ENJIN CARIAN BAHAN

Ahad, 4 Disember 2011

PULUN TERAKHIR SEJARAH 2 !!!!

TAJUK/SKOP  YANG BOLEH DIBERI PERHATIAN ………….

Malaysia dan Asia:

1. Peranan dan kedudukan penghulu

2. Pengaruh Islam di Tanah Melayu

3. Gagasan Malaysia

4. Pentadbiran SBUB di Sabah

5. Sistem feudal di China dan Jepun

Malaysia:

1. Sistem pemerinahan beraja

2. Struktur / susun lapis masyarakat Melayu tradisional

3. Ekonomi tradisional

4. Penentangan di Perak, Pahang dan Sabah

5. Getah

6. Sistem pemerintahan Malaysia

7. Malaysia, serantau dan dunia

Asia:

1. Adat

2. Ekonomi

3. Dasar luar

SUMBER BLOG SAHABAT : BLOG LEPAK SEJARAH ( RUJUK SINI )

[SOKONG BLOG INI, SILA SIGN BUKU PELAWAT]

Sabtu, 5 November 2011

Pakaian Umat Islam Akhir Zaman-Perlu Ditegur

 

Gambar-gambar di sini penting untuk dijadikan contoh yang perlu dijauhi bagi wanita-wanita Islam yang lain, bukan bertujuan untuk memalukan dan sebagainya. Ambil iktibar.

Jangan Lucahkan Baju Kurung Anda. Pilihlah Gaya dan Fesyen Yang Dihormati Dan Dimuliakan.

Pakailah Baju Labuh Ketika Diluar Rumah

Leggings Ketat Mencemar Maruah Wanita Bertudung

Wanita Islam, Tolong Berhenti Tempah Baju Kurung Jarang!

Wanita, Tolonglah Pakai Baju Yang Labuh Menutup Punggung

Pakai Baju Kurung WAJIB Pakai kain Dalam...Jangan Lupa..!

Apa Matlamat Sebenar Fesyen Muslimah ? Untuk Tayang Kecantikan Ke??

DALAM ISLAM PAKAIAN YANG NAMPAK KETAT ITU TIDAK BOLEH..!!

Koleksi Alasan Putar Belit Taknak Tutup Aurat

KOLEKSI ALASAN BASI WANITA ISLAM APABILA DITEGUR TENTANG AURAT MEREKA

1) "Walaupun kami tak pakai tudung, tapi kami sembahyang. Baik dari yang pakai tudung tapi tak sembahyang.." Jawapan: Dua-dua jenis golongan ni sama-sama teruk. Sembahyang dan pakai tudung (tutup aurat) itu WAJIB dalam Islam ,kalau tak buat salah satu akan tetap berdosa besar. Jangan nak bangga diri konon lebih baik..

2) "Pakai tudung labuh tapi perangai buruk nak buat ape, baik lagi orang yang tak pakai tudung, tapi hati baik..." Jawapan: Pakai hijab, tudung dan menutup aurat itulah yang membezakan antara wanita Islam dan wanita bukan Islam. Hati baik walaupun tak perlu tutup aurat, itu macam ciri-ciri orang kafir bunyinya. Orang kafir memang sebegitu, pakai skirt pendek, pakai baju nampak bra tetapi hati baik. Habis apa yang membezakan wanita Islam ?

3) "Suka-suka hati je nak paksa-paksa kami solat, suruh kami pakai tudung, kan dalam Islam tiada paksaan ?" Jawapan: Ayat Al-Quran "..tiada paksaan dalam Islam" itu merujuk kepada orang-orang bukan Islam tidak wajib menganut dan mengikut cara Islam jika mereka tidak rela. Tetapi untuk orang-orang Islam, mereka BOLEH DIPAKSA untuk mengikut hukum-hukum syariah yang ada...contohnya hukum hudud....qisas..tak payah putar belit pulak...anak tak tutup aurat, boleh dipaksa dan dihukum sepatutnya..

4) "Kami pakai ketat-ketat pun, kami masih pakai tudung.. apa salahnya ?" Jawapan: Pakai pakaian yang menampakkan bentuk badan (ketat-ketat), sama je macam tak pakai pakaian langsung. Ertinya dalam Islam, kalau seseorang wanita memakai baju ketat dan seluar sendat tu, samalah macam orang yang berbogel. Tudung tu kira tiada makna...bertudung tetapi nampak macam telanjang, apa gunanya..?

