ENJIN CARIAN BAHAN

Sabtu, 3 Mac 2012

(1) SUKATAN PELAJARAN SEJARAH STPM (BAHARU) (2) PERATURAN & SKEMA PEPERIKSAAN STPM ……. (3) GARIS PANDUAN UMUM PENGURUSAN DAN PENGENDALIAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS) TINGKATAN ENAM

new.aspx
image

Sukatan Pelajaran 940 Sejarah (Baharu) – Sistem Modular
Download  : Klik Sini DOWNLOAD  ( Laman web MPM)   ATAU 
                             Klik Sini  DOWNLOAD   ( Link alternatif )
image

Peraturan dan Skema Peperiksaan (Baharu)

Download : Klik Sini DOWNLOAD ( Laman web MPM) ATAU
                            Klik Sini DOWNLOAD ( Link alternatif )

image
Garis Panduan Umum Pengurusan dan Pengendalian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Tingkatan Enam

Download : Klik Sini DOWNLOAD ( Laman web MPM) ATAU
                      Klik Sini DOWNLOAD ( Link alternatif )
MPM/1(AM)/2012
image
   MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA ( MPM )
PEMBERITAHUAN
PEPERIKSAAN
SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (STPM) BAHARU
1. Dimaklumkan bahawa pada 4 Januari 2012, Mesyuarat Jemaah Menteri (MJM) telah bersetuju meluluskan pelaksanaan sistem pentaksiran baharu STPM bagi menggantikan sistem pentaksiran STPM sedia ada untuk sesi pengambilan tahun 2012/2013.
2. Pelajar yang berada pada tingkatan enam atas sesi persekolahan tahun 2012 tidak terjejas bagi menduduki peperiksaan STPM sedia ada dan merupakan kohort terakhir yang akan menduduki STPM pada bulan November/Disember 2012 seperti yang termaktub dalam Kalendar Peperiksaan STPM dan MUET 2012 yang terdapat pada portal MPM http://www.mpm.edu.my.
3. Pelajar tingkatan enam bawah tahun 2012 merupakan kohort pertama sistem pentaksiran baharu STPM yang akan menduduki peperiksaan penggal 1 persekolahan tingkatan enam pada November 2012 dan juga buat pertama kalinya akan melaksanakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). Kalendar Peperiksaan STPM (baharu) bagi sesi 2012/2013 dan Jadual Waktu Peperiksaan STPM (baharu) bagi sesi 2012/2013 untuk penggal 1 akan dimuat naik pada portal MPM http://www.mpm.edu.my.
4. Dari aspek kandungan pengajian, sistem pentaksiran baharu STPM dibahagikan kepada tiga bahagian kurikulum berdasarkan kelompok tajuk atau mengikut kesesuaian bidang kajian disiplin berkenaan untuk mengisi tiga penggal, iaitu penggal 1, penggal 2, dan penggal 3 dalam tempoh pengajian selama 11/2 tahun.
5. Dalam sistem pentaksiran baharu STPM, tempoh pengajian tingkatan enam adalah sama dengan tempoh persekolahan mengikut kalendar persekolahan yang dilaksanakan pada masa ini. Peruntukan waktu pengajaran juga adalah sama seperti jadual waktu persekolahan yang sedia ada bagi tingkatan enam, iaitu lapan (8) waktu seminggu bagi setiap mata pelajaran (1 waktu pengajaran = 40 minit). Oleh itu, sistem pentaksiran baharu STPM ini tidak menganggu dan tidak mengubah sistem persekolahan sedia ada.
6. Dalam sistem pentaksiran baharu STPM ini juga, pentaksiran pencapaian pelajar akan dijalankan pada setiap penggal dan keputusan peperiksaan juga akan dikeluarkan pada setiap penggal.
7. Pelajar juga dibenarkan untuk memperbaiki keputusan peperiksaan akhir penggal 1 dan/atau penggal 2 dengan menduduki semula peperiksaan akhir bagi penggal berkenaan pada hujung penggal 3 (hujung tahun). Pelajar yang tidak mencapai keputusan yang baik bagi penggal 3 boleh juga menduduki semula peperiksaan akhir penggal 3 sahaja pada bulan Mac/April tahun berikutnya. Keputusan keseluruhan peperiksaan STPM baharu ini adalah berdasarkan gabungan keputusan terbaik bagi ketiga-tiga penggal.
8. Dari aspek sistem pentaksiran baharu STPM pula, pelajar akan dinilai berdasarkan dua kaedah pentaksiran, iaitu Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dengan wajaran 20% hingga 40% dan peperiksaan akhir berpusat dengan wajaran 60% hingga 80%. (Peratusan wajaran berbeza mengikut mata pelajaran).
9. Kadar yuran per calon dalam sistem ini (untuk ketiga-tiga penggal) ialah yuran asas sebanyak RM120.00 dan yuran setiap mata pelajaran sebanyak RM90.00. Namun demikian, calon sekolah kerajaan dan calon sekolah bantuan kerajaan dikecualikan daripada membayar yuran peperiksaan STPM baharu ini seperti yang termaktub dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/2007: Garis Panduan Pengoperasian Dasar Pemansuhan Yuran Peperiksaan Awam bertarikh 10 Januari 2007.
10. Arahan dan Panduan Pendaftaran Calon bagi pentaksiran baharu STPM untuk pelajar tingkatan enam bawah sesi persekolahan tahun 2012 yang perlu menduduki peperiksaan penggal 1 pada bulan November 2012 boleh dirujuk pada portal MPM http://www.mpm.edu.my.
11. Dokumen berikut akan diedarkan ke semua sekolah yang mempunyai tingkatan enam dan juga boleh didapati pada portal MPM http://www. mpm.edu. my.
(a) Peraturan dan Skema Peperiksaan bagi pentaksiran baharu STPM 2012/2013
(b) Sukatan pelajaran STPM baharu bagi semua mata pelajaran
12. Garis Panduan Pengurusan dan Pengendalian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) bagi pentaksiran baharu STPM untuk guru dan pelajar akan dimuat naik oleh MPM pada bulan Mac 2012.
Nota: Naskhah tercetak dokumen pada para 11 hanya akan dibekalkan oleh MPM kepada pihak sekolah untuk tahun 2012 sahaja manakala pada tahun-tahun berikutnya pihak sekolah/calon hendaklah memuat turun dan mencetaknya sendiri daripada portal MPM http://www.mpm.edu.my.

Majlis Peperiksaan Malaysia

Bandar Baru Selayang

68100 BATU CAVES

Selangor Darul Ehsan

Telefon: 03-6136 9663

Faksimile: 03-6136 1488

E-mel: ceo@mpm.edu.my

Portal: www.mpm.edu.my

27 JANUARI 2012

1 ulasan:

stpm berkata...

saya ingin tahu jika cikgu ada terjumpa buku rujukan sejarah sistem modular. setakat ini untuk sejarah saya tak jumpa lagi. adakah sudah ada penerbit yang telah terbitkan buku untuk sistem modular bagi sejarah?. Sedangkan subjek lain sudah ada seperti ekonomi, MUET, Pengajian Perniagaan, Kimia, Fizik, Bahasa Melayu dan Biologi. Tolong warwarkan penerbit mana yang telah terbitkan buku untuk sejarah. Sekian Terima Kasih.

Related Posts with Thumbnails

PENYOKONG BLOG SEJARAH

PENAFIAN :

Penulis blog tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan, kerugian atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada mana-mana bahagian dalam laman blog ini. Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster dan/atau Lain-Lain Penulis.