ENJIN CARIAN BAHAN

Khamis, 3 Februari 2011

TAMADUN DUNIA : TEMA 4 - TAKRIF EKONOMI

TAKRIF EKONOMI

Pengenalan

Istilah ekonomi berasal dari istilah Greek oikos dan oikonomia. Oikos memenuhi kehendak ahli-ahlinya dengan membekalkan makanan dan pakaian, tempat tinggal dalam lindungannya sendiri tanpa sebarang pertukaran barang dengan orang lain. Oikos dan oikonomia merujuk kepada perurusan rumah kerana rumah adalah asas unit ekonomi yang meliputi kegiatan bercucuk tanam dan kegiatan pengeluaran. Perkataan Economistes pertama kali digunakan di Kancis pada tahun 1760-an dan pada abad tersebut, Adam Smith menghasilkan suatu teori yang komprehansif tentang pertumbuhan nilai distribusi dan percukaian. Robbins mengatakan ekonomi adalah sains yang mengkaji tentang perangai manusia sebagai hubungan antara matlamat akhir dan barang-barangan terhad yang mempunyai kegunaan alternatif. Adam Smith menganggap ekonomi sebagai kajian tentang sifat dan sebab-sebab kekayaan negara. Bill menganggap ekonomi sebagai sains praktikal mengenai pengeluaran dan pengagihan kekayaan. Ada juga ahli ekonomi lain menganggap ekonomi dalam bentuk kebajikan dengan menekankan aspek manusia dan kebendaan.

Secara kesimpulannya, ekonomi adalah suatu ilmu yang mengkaji pengeluaran, pengagihan, pertukaran dan penggunaan bahan-bahan atau barang-barang yang bersifat kekurangan serta beraneka jenis. Ekonomi juga merupakan suatu ilmu sains sosial kerana kajian ekonomi melibatkan aspek perilaku manusia.

Sistem Ekonomi Sara Diri

Sara diri merupakan sistem ekonomi yang paling awal digunakan. Dalam sistem ini, anggota masyarakat mengeluarkan barang untuk keperluan diri dan masyarakat sahaja. Pada peringkat awal, ekonomi sara diri adalah berasaskan kegiatan memburu binatang dan mengutip hasil hutan serta menangkap ikan. Pada peringkat seterusnya, kegiatan ekonomi sara diri tertumpu pada kegiatan pertanian dan penternakan. Dalam keadaan ekonomi ini, manusia dapat mengubah keadaan sekeliling supaya sesuai dengan keperluan mereka. Jika terdapat hasil berlebihan ia disimpan untuk kegunaan sebenar kemudian hari. Kegiatan ekonomi ini sukar berkembang kerana dibatasi oleh sistem feudal.

Sistem Ekonomi Komersil

Komersil berlaku apabila penduduk yang menjalankan ekonomi sara diri mempunyai hasil berlebihan dan menjualkannya. Pada permulaannya, ia merupakan sejenis kegiatan pertukaran barang iaitu sistem barter.

Sistem Ekonomi Perdagangan

Sistem perdagangan ialah mengagihkan barang atau perkhidmatan daripada pengeluar asal kepada pengguna terakhir dengan tujuan untuk mendapatkan keuntungan. Perdagangan ini terbahagi kepada dua iaitu perdagangan dalam negeri dan luar negeri. Kegiatan perdagangan melibatkan sistem barter dan kegunaan mata wang.

Sistem Ekonomi Kapitalisme

Dalam sistem ekonomi kapitalisme tidak ada campur tangan kerajaan. Ada “tangan yang tidak nampak” mengatur ekonomi. Terdapat mekanisme pasaran atau mekanisme harga dalam sistem ekonomi. Ada interaksi permintaan dan penawaran yang akan mengatur ekonomi, contohnya dalam penentuan harga keseimbangan jika permintaan melebihi penawaran harga akan meningkat; jika penawaran melebihi permintaan, harga akan jatuh. Dalam sistem ekonomi kapitalisme, individu bebas memiliki harta. Firma atau pengeluar bebas menggunakan sumber bermaksud mereka boleh mengeluarkan barang yang dikehendaki. Individu bebas memilih pekerjaan. Motif pengeluar adalah untuk mendapat untung maksima dan dalam sistem ekonomi kapitalisme dibenarkan menindas orang untuk mencapai keuntungan.

[ SOKONG BLOG INI, SILA SIGN BUKU PELAWAT ]

Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails

PENYOKONG BLOG SEJARAH

PENAFIAN :

Penulis blog tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan, kerugian atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada mana-mana bahagian dalam laman blog ini. Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster dan/atau Lain-Lain Penulis.