ENJIN CARIAN BAHAN

Khamis, 3 Mac 2011

PERANGKAP PEMIKIRAN SEKULAR

Para pelajar Kelas PRA-U - 6 Syafie, Hanafi dan Maliki SMK Dary,

Saya nak mulakan artikel bulan ini dengan tulisan ini. Lama juga saya tak mengupdate blog saya ni. Sibuk juga tapi kekadang sengaja menyibuk. Harap kamu semua tekun belajar sebagai persiapan menghadapi STPM 2011. Perlu mula dari sekarang. Jangan baru nak buka langkah bila dah  ‘last minute’. Nanti bila keluar keputusan STPM, barulah nak menyesal dengan pelbagai ‘kalau’ . Kalau lah aku belajar sungguh-sungguh dulu, kalaulah aku tak buang masa sia-sia, dan pelbagai kalau lagi.Tak guna dah masa tu. Cuba fahami tulisan ini.

Keputusan STPM 2011

Tak terlewat juga saya nak ucapkan tahniah kepada mereka yang seramai 15 orang yang cemerlang 5Prinsipal dalam STPM 2010. Keputusan keseluruhan sekolah sedikit meningkat sebanyak 94.75 %. Tahniah kepada Jannatul Makwa bt Samsudin kerana menjadi pelajar terbaik dengan pencapaian 3A 2B. Keputusan subjek sejarah walaupun sedikit merosot tetapi masih mengekalkan pencapaian A paling ramai. Hanya 8 saja A berbanding 2010 seramai18 orang. Namun saya tetap bersyukur.

Terdapat banyak kejutan juga tahun ini. Ada yang terkejut, gembira, tak percaya,menyesal, …….. .Ada yang sebenarnya telah menempah kegagalan sejak awal-awal lagi. Kenapa saya berkata begitu ???? Sebab tidak makan nasihat……. malas, tak mau berubah, sambil lewa, buang masa, dll. Kepada pelajar tahun ni , 2011, tolong sedarkan  diri . Kepada yang berkenaan, berubahlah jika tak mahu menempah kegagalan awal-awal lagi. Muhasabah diri masing-masing dari sekarang.

Kepada semua pelajar saya yang dikasihi,

Dalam belajar ini, agar semuanya diberkati kita perlu berusaha mendapat keredhaan Allah, Ibu bapa dan guru-guru. Semuanya kita mesti cuba selaraskan dengan syariat Islam walaupun saya sedar banyak halangan kerana sistem pendidikan kita yang demikian sifatnya. Tapi itu bukan alasan total untuk kita menolak untuk cuba melaksanakan apa pun yang selaras dengan kehendak syariat Allah secara menyeluruh

Hati-hatilah dengan perangkap sekular dan pendukung fahaman ini. Ia bukan fahaman yang selaras dengan Islam.( Itu pun jika kamu mengaku kamu beragama Islam, bangga menjadi Islam dan nak mengamalkan Islam sebagai A Way Of Live ).Fahaman ini ada di mana-mana dalam kehidupan kita ini sekarang ini. Lubang sekular sangat luas.Bentengnya hanyalah apabila kita mengimani, memahami, menghayati dan mengamalkan ajaran agama kita, ISLAM.

Gerakan Renaisans

Cuba ingat apa yang kita sudah belajar dalam Sejarah Tamadun Dunia. Idea sekular asalnya timbul di Eropah/Barat apabila mereka cuba melepaskan diri dari penguasaan Pendeta dan Gereja Kristian Katholik pada zaman gelap. Selepas renaisans, mereka berjaya mengasingkan agama/gereja dengan pemerintahan negara seperti kejayaan gerakan John Calvin dan Martin Luther. Itu idea asal pemikiran sekular. Namun, pemisahan agama dengan kehidupan lain semakin melebar seperti dilihat sekarang idea sekular yang dibawa oleh Barat merangkupi pemisahan agama dalam semua aspek kehidupan seperti dalam pendidikan, ekonomi, sosial, politik, pergaulan, berpakaian, pemikiran, sukan dan sebagainya. Pemisahan bermaksud tiada idea dan sangkut paut  agama dalam hal-hal kehidupan seharian yang lain. Agama hanya dalam rumah ibadat sahaja, dalam masjid sahaja. Ibadat sahaja.Solat, puasa, zakat,dan haji saja. Yang lain tak termasuk. Atau pun mengambil sebahagian atau sesuatu hukum tetapi menolak sebahagian yang lain.   Maka lahirlah amalan seperti pergaulan bebas lelaki dan perempuan, pendedahan aurat,dan pelbagai lagi. Itulah kesan fahaman sekular !!!! Setakat mana sensitiviti kita tentang perkara seumpama ini ?

