ENJIN CARIAN BAHAN

Memuatkan ...

Sabtu, 13 September 2008

Catatan seorang guru disiplin.......

( Ramai juga pelajar dan guru yang bertanya tentang insiden yang berlaku pada saya. Tak larat nak jawab, nah....baca sendiri )
Kejadian berlaku pada Hari Khamis 11/9/2008.

Pagi lebih kurang jam 8.10 minit, saya terserempak dengan seorang pelajar Tingkatan 3 depan bilik guru. Kaki seluar dikecilkan , kurus melidi dan tak pakai tali leher. Pelajar ni dah lama dan banyak kali saya nasihati tapi masih mempertahankan amalan kaki kecilnya. Setelah dipanggil masuk ke bilik guru, saya seperti selalu memberi 'tazkirah' kepada pelaku kesalahan ni. Saya ambil keputusan minta buka jahitan kepada yang asal. Budak tu terima dengan baik dan menjawab soalan saya dengan beradab. Dah selesai budak tu masuk kelas.

Lebih kurang 8.30 pagi, saya buat 'rondaan'. Saya tah macam mana terdetik nak pergi kelas budak tadi. Cikgu Raja Azila sedang mengajar. Rupanya budak tadi tak de dalam kelas bersama beberapa pelajar lain. Ponteng lah,apa lagi tu. Rupanya deme ke tandas. Tolong jahitkan kembali seluar budak tadi. Amboi....sempat lagi jahit semula seluar tadi. Siap bawa benang dan jarum. Seluar kembali kecil...kaki lidi.

Budak-budak tu memang dah biasa memonteng. Dengan bantuan Cikgu Azmir,Cikgu Khairuddin, dan Cikgu Hamzah, budak-budak tu 'ditahan'. Setelah disoal siasat , confirm ponteng. Tiga orang dari mereka seluar kaki kecil. Untuk pengajaran seluar ditetas semula hingga kejahitan asal. Kesalahan direkod dalam kad salah laku. Mereka masuk kekelas semula.

Lebih kurang pukul 10.00 pagi , ketika saya sedang berehat kat bilik guru ( dah penat, letih ! ), saya didatangi tetamu tak diundang. Dua wanita. Sorang muda sorang tua. Yang muda bertanyakan kenapa saya 'buat' adiknya macam tu, apa salah adiknya ? Yang tua, terus menjerkah saya dengan 'gear 4'. Kepala saya tengah pening, penat ! Apa lagi, saya terus jawab dengan 'gear 2' lepas tu 3. Sebab anak beranak tu tak ada adab, saya ulang, ' tak ada adap '. Saya memang cepat panas kalau orang tak ada adab. Lebih-lebih lagi orang tua, tapi tak otak pendek.
Saya anggap mereka menyerang saya sebab tidak mendapat kebenaran/pas masuk daripada jaga dan tidak melalui pihak pengurusan. Dengan 'gear 2', saya minta mereka naik ke pejabat untuk selesai secara rasmi. Tapi orang tua tu keras kepala. Dia bising-bising dibawah dekat tangga naik pejabat. Anak dia, budak lelaki tadi ada dekat tangga, baru balik dari tandas. Orang tua tu tuduh saya kurang ajar, tak nasihat anak dia, bulan posa tak patut buat macm tu....bla, bla. Bila tengok maknya 'lanyak' saya macam tu, dengan spontan budak tu ambil sebiji bata dan nak hentak saya sambil berkata " dia ni memang babi". Nak tunjuk hero lah kot sebab ramai memandang. Saya tetap waspada, dan front kick, n side kick dah ready ! Hanya untuk mempertahan diri....... Tapi sian, masa budak tu ambil, bata tu, dia terjatuh dalam longkang ! em...em...em sian ! Kakaknya yang kurang cerdik tu cuba mententeramkan adiknya......ok...pastu naik pejabat.

Maknya masih mengomel-ngomel lagi..Sampai depan pintu pejabat, budak tu tunjuk hero lagi dengan cuba nak menumbuk saya. Saya dah ada jarak yang baik, untuk terjah sedikit penerajang jika apa-apa berlaku. Lagi sekali saya tak mau bertindak apa-apa dulu ! Memang kurang ajar rupanya deme ni !

