ENJIN CARIAN BAHAN

Rabu, 29 Januari 2014

Sistem Pemerintahan – Piagam Madinah

Jelaskan kepentingan Piagam Madinah kepada pemerintahan Islam di Madinah.

 

Pengenalan

Ø Perlembagaan bertulis yang pertama memenuhi syarat-syarat perlembagaan.

Ø Digubal oleh Nabi Muhammad dalam usaha menegakkan sebuah kerajaan Islam di Madinah.

Ø Mempunyai 10 bab dan dipecahkan kepada 47 fasal.

Ø Menonjolkan nama ‘pemimpin’ iaitu Nabi Muhammad, nama ‘rakyat’ iaitu penduduk tempatan, orang Yahudi dan orang yang mengikuti dan berjuang bersama-sama Rasulullah serta ‘Madinah’ sebagai negara Islam.

Ø Apabila Rasulullah berhijrah ke Madinah, baginda telah mengalih strategi untuk membentuk satu ummah yang bernegara dan berdaulat yang boleh diterima oleh segenap lapisan masyarakat dan penduduk Madinah setelah Rasulullah dapat mengeratkan hubungan antara golongan Muhajirin dengan Ansar.

Ø Baginda mendapati ada beberapa faktor yang perlu kepada penyelesaian iaitu menggariskan hak dan tanggungjawab orang-orang Islam dan bukan Islam, persefahaman dengan orang-orang bukan Islam terutama orang Yahudi, mempertahankan Madinah dan menggubal sistem perundangan dan kehakiman.

Isi penting

Implikasi/Kesan/Kepentingan Piagam Madinah

1. Semua kaum bertanggungjawab mempertahankan Madinah

  • Penduduk Madinah harus bersama-sama mempertahankan Madinah tidak kira yang beragama Islam atau bukan Islam.
  • Mereka sama-sama menggembeleng tenaga mempertahankan Madinah daripada serangan musuh.
  • Mereka tidak boleh mengadakan hubungan dengan musuh-musuh Islam bagi tujuan menentang negara Islam madinah.
  • Semangat cinta akan Kota Madinah dipupuk dalam kalangan masyarakat bagi menghindari permusuhan sesama sendiri sehingga menyebabkan musuh dapat mengambil alih kota Madinah.
  • Islam menganggap ahli kitab atau orang Yahudi sebagai warganegara dan ummah bersama orang Islam selagi mereka menjalankan tanggungjawab yang dikenakan ke atas mereka.
  • Perbezaan agama tidak menghalang seseorang itu daripada diterima menjadi rakyat dalam negara.

2. Menjamin kebebasan kaum Yahudi

  • Kaum Yahudi pada mulanya memang berminat untuk menguasai Madinah.
  • Atas kesedaran itu, Piagam Madinah juga menitikberatkan dan menjamin kebebasan kaum Yahudi dan penganut-penganut agama lain untuk menganut dan mengamalkan ibadat agama mereka sendiri.
  • Tujuannya supaya kaum Yahudi tidak menyebarkan agama mereka di Madinah dan mengelakkan permusuhan sesama sendiri.
  • Rasulullah mempersetujui bahawa tiada paksaan dalam kepercayaan dan anutan agama.

3. Terbentuk sebuah kerajaan Islam yang kuat dan utuh

  • Orang Islam bebas berhimpun dan bermesyuarat bagi membincangkan masalah politik dan pentadbiran negara.
  • Dengan terbentuknya Piagam Madinah, sebuah negara Islam telah berjaya dibentuk dan mewujudkan kesedaran bahawa mereka ialah masyarakat yang kuat dan bersatu padu serta Madinah adalah milik bersama.
  • Piagam Madinah mengakui hak dan tanggungjawab penduduk Madinah termasuk orang bukan Islam untuk mendapat perlindungan dan keselamatan dari segi pengadilan dan perundangan.
  • Mereka mempunyai kewajipan bersama untuk mempertahankan negara dan perbelanjaan bagi mempertahan negara adalah tanggungjawab bersama.

4. Kebebasan kepada setiap penduduk

  • Setiap penduduk diberi kebebasan hak asasi yang sama rata.
  • Tiada lagi penindasan seperti yang dilakukan oleh orang Yahudi ke atas orang yang lemah supaya dapat menjamin keharmonian hidup semua penduduk Madinah.
  • Kebebasan ini meliputi kebebasan diri, agama, berfikir dan bersuara dan beramal, bekerja.
  • Jaminan kebebasan meliputi segi aspek kehidupan selagi tidak bercanggah dengan syariat Islam.

5. Menyatupadukan masyarakat Madinah

  • Hubungan baik dapat diadakan dengan masyarat Islam dan orang-orang bukan Islam melalui sifat saling menghormati, bertanggungjawab dsb.
  • Piagam Madinah memainkan peranan supaya masyarakat berbilang bangsa di Madinah dapat hidup aman damai, teratur dan bersistem serta menghindari permusuhan.
  • Piagam Madinah telah mengalami perubahan dan perkembangan dari segi nilai tradisi Jahiliyah yang mementingkan maruah diri dan kaum masing-masing kepada nilai-nilai persaudaraan Islam.

6. Nabi Muhammad sebagai pemerintah tertinggi dan unggul di Madinah

  • Nabi Muhammad merupakan seorang negarawan yang tulen dan berwibawa.
  • Ketokohan baginda yang cuba menonjolkan agama Islam bukan sahaja memberi tumpuan kepada aspek akidah tetapi juga dalam hal ehwal duniawi.
  • Baginda bertanggungjawab menyelesaikan masalah perselisihan kaum dan mewujudkan satu institusi kebaikan dan keadilan di Madinah.
  • Peruntukan dalam fasal 23 dan 42 Piagam Madinah menjelaskan bahawa apabila timbulnya perbezaan dan pertelingkahan, maka penyelesaian mengikut hukum Islam dan keputusan Rasulullah dibuat.
  • Perlembagaan ini meletakkan kedudukan baginda sebagai ketua dan hakim negara yang tinggi.

