ENJIN CARIAN BAHAN

Selasa, 26 Jun 2012

SOALAN RAMALAN SEJARAH STPM 2012

Khususnya kepada semua pelajar saya di SMK DARY, Bota sama ada STPM TERMINAL ATAU BAHARU. Apa la khabar agaknya ?

 

  1. Sedar tak, anda akan mengambil peperiksaan STPM 2012 hujung tahun ni?
  2. Dah bersedia atau sedang sibuk membuat persediaan secara aktif ? Atau…
  3. Masih relax lagi….? Tak tahu nak baca apa. Atau…
  4. Anda sedang menunggu dan sangat mengharapkan SOALAN RAMALAN sahaja?
  5. Anda masih tak baca bahan pembelajaran atau tak serius buat persediaan ?
  6. Masih mahu tunggu baca pada saat-saat akhir malam peperiksaan?
  7. Masih beranggapan kalau baca sekarang pun tak guna ……lupa, bukan ingat pun ?
  8. Masih nak spot tajuk tu, tajuk ni sahaja ?
  9. Jika ya, anda menempah maut di medan peperiksaan ?
  10.  
  11. Sebab, jika soalan tak keluar, anda yang keluar !!!! TKO ……
  12. Yang sudah dan sedang berusaha tu, teruskan dengan tekun dan sabar. Bukan senang nak konsisten macam tu, tau !
  13. Yang belum, cuba pikir-pikirkan masa depan anda.
  14. Nak habiskan masa di Tingkatan 6 sia-sia sahaja ?
  15. Mulalah usaha dari sekarang dengan penuh iltizam dan semangat yang kental.
  16. Mula dan teruskan pembacaan, perbincangan, dan kajian, dengan penuh rasa tanggungjawab.
  17. Buat betul-betul supaya jawapan anda nanti betul !
  18. Jalankan tanggungjawab anda sebagai seorang anak dan pelajar serta menjadi harapan agama,bangsa dan negara.
  19. Fokus kepada pembacaan yang telah ditetapkan supaya tak pening kepala.
  20. Gunakanlah kaedah pembacaan yang betul.
  21. Fokus tema yang telah dipilih untuk Sejarah 1 dan 2 oleh guru anda. Jangan ubah. Jangan baca tebuk-tebuk. Nanti anda yang pening kepala.
  22. Guna bahan pembacaan terkini yang telah dan akan diedarkan untuk Sejarah 1 dan 2. Sepatutnya bahan pembacaan yang terdahulu dah selesai baca.
  23. TIADA jaminan dan jangan harap soalan keluar sebiji macam anda baca.
  24. Tolong bersedia untuk menerima soalan baru tetapi sebenarnya input untuk jawapan anda telah belajar dan baca.
  25. Fikir dengan kritis dan kreatif. Sebab selalu saja, bila pusing sikit jer soalan, pelajar pun pening kepala. Tak leh nak jawab. Anda akan dan pernah alami situasi macam ni masa exam PPT dan TRIAL nanti.
  26. Habis tu, soalan ramalan tak leh guna ker ?
  27. Jawabnya, BOLEH ! Jika ia salah satu daripada cara persediaan anda. Tapi jika itu satu-satunya cara persediaan anda untuk periksa ni, anda sebenarnya jerut leher anda untuk kegagalan dan kematian . Tinggal sejarahlah sejarah anda !
  28. Banyakkan membaca nota soalan-jawapan iaitu skema yang berlambak tu. Tak kira sama ada bahan fotostat atau dari blog nih ! Tak faham baru rujuk buku atau terus rujuk guru sejarah anda !
  29. Apapun, tenangkan fikiran, jangan tension-tension. Janganlah rosakkan mood belajar anda dengan perkara yang menyalahi syariat agama dan norma kehidupan  manusia normal berbudaya timur. Faham ker ??
  30. Terus berusaha. Jengok-jengoklah blog ni untuk dapatkan maklumat dan ubah selera.
  31. Jemu baca modul/bahan, baca blog. Jemu blog, buka balik modul/bahan. OK !! Pelbagai variasi…….
  32. Saya doakan akan semua sukses. Kita usaha sama-sama. Saya telah jalankan tanggungjawab saya sebagai seorang guru Sejarah anda ? Nah, sekarang anda buktikan bahagian anda.
  33. Saya tunggu “kejutan” terbaik daripada anda. Buktikan ANDA BOLEH ! Saya nak hadiah HARI GURU saya……itu janji anda semua pada saya.
  34. Jika anda ada masalah, “face it , don’t face book”.
  35. Ingat pepatah Arab, “Man jadda Wajadda”.
  36. Ingat, STPM 5 P dan Sejarah Mesti A ! ( InsyaAllah )
  37. SELAMAT BELAJAR.

[SOKONG BLOG INI, SILA SIGN BUKU PELAWAT]

8 ulasan:

NURUL JANNAH AZHAR berkata...

terima kasih sangat2 atas pnyediaan blog ini,,, sya amat berbesar hati kerana dgn wjudnya blog ini,,ia byak membntu sya untuk study subjk killer bgi sya ini... terima kasih byak. hnya Allah dpat mmblas jsa baik cgu... sya akn bktikn bhwa sya jga boley mcam student lain..wassalam...

encik kerani berkata...

Assalamualaikum cikgu,

Saya merupakan calon persendirian.
Saya ingin bertanya, adakah pemarkahan untuk calon persendirian juga sama dengan calon sekolah?

Maklum sahajalah, sudah tua begini payah pula nak masuk fakta-fakta sejarah.

nur awatif berkata...

assalamualaikum cikgu .
saya calon stpm 2012 , boleh tak saya dapatkan s0alan beserta skima sej dari sekolah cikgu .

Cikgu Rashman berkata...

Waalaikummussalam En. Kerani,
Cara pemarkahan sama jer utk semua calon. Cuba buatlah yg terbaik.....Insyaallah boleh.

Cikgu Rashman berkata...

Soalan n skema leh download dr blog ni....moga bermanfaat

beaufort berkata...

so true "face it dont facebook"

Tanpa Nama berkata...

Cikgu.. Ada ramalan untuk sejarah yang terbaru?

Tanpa Nama berkata...

whoah this weblog is fantastic i love studying your articles.
Stay up the great work! You already know, lots of individuals
are searching around for this information, you can help them greatly.
Also see my site: online casino reports

Related Posts with Thumbnails

PENYOKONG BLOG SEJARAH

PENAFIAN :

Penulis blog tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan, kerugian atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada mana-mana bahagian dalam laman blog ini. Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster dan/atau Lain-Lain Penulis.