5) " Tipulah pakai sanggul tinggi-tinggi tu tak cium bau syurga..? Jawapan: Hukum pakai sanggul tinggi, hadis mengatakan jika pakai takkan cium bau syurga. So kalau tak nak cium bau syurga takpela, teruskan pakai la sanggul tinggi (macam bonggol unta) tu...

Sumber : -tranungkite-

-gigitankerengga.blogspot.com/-

[SOKONG BLOG INI, SILA SIGN BUKU PELAWAT]

Selasa, 1 November 2011

PECUT !!!!!!!

image Dari Meja Cikgu Sejarah ,

Kepada ……………………………………………… ,

Pelajar PraU (Atas) 2011 SMK DARY,

Harapan Tinggi Menggunung Untuk Melihat Subjek Sejarah Anda A !

No Facebook, No SMS, No You Tube, No Couple, No TV, No Game, No Chatting...TETAPI PECUT ... Exam Terlalu Dekat !

Bruce Jenner adalah juara Olimpik 1976 di Montreal, Kanada. Setelah mencuba kali kedua beliau memecahkan rekod dunia dan menggemparkan seluruh Amerika selepas memenangi Pingat Emas dalam acara dekatlon di Olimpik berkenaan. Apabila ditanya apakah rahsia kejayaannya, Jenner menjawab :

“Aku serahkan diriku - setiap saat, setiap minit, setiap jam, dalam setiap hari, 365 hari setahun untuk Sukan Olimpik. Aku tidak berhenti berlatih sehingga 30 Julai 1976 . Aku korbankan empat tahun dari hidup ku semata-mata untuk memenangi pingat emas”.

Dia korbankan dirinya selama empat tahun, iaitu 1,460 hari semata-mata untuk Olimpik. Dalam masa empat tahun itu Jenner berkata, apa saja aktiviti atau perkara yang boleh menghalangnya memenangi Pingat Emas dielakkannnya. Jika makan banyak makanan boleh menambah berat badan, justeru menjejaskan kecergasannya, maka ia akan kawal makanan. Jika tidur lewat malam boleh menghalangnya bangun awal untuk berlatih, maka dia akan tidur lebih awal dan melupakan semua keseronokan berjaga malam untuk apa tujuan sekalipun. Jika dia terpaksa keseorangan berlatih dan berlatih kerana rakannya tidak sanggup turun padang awal dan lama, maka keseoranganlah ia. Pendek kata apa saja yang perlu dilakukan demi memenangi Pingat Emas akan dilakukannnya walaupun letih, sunyi keseorangan dan terpaksa mengorbankan banyak keseronokan semasa. Ia lakukan ini selama 1,460 hari (4 tahun).

Itulah resepi kejayaan beliau.

Kepada para pelajar 6 Atas SMKDARY, Bota yang akan menduduki peperiksaan STPM 2011, peperiksaan dah terlalu hampir ! Apa pula resepi kejayaan anda ! Atau tak pakai apa-apa resepi ?

Berapa hari lagi dari HARI INI peperiksaan akan menjelang tiba ?

STPM bermula 21 November 2011. Peperiksaan subjek Sejarah 1 ialah pada hari Khamis, 24 November 2011 jam 8.00 hingga 11.00 pagi dan Sejarah 2 pada hari Isnin, 5 Disember 2011 jam 2.00 hingga 5.00 petang.

Berapa hari lagi ? Lama lagi ke ? Lambat lagiiiiii ?

Takkkkkkkkk……..Dekat sangat dah !!!!!! Dekat sangat-sangat !!

Kalau Bruce Jenner sanggup berkorban selama 1,460 hari semata-mata untuk memenangi pingat emas Olimpik, apakah kamu tidak perlu berkorban ? Kamu yang cuma ada masa tak sampai sebulan, dan beberapa hari sahaja lagi, apa pengorbanan yang kamu boleh buat untuk diri kamu sendiri sebenarnya ? Apakah kamu masih mahu belajar seperti biasa saja dan melakukan pembacaan modul/nota soalan Sejarah secara biasa-biasa saja ? Ehhhhhh, jangan ! Apa perlu buat sekarang ?

Ya… Pecut, pecut dan pecut 150%. Khasnya subjek Sejarah 1 dan 2.

