ENJIN CARIAN BAHAN

Selasa, 11 Ogos 2009

Sibuk........H1N1 ?????

  1. Saya agak lama tak dapat update blog saya. Selain sibuk dan keletihan , saya juga mengalami batuk-batuk yang agak teruk. Bermula dari mesyuarat di Langkawi, Perkhemahan KoKurikulum sekolah, Kem Sejarah Kinta Utara, aktiviti dalaman sekolah, pas tu kursus Literasi Undang-undang kat Penang, pas tu terus gi mesyuarat di Gerik. Memang rasa penat dan kurang rehat. Masa kat Penang, kena batuk-batuk. Sampai sekarang tak baik-baik.
  2. Hari Isnin gi Hospital Batu Gajah. Alhamdulillah, negative H1N1. Baru hari baru semangat sikit nak menulis. Moga saya sihat. Amin.
  3. Kepada sekolah kat Ipoh yang nak jemput saya bagi ceramah, buat masa ni saya mohon maaf sebab tak dapat bagi tarikh yang tepat kerana suara saya masih serak dan batuk-batuk. Bengkel Sejarah di SYS Batu Gajah nanti, harap-harap saya dah sembuh. Sebab selalunya saya kalau dah kena batuk, lambat nak sembuh.
  4. Moga wabak H1N1 ni cepat dihapuskan oleh Allah S.W.T daripada melanda kita semua. Teruskan berdoa dan ikhtiar untuk hindari wabak ini.
  5. OK.......nak mandi. Solat Maghrib......


[ SOKONG BLOG INI, SILA SIGN BUKU PELAWAT ]

Related Posts with Thumbnails

PENYOKONG BLOG SEJARAH

PENAFIAN :

Penulis blog tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan, kerugian atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada mana-mana bahagian dalam laman blog ini. Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster dan/atau Lain-Lain Penulis.