ENJIN CARIAN BAHAN

Selasa, 2 Mac 2010

TAMADUN DUNIA : TEMA 5 - SISTEM PENDIDIKAN ROM


Jelaskan Sistem Pendidikan Dalam Tamadun Rom Pada Zaman Klasik .

Pengenalan (3 markah)

1. Tamadun-tamadun awal mempunyai sistem pendidikan yang membantu manusia meningkatkan tahap intelek

2.   Tamadun Rom melahirkan sistem pendidikan yang terancang berdasarkan kehendak politik, ekonomi, dan sosial masyarakat pada zaman tersebut.

3.  Sistem pendidikan Rom mempunyai dasar pendidikan, matlamat, serta institusi pendidikan,dan kurikulum yang tersendiri.


Isi – isi Penting (4 isi X 5 markah)

1.    Matlamat pendidikan
  • Matlamat utama menanam semangat kebangsaan dalam kalangan rakyat dan menekankan aplikasi ilmu yang praktikal 
  • Bertujuan melahirkan pentadbir dan negarawan serta menjaga kepentingan negara

2.    Dasar pendidikan.
  • Bersifat utilititarian iaitu menekankan nilai-nilai semangat kebangsaan 
  • Penekanan diberikan kepada kesusasteraan, seni ucapan, dan latihan fizikal


3.    Institusi pendidikan
  • Institusi keluarga berperanan sebagai institusi pendidikan pada zaman awal. Rumah merupakan pusat pendidikan.  Tenaga pengajar terdiri daripada ibu dan bapa.  Penekanan kepada latihan fizikal, moral, membaca,menulis, dan menghafal kisah-kisah orang terkenal pada zaman silam.  Kanak-kanak daripada golongan patrician mempelajari adat-istiadat dan undang-undang Rom.  Kanak-kanak daripada kumpulan Plebian mempelajari pekerjaan daripada ibu bapa  
  • Institusi sekolah muncul pada zaman Republik tekankan latihan fizikal,membaca,pengajian undang-undang papan 12, sejarah kebangsaan – lahirkan pegawai kerajaan/warga negara/tentera yang cekap.
  • Sekolah nahu dan retorik untuk belia berumur hingga 20 tahun.  Tenaga pengajar bebas pilih subjek seperti tatabahasa falsafah, ilmu perundangan kesusasteraan dll.


  1. Kurikulum pendidikan Rom

a.Tiga tahap : 
      • Tahap rendah tekankan kemahiran menulis,membaca, dan  menghafal
      • Tahap menengah - menekan  kemahiran seni bercakap interpretasi sajak,tatabahasa, dan kesusasteraan 
      • Tahap tinggi -  menekankan pengajian Seven Liberal Art iaitu tatabahasa, retorik, dialektik,muzik arithmatik,  geometric,astronomi.  Universiti menawarkan kursus Liberal Art – tatabahasa dan retorik serta kursus  bidang professional seperti undang-undang seni bina,  dan perubatan.

5.  Tenaga pengajar

  • Institusi keluarga – ibu bapa mengajar adat resam,undang-undang,  petanian, dan  perniagaan 
  • Zaman Empayar – guru-guru – diberi kebebasan dalam P&P. Dibayar gaji bulanan  100,000 dinar pada zaman vespacian


Kesimpulan (2 markah)

1.        Tamadun Rom mengalami perkembangan pesat dalam sistem pendidikan akibat kemunculan institusi pendidikan.
2.         Pada zaman empayar pemerintah mengalakkan sistem pendidikan. Kesannya dapat melahirkan ahli-ahli falsafah dan sejarawan.  

Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails

PENYOKONG BLOG SEJARAH

PENAFIAN :

Penulis blog tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan, kerugian atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada mana-mana bahagian dalam laman blog ini. Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster dan/atau Lain-Lain Penulis.