ENJIN CARIAN BAHAN

Sabtu, 25 Januari 2014

Sistem Pemerintahan Nabi Muhammad di Madinah

Huraikan sistem pemerintahan yang dijalankan oleh Nabi Muhammad S.A.W di Madinah.

PENGENALAN (3 markah)

1. Latar belakang kerajaan Nabi Muhammad s.a.w .

2. Pengertian sistem pemerintahan

3. Sistem politik dan perlantikan ketua negara kerajaan Nabi Muhammad s.a.w.

4. Penegasan soalan – Rasulullah s.a.w mengamalkan sistem pemerintahan Islam sepenuhnya.

A. ISI: Sistem Pemerintahan Yang Dijalankan Oleh Nabi Muhammad S.A.W Di

Madinah.(7 isi X 3 markah)

1. Bidang kuasa pemerintahan

· Nabi memegang jawatan sebagai ketua negara iaitu kepimpinan menyeluruh dalam perkara berkaitan agama dan pemerintahan seperti memelihara agama Islam, memimpin umat Islam, memantapkan pemerintahan, mengukuhkan sistem ekonomi, menegakkan keadilan, memperluaskan wilayah Islam dan membanteras gerakan menentang Islam.

· Kepimpinan Nabi Muhammad s.a.w berlandaskan wahyu dan norma-norma masyarakat yang tidak bertentangan dengan ajaran Islam.

2. Pentadbiran negara.

· Nabi mempunyai kuasa melantik pegawai-pegawai. Ketua negara dibantu oleh sahabat yang duduk dalam Majlis Syura dan mengetuai setiap biro.

· Jawatan pembantu Nabi Muhammad dalam urusan pentadbiran iaitu Muawin at tafwidh (Wuzara at Tafwidh) adalah pembantu yang dilantik untuk membantu dalam melaksanakan tugas-tugas pentadbiran. Pegawai-pegawai terdiri daripada kalangan sahabat .

· Asas-asas pentadbiran negara Islam – sistem syura, keadilan, persamaan hak, kebebasan, ketaatan, dan berdasar Al-Quran dan Al-Sunnah.

3. Dasar keselamatan dan pertahanan negara.

· Pada zaman Nabi Muhammad s.a.w anggota tentera terdiri daripada anggota sukarela, dan mengamalkan konsep jihad.

· Tentera diagihkan harta rampasan perang dan tiada gaji yang khusus.

· Nabi berperanan sebagai ketua tentera dan panglima perang yang bertanggungjawab merancang strategi peperangan dan menekankan amalan etika peperangan kepada tentera Islam.

4. Pemerintahan berteraskan wahyu

· Pemerintahan pada zaman nabi Muhammad s.a.w berteraskan al-Quran dan al-sunnah.

· Baginda menjalankan pemerintahan negara melalui musyawarah dengan para sahabat berdasarkan al-Quran, sunnah, dan perlembagaan yang digubal dikenali sebagai Piagam Madinah.

· Menurut Haji Dasuki Haji Ahmad dalam Ikhtisar Perkembangan Islam, beliau menyatakan bahawa tindakan yang dilakukan oleh Nabi Muhammad s.a.w ini tidak pernah dilakukan oleh mana-mana nabi dan rasul sebelumnya.

5. Konsep Ummah

· Semasa Nabi Muhammad s.a.w tiba di Madinah, penduduk Madinah berpecah belah apabila peperangan sering berlaku antara kaum.

· Nabi Muhammad s.a.w berusaha untuk mengamankan keadaan tersebut dan menyatupadukan kaum Madinah dengan meletakkan mereka di bawah satu pemerintahan, iaitu pemerintahan Islam Madinah.

· Ajaran dan tindakan yang dilakukan oleh Nabi Muhammad s.a.w ialah membentuk perpaduan tanpa mengira status, kedudukan, dan asal usul.

· Baginda telah menyatukan golongan Aus dan Khazraj penduduk Arab Madinah menjadi golongan Ansar.

