ENJIN CARIAN BAHAN

Memuatkan ...

Jumaat, 7 September 2012

TAMADUN DUNIA : TEMA 1 – CIRI-CIRI PERBANDARAN ROM

Huraikan ciri ciri bandar dalam kerajaan Rom sebelum kejatuhan pada 499 M.

A. Pendahuluan

a. Perkataan civilization berasal daripada perkataan Rom, civitas bermaksud bandar,iaitu elemen penting dalam perkembangan tamadun manusia

b. Definisi bandar meliputi semua elemen semulajadi, sosial dan buatan manusia yang berkelompok dalam kawasan-kawasan yang mempunyai penduduk.

c. Aktiviti utama penduduk bandar ialah perdagangan. Bandar juga sebagai tempat perlindungan rakyat dan pusat pentadbiran dan ibu kota diraja.

d. Proses perbandaran pula ialah proses migrasi penduduk yang membawa kepada perkembangan bandar dari segi pertambahan penduduk dan kemasan ruang.

B. Isi

Ciri-ciri bandar Kerajaan Rom

a. Bandar-bandar yang wujud dalam empayar Rom dilengkapi dengan pelbagai bentuk kemudahan untuk memenuhi sifat praktikal masyarakat Rom tersebut.

b. Bagunan-bangunan dibina daripada bahan-bahan yang tidak mudah terbakar, disepanjang jalan yang lebar. Pentadbiran Majlis Perbandaran menjadi badan pentadbir yang bebas daripada campur tangan kerajaan pusat.

c. Kemudahan yang disediakan seperti rumah berhala, teater, sarkas, forum, kawasan pemandian dan istana

d. Kemudahan jalan lebar, lurus dan berturap. Terdapat lebih kurang 20 batang jalan besar menyambungkan seluruh empayar dengan Rom untuk semua aktiviti kehidupan. Jalan-jalan dibina dengan menggunakan satu peralatan “groma” untuk membuat satu garis lurus.

e. Longkang juga dibuat bagi mengelakkan takungan air di atas jalan raya. Jambatan juga dibina untuk menyambung sesuatu jalan.

f. Kemudahan sistem bekalan air juga menjadi satu ciri penting kerajaan Rom. Bandar-bandar ini dilengkapi dengan saluran najis yang baik. Contohnya saluran najis terbesar di Rom disambungkan ke Sungai Tiber. Bekalan air datang dari saluran bawah tanah. Terdapat 2 “aqueducts”sebagai punca bekalan air.

g. Bandar-bandar dalam Empayar Rom juga mempunyai dewan awam yang digunakan untuk pelbagai aktiviti seperti pejabat, mahkamah, perpustakaan dll.Semua bandar menyediakan tempat mandi, panggung dan amphitheatre sebagai gelanggang pertandingan ‘gladiator’. Contoh bandar terkenal ialah bandar Pompei. Penduduk bandar ini berjumlah 201 000 orang. House of Sallust merupakan bentuk rumah yang dibina daripada batu kapur. Terdapat tempat mandi atau “Public Bath” di Pompei.

Kesimpulan

Jelas disini, perkembangan bandar merupakan satu elemen penting perkembangan sesuatu tamadun. Bandar Rom telah menjadi pengukur kepada perkembangan bandar dalam tamadun awal yang indah hingga ke hari ini.

[ SOKONG BLOG INI, SILA SIGN BUKU PELAWAT ]setstats 1

Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails

PENYOKONG BLOG SEJARAH

PENAFIAN :

Penulis blog tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan, kerugian atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada mana-mana bahagian dalam laman blog ini. Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster dan/atau Lain-Lain Penulis.