Bagi mereka yang benar-benar mahukan kejayaan ada beberapa perkara yang perlu dilakukan:

PERTAMA:

Gunakan sepenuh masa yang terluang dengan bijaksana. Masa semakin sedikit dan amat terbatas. Justeru FOKUS hanya kepada peperiksaan. Ini bermakna perkara-perkara yang boleh ditangguhkan dari dilakukan sekarang MESTI dan WAJAR ditangguhkan sehingga selepas peperiksaan. Ditangguhkan……..bukan tak leh buat langsung nanti. Faham dak !

FACEBOOK & BLOG boleh diupdatekan selepas peperiksaan …..

YOU TUBE boleh ditonton selepas peperiksaan …..

SMS boleh di“mainkan”selepas peperiksaan …..

TV boleh ditonton semula selepas peperiksaan …..

GAME KOMPUTER juga boleh diteruskan selepas peperiksaan …..

CHATTING masih boleh diteruskan selepas peperiksaan …..

TAK BOLEH TANGGUH ? TAK LOGIK ? APA MASALAHNYA ? TIDAK ADA SEBAB KENAPA NAK BUAT SEMUA DI ATAS TU SEKARANG SEBAB STPM KAMU LAGI PENTING. TIADA, TIADA, TIADA SEBAB !

INGAT dan RENUNGKAN : Ulangkaji, latihtubi, hafalan dan perbincangan akademik - Semua ini TIDAK GUNA LAGI selepas peperiksaan. Tak mungkin kamu nak baca lagi selepas peperiksaan. Ia bukan saja perlu dan wajib dilakukan sekarang, malah perlu diperhebatkan lagi. PECUT !!! PECUT 150% SECARA BIJAKSANA ! BACA DAN KAJI MODUL SEJARAH !

KEDUA:

Tetapkan MASA berapa lama mahu belajar. Paling kurang pun 4 jam sehari. Apa 4 jam ? Banyak ke ? Tu paling malas lah tu . Cuba buat kiraan sendiri. 5 subjek, dan setiap subjek bahagi kepada 2 kertas. Kalau Sejarah ada Kertas 1 dan 2. Dah cukup bersedia rasanya ? Ada rasa tak cukup masa ? Cemas tak rasanya ? Rasa belum bersedia pun ada ? Dah tu, masih berkira-kira nak belajar ke tak lagi ? Masih malas lagi ? Maknanya nak tempah kegagalan ? Nak ke gagal ?

KETIGA: Oleh itu, rumusannya ……..

Bahawasanya, kamu PELAJAR SMKDARY yang nak ambil peperiksaan STPM tahun 2011 ni, tiada pilihan lain. “By hook or by crook” kamu kena berusaha berhabis-habisan sekarang ! Fokus 150% kepada pelajaran. Tinggalkan segala apa yang boleh menghalang kamu untuk berjaya dalam STPM 2011 khususnya subjek SEJARAH. Sejarah mesti A. InsyaAllah. Buang jauh-jauh segala ilusi khayalan masa depan yang kosong dan tidak menjanjikan apa-apa, dan ‘perasaan’ yang sebenarnya nafsu. Terus membaca dengan TEKUN. Kamu akan dapat hasilnya yang baik nanti. InsyaAllah. Rasa macam tak ingat itu biasa !

IBU BAPA pula mesti pastikan disiplin belajar anak mereka. Jangan lagi bagi masa kepada anak untuk keluar ke sana ke sini sembarangan, bukan lagi masa nak biarkan anak mengadap internet,chatting,TV, facebook, game, sms, bercinta, layan perasaan, dan lain-lain. Mesti fokus kepada pelajaran.

CIKGU juga tentunya perlu sedarkan pelajar yang masih tidak sedar. Buat apa yang patut untuk tolak mereka agar pecut habis-habisan. Inilah saya dan Cikgu Hayati sedang dan telah lakukan khususnya untuk kecemerlangan subjek Sejarah. Kami mengharapkan kamu semua sentiasa positif dan memberi fokus 150% kepada subjek Sejarah walaupun kami menghadapi kekangan dalam perancangan kami di kelas. Tapi tak apa. InsyaAllah, bahan yang kami sediakan hampir lengkap untuk kamu semua mengulangkaji Sejarah 1 dan 2. Pastikan BACA modul.Pastikan sejarah sentiasa di hati dan menjadi keutamaan dengan tidak mengabaikan subjek lain. Ingat, dengan usaha yang berterusan, kamu semua boleh mengharapkan skor A untuk Sejarah. Jangan hirau sebarang masalah. Bagi Sejarah masalah tatabahasa boleh diabaikan, tiada rajah, tiada kelok, tiada kalkulator, tiada graf; hanya baca sahaja dan hafal kata kunci tertentu.