image

Zaman Jahiliah

Cuba ingat pula apa yang kita belajar dalam Sejarah Tamadun Islam. Nabi Muhammad S.A.W diutuskan untuk menghapuskan amalan Jahiliah daripada masyarakat Arab pada ketika itu. Perangai dan sifat jahiliah mereka jelas dalam semua aspek kehidupan meliputi kepercayaan agama, ekonomi, politik, pendidikan, dan sosial. Nabi Muhammad dan Islam membawa cahaya dan tamadun dalam semua aspek tersebut bukan hanya dalam agama sahaja kepada bangsa Arab. Maka selepas itu masyarakat Arab menjadi sebuah masyarakat yang bertamadun dan menjadikan Islam teras dalam semua aspek kehidupan.

Pada zaman kita ini, kita patut risau kerana kita ada kedua-duanya sekali. Jahiliah moden dan berfahaman sekular mendominasi kita sekarang. Apa yang cuba saya nak sampaikan ialah kamu semua cuba fahami dari sudut kamu sebagai seorang pelajar. Dalam belajar ini, ia akan dianggap ibadat dan mendapat keberkatan jika selaras dengan syariat Allah. Antara syaratnya ialah cuba jaga pergaulan lelaki perempuan agar ada batas-batasnya mengikut ajaran Islam. Sesiapa sahaja boleh jatuh iman kerana ini. Nafsu tidak kenal siapa !!  Jika kita tidak melihat perlunya agama dalam pergaulan, itulah perangkap sekular dan jahiliah .

image

Jaga aurat

Jaga aurat bukan urat !!! Aurat perempuan adalah semua kecuali muka dan tapak tangan manakala aurat lelaki adalah antara pusat dengan lutut. Kawasan aurat wajib ditutup. Ramai yang tahu tapi tak mahu buat. Dan jangan pula memperlekeh dan mempermudahkan hukum ini. Siapa kita nak meremehkannya. Sebagai contoh, kawasan pergelangan tangan bagi perempuan jelas dihukumkan sebagai aurat. Tapi ramai buat mudah. Bagi yang  berfikiran sekular dan jahiliah moden, mereka akan menganggap hukum ini menyusahkan, tak moden. Jika tak mampu melaksanakannya, itu adalah kelemahan kamu,tetapi jangan menidakkan hukum itu dengan pelbagai alasan logik akal. Itulah perangkap sekular dan jahiliah moden. Silap-silap boleh jadi kafir jika dibahas dari sudut aqidah . Hati-hati !

image image image

(Berpakaian tapi telanjang !!!!!!!!! ……… anda bagaimana ???)

Ya Allah, sewajarnya kita semua sedar. Sewajarnya diri kita terketuk. Kadang-kadang kita cuma pandai bercakap. Kita pandai berhujah dan berkata-kata dengan akal yang dirasakan sangat sempurna. Kadang-kadang kita juga cuma pandai mengeluarkan dalil dari hadis dan ayat Quran. Mengeluarkan idea-idea yang nampak hebat daripada teorinya tetapi hanya retorik. Mengeluarkan istilah-istilah yang bunyinya macam islamik tetapi salah pentafsirannya. Kadang-kala bicara menggegarkan telinga dan menggoncangkan bumi.