7. Dapat mengatur hubungan kaum Yahudi

  • Masyarakat Yahudi bebas mengamalkan adat istiadat mereka tanpa sekatan.
  • Mereka tidak boleh memaksa orang Madinah untuk menganut agama mereka kerana kebasan telah diberikan kepada mereka.
  • Mereka tidak dibenarkan menindas orang yang lemah.
  • Mereka yang mematuhi piagam ini akan diberi jaminan iaitu perlindungan dan keselamatan selagi mereka tidak melakukan kejahatan dan memungkiri janji.

8. Konsep persamaan dan keadilan kepada semua penduduk

  • Tujuannya untuk mengelakkan jurang perbezaan dan penindasan.
  • Piagam Madinah meratakan kekayaan antara masyarakat bagi mengelakkan penindasan golongan kaya ke atas golongan miskin.
  • Keadilan merupakan tanggungjawab setiap orang untuk melaksanakan dengan penuh kejujuran dan syiar agama langit supaya individu akan berasa aman dan tenteram kerana telah memberi jaminan dan keselamatan kepada akal, diri, harta benda, agama dan keturunan manusia.
  • Tujuan keadilan adalah untuk menolak dan menghindarkan keburukan dan memberi kebaikan serta hak kepada seseorang berdasarkan syariat Islam.
  • Piagam Madinah mengingatkan warganya supaya berlaku adil dan tidak menganiayai manusia bahkan hendaklah sentiasa tolong menolong dan setiap kezaliman hendaklah dihapuskan seperti yang termaktub dalam fasal 13 piagam tersebut.

9. Perpaduan umat Islam

  • Penduduk Madinah diseru agar saling bekerjasama dan bersatu padu memandangkan umat Islam di Madinah terbahagi kepada dua kumpulan utama, iaitu golongan Ansar dan golongan Muhajirin.
  • Untuk menyatupadukan mereka, penduduk Madinah diasuh menjadi satu kumpulan yang kuat dan utuh bagi mengelakkan musuh mengambil kesempatan ke atas perpecahan mereka.
  • Persaudaraan Islam bertujuan untuk menjalin dan mengeratkan hubungan persahabatan sesama Islam tanpa mengira keturunan, tempat tinggal dan warna kulit.
  • Persaudaraan Islam adalah suatu sikap dan tindakan yang lahir daripada jiwa dan hati manusia yang diikat dengan akidah keimanan kepada Allah dan rasul-Nya.
  • Persaudaraan ini dapat melahirkan masyarakat Islam yang sebenar, kukuh dan padu, mempunyai kefahaman dan kerjasama yang erat serta cinta akan kedamaian dan kesejahteraan hidup.

10. Pemerintahan bercorak musyawarah

  • Semua kaum berhak untuk menyuarakan masalah kaum mereka.
  • Semua kaum boleh mengemukakan pendapat kerana Piagam Madinah melahirkan pemerintahan yang berpegang teguh kepada prinsip yang dipanggil musyawarah.
  • Contohnya, Nabi Muhammad pernah ditegur oleh sahabat semasa pemilihan tempat dalam Perang Badar.
  • Sifat demikian akan mengeratkan lagi hubungan antara pemerintah dan rakyat.

Kesimpulan (1 markah)

  • Kesan daripada Piagam Madinah, Nabi Muhammad s.a.w telah dapat membentuk sebuah negara Islam yang kukuh dan diterima serta dihormati oleh negara-negara luar.
  • Nabi Muhammad s.a.w telah berjaya mengembangkan ajaran Islam kepada kabilah-kabilah luar dari Madinah.

Ahad, 26 Januari 2014

Kesesatan Syiah !

Cara Pelik Orang Syiah Solat

Ini Dia Cara Orang Syiah Solat  1

Cara Orang Syiah Solat

Syiah mengamalkan ajaran yang lari dari ajaran Ahli Sunnah dan jauh dari wahyu.Golongan ini mereka-reka hukum dan mengadakan perkara bid’ah yang sesat dan menyesatkan. Moga-moga kita dijauhi daripada golongan Syiah ini yang merosakkan aqidah umat Islam. Sehingga ada yang merumuskan bahawa inilah sebabnya kenapa Saddam Hussin dahulu bertindak membunuh orang Syiah di Iraq. Cuma ia telah disalah anggap pada ketika itu dan menjadi sebab pembunuhan dilakukan ke atas Saddam Hussin. ’'

Sejak berlakunya revolusi Syria barulah kita mengetahui tentang niat mereka sebenarnya, mereka cukup membenci kaum Ahli Sunnah sehingga mereka menghalalkan darah ahli sunnah. Dan kita sebagai Umat Islam janganlah membenarkan mereka ( Syiah ) daripada berpijak di bumi tercinta ini.

Di bawah ini antara gambar-gambar cara ibadah orang Syiah yang bercanggah dengan Islam:

Ini Dia Cara Orang Syiah Solat 2.0

Ini Dia Cara Orang Syiah Solat 2.1

Imam sembahyang mereka, sembahyang di depan tapi berada dalam satu lubang separas lutut (tempat yang lebih rendah dari makmum).

Ini Dia Cara Orang Syiah Solat 3

Pengikut Syiah tidak meyakini kesahihan solat Jumaat (tidak solat Jumaat) kecuali bersama Imam yang ma’sum atau wakilnya sahaja.

