ENJIN CARIAN BAHAN

Loading...

Monday, February 14, 2011

Khutbah Rasulullah: Wasiat Agung Buat Umat Tercinta

Muhammad bin Abdullah adalah manusia biasa yang diberikan tanggung jawab luar biasa. Sebagai perantara atau rasul di antara Tuhan kepada hamba-hambanya, Rasulullah perlu menyampaikan semua peringatan, pesanan dan arahan Allah kepada umatnya. Justeru, sudah tentu Rasulullah perlu melibatkan diri di tengah masyarakat dan menunjukkan teladan yang baik kepada mereka. Tidak hanya mengendalikan urusan langit dan agama, Rasulullah mengatur urusan kenegaraan, menyiapkan ketenteraan bagi menghadapi musuh, menyelesaikan kemelut dan konflik dalam negara, malah mendamaikan sengketa keluarga.

Prihatin dengan permasalahan umatnya, Rasulullah tidak hanya berkhutbah di atas mimbar di majlis rasmi seperti pemimpin lain. Beliau menyampaikan pesanan dan teguran di medan peperangan, di pasar, di kebun, di tepi jalan, malah ketika berada di atas belakang unta.

Sewajarnya kita mencemburui para sahabat yang berpeluang mendengar nasihat dan kata-kata indah daripada Rasulullah. Ibarat titisan embun yang menyegarkan jiwa, membangkitkan rohani. Besarnya impak kata-kata Rasulullah dapat dilihat pada emosi sahabat yang terusik hingga menitiskan air mata, merintih kekesalan. Malah musuh yang mahu membunuhnya juga terkesima hingga melepaskan pedangnya.

Alangkah indahnya jika ucapan dan pidato Rasul mulia ini dapat kita tatap kembali bagi mengisi rongga hati kita yang lompong. Justeru, buku ini disusun dengan menghimpunkan pidato, syarahan dan teguranRasulullah kepada sahabat-sahabatnya. Bagi memudahkan pembaca umum, buku ini disusun mengikut bab tertentu, seperti akidah, akhirat, kematian, syurga dan neraka, pemimpin dan kepimpinan serta wasiat yang ditujukan khusus kepada sahabat-sahabat tertentu.

Walau pun tidak mendengar dari lidah suci Rasulullah sendiri, sekurang-kurangnya pembaca dapat memanfaatkan inti sari khutbahnya dalam kehidupan seharian.

KHUTBAH TERAKHIR NABI MUHAMMAD S.A.W.

(Khutbah ini disampaikan pada 9hb Zulhijjah Tahun 10 Hijriyah di Lembah Uranah, Gunung Arafah semasa Haji Wadak)

Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan telti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir di  sini pada hari ini.

Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan Kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kami lagi. Ingatlah bahawa sesungguhnya, kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan sekarang.

Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikuti dalam perkara-perkara kecil.

Wahai Manusia, Sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu mereka juga mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka keatas kamu, maka mereka, juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam Suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai Manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-katku ini, sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikankanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah Ibadah Haji sekiranya kamu mampu. Ketahui bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal saleh.

Ingatlah, bahawa, kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggung jawabkan di atas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu Awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaaku.

Wahai Manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan ada lain agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, necaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah ALQURAN dan SUNNAHKU.

Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalahMu kepada hamba-hambaMU.

WASIAT RASULULLAH S.A.W.

“Telah bersabda Rasulullah s.a.w. Jibrail sentiasa mengharap-harapkan akan menjadi manusia kerana tujuh perkara iaitu, sembahyang yang lima berimam, duduk bersama ulamak-ulamak, menziarah orang sakit, menghantar jenazah, memberi air minum, mendamaikan di antara dua orang bermusuh-musuhan dan memuliakan jiran serta anak-anak yatim. Maka bersungguh-sungguhlah engkau diatas perkara tersebut”.

Telah bersabda Rasullah s.a.w. beramallah engkau dengan lurus hati kerana Allah. Bahawasanya Allah Ta’ala tidak akan menerima melainkan orang yang lurus hatinya. Allah Ta’ala telah berfirman yang bermaksud;

“Barang siapa mengharap untuk berjumpa dengan Tuhanya maka hendaklah Dia beramal yang baik dan janganlah mempersekutukan Tuhan dengan apa Juga pun”.

[ SOKONG BLOG INI, SILA SIGN BUKU PELAWAT ]

No comments:

Related Posts with Thumbnails

PENYOKONG BLOG SEJARAH STPM

PENAFIAN :

Penulis blog tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan, kerugian atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada mana-mana bahagian dalam laman blog ini. Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster dan/atau Lain-Lain Penulis.