ENJIN CARIAN BAHAN

Isnin, 6 Januari 2014

Ciri-ciri Masyarakat Arab Jahiliyah

Bincangkan ciri-ciri masyarakat Arab pada zaman Jahiliyah.

A. PENGENALAN (3 markah)

  1. Definisi jahiliah – bodoh atau sesat.

a. Zaman kegelapan yang tiada kesejahteraan hidup.

b. Masyarakat tidak ada nabi dan kitab suci sebagai petunjuk.

c. Tidak mempunyai peradaban.

d. Tidak berakhlak, angkuh dan bongkak.

e. Tidak boleh membaca dan menulis.

  1. Era Jahiliah : selepas keruntuhan Empangan Maarib hingga tahun 610 Masihi, penerimaan wahyu pertama oleh Nabi Muhammad s.a.w.

B. ISI : CIRI – CIRI MASYARAKAT ARAB JAHILIAH (7 isi X 3 markah)

1. Aspek agama dan kepercayaan.

· Terdapat pelbagai agama dan kepercayaan di Semenanjung Tanah Arab termasuklah Majusi, Nasrani, Yahudi dan Hanif, Berhala, Animisme dan Tahyul.

· Kepelbagaian ini berlaku kerana adanya pengaruh asing disamping menaruh harapan yang tinggi terhadap alam sekitar yang dipercayaan dapat mengawai dan membantu kehidupan seharian.

· Kepercayaan Majusi disebarkan oleh orang Parsi yang menjajah Bahrain, Oman dan Yaman. Masyarakat Arab di kawasan ini turut memuja api sebagaimana diamalkan oleh Masyarakat Parsi.

· Agama Nasrani disebarkan oleh orang – orang Rom yang menjajah Hirah dan Ghassan di utara Semenanjung Tanah Arab, mereka mempunyai kitab suci tetapi ajaran yang dibawa oleh Nabi Isa a.s telah dipinda berdasarkan kefahaman mereka sendiri. Najran merupakan pusat agama ini.

· Agama Yahudi disebarkan oleh saudagar – saudagar yang berasal dari Palestine. Penganut asal agama ini ialah Bani Israil. Mereka mempunyai kitab suci tetapi ajaran yang dibawa oleh Nabi Musa telah dipinda oleh orang – orang Yahudi. Mereka membohongi masyarakat Arab, dengan menyatakan agama mereka benar daripada Allah s.w.t. Agama Yahudi bertapak di Yaman dan Madinah.

· Disamping itu terdapat segelintir orang Arab yang menganut ajaran yang dibawa oleh Nabi Ibrahim a.s digelar Hunafa dan bertempat Makkah. Nabi Ibrahim dan puteranya Nabi Ismail a.s sampai di Makkah lebih awal. Maka ajaran Hanif mendahului ajaran Yahudi dan Nasrani di Arab.

· Penganut agama – agama dari langit iaitu Hanif, Nasrani dan Yahudi dalam kalangan masyarakat Arab tidak ramai, mereka menjalani kehidupan berdasarkan ajaran yang dianuti kecuali penganut Yahudi didapati lebih kejam terhadap penganut ajaran lain.

· Kepercayaan yang paling dominan di kalangan masyarakat Arab ialah penyembahan berhala. Penyembahan berhala muncul selepas kewafatan Nabi Ismail a.s Masyarakat berkehendakan perantara bagi menghubungkan mereka dengan Allah s.w.t Mereka mencipta berhala – berhala daripada kayu – kayu dan batu dan diletakkan disekeliling Kaabah. Penyembahan berhala muncul lebih awal dari agama Nasrani dan Yahudi. Masyarakat Arab menganggap penyembahan berhala adalah amalan nenek moyang mereka yang perlu dipertahankan.

· Di samping mempercayai berhala, masyarakat Arab percaya kepada animisme dan tahyul.

· Objek cakerawala dan objek di bumi disembah sebagai menandakan pengharapan dan terima kasih ke atas apa yang mereka terima.

· Mereka memuja tukang tilik dan percaya tanda-tanda baik dan buruk yang ditunjukan sesuatu objek.

· Kepelbagaian dalam agama turut menyumbang kepada amalan-amalan lain yang berbagai rupa termasuk amalan berpolitik, berekonomi dan bersosial.

· Mereka mempercayai kepercayaan karut dan tahyul seperti percaya pada pergerakan burung, mengikat tali pada pokok untuk menunjukkan taat setia isteri, percaya pada tangkal dsb.

Aspek Politik dan pentadbiran.