Banyak pihak mengatakan bahwa orang Syiah melakukan solat sama seperti orang-orang Islam namun hanya untuk sekadar taqiyyah (berpura-pura). Taqiyyah merupakan konsep atau ciri penting yang tidak dapat dipisahkan dari ajaran Syiah. Taqiyyah pada hakikatnya adalah “berdusta dan berbohong”. Pentingnya taqiyyah disisi Syiah banyak terdapat di dalam kitab-kitab utama mereka.

Ini Dia Cara Orang Syiah Solat 4

Mereka sujud di atas seketul batu yang bulat leper atau empat segi. Ertinya dahi dan hidung tidak kena lantai. Batu itu disediakan dalam masjid atau mereka bawa sendiri ke mana mereka pergi. Batu yang paling suci pada mereka ialah diambil di Karbala kemudian Masyad dan di Qom. Kalau tidak dapat juga boleh juga gunakan batu-batu di tempat lain.

Ini Dia Cara Orang Syiah Solat 5

Satu lagi cara sujud mereka puak-puak syiah ini, Kalau tidak ada batu, mereka akan gunakan apa-apa yang tumbuh dari bumi sebagai tempat sujud (letak dahi). Paling tidak, sujud atas tapak tangan. Tujuan mereka buat begitu kerana kata mereka manusia jadi dari pada tanah. Apa jenis sujud pun kita tidak tahu.

Ini Dia Cara Orang Syiah Solat 6

Inilah contoh ajaran Syiah yang menyimpang jauh dari ajaran Islam yang sebenar. Mereka bersembang waktu tengah solat. inilah Ulamak Syiah yang diagung-agungkan mereka solat sambil berborak.

Ini Dia Cara Orang Syiah Solat 7

Syiah soalat bukan dengan tatacara solat yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w. Pengikut Syiah juga tidak akan mengakhiri solatnya dengan mengucapkan salam yang dikenali kaum Muslimin, tetapi dengan memukul kedua pahanya beberapa kali.

Ini Dia Cara Orang Syiah Solat 8

Para pengikut Syiah sedang Solat/Sujud di ruang sama (di masjid mereka). Mereka menghadap ke arah mana ketika bersujud?, kenapa tidak kearah kiblat sepertimana yang diperintahkan dalam Al-Quran.

Kaum Syiah Menyembah Selain Allah

Ini Dia Cara Orang Syiah Solat 9

Para penganut Syiah menyembah manusia!!. Menyembah selain daripada Allah Ta’ala, orang Islamkah mereka?. Lelaki dan wanita syiah sedang bersujud di perkuburan syiah (Sujud di kubur ulamak mereka) dan sujud di depan gambar ulamak mereka di permakaman, sangat bercanggah dengan ajaran Islam, jauhilah diri kita dari golongan yang sesat ini.

Ini Dia Cara Orang Syiah Solat 10.0

Ini Dia Cara Orang Syiah Solat 10.1

Solat/Sujud menghadap ke kubur dan I’tikaf (duduk di masjid) bersalahan arah kiblat menghadap ke kubur, kenapa tidak kearah kiblat sepertimana yang diperintahkan oleh Rasulullah s.a.w. siapa yang mereka sembah?

Ini Dia Cara Orang Syiah Solat 11

Kubur Khumaeni ditawaf tiap-tiap hari dan diberkati dengan bermacam-macam amalan taghut, ini adalah satu ibadah mereka jauh tersimpang dari ajaran Islam yang sebenar, ini mengambarkan kesesatan Syiah yang nyata.

Ini Dia Cara Orang Syiah Solat 12

Puak-Puak Syiah membina Kaabah sendiri di bandar Najaf, mereka akan tawaf sebagaimana tawaf di Batullah Makkah. sesat dan amat menyesatkan.

Akhir zaman Yahudi akan jadi kawan baik mereka (Syiah)

Ini Dia Cara Orang Syiah Solat 13

Pemimpin negara Syiah berpelukkan dan beramah mesra dengan pemimpin Yahudi menunjukkan hubungan baik diantara mereka, Syiah adalah sekutu Yahudi untuk menjatuhkan Islam. Tidak kiralah pemimpin-pemimpin golongan Yahudi yang anti zionis atau yang pro zionis, apa yang umat Islam perlu tahu mereka (Syiah dan Yahudi) ini bersahabat baik, sedangkan umat Islam (Ahli Sunnah) mereka bunuh dan bermusuhan. berjaga-jagalah dengan golongan ini, mereka penuh dengan tipudaya, pembohongan dan  kepura-puraan (Taqiyyah) .

Ini Dia Cara Orang Syiah Solat 14

Pemimpin negara Syiah membuat perjumpaan dengan pemimpin Yahudi. apakah tujuan sebenar mereka?. Sedangkan Syiah boleh berbaik-baik dengan golongan Yahudi tetapi bermusuhan dengan Ahli Sunnah, mengapa mereka membenci Ahli Sunnah sebegitu rupa?. Syiah bagaikan musuh dalam selimut umat Islam. Mereka mengaku Islam tetapi diam-diam menusuk dari belakang.

Ini Dia Cara Orang Syiah Solat 15

Ahmad Niejad, pemimpin negara Syiah, menunjukkan pasportnya yang terlis namanya sebagai nama Yahudi nama dalam Yahudi ialah ” SABURJIAN ” sebagaima yang tercatat dalam akhbar Britain ” Daily Teleghraph ”.

Perngai Ulamak Syiah 16

Dan yang terakhir, paling teruk sekali ialah perangai ulamak Syiah. Depan nampak anti kuffar, belakang cium tangan perempuan mereka. Itulah kepura-puraan (Taqiyyah) puak Syiah yang perlu kita tahu.

