( PELAJAR PRA-U SMKDARY - SILA BUAT LATIHAN INI DAN HANTAR PADA 27/3/2009 )
Bincangkan faktor-faktor penjelajahan dan penerokaan orang Portugis pada abad ke 15M.
PENGENALAN: ( Buat rujukan )
1. Konsep penjelajahan dan penerokaan.
2. Kuasa-kuasa Eropah yang melakukan penjelajahan dan pelayaran
3. Latar belakang kemunculan kuasa Portugis.
ISI : ( BUAT RUJUKAN )
1. Geografi
- Negara Portugal terdedah kepada pengaruh kelautan
- Kedudukan yg terdedah kpd Lautan Atlantik mendorong bangsa tersebut untuk melakukan pelayaran dan penerokaan
- Ini menyebabkan mereka telah menemui jalan ke Timur
2. Keperluan untuk Pasaran dan Bekalan Bahan Mentah
- Ini berlaku akibat perkembangan kapitalisme dan institusi perbankan
- Hal ini telah menggalakkan pengumpulan modal, hak milik persendirian dan persaingan dalam perniagaan
- Perkembangan kapitalisme telah menyebabkan mereka mengamlkan dasar ekonomi merkantilisme
- Dasar merkantilisme menekankan dasar pengumpulan kekayaan, menambah kuasa dan mendapat keuntungan melalui pelaburan di kawasan baru
3. Keadaan politik yg Stabil & Kepimpinan Raja2 Portugal
- Kepimpinan raja2 Portugal dari Dinasti Avis menggalakkan perdagangan dan perkapalan
- Contoh ; Raja Manuel I dari Portugal telah menggalakkan Vasco da Gama mencari jalan laut untuk perdagangan antara Eropah dan Asia
4. Peranan Putera Henry (Henry the Navigator)
- Merupakan seorang sarjana, saintis dan bekas tentera salib
- Mendirikan sekolah pelayaran di Sagres utk melatih pelayar2 yg berminat utk sertai ekspedisi pelayaran
- Pelayar2 yg mendapat latihan di sekolah ini berjaya menakluki kepulauan Madeira
- Kapten2 yg dihantar oleh Putera Henry terlibat dlm perdagangan hamba yg menguntungkan
- Menjelang 1460 M, Portugis berjaya kuasai rangkaian pelabuhan2 dari Madeira ke Cape Verda.
5. Memerlukan Barangan dari Timur
- Mereka memerlukan barangan spt rempah ratus, ubat-ubatan dan kapal
- Pada abad ke-15M, pedagang Islam & Italy kuasai perdagangan dgn Timur dan dapat keuntungan yg besar
- Penguasaan Turki ke atas Contantinople pada 1453 M dan wilayah2 di timur menyebabkan kota2 Italy spt Venice, Genoa dan Pisa kehilangan peranan sebagai pengkalan perdagangan utama
- Mereka juga tidak daapat menerima bekalan barang2 dari Timur dgn tetap
- Ini mendorong kuasa Portugis mencari jalan laut ke Timur utk mendapatkan barangan tersebut dgn kadar harga yg rendah dan memecahkan monopoli saudagar Islam
6. Faktor agama /Galakan Paus
- Ekoran Perang Salib, Paus merestui usaha membanteras kekuasaan Islam dan penguasaan sepenuhnya Semenanjung Iberia.
- Kuasa Portugis juga menjelajah untuk menyebarkan agama Keristian di luar Eropah
7. Kemajuan dalam Teknologi Pelayaran
- Ini menggiatkan lagi penerokaan ke seberang laut
- Penemuan2 baru spt ;
- carta pelayaran (peta) tentang benua Eropah & Laut Mediterranean
- kompas magnetik digunakan utk menentukan arah pelayaran
- astrolob utk tentukan longtitud
- reka bentuk kapal
- Dgn bantuan alat2 ini serta kemampuan membina kapal yg kukuh utk belayar di lautan luas, mereka berjaya terokai kawasan baru.
8. Cerita2 Mengenai Dunia Luar
- Oleh peneroka2 dan pengembara seperti Marco Polo, Odoric Perdanone dan Lidicivo Verthema
- Catatan drpd tokoh2 pelayaran telah melahirkan sifat ingin tahu utk meneroka kawasan baru
- Hal ini mendorong berlakunya pelayaran dan penerokaan Portugis
KESIMPULAN:
1. Portugal merupakan kuasa barat yang paling aktif dalam kegiatan penjajahan dan perdagangan di Timur pada abad ke-16 M.
2. Kekayaan dan kemakmuran yg diperoleh Portugis melalui perdagangan dgn Timur menyebabkan kuasa2 Barat lain spt Sepanyol, Belanda, Perancis dan Inggeris menghantar angkatan mereka ke Timur.
saya suka tajuk nie...meluaskan pemikiran saya
BalasPadamthanks cikgu rasman.....
BalasPadam