2. Tidak terdapat struktur pentadbiran/politik yang tetap dan jelas dalam kalangan masyarakat Arab di bahagian utara dan selatan.

· Hirah dan Ghassan di utara telah dijajah oleh kerajaan Rom dan Yaman di selatan di kuasai oleh kuasa Rom dan Parsi.

· Masyarakat Arab di kawasan ini bercelaru dari aspek pentadbiran, mereka tidak mampu melawan penjajah dan sentiasa kalah.

· Di bahagian selatan iaitu ketika kerajaan Himyar, anak tempatan diberi jawatan tetap tetapi statusnya hanya boneka kepada kerajaan Parsi.

· Di Makkah, struktur politik masyarakatnya agak jelas.

3. Terdapat Majlis Tindakan ( Darul Nadwah ) oleh jabatan – jabatan pentadbiran dan ada pemimpin yang bergelar Sheikh.

· Namun ciri – ciri politiknya mempunyai unsur – unsur jahiliah.

4. Mereka mengamalkan politik berkabilah yang membawa kepada perebutan kuasa yang hebat.

· Suasana pentadbiran menjadi gawat dan tidak tenteram.

· Berlaku diskriminasi puak, memuja kuasa, bersifat agresif, pendendam dan ingin menguasai puak – puak lain.

· Perebutan kuasa antara bani berlaku bagi mendapatkan kuasa mentadbir Jabatan Haji, perdagangan dan ketenteraman yang amat penting.

5. Di samping itu ketua – ketua suku terpaksa membentuk majlis ketua – ketua suku iaitu Mala’.

· Golongan berpengaruh berjaya mempengaruhi keputusan Mala’ dan menjaga kepentingan kaum yang lemah.

· Kecelaruan politik masyarakat Makkah berlaku apabila golongan bangsawan iaitu pentadbir lebih cenderung untuk bergiat aktif dalam perdagangan untuk mencari kekayaan.

Aspek Ekonomi.

6. Perdagangan merupakan kegiatan ekonomi utama masyarakat Arab bandar.

· Hubungan perdagangan diantara bandar di Syria dengan di Yaman di selatan memberi nafas kepada bangsa Arab.

· Namun akibat penjajahan oleh Rom ke atas Syria oleh Parsi ke atas Yaman. Perdagangan Arab turut terjejas, saudagar Arab Makkah menghadapi kesan itu dengan pelbagai cara.

· Mereka mengeksport perdagangan satu hala dengan suku Badwi yang menternak binatang.

· Cara hidup Badwi berpindah randah mendatangkan kesukaran kepada saudagar Makkah. Suku Badwi sentiasa menyerang saudagar atau kafilah yang melalui kawasan mereka sebagai tanda tindak balas ataupun untuk memenuhi desakan kebendaan.

· Ketika Makkah dipimpin oleh Abdul Manaf, urusan perdagangan diagihkan tugas kepada anak – anaknya. Misi – misi perdagangan dihantar ke Syiria, Habsyah, Yaman dan Parsi.

· Barang rempah, permata, emas, sutera dan lain – lain diimport. Manakala berhala, buah tamar, kulit binatang dan lain – lain dieksport melalui pelabuhan – pelabuhan.

· Pada zaman Hashim bin Abdul Manaf ( Moyang Nabi Muhammad s.a.w ) perjanjian perdagangan dua hala dengan Maharaja Byzantine dan Parsi diwujudkan.

· Pakatan dagangan juga diwujudkan dengan kabilah di Yaman dan Syam.

· Sistem perniagaan bermusim juga diwujudkan bagi meneruskan kegiatan perdagangan.

· Musim sejuk pedagang Makkah akan ke Yaman dan pada musim panas mereka akan ke utara ( Syam ).

7. Pasar – pasar diadakan di Makkah dan sekitarnya.

· Barangan bijirin, buah – buahan, pakaian, hamba abdi yang tidak ditebus setelah mereka kalah berperang dan barangan lain dijual di pasar – pasar.

· Sistem tukar barang diamalkan.

· Penipuan dan riba turut berleluasa.

Aspek Sosial.

8. Struktur sosial masyarakat Arab agak mudah, terdiri daripada golongan bangsawan dan hamba.

· Golongan bangsawan wujud di bandar.

· Mereka berpuak – puak berdasarkan pertalian darah dan semangat assabiyah amat tebal.

· Setiap puaknya melantik seorang sheikh dalam kalangan mereka dan menjadi ketua bagi kabilah itu.

· Hamba pula dibeli untuk dikerah bekerja.

· Suku Badwi pula hidup berpuak – puak dan ketua puak dipilih dalam kalangan anggota yang berpengaruh.

