Bincangkan ciri-ciri masyarakat industri yang wujud di England pada abad ke-18 hingga ke-19 Masihi.
A.PENGENALAN
1.Masyarakat industri merujuk kepada masyarakat yang bergantung kepada sektor perindustrian. Mereka terlibat dengan pengeluaran barangan dan perkhidmatan menggunakan mesin.2.Revolusi Perindustrian bermula di England selepas tahun 1750.Revolusi ini bermula di England selepas berlaku perubahan yang pesat dalam bidang pertanian dan dikaitkan dengan penemuan mesin wap di Eropah.
3.Ciri-ciri masyarakat industri di England dilihat dari sudut perkembangan sains dan teknologi , kegiatan ekonomi, pengkhususan pekerjaan, mobiliti sosial, kemunculan kelas baharu, dan urbanisasi.
B.ISI-ISI : Ciri-ciri masyarakat industri di England
1.Kemajuan sains dan teknologi
i.Masyarakat industri di England mempunyai pengetahuan dan kelengkapan yang mencukupi untuk mendahului negara-negara lain dalam perindustrian. Beberapa rekaan dan ciptaan ditemui. Para pencipta diberikan hak paten untuk hasil ciptaan mereka.
ii.Selain itu, antara pencapaian teknologi terawal ialah penghasilan tenaga wap melalui pembakaran arang batu. Thomas New Comen mencipta enjin berkuasa wap pada tahun 1702.Enjin ini digunakan dalam perusahaan melombong arang batu.
iii.James Watt juga telah memperbaiki enjin rekaan Thomas Newcomen.Enjin ciptaan beliau digunakan di England dan juga dieksport.
2.Kegiatan Ekonomi
i.Masyarakat industri
di England menjalankan kegiatan ekonomi yang member tumpuan kepada pengeluaran barangan secara besar-besaran.
Kegiatan ekonomi mereka bergantung kepada sektor perindustrian dan perlombongan.
ii.Mereka memberi
tumpuan kepada perusahaan tekstil yang merupakan perusahaan tertua di England.Kilang kapas pertama
didirikan pada tahun 1790.
iii.Selain itu, masyarakat
industri juga menjalankan aktiviti ekonomi dalam sektor perlombongan. England
menjadi pengeluar bekalan bahan mentah yang banyak seperti arang batu dan bijih besi.Bekalan ini dari
wilayah New Castle dan Wales. England
muncul sebagai pengeluar keluli terbesar dunia. Pada tahun 1860 England mengeluarkan 80 juta tan metric arang batu
dan 225000 tan metrik keluli.
i.Masyarakat industri England juga mempunyai pengkhususan pekerjaan yang tersendiri. Masyarakat tertumpu dalam sektor pekerjaan perkilangan dan mempunyai pekerjaan yang tetap.Penggunaan mesin juga telah digunakan secara meluas.
ii.Oleh yang demikian, pekerja yang mempunyai kemahiran khusus dalam menghasilkan sesuatu barangan amat diperlukan dalam kelompok masyarakat ini. Pekerja hanya perlu melakukan sebahagian kerja khusus bagi menghasilkan sesuatu barangan.
iii.Secara tidak langsung, pembahagian kerja dan pengeluaran secara besar-besaran telah mengurangkan kos operasi serta meningkatkan pengeluaran.Penggunaan mesin menyemai benih oleh Jethro tull dalam pertanian telah membolehkan proses pembajakan berjalan lancar dan telah menambahkan hasil pengeluaran bahan mentah untuk perindustrian.
4. Mobiliti Sosial
i.Mobiliti sosial juga telah berlaku
dalam masyarakat industri. Kumpulan masyarakat
ini telah berubah
dengan wujudnya kelas
pekerja baru yang ramai serta mempunyai kepentingan masing-masing.
ii.Ini kerana taraf hidup
golongan pekerja telah
meningkat.Peningkatan dalam pengeluaran menyebabkan mereka
menerima pendapatan yang tinggi.Ini meletakkan asas bagi
kemunculan golongan kelas
menengah dalam masyarakat.
iii.Golongan kelas
menengah terdiri daripada golongan yang
memiliki kilang,para peniaga,peguam
dan jurutera.Golongan ini berkeinginan dan bersedia menerima risiko untuk mendapatkan
kekayaan.
i.Ciri masyarakat industri seterusnya ialah kemunculan dua kelas utama iaitu kelas kapitalis dan kelas pekerja. Kelas kapitalis terdiri daripada pemilik kilang,tuan tanah dan pengusaha lombong.Kelas pekerja pula ialah buruh dan pekerja kilang di kilang tekstil,kilang kimia dan kejuruteraan elektrik.
ii.Golongan pekerja ini amat bergantung kepada golongan kapitalis.Pada peringkat awal,proses perindustrian membawa kesengsaraan kepada rakyat biasa yang bekerja sebagai buruh di kilang.
iii.Namun, selepas berlaku peningkatan dalam pengeluaran muncul golongan professional. Perkembangan ini menyebabkan taraf kehidupan golongan pekerja meningkat.
6.
Masyarakat Urban @ Berlaku Urbanisasi
i.Ciri seterusnya ialah perkembangan dalam bidang perindustrian telah membawa kepada perpindahan penduduk dari kawasan luar bandar ke kawasan bandar.Masyarakat industri merupakan masyarakat urban yang tinggal di bandar-bandar perindustrian.
ii.Ini kerana, proses migrasi telah berlaku ke kawasan bandar secara pesat. Para imigran ini bekerja di kilang atau sebagai pengusaha industri.Misalnya berlaku penghijrahan penduduk Ireland ke bandar-bandar besar di England.
iii.Menjelang tahun 1851 bandar-bandar seperti Lancashire,Yorkshire dan Nottinghamshire menjadi tumpuan penduduk.Perkembangan ini membawa kepada proses urbanisasi.
7.Masyarakat Literasi
i.Ciri masyarakat industri seterusnya ialah sebuah masyarakat literasi. Mereka terdiri daripada kelompok masyarakat yang memiliki ilmu dalam bidang pendidikan.ii. Ini kerana, kemajuan dalam industri telah menyebabkan perubahan kehidupan masyarakat kepada gaya hidup yang mewah,pertambahan sistem komunikasi dan pengangkutan, kehidupan yang lebih sihat dan mementingkan pendidikan.
iii.Oleh itu, masyarakat ini mula terdedah kepada unsur-unsur demokrasi dan memperjuangkan kepentingan mereka melalui politik.Perjuangan mereka adalah melalui parlimen dan sebanyak 61 wakil kelas menengah berada di Parlimen pada pertengahan abad 18.