· Seterusnya, baginda mempersaudarakan golongan Ansar dengan Muhajirin.

· Golongan Yahudi diberikan kebebasan beragama.

· Akhirnya, usaha ini melahirkan perpaduan masyarakat Madinah dalam konsep satu Ummah.

· Nabi Muhammad s.a.w menekankan aspek persamaan taraf dalam masyarakat Madinah.

· Amalan hamba dilarang dalam sistem masyarakat Islam.

· Kedudukan wanita dibela.

· Keadilan sosial diamalkan iaitu rakyat diberikan kebebasan beragama dan kebebasan ekonomi.

6. Hubungan diplomatik

· Nabi Muhammad telah mengasaskan kerajaan Islam yang pertama iaitu kerajaan Islam Madinah.

· Sehubungan itu, untuk mengukuhkan pengaruh kerajaan Islam, maka Nabi Muhammad s.a.w telah menjalinkan hubungan diplomatik dengan negara-negara lain seperti Habsyah, Mesir, Byzantine, dan Parsi bagi memperkenalkan ajaran Islam kepada mereka.

7. Dasar memajukan ilmu pengetahuan dan sistem pendidikan

· Sistem pendidikan yang dilaksanakan oleh Nabi Muhammad s.a.w bersumberkan wahyu.

· Keadaan dan suasana kehidupan yang berbeza di antara masyarakat Makkah dan Madinah menyebabkan corak pendidikan di Makkah berbeza dengan di Madinah.

· Secara keseluruhannya, sistem pendidikan pada zaman baginda memfokuskan tiga perkara iaitu pendidikan akidah, pendidikan akhlak dan pendidikan syariat.

· Nabi Muhammad s.a.w bertindak sebagai guru dengan mengumpulkan para pengikutnya dan mengajar mereka mengenai ayat-ayat al Quran yang diturunkan kepada baginda.

· Masjid juga dijadikan sebagai pusat perkembangan institusi pendidikan .

8. Dasar ekonomi negara.

· Nabi Muhammad s.a.w telah memperkenalkan dasar ekonomi baru bagi menggantikan dasar ekonomi lama, atau jahiliyah.

· Baginda menggalakkan masyarakat bekerja apa sahaja bentuk pekerjaan yang halal seperti perniagaan, pertanian, dan ternakan. Contoh: Tanah-tanah yang terbiar diusahakan dan tanah-tanah yang tergadai kepada orang Yahudi ditebus dan diserahkan kepada mereka yang tidak bertanah untuk diusahakan.

· Kegiatan perdagangan diperluaskan hingga ke Syam.

· Dalam hal ini, Nabi Muhammad s.a.w menggalakkan semua manusia bekerja mencari harta kekayaan.

· Nabi Muhammad s.a.w telah mewujudkan satu sistem ekonomi yang dapat menjamin keadilan. Contohnya kekayaan yang dimiliki itu juga digunakan untuk orang lain yang tidak memilikinya, iaitu memberi sedekah kepada orang yang memerlukan.

· Ajaran Islam melarang amalan riba, penindasan, dan penipuan.

9. Dasar Perundangan.

· Nabi Muhamad s.a.w sebagai tempat rujukan hukum.

· Al – Quran dan Al – Sunnah sebagai sumber perundangan.

· Piagam Madinah sebagai panduan perundangan.

C. KESIMPULAN:( 1 markah)

Nabi Muhammad SAW telah mengasaskan sebuah pemerintahan yang lengkap. Pemerintahan yang berteraskan ajaran Islam telah menjadikan pemerintahan baginda sebuah pemerintahan yang adil dan saksama kepada semua umat manusia sama ada orang Islam mahupun bukan Islam.

[ SOKONG BLOG INI, SILA SIGN BUKU PELAWAT ]

Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails

PENYOKONG BLOG SEJARAH

PENAFIAN :

Penulis blog tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan, kerugian atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada mana-mana bahagian dalam laman blog ini. Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster dan/atau Lain-Lain Penulis.