ENJIN CARIAN BAHAN

Memuatkan ...

Sabtu, 13 September 2008

APA KATA KHOO KAY KIM TENTANG MELAYU.......

Maklumat

PANDANGAN PROF. EMERITUS DATUK KHOO KAY KIM :


“ Jadi kedudukan orang Melayu di sini timbul daripada hakikat bahawa Negara ini Kerajaan di perintah oleh Raja-raja, jadi orang Melayu sebagai rakyat kepada Raja ada keistimewaan. Kebanyakan orang bukan Melayu seperti Tan Cheng Lock dan yang lain-lain mereka adalah rakyat British kerana Negeri Selat Tanah Jajahan British. Oleh itu kedudukan mereka dengan orang Melayu tidak sama kerana orang Melayu adalah rakyat dan mereka ada hak-hak tertentu yang tidak ada pada orang lain, itulah permulaannya. Selepas 1957 orang bukan Melayu mula diserap sebagai warganegara……….

Jadi begini, kedudukan orang Melayu ini bukan sesuatu yang diberikan selepas tahun 1957 tapi sudah ada sebelum itu lagi……. Masalah sekarang ialah ramai orang bukan Melayu tidak faham latar belakang terutama sekali generasi muda. Dia hanya tahu kata “ooh saya pun warganegara kenapa kedudukan saya lain…..” Kedudukan zaman sekarang ini mesti berasaskan perkembangan sejarah sebab itu kita kata sejarah suatu yang penting, tetapi silapnya cara sejarah itu di ajar lebih beratkan politik, padahal yang lebih elok kalau kita titik beratkan undang-undang dalam pembelajaran sejarah”



(AKHBAR SIASAH, 3-16 NOVEMBER 2006).

2 ulasan:

Mohd Ariff berkata...

mcm ni kalo x study sejarah..
subjek sejarah yg diajar kt sekolah pun tak banyak menitikberatkan perkara ni.hampir semua pelajar kt malaysia ni tak tau langsung ape itu "kontrak sosial".dalam buku form 5 dulu pn,ader disebut sekali jer perkataan "kontrak sosial".tp tak dijelaskan secara mendalam.pengisian dalam subjek sejarah kt sekolah harus dikaji semula.kalo tak,kejadian 13 mei mungkin akan berlaku balik.mungkn jga boleh masukkan perkara2 perlembagaan dlm subjek sejarah..
sbb ramai yg tak tau perkara 3,4,5 dlm perlembagaan dimana tu lah yg terpenting dalam pembentukan negara malaysia dulu..

Ckgu Rashman berkata...

btl....penulisan sejarah malaysia perlu reformasi semula....banyak perkara perlu dijelaskan demi kebaikan Malaysia. Dari aspek pejuang negara, kontrak sosial, Islam, perlembagaan, dll mesti dijelaskan kepada generasi muda tanpa tekanan isinya dari mana-mana parti politik. Ia perlu ditulis sebagimana ianya berlaku. Perlu kepada sejarawan yang ikhlas dan tiada kepentingan untuk mana-mana pihak.

Tentang buku teks sejarah, memang dah lama dalam pemikiran ramai guru sejarah,ia perlu dirombak kurikulumnya. Ini tugas PPK, KPM.

Generasi muda perlu tahu sejarah yang sebenar agar tidak mudah melatah. Kita dah diasuh dengan track yang diletakkan oleh penjajah, kita yang perlu ubah ikut acuan Malaysia.

Related Posts with Thumbnails

PENYOKONG BLOG SEJARAH

PENAFIAN :

Penulis blog tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan, kerugian atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada mana-mana bahagian dalam laman blog ini. Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster dan/atau Lain-Lain Penulis.