walaupun berjumpa, tapi banyak bincang hal pelajaran. Kalau call pun, tak ada pulak cakap benda-benda yang mengarut-ngarut. Kami sembang-sembang aje. Tanya khabar. Ambil berat satu sama lain.” Dia terus cuba untuk menegakkan pendiriannya.

14. Ana diam seketika. Mengumpul hujah. Lalu ana teringat satu kisah yang pernah terbaca dalam email. Alhamdulillah. Boleh jadi modal. Sebenarnya, bukan ana tak nak berikan terus ayat quran atau dalil hadis yang terus terang melarang perhubungan sebelum perkahwinan ini, tapi biarlah adik ini dapat berfikir hikmah dari larangan Allah ini.

15. Dalam kisah yang ana terbaca itu, terjadi dialog seoarang ayah yang melarang anaknya pergi ke pesta sambutan merdeka kerana di dalamnya ada unsur-unsur maksiat seperti nyanyian dan tarian artis wanita selain percampuran lelaki dan perempuan yang berleluasa semasa konsert.

16. Anak muda itu protes dengan tindakan ayahnya lalu merajuk dengan ayahnya. Baginya unsur-unsur maksiat itu hanya sikit sahaja. Bukan ada kesan pada dia pun. Lagipun , bukan dia yang buat perkara tu. Si ayah mendapat ilham untuk memujuk anaknya lalu dibuatkan cengkodok kegemaran anaknya itu. Si anak menjadi sejuk hati dan gembira.

17. Belum sempat si anak menjamah cengkodok, si ayah bertanya, “ Nak, sebelum makan, ayah nak bagitahu, dalam ramuan tepung dan pisang untuk membuat cengkodok nie, ayah ada tambah satu bahan organik istimewa, tapi tak ape lah… makan aje cengkodok tue, bahan istimewa ini tak nampak sangat pun kesannya pada cengkodok tue.”

18. Si anak tidak jadi makan. Dia ingin tahu apa bahan organik itu sebelum menjamah makanan kegemarannya. Setelah didesak, akhirnya si ayah pun memberitahu, “Ayah hanya mencampurkan sikit sahaja tahi kucing dalam ramuan cengkodok itu, tak pe . Tak ada kesan pun. Bukan nampak kesannya pun.”

19. Si anak terus mengangkat pinggan cengkodok itu dan membuangkan semua cengkodok ke dalam tong sampah. Dia memandang ayahnya kehairanan. “ Nak, kenapa dibuang cengkodok itu?”

20. “Ala ayah ni, nak makan macam mana. Dah ada tahi kucing dalam tu. Ish, tak seleralah. “ Si ayah tersenyum puas. Ada kemenangan yang berpihak padanya. Lalu si ayah menerangkan, begitulah dengan konsert tadi, walaupun unsur-unsur maksiat itu sikit, tapi akan mempengaruhi minda dan hati kita. Tanpa disedari, mungkin unsur jahat itu telah meresap masuk jauh ke dalam diri. Hasilnya, hati kita menjadi kotor.”

21. Panjang lebar ana bercerita kepada adik tadi. Dia mengangguk-angguk dari tadi. Lalu ana terus membuat kesimpulan, begitulah dengan bercinta sebelum kahwin tadi yang orang zaman sekarang istilahkan sebagai couple. Memang kita tak buat perkara yang tak senonoh, tapi kerana adanya unsur maksiat seperti berdua-duaan, bersuara manja, memujuk rayu, lagho, membazir kredit dan sebagainya lah yang menyebabkan kita tidak boleh bercouple.

22. Kita kena pelihara hati kita dari terus memberikan cinta palsu. Oleh itu, kita kena sentiasa kembali ke tali Allah apabila tersilap langkah. Bercintalah secara Islam. Cinta yang hakiki memang hanya pada Allah. Cinta muslimin dan muslimat hanyalah selepas bernikah. Kata nabi, kalau tak mampu bernikah, maka berpuasalah.

