ENJIN CARIAN BAHAN

Ahad, 29 Jun 2008

Motivasi Diri

Detik ketibaan STPM 2008 semakin hampir bagi pelajar 6 Atas. Ada di antara kamu yang kelihatan tenang dan belajar dengan konsisten. Teruskan.
Ada juga di kalangan kamu yang juga tenang tetapi bekalan masih kekurangan. Ini kerana mungkin motivasi diri masih lagi kurang. Kamu perlu sentiasa memantapkan, mengekalkan, dan meningkatkan motivasi diri agar sentiasa berada pada tahap maksimum. Dengan cara ini kamu dapat menghidarkan sifat malas yang ' bertingkat-tingkat ' itu. Kamu jangan hanya meluahkan keluhan demi keluhan tetapi tiada usaha memperbaiki diri.
Saya cuba membantu kamu dengan memberikan bahan bacaan berbentuk motivasi agar kamu boleh menjadikannya panduan.
Ingat, tidak akan berlaku perubahan jika tidak berubah perlakuan.
1) 13 Rahsia Pelajar Cemerlang
2) Jejak Langkah Pelajar Cemerlang

Menjolok mata.....lepas tension !

Aksi menjolok mata. Jangan buat macam ini....merbahaya !!

Gambar menjolok mata..... 18 SX.....

Sabtu, 28 Jun 2008

Sofiyyah binti Abdul Mutalib




Bahan Bacaan Tambahan : TAMADUN ISLAM
Seorang muslimah Islam Terbilang. Sofiyyah binti Abdul Mutalib adalah muslimah yang hebat. Terlibat dengan beberapa siri peperangan dalam Islam seperti Perang Uhud, Khandak, dan Khaibar. Pengorbanannya adalah merupakan contoh peranan wanita dalam Islam dari sudut peperangan. Sila baca.

Sumber daripada : Mohd Sukki Othman (Ustaz Shauqi)

Beliau merupakan seorang wanita yang berkeperibadian hebat. Sejarah telah merakamkan keunggulannya agar beliau dapat menjadi suri teladan kepada umat sepanjang zaman sebagai seorang wanita muslimah yang wajar dicontohi. Beliau merupakan contoh yang ‘hidup’ sebagai seorang muslimah yang berani, sabar, bertanggungjawab dan berjuang mempertahankan agama Allah.
Beliau yang dimaksudkan ialah srikandi wanita sejati iaitu Sofiyyah Binti Abdul Muttalib.Bapa Sofiyyah ialah Abdul Muttalib Bin Hashim iaitu datuk kepada Rasulullah s.a.w., Jadi, Sofiyyah merupakan emak saudara nabi Muhammad s.a.w. Pada zaman Jahiliyyah, Sofiyyah berkahwin dengan al-Harith Bin Harb Bin Umayyah. Selepas itu, beliau berkahwin dengan al-'Awwam Bin Khuwailid Bin Asad Bin Abdul Uzza. Anak Sofiyyah yang paling masyhur ialah Zubayr Bin 'Awwam yang merupakan salah seorang sahabat Rasulullah yang dijanjikan syurga.Sofiyyah memeluk Islam bersama suaminya al-Awwam dan anak-anaknya. Beliau telah beriman pada peringkat awal dakwah Rasulullah.
Peristiwa bukit Sofa adalah sebuah titik tolak untuk membuktikan komitmennya kepada Islam. Beliau merupakan salah seorang muslimah yang menyokong seruan Rasulullah ketika baginda menyeru kaum kerabatnya di bukit Sofa untuk memeluk Islam.Sofiyyah juga merupakan salah seorang wanita yang amat gigih menyokong perjuangan Rasulullah. Beliau juga amat gigih berdakwah kepada keluarga dan kaum kerabat yang terdekat. Ketika turunnya perintah untuk berhijrah ke Madinah, Sofiyyah pun tidak melepaskan peluang hijrah ini, lantas beliau berhijrah ke Madinah bersama-sama anaknya Zubayr Bin Awwam dalam keadaan keimanan yang tinggi kepada Allah dan RasulNya.
Peristiwa Di Uhud
Dalam peperangan Uhud, umat Islam berhadapan dengan tentera-tentera musyrikin Makkah yang mencecah 10,000 orang, sedangkan tentera Islam berjumlah hampir tiga ribu orang sahaja. Sofiyyah tidak ketinggalan untuk turut serta membantu tentera-tentera Islam dalam peperangan ini. Beliau bersama-sama wanita Islam yang lain bertugas memberi minuman kepada para tentera serta merawat tentera yang cedera.Suatu ketika, apabila Sofiyyah melihat adanya senjata-senjata yang ditinggalkan seperti lembing, beliau mengambil kesempatan untuk menggunakannya melawan musuh. Dalam satu riwayat menyatakan bahawa Sofiyyah telah berjaya membunuh beberapa orang lelaki dari pihak musyrikin. Begitulah keberanian Sofiyyah yang tidak takut kepada kematian, sebaliknya berusaha untuk mempertahankan agama Allah.Ketika tentera Islam berada dalam keadaan kucar-kacir dan lari meninggalkan medan pertempuran, Sofiyyah sambil memegang lembing berkata dan berteriak dengan penuh semangat: 'Apakah kamu semua akan meninggalkan Rasulullah ?' Apabila mendengan teriakan itu, semangat juang kaum muslimin kembali bergelora. Mereka lantas berlawan dengan musuh dan akhirnya berhasil menyelamatkan Rasulullah.