SELAMAT BELAJAR.MOGA BERJAYA.

[SOKONG BLOG INI, SILA SIGN BUKU PELAWAT]

Ahad, 23 Oktober 2011

AKIBAT ZINA NAFSU DURJANA……KES REMAJA 16 TAHUN KELAR BAYINYA !

 

BETONG: Hanya kerana teman lelaki tidak mahu menerima anak luar nikah dalam kandungannya, seorang pelajar berusia 16 tahun mengelar bayi perempuan baru dilahirkannya sehingga mati dan perut terburai di bilik asrama sekolahnya di sini, semalam.

Kejadian menggemparkan itu berlaku kira-kira jam 7.40 pagi dan pelajar tingkatan empat terbabit dikatakan melahirkan bayi cukup sifat sebelum dia mengelar bayinya yang masih hidup itu dengan pisau pemotong sayur sepanjang 15 sentimeter.

Sumber berkata, sebelum kejadian, pelajar terbabit dikatakan gagal hadir ke kelas sehingga menimbulkan rasa curiga seorang guru lelaki berusia 41 tahun yang kemudian ke bilik asramanya.

Menurutnya, sebaik tiba di bilik pelajar berkenaan, guru itu terkejut apabila mendapati satu mayat bayi perempuan cukup sifat berlumuran darah di atas lantai berhampiran katil suspek...

Ya Allah, apa salah baby nih. Kejamnya sampai macam tu sekali dibuat.

Wahai anak, syurga tempatmu sayang ku..aminn

Sesiapa yang membaca artikel ini sebarkanlah untuk pengajaran kepada yang lain

Sumber : SINI

[SOKONG BLOG INI, SILA SIGN BUKU PELAWAT]

CINTA …….

CATATAN LAMA ………17/8/2008

CINTA.....SIARAN HALAQAH TV9

Malam ni tengok Halaqah kat TV 9, tajuk " CINTA ". Ikuti apa yang sempat saya catat.....

Kata ahli panel Ustaz Badlishah, Sayang lebih tinggi dari cinta. Agama memberi panduan bagaimana nak letak sayang dan cinta tu.

Kata ahli panel Ustaz Roslan Che Ros, cinta anugerah Allah sangat berharga. Ahli sufi letak kecintaan pada Allah melebihi segala-galanya . Itulah cinta abadi. Jika cinta pada manusia akan menjadikan murka Allah, ia merupakan dosa kepadaNya.

Adakah cinta perlu dipupuk ? Kata Ustaz Badlishah, Cinta tak datang kalau tak dicari dan kalau tak diberi. Ada rasa untuk menyayangi dan disayangi. Cinta perlu dipupuk tapi perlu tengok kesesuaian, e.g. macam suami dengan isteri.

Tak sesuai untuk budak sekolah sebab bukan masanya. Lebih ke arah maksiat. Lebih kepada dosa. Perlu utama cita-cita daripada cinta. Cinta adalah kurniaan Allah sebab tu perlu pelihara dari maksiat kepada Allah.

Kata Ustaz Roslan, Jika cinta sesama manusia lupa kepada arahan Allah, HARAM. Remaja gagal dalam mengurus cinta kerana gagal menghalang hasutan Iblis. Semasa bercinta iblis akan memberi perhiasan cinta yang menjadikan yang bercinta 'buta' kerana buta agama. Ada yang kerana cinta menderhakai Ibu bapa. Ada sanggup bunuh diri kerana cinta.

Ustaz Badlishah mengatakan , cinta pada makhluk ada expired tapi cinta Allah tiada penghujung. Maka carilah cinta Allah. Jika cinta kepada makhluk hendaklah kerana Allah.

Moga menjadi peringatan buat kita semua yang sentiasa lalai. Ini kerana kita umat akhir zaman semakin leka dan hancur daripada nilai-nilai kemanusiaan berteraskan syariat Allah.

Wallahuaklam.

[SOKONG BLOG INI, SILA SIGN BUKU PELAWAT]

KOLEKSI SOALAN PERCUBAAN STPM SEJARAH 2011 – EDISI LENGKAP !!!

UPDATE TERKINI 23/10/2011 : LENGKAP !!! Usaha saya untuk mengumpul soalan percubaan seluruh Malaysia saya kira lengkap. Terima kasih atas sokongan ramai guru dan pelajar yang namanya tak dapat saya sebutkan di sini. Moga kerja sama ini dapat diteruskan pada masa akan datang.