· Sistem berkabilah ini bermula dari satu keluarga dan kemudiannya bergabung menjadi keluarga besar disebut bani.

· Suku Badwi tidak wujud bani kerana kehidupan mereka yang sering berpindah randah dan mereka percaya semakin kecil sesuatu kelompok semakin kuat masyarakatnya.

9. Semangat Assabiyyah menyuburkan ciri – ciri jahiliah

· Tingkah laku mereka kasar terhadap puak lain.

· Peperangan mudah berlaku walaupun disebabkan oleh perkara – perkara kecil.

· Peperangan dilakukan untuk menguji kekuatan dan mengejar nama.

· Pernah berlaku peperangan yang berlangsung lama dan pihak yang kalah akan ditawan dan dijadikan hamba abdi.

10. Akhlak yang runtuh dan tingkah laku yang kasar dan menurut peraturan dan undang – undang hawa nafsu menyebabkan tindakan mereka dilepas tanpa kawalan.

· Masyarakat pada masa ini melakukan akhlak yang terkeji seperti membunuh, berjudi, berzina, merompak, minum arak dan sebagainya.

· Golongan bangsawan menikmati kehidupan mewah dengan melibatkan kegiatan perjudian, pelacuran dan pembunuhan.

11. Kaum wanita dipandang hina.

· Wanita dijadikan sebagai barang perhiasan dan pemuas nafsu lelaki.

· Isteri yang kematian suami akan menjadi rebutan antara anak-anak lelaki.

· Bayi perempuan ditanam hidup – hidup bagi mengelakkan kesempitan hidup atau menanggung malu.

· Walaubagaimanapun terdapat keluarga yang menyayangi anak perempuan mereka.

· Darun Nadwah dijadikan tempat keramaian bagi mengisytiharkan anak perempuan mereka sebagai perempuan dewasa apabila sampai tempoh akil baligh.

Aspek Ilmu Pengetahuan.

12. Kebanyakan orang Arab Jahiliah buta huruf.

· Walaupun terdapat dalam kalangan mereka saudagar – saudagar atau pedagang luar lebih maju tetapi pedagang Arab tidak mengambil peluang untuk aktiviti perdagangan yang lebih menguntungkan.

· Selain keuntungan mereka mengejar keseronokan.

· Kemahiran bersyair dan bersajak hanya digunakan untuk meluahkan perasaan melalui kata – kata yang terhasil melalui pemikiran yang spontan.

· Daya hafalan yang tinggi dan keupayaan berkhutbah hanya melibatkan perkara – perkara yang berkaitan dengan lampau yang kurang berkualiti ilmiahnya.

· Dalam kalangan masyarakat Arab yang terkenal kerana kebijaksanaan berniaga, hanya 17 orang sahaja yang boleh membaca dan menulis.

· Faktor sikap saling membenci dan sering bertelagah dan juga berperang menyebabkan ruang untuk menimba ilmu pengetahuan menjadi tertutup.

· Dengan itu ciri – ciri kejahilan sangat ketara dalam kalangan mereka.

13. Nilai – nilai positif dan mulia masyarakat Arab jahiliah.

Walaupun orang – orang Arab jahilian digambarkan dengan penuh kejahilan dan kesesatan, namun orang Arab jahiliah memiliki sifat – sifat positif dan mulia.

i. Mereka amat menghormati tetamu yang datang berkunjung ke tempatnya.

· Mereka akan melayan tetamu dengan memberikan jamuan yang hebat.

· Adakalanya mereka sanggup berhutang semata – mata ingin menghormati tetamu yang datang walaupun tetamu itu adalah musuhnya.

ii. Di samping itu, orang Arab amat berpegang teguh kepada janji yang telah dikotakan.

· Mereka akan menunaikan janji walaupun melibatkan soal keselamatan nyawa.

iii. Orang – orang Arab Jahiliah juga menghormati dan mentaati pemimpin.

C. KESIMPULAN (1 markah)

· Setelah kedatangan Islam Nabi Muhammad s.a.w telah berjaya mengubah kehidupan masyarakat Jahiliyah berteraskan akidah, syariat dan akhlak Islam.

· Bangsa Arab telah berjaya membina ketamadunan manusia yang tinggi berteraskan Islam.

[ SOKONG BLOG INI, SILA SIGN BUKU PELAWAT ]

Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails

PENYOKONG BLOG SEJARAH

PENAFIAN :

Penulis blog tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan, kerugian atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada mana-mana bahagian dalam laman blog ini. Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster dan/atau Lain-Lain Penulis.