ENJIN CARIAN BAHAN

Sabtu, 14 Mei 2011

SELAMAT HARI GURU 2011

image

Tarikh 16 Mei dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956 Majlis Undang-undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of The Education Committee) sebagai Dasar Pelajaran bagi negara kita. Dokumen tersebut yang dikenali sebagai LAPORAN RAZAK (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak hari itu.”

Saya selaku blogger Blog Sejarah STPM Kertas 1 ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Guru yang akan disambut pada 16 Mei nanti kepada semua rakan-rakan guru dan khususnya, kepada semua guru saya terdahulu. Tanpa kalian siapalah saya pada hari ini.

Merujuk kepada pendidik profesional, peranan dan tugas utama guru pada umumnya adalah mendidik, mengajar, membimbing, mengarahkan, melatih dan menilai anak didiknya. Peranan guru sangat luas lebih-lebih lagi dalam era globalisasi sekarang, peranan guru menjadi semakin kompleks dan mencabar.

Pihak yang berwajib patut memberi penghargaan kepada guru-guru yang telah mendidik anak bangsa menjadi orang yang berguna untuk agama, bangsa dan negara. Kita berharap pihak yang berwajib dapat memberi perhatian yang serius kepada permasalahan kerjaya dan kebajikan guru agar semua pihak yang terlibat dapat bekerja dengan selesa dan dapat mendidik anak bangsa dengan sebaik mungkin. Ini selaras dengan tuntutan dan perjuangan pelbagai kesatuan guru khasnya KPPK(NUTP).

Harapan kita, dengan adanya guru yang terlatih dan professional dan dengan kebajikan yang lebih terjaga, dapat mendidik dengan amanah anak didik yang bakal memimpin negara pada masa hadapan. Moga mereka akan menjadi memimpin yang  baik, amanah, adil dan dapat membangunkan negara dengan lebih teratur dan bebas dari unsur-unsur negatif seperti rasuah dan penyelewengan.

Tanpa guru yang mendidik dan mengajar kita semasa kita di alam persekolahan dan IPT, siapalah kita pada hari ini.

Terima kasih Cikgu. Terima kasih Guru ku.

‘GURU PENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA’

[SOKONG BLOG INI, SILA SIGN BUKU PELAWAT]

Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails

PENYOKONG BLOG SEJARAH

PENAFIAN :

Penulis blog tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan, kerugian atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada mana-mana bahagian dalam laman blog ini. Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster dan/atau Lain-Lain Penulis.