23. Kelihatan di wajah adik itu masih ada sedikit unsur “inquiry” ingin tahu. Ternyata telahan ana benar. “ Jadi abang Hakim, bagaimana sebenarnya bercinta menurut Islam?”

24. Insya Allah, kalam presiden rakan masjid yang berikutnya akan membongkarkan kaedah bercinta yang sebenar dalam Islam.

Mohd Hakim Bin Mohd Nor

Presiden Rakan Masjid Universiti Teknologi PETRONAS

muhakim.blogspot. com

30 August 2008

9.50 pm

Tumpukan perhatian semasa belajar

Walau pun cerita ni nampak macam lawak, ada pengajaran dalam cerita ini.

Sekumpulan pelajar perubatan berkumpul untuk melihat seorang pensyarah melakukan pemeriksaan ke atas satu mayat..mereka berkumpul mengelilingi tempat mayat itu diletakkan.

“Dalam bidang perubatan, ada 2 kualiti yang sangat penting untuk menjadi seorang doktor”, kata pensyarah itu.

“Pertama.., kamu semua tidak boleh jijik melihat mayat”, katanya…sebagai contoh, pensyarah itu mencucuk satu jarinya ke dalam mulut mayat, menariknya semula dan menjilat jarinya itu.

“Sekarang, cuba kamu buat”, kata pensyarah itu.
Selepas beberapa ketika, barulah mereka mengikut apa yang mereka lihat. Seorang demi seorang memasukkan jari ke mulut mayat dan menjilatnya. Apabila semua pelajar selesai, pensyarah itu memandang ke arah mereka dan berkata….

“Kualiti kedua yang sangat penting adalah pemerhatian yang tajam. Seperti tadi….saya memasukkan jari hantu tetapi menjilat jari telunjuk… ..

SEKARANG…..TUMPUKAN PERHATIAN….FAHAM!!!!

MERDEKA - SATU ANALISIS ........

Merdeka - satu analisis... bangkrapnya moral anak muda dalam menyambut ramadan

Dilulus terbit pada Wednesday, September 03 @ 06:33:36 MYT oleh SongkokPutih

Komentar Oleh mihnaz

" MALAYSIA baru selesai menyambut ulangtahun kemerdekaan dan seluruh negara tidak terlepas meraikannya. Rentetan darinya hadir RAMADHAN dengan 1000 rahmat dan maghfirah, sayu, seronok, teruja dan rasa syukur di luahkan dengan amalan harian yang menjadi kebiasaan bagi umat ISLAM dengan berpuasa, bertarawih, bertaddarus dan sebagainya.

Bagi penulis kemerdekaan dan kehadiran RAMADHAN tahun ini banyak memberi pengajaran dan peringatan yang berguna untuk dikongsi bersama.

Apa tidaknya tanggal malam kemuncak di ambang kemerdekaan, penulis berada di terminal Darul Makmur, pekan (K) untuk menuju ke destinasi yang belum tiba. Kemeriahan sambutan kemerdekaan dapat dilihat di kawasan sekitar dengan pelbagai aktiviti yang dianjurkan.

"42 pasangan remaja bukan MAHRAM ditangkap berdua-duaan di hotel murahan selepas meraikan malam di ambang keMERDEKAAN sekitar pekan (K) oleh jabatan agama" berita sebuah akhbar tempatan pada keesokan harinya. Antara isi2 berita tersebut ialah keadaan remaja lelaki dan perempuan semasa ditangkap yang TIDAK BERPAKAIAN dan SEPARUH BOGEL serta dalam keadaan MABUK.Semasa ditangkap botol ARAK bersama mereka. Ada juga yang menggunakan taktik memakai telekong sembahyang konon-kononnya baru selesai solat subuh sedangkan si lelaki dalam keadaan separuh bogel dan bersembunyi diatas sebuah almari. Ramai antara mereka adalah golongan PELAJAR.

