ENJIN CARIAN BAHAN

Memuatkan ...

Ahad, 18 Oktober 2009

KEKALKAN MOTIVASI DIRI

Motivasi Diri

Kita memerlukan sesuatu yang boleh menjadi daya pendorong atau motivasi untuk melakukan sesuatu pekerjaan. Kalau pelajar yang ingin berjaya tentu memerlukan motivasi diri untuk mencapai kejayaan.
Bagi seorang pekerja pula, tentu memerlukan motivasi untuk melakukan pekerjaan dengan baik...tambahan pula perlu melakukan kerja yang sama setiap hari. Tentu bosan akan muncul jua di dalam hati.

Di bawah ni ada beberapa tips yang boleh kita praktikkan untuk motivasi diri..

1. Rancangkan dahulu apa yang perlu dibuat dan tetapkan matlamat. ( 5 Prinsipal A …… )

image

2. Senyumlah selalu..senyuman boleh menenangkan jiwa dan juga sebagai sedekah.

image

3.Dapatkan rehat dan tidur yang berkualiti.

image

4. Jangan membahayakan diri sendiri atau menzalimi diri.

image

5. Binalah persahabatan yang erat dan saling menyayangi.

image

6. Sesekali hiburkanlah hati sendiri dengan melakukan apa yang diminati.( Tapi ikutlah batasan syariat agama )

image

7. Tonjolkan penampilan diri yang menarik dan kemas. Sesekali bergaya, apa salahnya. ( Apa pun akhlak dan aurat mesti jaga )

image

8. Kawal berat badan anda dan jangan terlebih makan..takut jadi obes pula.

image

9. Amalkan gaya hidup sihat. Jangan menghisap rokok..bahaya untuk kesihatan.

image

10. Lakukan pemeriksaan kesihatan menyeluruh bagi mengetahui tahap kesihatan diri.

image

11. Tenangkan fikiran dan relaks sekejap.

image

12. Mandi setiap hari... jangan malas mandi tau !

image

13. Jadilah diri sendiri (bukan orang lain) dan berbanggalah dengan kemampuan diri.

image

14. Jangan menunjuk-nunjuk atau alim-alim kucing.

image

15. Lakukan kerja seikhlas hati.( kerana Allah )

image

16. Yang paling penting, sentiasalah berdoa kepada Allah.

image

SEMOGA SUKSES DAN KEJAYAAN MENANTI KITA. INSYAALLAH.

Sumber : Emel daripada Cikgu Noraini Hasbollah, Guru Cemerlang Geografi, Negeri Perak

[ SOKONG BLOG INI, SILA SIGN BUKU PELAWAT ]

Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails

PENYOKONG BLOG SEJARAH

PENAFIAN :

Penulis blog tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan, kerugian atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada mana-mana bahagian dalam laman blog ini. Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster dan/atau Lain-Lain Penulis.