1. Tamadun Islam telah dapat mengubah cara hidup masyarakat Jahiliah dalam berbagai – bagai aspek. Huraikan perubahan – perubahan yang berlaku dalam masyarakat Jahiliah selepas kelahiran Islam.
A. PENGENALAN: ( 3 Markah - Huraikan )
1. Makna dan cara hidup bangsa Arab Jahiliah.
2. Kelahiran Nabi Muhammad s.a.w dan membawa pengajaran Islam.
B. Aspek – aspek perubahan ( Tunjukkan perubahan dengan jelas baru ada

markah ) - 4 isi x 5 markah = 20 markah
1. Aspek agama dan akhlak. ( kepercayaan ). - 5 m
Moral dan akhlak orang Arab jahiliah tersangat buruk. Tiada batas kesopanan dan kemanusiaan seperti membunuh anak perempuan, memperlaku wanita sesuka hati mengikut nafsu, hamba sangat hina, dll. Agama dan kepercayaan mereka dipenuhi dengan tahyul. Agama pelbagai seperti menyembah patung berhala (wathani), majusi, yahudi, nasrani, dll. Selepas Islam datang, percaya pada Tuhan yang esa hanya Allah. Tiada sekutu dengan benda lain. Melakukan solat, puasa , haji, dll.
2. Aspek Politik: - 5 m
Tidak terdapat sebuah kerajaan yang bersatu, teratur dan bersistematik. Wilayah – wilayah Arab sentiasa dijajah dan diganggu gugat oleh bangsa – bangsa asing seperti Rom dan Parsi di wilayah – wilayah sebelah utara. Bagi wilayah – wilayah di sebelah selatan pula, wilayah – wilayah Arab ini dijajah oleh orang Habsyah, Rom dan Parsi. Selepas Nabi Muhammad menguasai Madinah, umat Islam berjaya mendirikan negara Islam Madinah. Ada perlembagaan Madinah yang lengkap. Pemerintahan berkesan dan sistematik. Nabi sebagai pemimpin yang hebat. Berjaya menghalang pengaruh Rom dan Parsi.
3. Aspek ekonomi. - 5 m
Kedudukan kota Makkah agak tersepit di antara kuasa – kuasa besar seperti Rom, Parsi dan Habsyah. Dalam keadaan yang terdesak dan tertekan ini puak Quraisy Makkah cuba mengeksploitasikan perdagangan satu hala dengan mengenakan tekanan ke atas kaum Badwi. Perdagangan penuh penipuan dan riba. Selepas Islam datang, Nabi Muhammad memperkenalkan sistem ekonomi yang adil , tiada penipuan dan riba. Nabi Muhammad dan umat Islam menguasai ekonomi Madinah dari tangan orang Yahudi dengan membeli kawasan ekonomi yang dikuasai Yahudi. Nabi menggalakkan perniagaan sebagai 9/10 sumber rezeki.
4. Aspek Kesusasteraan: - 5 m
Sudah diketahui bahawa orang Arab Jahiliah pandai bersyair, bersajak dan berkhutbah ( berceramah ) tetapi hasil – hasil karya mereka itu adalah berbentuk sastera kreatif yang berbeza dengan zaman Islam. Isi karya tidak menunjukkan intelektual yang tinggi. Justeru itu, Allah mengutuskan Nabi Muhammad s.a.w dan kitab Al – Quran untuk dijadikan pedoman kepada manusia supaya dapat mengatasi sastera Arab Jahiliah. Al-Quran adalah mukjizat yang mempunyai nilai sastera yang sangat tinggi yang tidak dapat ditandingi oleh bijak pandai Jahiliah.
C. Kesimpulan: ( 2 markah )
1. Islam telah menukar cara hidup orang – orang Jahiliah dari menyembah berhala kepada menyembah Allah, dari berakhlak buruk kepada akhlak yang mulia dan berperikemanusiaan.
2. Islam telah membawa masyarakat Jahiliah kepada sebuah masyarakat yang tinggi dan bertamadun.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan