ENJIN CARIAN BAHAN

Ahad, 23 Oktober 2011

KOLEKSI SOALAN PERCUBAAN STPM SEJARAH 2011 – EDISI LENGKAP !!!

UPDATE TERKINI 23/10/2011 : LENGKAP !!! Usaha saya untuk mengumpul soalan percubaan seluruh Malaysia saya kira lengkap. Terima kasih atas sokongan ramai guru dan pelajar yang namanya tak dapat saya sebutkan di sini. Moga kerja sama ini dapat diteruskan pada masa akan datang.

Saya mengharapkan semua pelajar, khususnya pelajar saya di SMK DARY, Bota Kanan, Perak dapat menggunakan semaksimum mungkin bahan yang dibekalkan sama ada bahan secara online atau bahan off line/fotostat.

Gunakan mengikut kesesuaian masing-masing untuk mempelbagaikan kaedah pembelajaran. Ringkasnya, jemu bahan modul/fotostat, tukar cara guna bahan daripada blog sama ada secara online atau off line, dan begitulah sebaliknya.

Jangan jemu. Terus usaha. Tiada titik noktah untuk Sejarah selagi exam Sejarah 1 dan 2 belum selesai.

Segala bahan skema boleh diambil dan disebarkan tetapi bukan untuk tujuan komersial dan keuntungan. Kepada laman lain, letakkan source anda. TQ.

Rujukan alamat, sila lawati : http://sejarahstpm.blogspot.com/2011/09/koleksi-soalan-sejarah-peperiksaan.html

Selamat berusaha. Semoga berjaya A cemerlang dengan keberkatan daripada Allah.

[SOKONG BLOG INI, SILA SIGN BUKU PELAWAT]

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Salam Cikgu..
Pertama saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih atas jasa baik cikgu memuatnaik soalan2 percubaaan yang dapat digunakan sebagai sumber revisi

Cikgu, adakah sudah memadai jika saya hanya memberi fokus kepada semua soalan2 percubaan untuk menghadapi peperiksaan STPM? Jawapan daripada Cikgu amat saya hargai.

Semoga ramai yang dapat mendapat manfaat dari blog Cikgu ini dan bertambah pahala Cikgu. Amin.

-Imran-

Cikgu Rashman berkata...

Assalamualaikum,
Jika awak dah bersedia dari awal, soalan2 tersebut membantu mengukuhkan pemahaman yg ada.

Saya tak leh kata soklan tersebut bakal keluar dlm STPM, tetapi yakinlah ia membantu.

Jika awak belum bersedia sepenuhnya, apa pilihan yang ada. Awak mesti berusaha juga. Kan ?

Antara bahan terbaik yg boleh awak jadikan bahan bacaan pada saya ialah koleksi soalan2 tersebut.

Soalan percubaan adalah soklan terpilih dari penggubal peringkat negeri2 di Malaysia. Awak pilih dan baca saja soalan dari tema yang awak fokus.

Disamping itu baca jugalah bahan2 lain yg awak suka.

Tapi bagi plajar saya, pecutan akhir mereka ialah kompilasi soklan2 percubaan tersebut.

Selamat berjaya. Teruskan membaca. Jangan jemu.

Tanpa Nama berkata...

salam,cgu sy nk tnya kit....soalan percubaan terengganu 2011

13. telaskan faktor-faktor kemunculan Acheh sebagai pusat perkembangan pendldikan lslam pada
abad ke- 16 Maslhl.

skema jawapannya lengkap x...???

sbb sy dh cuba tulis kt kertas kajang hanya mencukupi sehelai ja....sy cuba cari huraian len kt buku tpi buku rujukan sy cita tentg acheh agak ringkas ja....klu skema jwpan percubaan terengganu nie x lengkap...blh x cgu bg kt sy skema yg lengkap.....

harap dpt mmbantu sy calon persendirian.....

sekian terima kasih....

Cikgu Rashman berkata...

Jawapan tu kira lengkap dah.....ada sembilan isi. Jawapan tu skema untuk pemeriksa. Bagi pelajar, untuk lebih jelas,hurailah lagi. Cuba semak percubaan tahun2 lepas, mungkin ada contoh skema berkenaan.

Tanpa Nama berkata...

Cikgu, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih atas usaha cikgu dalam membantu semua pelajar sejarah melalui blog ini. Memang betul cakap cikgu, dgn adanya soalan-soalan percubaan ini, sedikit sebanyak dah boleh faham bentuk soalan2 yang boleh ditanya dan cara untuk menjawab menepati kehendak soalan.

Usaha cikgu tidak akan dilupakan.Cikgu, tolong doakan semoga kita akan dapat 'A' untuk sejarah besok hari ya :D

-pelajar dari Negeri Sembilan-

Related Posts with Thumbnails

PENYOKONG BLOG SEJARAH

PENAFIAN :

Penulis blog tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan, kerugian atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada mana-mana bahagian dalam laman blog ini. Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster dan/atau Lain-Lain Penulis.