Tersangatlah sesat gologan ni ! Tolong umat Islam jangan keliru ! berpegang lah pada Al-Quran dan Hadis.

Jom sebarkan! jangan biarkan Syiah menyesatkan umat Islam dan meratah daging umat Islam. Sebarluaskan risalah ini jika anda prihatin terhadap ancaman yang melanda akidah umat Islam.

Wallahu’alam….
Sumber : Kredit kepada hasnulhadiahmad.com 

[ SOKONG BLOG INI, SILA SIGN BUKU PELAWAT ]

Sabtu, 25 Januari 2014

Sistem Pemerintahan Nabi Muhammad di Madinah

Huraikan sistem pemerintahan yang dijalankan oleh Nabi Muhammad S.A.W di Madinah.

PENGENALAN (3 markah)

1. Latar belakang kerajaan Nabi Muhammad s.a.w .

2. Pengertian sistem pemerintahan

3. Sistem politik dan perlantikan ketua negara kerajaan Nabi Muhammad s.a.w.

4. Penegasan soalan – Rasulullah s.a.w mengamalkan sistem pemerintahan Islam sepenuhnya.

A. ISI: Sistem Pemerintahan Yang Dijalankan Oleh Nabi Muhammad S.A.W Di

Madinah.(7 isi X 3 markah)

1. Bidang kuasa pemerintahan

· Nabi memegang jawatan sebagai ketua negara iaitu kepimpinan menyeluruh dalam perkara berkaitan agama dan pemerintahan seperti memelihara agama Islam, memimpin umat Islam, memantapkan pemerintahan, mengukuhkan sistem ekonomi, menegakkan keadilan, memperluaskan wilayah Islam dan membanteras gerakan menentang Islam.

· Kepimpinan Nabi Muhammad s.a.w berlandaskan wahyu dan norma-norma masyarakat yang tidak bertentangan dengan ajaran Islam.

2. Pentadbiran negara.

· Nabi mempunyai kuasa melantik pegawai-pegawai. Ketua negara dibantu oleh sahabat yang duduk dalam Majlis Syura dan mengetuai setiap biro.

· Jawatan pembantu Nabi Muhammad dalam urusan pentadbiran iaitu Muawin at tafwidh (Wuzara at Tafwidh) adalah pembantu yang dilantik untuk membantu dalam melaksanakan tugas-tugas pentadbiran. Pegawai-pegawai terdiri daripada kalangan sahabat .

· Asas-asas pentadbiran negara Islam – sistem syura, keadilan, persamaan hak, kebebasan, ketaatan, dan berdasar Al-Quran dan Al-Sunnah.

3. Dasar keselamatan dan pertahanan negara.

· Pada zaman Nabi Muhammad s.a.w anggota tentera terdiri daripada anggota sukarela, dan mengamalkan konsep jihad.

· Tentera diagihkan harta rampasan perang dan tiada gaji yang khusus.

· Nabi berperanan sebagai ketua tentera dan panglima perang yang bertanggungjawab merancang strategi peperangan dan menekankan amalan etika peperangan kepada tentera Islam.

4. Pemerintahan berteraskan wahyu

· Pemerintahan pada zaman nabi Muhammad s.a.w berteraskan al-Quran dan al-sunnah.

· Baginda menjalankan pemerintahan negara melalui musyawarah dengan para sahabat berdasarkan al-Quran, sunnah, dan perlembagaan yang digubal dikenali sebagai Piagam Madinah.

· Menurut Haji Dasuki Haji Ahmad dalam Ikhtisar Perkembangan Islam, beliau menyatakan bahawa tindakan yang dilakukan oleh Nabi Muhammad s.a.w ini tidak pernah dilakukan oleh mana-mana nabi dan rasul sebelumnya.

5. Konsep Ummah

· Semasa Nabi Muhammad s.a.w tiba di Madinah, penduduk Madinah berpecah belah apabila peperangan sering berlaku antara kaum.

· Nabi Muhammad s.a.w berusaha untuk mengamankan keadaan tersebut dan menyatupadukan kaum Madinah dengan meletakkan mereka di bawah satu pemerintahan, iaitu pemerintahan Islam Madinah.

· Ajaran dan tindakan yang dilakukan oleh Nabi Muhammad s.a.w ialah membentuk perpaduan tanpa mengira status, kedudukan, dan asal usul.

· Baginda telah menyatukan golongan Aus dan Khazraj penduduk Arab Madinah menjadi golongan Ansar.

· Seterusnya, baginda mempersaudarakan golongan Ansar dengan Muhajirin.

· Golongan Yahudi diberikan kebebasan beragama.

· Akhirnya, usaha ini melahirkan perpaduan masyarakat Madinah dalam konsep satu Ummah.

· Nabi Muhammad s.a.w menekankan aspek persamaan taraf dalam masyarakat Madinah.

· Amalan hamba dilarang dalam sistem masyarakat Islam.

· Kedudukan wanita dibela.

· Keadilan sosial diamalkan iaitu rakyat diberikan kebebasan beragama dan kebebasan ekonomi.

6. Hubungan diplomatik

· Nabi Muhammad telah mengasaskan kerajaan Islam yang pertama iaitu kerajaan Islam Madinah.

· Sehubungan itu, untuk mengukuhkan pengaruh kerajaan Islam, maka Nabi Muhammad s.a.w telah menjalinkan hubungan diplomatik dengan negara-negara lain seperti Habsyah, Mesir, Byzantine, dan Parsi bagi memperkenalkan ajaran Islam kepada mereka.

7. Dasar memajukan ilmu pengetahuan dan sistem pendidikan

· Sistem pendidikan yang dilaksanakan oleh Nabi Muhammad s.a.w bersumberkan wahyu.