Dalam pejabat, masuk bilik Pn. Marina. Pengetua tak de. Tapi Pn. Marina tenang. Cuba mententeramkan orang tua tu. Dia tak mau duduk. Marah sangat rupanya. Akhirnya dia duduk. Pertama, anak yang perempuan tu diminta ambil dulu kad kebenaran masuk dari jaga. Hah...baru kelam kabut. Tadi eksyen sangat. Mak dia pun cerita( nada tinggi) pada Pn. Marina yang saya tiap-tiap hari potong seluar anak dia. ( huh,,,,banyaknya saya motong ) dan selalu gunting rambut trojan anaknya tanpa nasihat ......Bila ditanya pada anaknya berapa kali, dia jawab baru dua kali. Pulak.....tadi kata banyak kali....maknya dah lembut sikit suaranya...Saya cari kad rekod salah laku anaknya. Hah...saya tunjuk pada maknya dan kakaknya. Baru terkedu. Baru tau anaknya 'memang baik sangat' ! Ponteng, rokok, seluar kecil, rambut trojan, dan terbaru mengancam dengan kekerasan guru disiplin.... Kakaknya terdiam terus. Maknya dah tinggal suara halus, menangis. Minta dikasihanilah tu......Dalam pada soal jawab tu, sempat lagi budak tu "membabikan" saya lagi. Masa tu abangnya dah sampai juga. Dia dengar apa adiknya 'zikir' tadi.

Isunya sekarang jadi lain. Sepatutnya boleh diselesaikan dengan baik tetapi jadi bertambah buruk. Dah lah mak kakaknya 'menyerang' guru disiplin , budak tu pun berniat nak 'mencederakan' guru disiplin juga. Akhirnya Pn. Marina memutuskan budak tu digantung 2 minggu. Maknya terdiam terus....itulah kalau tak guna akal yang betul......Pertahankan anak bukan pada tempatnya. Peliknya, ada juga orang tua suka anaknya rambut trojan dan kaki seluar kecil. Ingatlah, itu bukan budaya kita.....itu budaya kafir !

Abang budak tu merayu pada saya untuk bantu buat rayuan. Rayuan mesti dalam tempoh 2 minggu tu. Saya tak janji apa-apa dengan abangnya. Saya pun terguris.......hati saya juga terluka... Abangnya juga menjelaskan memang dah jadi kebiasaan adiknya menggunakan bahasa 'babi' dalam hidupnya. Patutlah...........

Budak tu digantung pada hari tu juga. Diarahkan balik serta merta dan jangan tinggal 'sikit habuk' pun benda dalam meja. Cikgu Khairuddin tak benarkan walaupun nak ke tandas sekejap pun . Pengajaran buat dia....dia tak diperlukan lagi disekolah ini !

Lepas tu, alhamdulillah, saya masih dapat kontrol perasaan. Saya dapat mengajar seperti biasa Sejarah kelas 4MPV dan kelas 4SC1. Sempat bagi 'tazkirah' kat mereka terutama Mawi dengan Izuddin..Insaflah !

Keesokannya, pengetua memberitahu kes seperti ini boleh buat laporan polis. Saya akan pertimbangkan .....

5 ulasan:

-FiNaZ- berkata...

sabar2 cikgu...
eh2, de nme mawi ngan din la... hu3..

-fatEn- berkata...

erm...
sye myaksikan kjdian i2....
huha...saje curi2 tgk...hahaha....
repot jela ckgu....bg mk dye seda ckit....
dala bolan pose...wat cmni..ish...mlu2...

fairus berkata...

wah exrim giler ea...emm sbrla ckgu..msti ade hikmah..klo nk report bnde ni blh under serangan or assault..sbb die ancam dgn kata2..tp klo de jln pnyelesaian lain lg bgus..bkn pe student ngn cikgu ni biase r suke tergigit lidah...

cik farahana berkata...

waaaaaaaa garangnyer
cikgu..
padan muka dia
nk wat khianat kat cikgu tegolek masuk longkang
hahaha
lawak

Al-Hakimi As-Syah Alami berkata...

mulia sungguh profession guru..

bukan sekadar mencurah ilmu, tapi jua mengajar adab

tahniah cikgu kerana berjaya menekan butang pause walaupun mampu untuk menekan butang forward...

teruskan berkongsi pengalaman seperti ini cikgu, sangat berguna...

terima kasih ... cikgu.. (^_^)

muhakim.blogspot.com

Related Posts with Thumbnails

PENYOKONG BLOG SEJARAH

PENAFIAN :

Penulis blog tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan, kerugian atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada mana-mana bahagian dalam laman blog ini. Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster dan/atau Lain-Lain Penulis.