Dalam peperangan Uhud ini, ramai tentera Islam gugur syahid iaitu berjumlah seramai tujuh puluh orang. Antara yang syahid ialah Sayyidina Hamzah Bin Abdul Muttalib iaitu saudara lelaki Sofiyyah seibu sebapa. Mayat Sayyidina Hamzah yang syahid itu telah dirobek-robek dengan amat teruk tanpa belas kasihan. Apabila Sofiyyah mengetahui perkara ini, beliau pun ingin melihat jasad saudaranya itu. Pada mulanya Rasulullah s.aw. ingin menghalang Sofiyyah daripada melihat tubuh badan Sayyidina Hamzah, bimbangkan dia akan berasa gerun apabila melihatnya nanti.Namun, apabila melihatkan kesabaran yang begitu jelas terpancar dari dalam diri Sofiyyah, beliau pun dibenarkan untuk melihat jenazah saudaranya itu. Tatkala melihat jasad Hamzah, Sofiyyah segera beristighfar dan ber'istirja', seraya berkata: (Inna Lillahi wa inna ilaihi raji'un) (sesungguhnya kita adalah milik Allah dan sesungguhnya kita akan kembali kepada-Nya). Lalu Sofiyyah pun berdoa untuk jenazah Sayyidina Hamzah.
Peristiwa di Khandak
Ketika Rasulullah s.a.w keluar ke Khandak bersama tentera Islam, Baginda telah menempatkan para wanita di sebuah kubu yang dibina daripada batu. Rasulullah menugaskan Hassan Bin Thabit untuk menjaga keselamatan mereka daripada musuh. Ini kerana pada ketika itu, Yahudi Bani Qainuqa' melakukan pengkhianatan terhadap Islam.Pasukan musuh mengelilingi kubu dari segala penjuru. Pada suatu hari, seorang 'perisik' Yahudi telah datang ke kubu tersebut untuk mengintai sama ada terdapat dalam kubu itu orang lelaki atau wanita sahaja. Ini kerana, sekiranya ditinggalkan wanita sahaja dalam kubu tersebut tanpa sebarang pengawasan, Yahudi itu akan menyerang, membunuh dan menawan mereka dengan begitu mudah.Sofiyyah menyedari tentang kedatangan perisik Yahudi tersebut. Lantas, beliau cuba mencari jalan untuk menentang Yahudi itu. Ini kerana, sekiranya maklumat berguna didapati oleh Yahudi , nescaya dia akan mengajak rakan-rakannya ke situ untuk menyerang mereka. Lalu, dengan keberanian yang ada pada diri Sofiyyah, beliau telah mencari sesuatu untuk dijadikan senjata, dan terjumpalah dengan sebatang kayu.Dengan perlahan-lahan, Sofiyyah dengan membawa sebatang kayu berjalan menuju kepada Yahudi tersebut yang sedang melekapkan telinganya di dinding kubu. Kemudian, Sofiyyah pun membuka pintu kubu dengan perlahan-lahan agar tidak disedari oleh pengintip Yahudi itu. Setelah membuka pintu, Sofiyyah dengan beraninya terus meluru ke arah Yahudi tersebut dan memukul kepalanya dengan kayu, menyebabkan Yahudi itu jatuh. Kemudian, dengan bantuan beberapa wanita yang lain, mereka terus memukul Yahudi tersebut sehingga dia menemui ajal. Kejadian ini menyebabkan orang Yahudi yang lain terus menjauhkan diri mereka daripada kubu tersebut serta membatalkan rancangan untuk menyerang dan menawan kubu itu.
Sofiyyah di Khaibar
Sofiyyah sentiasa ingin turut serta dalam peperangan menentang musuh Islam. Walaupun beliau tidak membawa senjata untuk berperang, tetapi beliau berpuas hati apabila dapat membawa air untuk minuman para pejuang, merawat luka dan kecederaan mereka, serta memberi perangsang dan semangat untuk menentang musuh.Di Khaibar, Sofiyyah juga terlibat dalam memberi semangat kepada anaknya Zubayr untuk menentang musuh. Kehebatan Sofiyyah bukan sahaja terserlah dalam mempertahankan Islam, bahkan beliau juga amat mengambil berat dan bertanggungjawab dalam soal mendidik anak-anak ke arah mempunyai sifat juang yang tinggi demi mencapai kebahagiaan di dunia dan di akhirat.Selepas kewafatan Rasulullah s.aw., Sofiyyah meneruskan perjuangan menegakkan yang makruf dan mencegah yang mungkar. Pendirian beliau dalam mempertahankan Islam tidak pernah berubah sehinggalah beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir.Di samping keberanian Sofiyyah, beliau juga mempunyai hati yang mudah tersentuh. Beliau banyak menghasilkan puisi. Antara puisi yang dihasilkan olehnya ialah puisi yang menangisi pemergian ayahnya Abdul Muttalib, saudaranya Hamzah dan Rasulullah s.a.w. Di samping puisi sedih, beliau juga menghasilkan puisi yang berbentuk semangat dan kata-kata perangsang.Sofiyyah meninggal dunia pada zaman pemerintahan Saidina Umar al-Khattab, ketika berusia 73 tahun. Jenazahnya disemadikan di perkuburan Baqi', Madinah.