Saya mengharapkan semua pelajar, khususnya pelajar saya di SMK DARY, Bota Kanan, Perak dapat menggunakan semaksimum mungkin bahan yang dibekalkan sama ada bahan secara online atau bahan off line/fotostat.

Gunakan mengikut kesesuaian masing-masing untuk mempelbagaikan kaedah pembelajaran. Ringkasnya, jemu bahan modul/fotostat, tukar cara guna bahan daripada blog sama ada secara online atau off line, dan begitulah sebaliknya.

Jangan jemu. Terus usaha. Tiada titik noktah untuk Sejarah selagi exam Sejarah 1 dan 2 belum selesai.

Segala bahan skema boleh diambil dan disebarkan tetapi bukan untuk tujuan komersial dan keuntungan. Kepada laman lain, letakkan source anda. TQ.

Rujukan alamat, sila lawati : http://sejarahstpm.blogspot.com/2011/09/koleksi-soalan-sejarah-peperiksaan.html

Selamat berusaha. Semoga berjaya A cemerlang dengan keberkatan daripada Allah.

[SOKONG BLOG INI, SILA SIGN BUKU PELAWAT]

TANDA-TANDA KECIL KIAMAT TELAH LENGKAP …..

Jom Muhasabah Diri …………Kita perlukan kejayaan yang diredhai oleh Allah.

image

[SOKONG BLOG INI, SILA SIGN BUKU PELAWAT]

Isnin, 10 Oktober 2011

USAHA TANGGA KEJAYAAN ……...

06102011138 10102011140
Sakitnya mata ngadap nota …. Demam studi ……
10102011141 10102011154
Harap2 keluarlah soalan ni ……… Aku tulis ……aku ingat !!!
10102011142 10102011149
Ni soklan spot…baca jgn X baca … Soklan ni naik dak cikgu !
10102011143 10102011152
Amboi studi dekat2 nampak ! Aku mesti skor A Sejarah …
10102011144 10102011145
Penin pale aku pulak dah .. Wei……bangun . Meh diskus..
10102011146 10102011148
Tekun……Insyaallah berjaya ! Aku nak A bulat ……yakin !
10102011147 10102011150
Soklan ni kacang …… Peace untuk Palestin !
10102011151 10102011153
Eiiiiii……malu la pulak ! Insyaallah aku akan dapat A
10102011155 10102011156
Otak dah penat…relax jap ! Jom diskus soklan ni ..

Kelas kepung yang terlepas. Saya tak nak komen kat sini. Saya mengharapkan semua pelajar saya memberi tumpuan yang sepatutnya terhadap subjek Sejarah 1 dan 2 di rumah. Sebab perancangan saya dan Pn. Hayati dah lari terlepas. Kami tak dapat nak plan ikut cara yang kami rancang. Tapi tak apa la. Saya bukan jenis yang banyak mulut. Saya  bercakap pada tempat yang perlu dan betul sahaja.

Saya yakin awak semua tahu dan faham target kita.

Faham yang harapan untuk dapat A antara keutamaannya adalah subjek Sejarah tanpa mengabaikan subjek lain.

Faham harapan tinggi saya dan Pn. Hayati kepada awak semua. Awak semua tahu komitmen kami !

Ingat ini ………………

  • Pertama sekali, terus semat disanubari target SEJARAH MESTI A.
  • Teruskan baca modul soalan jawapan yang saya dan Pn. Hayati bekalkan.
  • Fokus semua soalan tema yang kami tetapkan.
  • Sebarang masalah rujuk saya dan Pn. Hayati.
  • Jangan putus asa ……terus tekun !
  • Jangan kacau jiwa, nanti jiwa kacau !
  • Elakkan maksiat, sebab ilmu tu cahaya.Maksiat itu kegelapan.
  • Cahaya takkan boleh bersinar jika ditutupi kegelapan .
  • Bila baca rasa macam tak ingat itu biasa, teruskan membaca !
  • Sebelum dan selepas studi/diskus baca doa dulu.Berkat !
  • Jika perlu hafal………hafal !
  • Jangan tension sangat. Sikit-sikit OK !
  • Sentiasa bawa modul kerana mudah dibawa dan dibaca di mana pun.
  • Ikut pengalaman, cara yang dicadangkan ini berkesan.
  • Ubahlah ikut kesesuaian diri sendiri.

