ENJIN CARIAN BAHAN

Isnin, 9 Ogos 2010

KENA MASUK PENJARA TAIPING !!!!!

image Hari ni penat. Saya kena masuk Penjara Taiping. Inilah pengalaman masuk penjara. Masa saya dibawa masuk ramai banduan sedang mandi. Mandi ramai-ramai. Ada yang sedang bertugas mencuci dan menyapu lantai. Ada yang berkawat. Kesian pun ada. Tak sanggup rasanya jadi macam tu.

Saya diiringi oleh bos penjara  dengan seliaan ketat pegawai penjara. Dompet dan handfon saya diambil dan diletakkan ditempat khas. Nasib baik pakaian saya tak ditukar. Masih pakai kemeja , seluar panjang dan bertali leher.

image Saya sebenarnya mengiringi pelajar bersama dengan tiga orang lagi guru sempena Program Masih Ada Yang Sayang. Ni program kaunselor sekolah. Saya dijemput atas kapasiti saya sebagai guru disiplin. Bawa budak-budak hardcore.

Banyak perkara yang diterangkan terutama aspek jenayah sivil dan hukumannya.  Kebanyakan semuanya bermula dari tingkah laku negatif semasa di alam persekolahan. Mula-mula merokok, kemudian berjinak-jinak dengan dadah. Lepas tu mula mencuri dan mencopet. Kalau dah masuk sekolah pemulihan akhlak seperti Sekolah Henry Gurney, alamatnya gelaplah masa depan. Difahamkan kalau dah dicop ada rekod jenayah, kerja dengan kerajaan tak boleh dah. Swasta masih boleh. Rekod dah hitam. Susah juga .......kalau dah insaf betul-betul pun masih terpaksa terima hukuman sebab rekod dah hitam. Jadi nasihat saya kepada semua pelajar, jagalah diri masing-masing di samping nasihat menasihati sesama rakan. Jangan bazirkan masa muda dalam penjara.

Yang paling menakutkan adalah video hukuman sebat. Ada yang tak sanggup melihatnya. Hilang daging punggung dibuatnya. Dua puluh empat sebatan kalau maksimum. Ada pesalah yang menjerit panggil mak..... sakit sungguh !

Kesakitan ini akan ditanggung selama 3 bulan dan parutnya akan kekal seumur hidup.

image

Ni video hukuman sebat macam kami lihat tu. Insaf juga budak-budak tu. Jangan sekejap je sudahlah. Ingat, sanggup tak jadi macam banduan tu. Insaflah !

 

20 Kali Sebatan

Rupanya, dalam penjara pun ada yang sempat mencipta lagu dan siap nyanyi lagi. Dikatakan penciptanya tu banduan dari Singapura dan ada kat penjara Taiping. Di bawah ni lagunya.... Lagu jiwang akibat putus cinta dan kesalahan membunuh !!!!!

Nyanyian dari penjara : Permintaan Terakhir

Semoga lawatan ringkas ini menginsafkan para pelajar yang mengikuti rombongan ni.  Jauhi rokok. Jauhi dadah. Jauhi jenayah. Ikutilah segala peraturan dan disiplin sekolah. Patuhi ajaran agama Islam. Jadilah anak yang soleh.

Uda, Wak, Farid, Fawad, Eddi, dan semuanya. Berubahlah kepada yang lebih baik dari semalam. Jadilah insan yang berguna kerana ramai yang masih menyayangi kamu semua. Saya doakan kamu semua akan berjaya dalam hidup masing-masing nanti.

[ SOKONG BLOG INI, SILA SIGN BUKU PELAWAT ]

Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails

PENYOKONG BLOG SEJARAH

PENAFIAN :

Penulis blog tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan, kerugian atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada mana-mana bahagian dalam laman blog ini. Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster dan/atau Lain-Lain Penulis.