Rujukan:
1. Ibn Hajar al-'Asqalani. (t.th) al-Isobah fi Tamyiz al-Sahabah , Dar Ihya' al-Turath al-'Arabiy, Beirut.
2. 'Iffat Wisal Hamzah (1994), Nisa' Ra'idat, Dar Ibn Hazm, Lubnan.
3. Sirah Ibnu Hisham (1955), Beirut, Lubnan.

Ahad, 22 Jun 2008

Ujian Selaras 3

Baca Tema 3 ( Ketahanan dan Pertahanan ) Tamadun Dunia dan Tamadun Islam.

Baca keseluruhan. Lihat aspek yang boleh ditanya. Kamu perlu menjawab satu soalan Tamadun Dunia dan satu soalan Tamadun Islam.

Harap maklum, dan selamat berusaha.

Hari Bersama Waris

Sabtu lepas adalah Hari Bersama Waris dan saya sempat bertemu ramah dengan ramai ibu bapa kamu.
Kesempatan ini saya gunakan berbincang dengan mereka. Semua ibu bapa yang saya jumpa menyatakan harapan yang tinggi kepada anak-anak masing-masing untuk berjaya dalam STPM. Saya cuba selami perasaan mereka. Begitu tinggi pengharapannya. Adakah kamu seperti yang diharapkan oleh ibu bapa kamu ??? Cuba fikir dan nilai diri masing-masing.

Kamu sudah tiada masa untuk bersenang-senang, bersantai tak tentu arah, menonton TV berjam-jam, melepak, melalak, berdating, dll. Tetapkan matlamat yang satu, bulatkan tekad, lancarkan terus azam yang membara dan jangan putus asa. Ayuh, terus usaha, jangan cari alasan untuk tidak sempat itu dan ini, tak boleh itu dan ini. Bukan lagi masa nak mengada-ngada. Buktikan, anda kata boleh, dan memang boleh !! STPM boleh,, Sejarah boleh A !!

Dalam perbincangan, ramai antara kamu mengadu baca tak ingat. Itu alasan basi.( Ada yang sensitif dengan perkataan basi....maksudnya lapuk, alasan sejak dulu lagi, dah biasa ) Semua orang mengalami rasa yang sama. Jika kamu baca tak ada sistem, memang itulah hasilnya. Untuk mengukuhkan apa yang dibaca banyak tekniknya. Saya tak nak bincang di sini, tapi antara mudah yang kamu boleh buat ialah masa baca cuba gariskan @ warnakan isi/perkataan penting. Masa sekolah dulu kekadang habis buku-buku saya kena garis sebab nak koordinasi mata dan tangan supaya lebih tumpuan. Itu cara saya. Boleh juga catat isi penting ditepi buku, buat nota kecil, dan macam-macam. Ringkasnya, kamu mesti baca dengan sepenuh jiwa. Beberapa panca indera berfungsi sederap. Barulah kefahaman itu datang. Bukan hafal buta tuli walaupun hafalan itu penting juga. Cuba imaginasi dalam otak. Sebab benda yang kita baca tu cerita sejarah. Kreatiflah sikit. Fikir bagaimana nak bagi kamu faham. Pencapaian otak antara kita tak sama. Cara saya tak sesuai bagi sesetengah orang. Jadi pilih cara yang mampu dan sesuai untuk diri kamu. JANGAN BACA SEBAB ORANG BACA TAPI KAMU BACA MACAM ORANG MATI !!
MACAM ORANG MATI. Kasar ke bunyinya ? Tapi saya nak kamu faham dan jelas apa tindakan kamu sekarang. KITA TIADA MASA. Ingat , nak berjaya kena berkorban, jangan cari alasan !!
( Ada yang kata cadangan saya tak betul, kan saya dah kata itu cara saya, cipta cara kamu, buktikan cara kamu berkesan, sesuaikan dengan diri kamu, untuk kamu....takkan tak faham kot )
Masalah utama lagi ialah tak baca buku rujukan/teks. Memang ini penyakit semua pelajar Sejarah. Tak baca macam mana nak tahu isi pelajaran dengan baik. Sebab itu saya sering mengingatkan, ikut 'step' saya dan baca. Tapi ramai yang tak patuh, buat main sebab saya tak garang sangat. Ye kan ? Kamu dah besar ( besar tapi macam budak kecik !! ), boleh fikir sendiri sepatutnya.