Cuba kita bayangkan kesan sambutan keMERDEKAAN di seluruh negara???

YA ALLLAHH!!! Apa sudah jadi dengan manusia zaman sekarang, adakah kita memohon BALA dari ALLAH. Golongan pelajar yang akan menggantikan kepimpinan akan datang telah rosak dengan teruk sekali. Siapa patut dipersalahkan? ? Tauke hotel? Penganjur Malam di Ambang Kemerdekaan? Ibu Bapa? Guru? Ulama? Pemimpin? sama2 kita fikirkan adakah kita telah MERDEKA atau telah MERDEKA kah diri kita dalam erti kata sebenarnya?? ?

Matlamat menghalalkan cara adakah itu budaya kita, kini RAMADHAN memasuki hari ke-3. jika kita fikir sejenak, adakah remaja2 yang terjebak dengan gejala tidak bermoral ini menyambut RAMADHAN seperti umat yang lain? Jawapannya ada pada kita.
Kini penulis telah berangkat dari tempat yang dituju untuk mencari redha ILLAHI, terminal darul makmur tetap dengan keteguhannya. Pekan (K) terus dengan aktivitinya seperti juga di tempat2 yang lain. Akan tetapi kesan dari perbuatan manusia yang durjana akan dihitung kelak di hari pembalasan.

Moga ALLAH merahmati kita dalam bulan yang MULIA dan melindungi kita dari azab bencana.

Rabu, 3 September 2008

PERANG UHUD

· Berlaku pada tahun ke-3H/625M.

· Berpunca dari rasa kecewa dan ingin membalas dendam dalam kalangan kaum musyrikin Makkah atas kekalahan mereka dalam Perang Badar.

· Kaum Musyrikin Makkah di bawah pimpinan Abu Sufyan dengan 3000 tentera manakala tentera Islam seramai 1000 orang di bawah pimpinan Rasulullah saw.

· Walau bagaimanapun, 1/3 daripada tentera Islam yang diketuai oleh Abdullah b.Ubay(ketua munafik) telah keluar daripada barisan tentera Islam dan kembali ke Madinah.

· Tentera Islam dan Musyrikin Makkah telah bertemu di pinggir Bukit(jabal) Uhud.

· Peringkat awal peperangan, memperlihatkan kemenangan di pihak Islam tetapi pada akhirnya mereka mengalami kekalahan.

· Punca kekalahan ialah sikap sesetengah kaum muslimin khususnya pasukan pemanah yang berada di kawasan tinggi telah meninggalkan posisi mereka dan mengejar harta rampasan.

· Ramai antara sahabat-sahabat Rasulullah saw telah gugur syahid termasuk bapa saudara Baginda iaitu Hamzah r.a.

BACAAN TAMBAHAN : 1 ) KLIK LINK 2) KLIK LINK

Isnin, 1 September 2008

SELAMAT BERPUASA....

Selamat menyambut bulan Ramadhan alMubarak.

Semoga kita diberi keberkatan dan petunjuk setiap masa. Minggu ni saya agak sibuk. Mula hari Sabtu sibuk dengan LADAP dan ada program kat surau. Tambah kepenatan dan malam kita nak bertarawih dan tadarus. Malam Akademi Nasyid nasyid tu pun saya tak dapat tengok sebab ada program surau. Tapi tak pe, Azhan menang !

Bulan puasa ni kalau tak betul gaya, mata nak tidur je. Kontrollah ye. Tambah pulak bagi pelajar 6 Atas, akan diadakan Peperiksaan Percubaan Selaras Negeri Perak. Buat yang terbaik !

Moga kita mendapat keberkatan dan kejayaan. Insyaallah.
Related Posts with Thumbnails

PENYOKONG BLOG SEJARAH

PENAFIAN :

Penulis blog tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan, kerugian atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada mana-mana bahagian dalam laman blog ini. Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster dan/atau Lain-Lain Penulis.