ENJIN CARIAN BAHAN

Ahad, 22 Jun 2008

Hari Bersama Waris

Sabtu lepas adalah Hari Bersama Waris dan saya sempat bertemu ramah dengan ramai ibu bapa kamu.
Kesempatan ini saya gunakan berbincang dengan mereka. Semua ibu bapa yang saya jumpa menyatakan harapan yang tinggi kepada anak-anak masing-masing untuk berjaya dalam STPM. Saya cuba selami perasaan mereka. Begitu tinggi pengharapannya. Adakah kamu seperti yang diharapkan oleh ibu bapa kamu ??? Cuba fikir dan nilai diri masing-masing.

Kamu sudah tiada masa untuk bersenang-senang, bersantai tak tentu arah, menonton TV berjam-jam, melepak, melalak, berdating, dll. Tetapkan matlamat yang satu, bulatkan tekad, lancarkan terus azam yang membara dan jangan putus asa. Ayuh, terus usaha, jangan cari alasan untuk tidak sempat itu dan ini, tak boleh itu dan ini. Bukan lagi masa nak mengada-ngada. Buktikan, anda kata boleh, dan memang boleh !! STPM boleh,, Sejarah boleh A !!

Dalam perbincangan, ramai antara kamu mengadu baca tak ingat. Itu alasan basi.( Ada yang sensitif dengan perkataan basi....maksudnya lapuk, alasan sejak dulu lagi, dah biasa ) Semua orang mengalami rasa yang sama. Jika kamu baca tak ada sistem, memang itulah hasilnya. Untuk mengukuhkan apa yang dibaca banyak tekniknya. Saya tak nak bincang di sini, tapi antara mudah yang kamu boleh buat ialah masa baca cuba gariskan @ warnakan isi/perkataan penting. Masa sekolah dulu kekadang habis buku-buku saya kena garis sebab nak koordinasi mata dan tangan supaya lebih tumpuan. Itu cara saya. Boleh juga catat isi penting ditepi buku, buat nota kecil, dan macam-macam. Ringkasnya, kamu mesti baca dengan sepenuh jiwa. Beberapa panca indera berfungsi sederap. Barulah kefahaman itu datang. Bukan hafal buta tuli walaupun hafalan itu penting juga. Cuba imaginasi dalam otak. Sebab benda yang kita baca tu cerita sejarah. Kreatiflah sikit. Fikir bagaimana nak bagi kamu faham. Pencapaian otak antara kita tak sama. Cara saya tak sesuai bagi sesetengah orang. Jadi pilih cara yang mampu dan sesuai untuk diri kamu. JANGAN BACA SEBAB ORANG BACA TAPI KAMU BACA MACAM ORANG MATI !!
MACAM ORANG MATI. Kasar ke bunyinya ? Tapi saya nak kamu faham dan jelas apa tindakan kamu sekarang. KITA TIADA MASA. Ingat , nak berjaya kena berkorban, jangan cari alasan !!
( Ada yang kata cadangan saya tak betul, kan saya dah kata itu cara saya, cipta cara kamu, buktikan cara kamu berkesan, sesuaikan dengan diri kamu, untuk kamu....takkan tak faham kot )
Masalah utama lagi ialah tak baca buku rujukan/teks. Memang ini penyakit semua pelajar Sejarah. Tak baca macam mana nak tahu isi pelajaran dengan baik. Sebab itu saya sering mengingatkan, ikut 'step' saya dan baca. Tapi ramai yang tak patuh, buat main sebab saya tak garang sangat. Ye kan ? Kamu dah besar ( besar tapi macam budak kecik !! ), boleh fikir sendiri sepatutnya.

Bagi mereka yang sudah banyak tertinggal membaca, saya cuba beri idea apa yang patut dibuat. Sekarang kamu mula buat ulangkaji bermula dari soalan-soalan yang saya bagi dan buku soalan yang kamu ada tu. Baca soalan dan skema jawapan dengan teliti, saya ulang DENGAN TELITI. Buat tindakan macam saya sebut tadi masa membaca. Membaca dengan aktif ! Kemudian, mana-mana maklumat/isi yang tak jelas , buat rujukan daripada teks bahagian berkenaan sahaja. Selepas itu, kamu boleh mengeseikan jawapan dengan tambahan dari rujukan tadi. Kamu juga boleh membuat nota ringkas yang boleh diulang baca bila-bila masa.

Kaedah ini, kamu mesti membaca sebanyak mungkin, dan pelbagai jenis soalan. Jangan lagi pilih-pilih. Jangan spot lagi. JANGAN ! Saya kata jangan. Belum masanya. Cara ini juga berkesan. Saya pernah buat masa sekolah dulu. Kamu akan lihat. baca dan fikir soalan dan jawapan terus dan kamu juga buat bacaan buku rujukan tajuk berkenaan sahaja . Maknanya kamu boleh guna kaedah ini mana-mana dulu, soalan - teks atau teks - soalan.

Semua pelajar yang saya jumpa berjanji dengan ibu bapa masing-masing untuk usaha kuat. Ada juga datang dengan bapa orang lain, tapi tak kisahlah. Yang penting kamu mesti berubah sekarang. MASA UNTUK MELAKUKAN PERUBAHAN. Ini adalah peluang terakhir kamu di alam persekolahan. Jangan persiakan. Sayangi diri kamu, ibu ayah kamu dan guru kamu ( saya lah tu + cikgu lain ).

Saya akan bantu kamu sedaya saya. Itu komitmen saya. Tapi kamu mesti sedia dibantu. Saya selalu mendoakan kamu semua. Kamu juga perlu minta dari Allah, maknanya jangan tingal solat.
Solat lah, agar usaha kita diberkati.

Salam ingatan dari saya, Cikgu Rasman.

SEJARAH 1 A,
SEJARAH A.

Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails

PENYOKONG BLOG SEJARAH

PENAFIAN :

Penulis blog tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan, kerugian atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada mana-mana bahagian dalam laman blog ini. Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster dan/atau Lain-Lain Penulis.