Bagi mereka yang sudah banyak tertinggal membaca, saya cuba beri idea apa yang patut dibuat. Sekarang kamu mula buat ulangkaji bermula dari soalan-soalan yang saya bagi dan buku soalan yang kamu ada tu. Baca soalan dan skema jawapan dengan teliti, saya ulang DENGAN TELITI. Buat tindakan macam saya sebut tadi masa membaca. Membaca dengan aktif ! Kemudian, mana-mana maklumat/isi yang tak jelas , buat rujukan daripada teks bahagian berkenaan sahaja. Selepas itu, kamu boleh mengeseikan jawapan dengan tambahan dari rujukan tadi. Kamu juga boleh membuat nota ringkas yang boleh diulang baca bila-bila masa.

Kaedah ini, kamu mesti membaca sebanyak mungkin, dan pelbagai jenis soalan. Jangan lagi pilih-pilih. Jangan spot lagi. JANGAN ! Saya kata jangan. Belum masanya. Cara ini juga berkesan. Saya pernah buat masa sekolah dulu. Kamu akan lihat. baca dan fikir soalan dan jawapan terus dan kamu juga buat bacaan buku rujukan tajuk berkenaan sahaja . Maknanya kamu boleh guna kaedah ini mana-mana dulu, soalan - teks atau teks - soalan.

Semua pelajar yang saya jumpa berjanji dengan ibu bapa masing-masing untuk usaha kuat. Ada juga datang dengan bapa orang lain, tapi tak kisahlah. Yang penting kamu mesti berubah sekarang. MASA UNTUK MELAKUKAN PERUBAHAN. Ini adalah peluang terakhir kamu di alam persekolahan. Jangan persiakan. Sayangi diri kamu, ibu ayah kamu dan guru kamu ( saya lah tu + cikgu lain ).

Saya akan bantu kamu sedaya saya. Itu komitmen saya. Tapi kamu mesti sedia dibantu. Saya selalu mendoakan kamu semua. Kamu juga perlu minta dari Allah, maknanya jangan tingal solat.
Solat lah, agar usaha kita diberkati.

Salam ingatan dari saya, Cikgu Rasman.

SEJARAH 1 A,
SEJARAH A.

Khamis, 19 Jun 2008

Mesyuarat lagi......

Hari Khamis dan Jumaat, saya ada mesyuarat Sejarah 1 di KK. Harap kamu semua buat bacaan tentang organisasi ketenteraan Islam.

Kaji soalan yang boleh diuji dan nilai jawapannya.

Ingat,semua itu ada manfaatnya jika kamu buat dengan mata dan hati terbuka.

Selamat belajar.

Jumaat, 13 Jun 2008

Terus Berusaha

Assalamualaikum kepada semua pelajar Tingkatan 6 SMKDARY,

Saya harap anda meneruskan studi dengan berkesan. Buat bacaan dan nota soalan dengan baik.
Saya masih tidak dapat update bahan kerana sibuk.
Harap kamu semua tidak berada dalam zon selesa sehingga tidak berbuat apa-apa untuk STPM terutama Sejarah 1.
Antara kamu semua mesti ada sifat bersaing, hasad yang dibenarkan ( ghibtah )- bukan hasad dengki, saling ingat-mengingatkan, dan bantu-membantu.
Saya minta sangat-sangat jangan ada yang masih dibuai mimpi seolah-olah STPM lambat lagi. Ingat, tak lama dah . Saya ulang , tak lama. Lebih kurang empat bulan saja lagi.
Related Posts with Thumbnails

PENYOKONG BLOG SEJARAH

PENAFIAN :

Penulis blog tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan, kerugian atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada mana-mana bahagian dalam laman blog ini. Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster dan/atau Lain-Lain Penulis.