| |
Untuk melakukan yang terbaik dalam hidup, kita perlu buat sesuatu dengan bersungguh-sungguh dan secara luar biasa walaupun ia mungkin sesuatu yang baru buat diri kita. Anda sebagai pelajar biasa , yang bersekolah di sekolah biasa perlu berusaha secara luar biasa untuk menghasilkan keputusan yang juga luar biasa !!!
Anda perlu letak matlamat untuk capai 5P dalam STPM 2010. Capai 5 Prinsipal A ! Perlu usaha bersungguh-sungguh sebab ia suatu matlamat yang luar biasa . Anda mampu mencapainya jika anda mahu !
Tapi, nak membina matlamat dan pencapaian yang terbaik itu, anda kena sanggup melakukan sesuatu yang tak sanggup dilakukan oleh ramai pelajar . Kebanyakan daripada anda tak bertahan dengan fikiran positif, puncanya dari diri mereka sendiri. SIKAP tidak diperbetulkan . Jika SIKAP kita betul, Insyaallah kita akan berjaya.
Sebab apa jadi macam tu ? Sebab SIKAP tak positif betul-betul.
Dr Tuah Iskandar ada kata, bila dah buat sesuatu, buat biar betul-betul supaya kita merasai hasilnya. Jadi, kita membina sikap berfikiran positif untuk kita merubah hidup kita. Biar kita berfikiran positif, betul-betul positif, bukan sekejap positif , sekejap negatif.
Ketika memulakan sesuatu, belajar sesuatu, membaca sesuatu,menyiapkan tugasan dan latihan - pandanglah ia dari sudut positif agar anda melakukannya secara positif, penuh minat dan Insyaallah, akan mendapat hasil yang positif.