· Keadaan dan suasana kehidupan yang berbeza di antara masyarakat Makkah dan Madinah menyebabkan corak pendidikan di Makkah berbeza dengan di Madinah.

· Secara keseluruhannya, sistem pendidikan pada zaman baginda memfokuskan tiga perkara iaitu pendidikan akidah, pendidikan akhlak dan pendidikan syariat.

· Nabi Muhammad s.a.w bertindak sebagai guru dengan mengumpulkan para pengikutnya dan mengajar mereka mengenai ayat-ayat al Quran yang diturunkan kepada baginda.

· Masjid juga dijadikan sebagai pusat perkembangan institusi pendidikan .

8. Dasar ekonomi negara.

· Nabi Muhammad s.a.w telah memperkenalkan dasar ekonomi baru bagi menggantikan dasar ekonomi lama, atau jahiliyah.

· Baginda menggalakkan masyarakat bekerja apa sahaja bentuk pekerjaan yang halal seperti perniagaan, pertanian, dan ternakan. Contoh: Tanah-tanah yang terbiar diusahakan dan tanah-tanah yang tergadai kepada orang Yahudi ditebus dan diserahkan kepada mereka yang tidak bertanah untuk diusahakan.

· Kegiatan perdagangan diperluaskan hingga ke Syam.

· Dalam hal ini, Nabi Muhammad s.a.w menggalakkan semua manusia bekerja mencari harta kekayaan.

· Nabi Muhammad s.a.w telah mewujudkan satu sistem ekonomi yang dapat menjamin keadilan. Contohnya kekayaan yang dimiliki itu juga digunakan untuk orang lain yang tidak memilikinya, iaitu memberi sedekah kepada orang yang memerlukan.

· Ajaran Islam melarang amalan riba, penindasan, dan penipuan.

9. Dasar Perundangan.

· Nabi Muhamad s.a.w sebagai tempat rujukan hukum.

· Al – Quran dan Al – Sunnah sebagai sumber perundangan.

· Piagam Madinah sebagai panduan perundangan.

C. KESIMPULAN:( 1 markah)

Nabi Muhammad SAW telah mengasaskan sebuah pemerintahan yang lengkap. Pemerintahan yang berteraskan ajaran Islam telah menjadikan pemerintahan baginda sebuah pemerintahan yang adil dan saksama kepada semua umat manusia sama ada orang Islam mahupun bukan Islam.

[ SOKONG BLOG INI, SILA SIGN BUKU PELAWAT ]

Isnin, 6 Januari 2014

Masyarakat Jahiliyah VS Masyarakat Islam

Bincangkan perubahan yang berlaku dalam masyarakat Arab selepas kedatangan Islam.

A. Pengenalan (3 markah)

1. Latar belakang masyarakat Arab sebelum kedatangan Islam

· Masyarakat Arab terdiri daripada dua kelompok masyarakat iaitu masyarakat Hadari dan masyarakat Badwi.

· Terdiri daripada pelbagai suku seperti Bani Hasyim, Bani ‘Adi, Bani Ta’im, Bani Umayyah.

2. Masyarakat Arab selepas Islam

· Terdiri daripada golongan Muhajirin iaitu masyarakat Islam yang berhijrah dari Makkah ke Madinah dan golongan Ansar iaitu penduduk asal Madinah yang terdiri daripada suku Aus dan Khazraj yang telah dipersaudara.

3. Latar belakang kemunculan Islam

· Islam muncul setelah turunnya wahyu pertama pada tahun 610 Masihi.

4. Asas kehidupan masyarakat Arab Jahiliah bersandarkan kepada semangat assabiyah yang melampau, manakala kehidupan masyarakat Islam bersandarkan kepada aqidah, syariat dan akhlak.

Isi penting - Perubahan – perubahan dalam masyarakat Arab selepas Islam (7 isi X 3 markah)

ASPEK

SEBELUM ISLAM / ZAMAN JAHILIAH

ZAMAN ISLAM

1.

Agama &

Kepercayaan

· Moral dan akhlak orang Arab sangat buruk.

· Tiada batas kesopanan dan kemanusiaan.

· Agama dan kepercayaan mereka dipenuhi dengan tahyul.

· Kepercayaan kepada Allah Yang Maha Esa

· Rukun Islam : 5 perkara

· Rukun Iman : 6 perkara

2. Akhlak

· Berzina, minum arak, bunuh anak perempuan

· Merupakan perkara biasa kepada masyarakat Jahiliah.

· Islam melarang umatnya melakukan perkara-perkara terkutuk itu.

· Islam menganjurkan nilai-nilai seperti hormat menghormati, bekerjasama, bertolak ansur dan lain-lain.

3. Politik

· Tidak terdapat sebuah kerajaan yang bersatu, teratur dan bersistematik.

· Wilayah-wilayah Arab sering dijajah dan diganggu gugat oleh kuasa asing seperti Rom dan Parsi di wilayah di sebelah utara.

· Wilayah di sebelah selatan dijajah oleh kerajaan Habsyah, Rom dan Parsi.

· Mengamalkan sistem berkabilah dan taksub kepada assabiyah.

· Diketuai oleh syeikh kabilah.

· Islam menekankan konsep ummah, masyarakat tanpa kelas.

· Ada sistem pemerintahan yang teratur.

· Pemerintahan berlandaskan Al-Quran dan Hadith.

· Kerajaan Islam Madinah wujud berasaskan Piagam Madinah.

4. Ekonomi

· Puak Quraisy Makkah cuba mengeksploitasi perdagangan satu hala dengan mengenakan tekanan terhadap kaum Badwi.

· Menjalankan aktiviti perdagangan dengan menjual berhala, amalan riba, menipu dan sebagai.