Pelik, kadang-kadang kita merasakan kita bijak mengatur. Tapi sebenarnya, bukankah apabila kita belajar, kita bekerja dan kita berkehidupan, ada agama, tarbiyah dan da`kwah di situ? Kenapa perlu diasingkan urusan dunia itu daripada ajaran Islam. Belajar tetap belajar, tapi dalam masa yang sama, sesi pembelajaran itu selaras dengan kehendak Islam. Apa salahnya ketika kita belajar dan bekerja, kita ikut apa Islam kata, bercakap dan mengajak orang kepada Islam. Apa salah masa kita belajar dan bekerja, kita cuba masukkan dalam perbualan akademik berkaitan Islam untuk bawa ummat kembali kepada Islam jika kita mampu walaupun sepotong ayat. Hatta, walaupun ketika bermain bowling sekalipun, atau snuker atau futsal atau sekadar berbual kosong, tetapi kalau kita mampu membawa kepada Islam dan tarbiyah, itu adalah satu perkara yang amat dituntut oleh Islam.

Memang sukar untuk kita laksanakan dengan ideal dalam keadaan umat dicengkam dengan fahaman sekular dan jahilah ini. Kita tak nampak indahnya Islam kerana hati-hati kita ditutup oleh cahaya hitam sekular dan jahiliah. Tetapi kaedah feqah ada menyebut, kalau tak mampu laksanakan semua , jangan pulak tinggal semua. Tapi ini tidak pula bermaksud kita buat apa yang sesuai dengan selera kita sahaja.

Sebagai umat Islam, saya menyeru diri saya dan semua pelajar, marilah kita berbangga dengan agama Islam yang kita anuti. Dalam keadaan masyarakat Barat yang dikatakan berbondong-bondong cuba mengenali dan masuk Islam, janganlah pula kita penganut Islam yang kita warisi secara baka ini memudahkan ajaran Islam. Berbanggalah menjadi seorang Islam.

Para pelajarku, mampukah kita mengatakan kita telah beriman kepada Allah sedangkan kita belum diuji? Teringat kisah pejuang-pejuang terdahulu. Mereka telah diuji dengan ujian yang sesungguhnya.

Ada yang digergaji kepala mereka, ada yang disikat belakang mereka dengan sikat besi sehingga ternampak tulang mereka. Tetapi tidak mereka berpaling dari jalan Islam ini. Teringat Zainab al-Ghazali yang dipenjara di dalam penjara air dan dikurung bersama anjing-anjing yang ganas. Teringat kepada Imam Hassan al-Banna yang perjuangan ikhwan itu telah di tekan dengan hebat sehingga al-Banna mereguk keindahan syahid. Teringat Syed Qutb yang hayatnya digunakan untuk perjuangan Islam dan tamat hidupnya di tali gantung setelah dipenjara. Teringat al-Maududi yang dipenjara kerana apa yang dibawakan hanya kefahaman yang benar terhadap Islam. Teringat Mustafa Masyhur yang kakinya patah di dalam penjara kejam Mesir. Oh.. Tuhan.. betapa hebatnya pendukung agama Mu!!

Mereka itu adalah pejuang Ikhwan Muslimin yang berjaya merubah persepsi ummat terhadap Islam. Daripada Hassan al-Banna, Hassan Hudaibi sehinggalah Mahdi Akief saat ini, telah merasa tentangan yang dahsyat. Pejuang-pejuang Islam yang lain sejak awal perjuangan da`wah Ar Rasul sampai hari ini dan saat ini telah merasa indah nikmatnya tribulasi dan ujian dalam menegakkan Islam ini.

image

Semoga terus bergerak aku dalam jalan ini. Semoga terus bergerak kita dalam jalan ini!!

Bacaan lanjut : http://sejarahstpm.blogspot.com/2008/11/hakikat-sekularisme-dan-kaedah.html

[ SOKONG BLOG INI, SILA SIGN BUKU PELAWAT ]

Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails

PENYOKONG BLOG SEJARAH

PENAFIAN :

Penulis blog tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan, kerugian atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada mana-mana bahagian dalam laman blog ini. Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster dan/atau Lain-Lain Penulis.