· Menghapuskan riba, menggalakkan perdagangan tanpa penipuan dan penindasan.

· Memperkenal dasar ekonomi Islam.

5.Ilmu Pengetahuan

· Mewarisi pengetahuan tentang ilmu bintang, ilmu tilik dan ilmu keturunan

· Walaupun begitu majoriti mereka buta huruf.

· Hanya 17 orang sahaja yang celik huruf.

· Terdapat ilmu pengetahuan berkaitan dengan Islam.

· Terdapat pembahagian ilmu seperti Al-Quran dan ilmu tafsir

6. Kesusasteraan

· Arab Jahiliyah pandai bersyair dan berkhutbah.

· Tetapi hasil-hasil karya mereka berbentuk sastera kreatif yang berbeza dengan zaman Islam.

· Oleh itu, Allah utuskan Nabi Muhammad s.a.w dan kitab al-Quran untuk dijadikan pedoman kepada manusia supaya dapat menandingi sastera Arab Jahiliah.

· Kesusasteraan Jahiliah membawa kepada pemujaan berlebihan dan membawa kepada pergaduhan.

· Al-Quran sebagai pedoman kepada kesusasteraan Islam.


7.

Kelas masyarakat

· Mengamalkan sistem perhambaan, semangat assabiyah.

· Mementingkan kedudukan dalam masyarakat.

· Wanita dan hamba dianggap paling hina.

· Mengamalkan perpaduan ummah.

· Menganjurkan persamaan taraf

· Semua manusia dianggap sama taraf di sisi Allah kecuali ketakwaan mereka.

8.

Maruah wanita

· Kedudukan wanita sangat rendah dalam masyarakat.

· Fungsi wanita hanyalah sebagai pemuas hawa nafsu lelaki dan kegemaran mereka hanyalah menghiasi diri agar dikehendaki oleh lelaki.

· Dianggap sebagai barang dagangan.

· Wanita yang kematian suami menjadi rebutan anak-anak lelakinya sendiri.

· Oleh itu, Bani Tamim menganggap amalan membunuh bayi perempuan sebagai amalan yang mulia supaya bayi tersebut tidak menjadi sampah masyarakat dan memalukan nama baik keluarga apabila mereka dewasa.

· Kaum wanita sering dibawa bersama-sama untuk berperang dan memberi perangsang kepada tentera lelaki.

· Memuliakan kedudukan wanita.

· Maruah dan kebajikan wanita perlu dipelihara.

9. Peperangan

· Bersifat balas dendam

· Berperang kerana perkara-perkara yang kecil

· Berbentuk jihad

· Berperang kerana mempertahankan agama, maruah diri, bangsa dan negara

· Persaudaraan Islam telah berjaya menamatkan permusuhan di kalangan golongan Ansar iaitu suku Aus dan Khazraj.

10.

Hubungan Masyarakat

· Masyarakat Jahiliah hidup terpisah dalam kabilah dan bani masing-masing.

· Masyarakat Islam Madinah berjaya membentuk sebuah masyarakat ummah Islamiyah tanpa mengira kaum dan suku berdasarkan ikatan persaudaraan Islam.

KESIMPULAN (1 markah)

1. Islam telah menukar cara hidup masyarkat Jahiliah daripada menyembah berhala kepada menyembah Allah, daripada berakhlak buruk kepada akhlak yang mulia dan berperikemanusiaan.

2. Islam telah membawa masyarakat Jahiliah kepada sebuah masyarakat yang bertamadun.

[ SOKONG BLOG INI, SILA SIGN BUKU PELAWAT ]

Ciri-ciri Masyarakat Arab Jahiliyah

Bincangkan ciri-ciri masyarakat Arab pada zaman Jahiliyah.

A. PENGENALAN (3 markah)

  1. Definisi jahiliah – bodoh atau sesat.

a. Zaman kegelapan yang tiada kesejahteraan hidup.

b. Masyarakat tidak ada nabi dan kitab suci sebagai petunjuk.

c. Tidak mempunyai peradaban.

d. Tidak berakhlak, angkuh dan bongkak.

e. Tidak boleh membaca dan menulis.

  1. Era Jahiliah : selepas keruntuhan Empangan Maarib hingga tahun 610 Masihi, penerimaan wahyu pertama oleh Nabi Muhammad s.a.w.

B. ISI : CIRI – CIRI MASYARAKAT ARAB JAHILIAH (7 isi X 3 markah)

1. Aspek agama dan kepercayaan.

· Terdapat pelbagai agama dan kepercayaan di Semenanjung Tanah Arab termasuklah Majusi, Nasrani, Yahudi dan Hanif, Berhala, Animisme dan Tahyul.

· Kepelbagaian ini berlaku kerana adanya pengaruh asing disamping menaruh harapan yang tinggi terhadap alam sekitar yang dipercayaan dapat mengawai dan membantu kehidupan seharian.

· Kepercayaan Majusi disebarkan oleh orang Parsi yang menjajah Bahrain, Oman dan Yaman. Masyarakat Arab di kawasan ini turut memuja api sebagaimana diamalkan oleh Masyarakat Parsi.

· Agama Nasrani disebarkan oleh orang – orang Rom yang menjajah Hirah dan Ghassan di utara Semenanjung Tanah Arab, mereka mempunyai kitab suci tetapi ajaran yang dibawa oleh Nabi Isa a.s telah dipinda berdasarkan kefahaman mereka sendiri. Najran merupakan pusat agama ini.

· Agama Yahudi disebarkan oleh saudagar – saudagar yang berasal dari Palestine. Penganut asal agama ini ialah Bani Israil. Mereka mempunyai kitab suci tetapi ajaran yang dibawa oleh Nabi Musa telah dipinda oleh orang – orang Yahudi. Mereka membohongi masyarakat Arab, dengan menyatakan agama mereka benar daripada Allah s.w.t. Agama Yahudi bertapak di Yaman dan Madinah.

· Disamping itu terdapat segelintir orang Arab yang menganut ajaran yang dibawa oleh Nabi Ibrahim a.s digelar Hunafa dan bertempat Makkah. Nabi Ibrahim dan puteranya Nabi Ismail a.s sampai di Makkah lebih awal. Maka ajaran Hanif mendahului ajaran Yahudi dan Nasrani di Arab.

· Penganut agama – agama dari langit iaitu Hanif, Nasrani dan Yahudi dalam kalangan masyarakat Arab tidak ramai, mereka menjalani kehidupan berdasarkan ajaran yang dianuti kecuali penganut Yahudi didapati lebih kejam terhadap penganut ajaran lain.

· Kepercayaan yang paling dominan di kalangan masyarakat Arab ialah penyembahan berhala. Penyembahan berhala muncul selepas kewafatan Nabi Ismail a.s Masyarakat berkehendakan perantara bagi menghubungkan mereka dengan Allah s.w.t Mereka mencipta berhala – berhala daripada kayu – kayu dan batu dan diletakkan disekeliling Kaabah. Penyembahan berhala muncul lebih awal dari agama Nasrani dan Yahudi. Masyarakat Arab menganggap penyembahan berhala adalah amalan nenek moyang mereka yang perlu dipertahankan.

· Di samping mempercayai berhala, masyarakat Arab percaya kepada animisme dan tahyul.

· Objek cakerawala dan objek di bumi disembah sebagai menandakan pengharapan dan terima kasih ke atas apa yang mereka terima.

· Mereka memuja tukang tilik dan percaya tanda-tanda baik dan buruk yang ditunjukan sesuatu objek.

· Kepelbagaian dalam agama turut menyumbang kepada amalan-amalan lain yang berbagai rupa termasuk amalan berpolitik, berekonomi dan bersosial.

· Mereka mempercayai kepercayaan karut dan tahyul seperti percaya pada pergerakan burung, mengikat tali pada pokok untuk menunjukkan taat setia isteri, percaya pada tangkal dsb.

Aspek Politik dan pentadbiran.

2. Tidak terdapat struktur pentadbiran/politik yang tetap dan jelas dalam kalangan masyarakat Arab di bahagian utara dan selatan.

· Hirah dan Ghassan di utara telah dijajah oleh kerajaan Rom dan Yaman di selatan di kuasai oleh kuasa Rom dan Parsi.

· Masyarakat Arab di kawasan ini bercelaru dari aspek pentadbiran, mereka tidak mampu melawan penjajah dan sentiasa kalah.

· Di bahagian selatan iaitu ketika kerajaan Himyar, anak tempatan diberi jawatan tetap tetapi statusnya hanya boneka kepada kerajaan Parsi.

· Di Makkah, struktur politik masyarakatnya agak jelas.

3. Terdapat Majlis Tindakan ( Darul Nadwah ) oleh jabatan – jabatan pentadbiran dan ada pemimpin yang bergelar Sheikh.

· Namun ciri – ciri politiknya mempunyai unsur – unsur jahiliah.

4. Mereka mengamalkan politik berkabilah yang membawa kepada perebutan kuasa yang hebat.

· Suasana pentadbiran menjadi gawat dan tidak tenteram.

· Berlaku diskriminasi puak, memuja kuasa, bersifat agresif, pendendam dan ingin menguasai puak – puak lain.

· Perebutan kuasa antara bani berlaku bagi mendapatkan kuasa mentadbir Jabatan Haji, perdagangan dan ketenteraman yang amat penting.

5. Di samping itu ketua – ketua suku terpaksa membentuk majlis ketua – ketua suku iaitu Mala’.

· Golongan berpengaruh berjaya mempengaruhi keputusan Mala’ dan menjaga kepentingan kaum yang lemah.

· Kecelaruan politik masyarakat Makkah berlaku apabila golongan bangsawan iaitu pentadbir lebih cenderung untuk bergiat aktif dalam perdagangan untuk mencari kekayaan.

Aspek Ekonomi.

6. Perdagangan merupakan kegiatan ekonomi utama masyarakat Arab bandar.

· Hubungan perdagangan diantara bandar di Syria dengan di Yaman di selatan memberi nafas kepada bangsa Arab.

· Namun akibat penjajahan oleh Rom ke atas Syria oleh Parsi ke atas Yaman. Perdagangan Arab turut terjejas, saudagar Arab Makkah menghadapi kesan itu dengan pelbagai cara.

· Mereka mengeksport perdagangan satu hala dengan suku Badwi yang menternak binatang.

· Cara hidup Badwi berpindah randah mendatangkan kesukaran kepada saudagar Makkah. Suku Badwi sentiasa menyerang saudagar atau kafilah yang melalui kawasan mereka sebagai tanda tindak balas ataupun untuk memenuhi desakan kebendaan.

· Ketika Makkah dipimpin oleh Abdul Manaf, urusan perdagangan diagihkan tugas kepada anak – anaknya. Misi – misi perdagangan dihantar ke Syiria, Habsyah, Yaman dan Parsi.

· Barang rempah, permata, emas, sutera dan lain – lain diimport. Manakala berhala, buah tamar, kulit binatang dan lain – lain dieksport melalui pelabuhan – pelabuhan.

· Pada zaman Hashim bin Abdul Manaf ( Moyang Nabi Muhammad s.a.w ) perjanjian perdagangan dua hala dengan Maharaja Byzantine dan Parsi diwujudkan.

· Pakatan dagangan juga diwujudkan dengan kabilah di Yaman dan Syam.

· Sistem perniagaan bermusim juga diwujudkan bagi meneruskan kegiatan perdagangan.

· Musim sejuk pedagang Makkah akan ke Yaman dan pada musim panas mereka akan ke utara ( Syam ).

7. Pasar – pasar diadakan di Makkah dan sekitarnya.

· Barangan bijirin, buah – buahan, pakaian, hamba abdi yang tidak ditebus setelah mereka kalah berperang dan barangan lain dijual di pasar – pasar.

· Sistem tukar barang diamalkan.

· Penipuan dan riba turut berleluasa.

Aspek Sosial.

8. Struktur sosial masyarakat Arab agak mudah, terdiri daripada golongan bangsawan dan hamba.

· Golongan bangsawan wujud di bandar.

· Mereka berpuak – puak berdasarkan pertalian darah dan semangat assabiyah amat tebal.

· Setiap puaknya melantik seorang sheikh dalam kalangan mereka dan menjadi ketua bagi kabilah itu.

· Hamba pula dibeli untuk dikerah bekerja.

· Suku Badwi pula hidup berpuak – puak dan ketua puak dipilih dalam kalangan anggota yang berpengaruh.

· Sistem berkabilah ini bermula dari satu keluarga dan kemudiannya bergabung menjadi keluarga besar disebut bani.

· Suku Badwi tidak wujud bani kerana kehidupan mereka yang sering berpindah randah dan mereka percaya semakin kecil sesuatu kelompok semakin kuat masyarakatnya.

9. Semangat Assabiyyah menyuburkan ciri – ciri jahiliah

· Tingkah laku mereka kasar terhadap puak lain.

· Peperangan mudah berlaku walaupun disebabkan oleh perkara – perkara kecil.

· Peperangan dilakukan untuk menguji kekuatan dan mengejar nama.

· Pernah berlaku peperangan yang berlangsung lama dan pihak yang kalah akan ditawan dan dijadikan hamba abdi.

10. Akhlak yang runtuh dan tingkah laku yang kasar dan menurut peraturan dan undang – undang hawa nafsu menyebabkan tindakan mereka dilepas tanpa kawalan.

· Masyarakat pada masa ini melakukan akhlak yang terkeji seperti membunuh, berjudi, berzina, merompak, minum arak dan sebagainya.

· Golongan bangsawan menikmati kehidupan mewah dengan melibatkan kegiatan perjudian, pelacuran dan pembunuhan.

11. Kaum wanita dipandang hina.

· Wanita dijadikan sebagai barang perhiasan dan pemuas nafsu lelaki.

· Isteri yang kematian suami akan menjadi rebutan antara anak-anak lelaki.

· Bayi perempuan ditanam hidup – hidup bagi mengelakkan kesempitan hidup atau menanggung malu.

· Walaubagaimanapun terdapat keluarga yang menyayangi anak perempuan mereka.

· Darun Nadwah dijadikan tempat keramaian bagi mengisytiharkan anak perempuan mereka sebagai perempuan dewasa apabila sampai tempoh akil baligh.

Aspek Ilmu Pengetahuan.

12. Kebanyakan orang Arab Jahiliah buta huruf.

· Walaupun terdapat dalam kalangan mereka saudagar – saudagar atau pedagang luar lebih maju tetapi pedagang Arab tidak mengambil peluang untuk aktiviti perdagangan yang lebih menguntungkan.

· Selain keuntungan mereka mengejar keseronokan.

· Kemahiran bersyair dan bersajak hanya digunakan untuk meluahkan perasaan melalui kata – kata yang terhasil melalui pemikiran yang spontan.

· Daya hafalan yang tinggi dan keupayaan berkhutbah hanya melibatkan perkara – perkara yang berkaitan dengan lampau yang kurang berkualiti ilmiahnya.

· Dalam kalangan masyarakat Arab yang terkenal kerana kebijaksanaan berniaga, hanya 17 orang sahaja yang boleh membaca dan menulis.

· Faktor sikap saling membenci dan sering bertelagah dan juga berperang menyebabkan ruang untuk menimba ilmu pengetahuan menjadi tertutup.

· Dengan itu ciri – ciri kejahilan sangat ketara dalam kalangan mereka.

13. Nilai – nilai positif dan mulia masyarakat Arab jahiliah.

Walaupun orang – orang Arab jahilian digambarkan dengan penuh kejahilan dan kesesatan, namun orang Arab jahiliah memiliki sifat – sifat positif dan mulia.

i. Mereka amat menghormati tetamu yang datang berkunjung ke tempatnya.

· Mereka akan melayan tetamu dengan memberikan jamuan yang hebat.

· Adakalanya mereka sanggup berhutang semata – mata ingin menghormati tetamu yang datang walaupun tetamu itu adalah musuhnya.

ii. Di samping itu, orang Arab amat berpegang teguh kepada janji yang telah dikotakan.

· Mereka akan menunaikan janji walaupun melibatkan soal keselamatan nyawa.

iii. Orang – orang Arab Jahiliah juga menghormati dan mentaati pemimpin.

C. KESIMPULAN (1 markah)

· Setelah kedatangan Islam Nabi Muhammad s.a.w telah berjaya mengubah kehidupan masyarakat Jahiliyah berteraskan akidah, syariat dan akhlak Islam.

· Bangsa Arab telah berjaya membina ketamadunan manusia yang tinggi berteraskan Islam.

[ SOKONG BLOG INI, SILA SIGN BUKU PELAWAT ]

Related Posts with Thumbnails

PENYOKONG BLOG SEJARAH

PENAFIAN :

Penulis blog tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan, kerugian atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada mana-mana bahagian dalam laman blog ini. Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster dan/atau Lain-Lain Penulis.