[SOKONG BLOG INI, SILA SIGN BUKU PELAWAT]

Selasa, 27 September 2011

KOLEKSI SOALAN SEJARAH - PEPERIKSAAN PERCUBAAN STPM NEGERI-NEGERI MALAYSIA 2011 (update 2/10/2011, 16/10/2011, dan 23/10/2011)

Salam sejahtera semua pengguna blog ini. Hampir sebulan lebih saya tidak mengupdate blog ni kerana kesibukan yang pelbagai. Saya baru selesai menyemak kertas jawapan Percubaan Sejarah 1 pelajar saya. Jadi dah kurang sibuk sikit.

Saya bercadang untuk meneruskan usaha mengumpulkan semua soalan percubaan Negeri-negeri di Malaysia. Saya mengharapkan rakan-rakan guru-guru yang sedia berkongsi dapat mengemelkan soalan dan skema percubaan  Sejarah 1 dan 2 2011 kepada saya untuk diterbitkan. Semoga bermanfaat untuk semua.

( UPDATE  2/10/2011 : Terima kasih kepada ramai rakan guru yang turut menjayakan usaha ini. Moga bermanfaat untuk kita bersama. Kepada rakan guru daripada negeri yang saya masih tiada bahan, harap dapat mengusahakan sesuatu. )

( UPDATE 16/10/2011 : Tahniah atas kerja sama semua pihak untuk kepentingan bersama. Sesungguhnya saya hanya tukang kumpul, tukang usaha dan menyediakan wadah. Tanpa kerjasama semua perkara ini tidak menjadi kenyataan. Marilah kita saling doa mendoakan kejayaan untuk kita semua.

“ Ya Allah, berikanlah kejayaan yang sangat cemerlang dan diberkati untuk semua pelajarku khususnya dalam subjek Sejarah, dan juga kejayaan yang sangat cemerlang dan diberkati untuk anak-anakku, anak-anak sahabatku di Malaysia tercinta ini. Amin ……”

( UPDATE 23/10/2011 : LENGKAP !!! Usaha saya untuk mengumpul soalan percubaan seluruh Malaysia saya kira lengkap. Saya mengharapkan semua pelajar khususnya pelajar saya di SMK DARY, Bota Kanan, Perak dapat menggunakan semaksimum mungkin bahan yang dibekalkan sama ada bahan online atau bahan off line/fotostat.

Gunakan mengikut kesesuaian masing-masing untuk mempelbagaikan kaedah pembelajaran. Ringkasnya, jemu modul fotostat, tukar guna bahan blog sama ada secara online atau off line, dan begitulah sebaliknya.

Jangan jemu. Terus usaha. Tiada titik noktah untuk Sejarah selagi exam Sejarah 1 dan 2 belum selesai.

Selamat berusaha. Semoga berjaya A cemerlang dengan keberkatan daripada Allah.

Hantarkan bahan kepada emel : rashman2u@yahoo.com

1.   Percubaan Sejarah 1 Perak 2011 (Sila Muat turun !!!)

2.   Percubaan Sejarah 2 Perak 2011 (Sila Muat turun !!!)

3.   Percubaan Sejarah 1 Negeri Sembilan 2011 (Sila Muat turun !!!)

4.   Percubaan Sejarah 2 Negeri Sembilan 2011 (Sila Muat turun !!!)

5.   Percubaan Sejarah 1 Pahang 2011 (Sila Muat turun !!!)

6.   Percubaan Sejarah 2 Pahang 2011 (Sila Muat turun !!!)

7.   Percubaan Sejarah 1 Kedah 2011 (Sila Muat turun !!!)

8.   Percubaan Sejarah 2 Kedah 2011 (Sila Muat turun !!!)

9.   Percubaan Sejarah 1 Johor 2011 (Sila Muat turun !!!)

10.  Percubaan Sejarah 2 Johor 2011 (Sila Muat turun !!!)

11.  Percubaan Sejarah 1 Sabah 2011 (Sila Muat turun !!!)

12.  Percubaan Sejarah 2 Sabah 2011 (Sila Muat turun !!!)

13.  Percubaan Sejarah 1 Perlis 2011 (Sila Muat turun !!!)

14.  Percubaan Sejarah 2 Perlis 2011 (Sila Muat turun !!!)

15.  Percubaan Sejarah 1 Terengganu 2011 (Sila Muat turun !!!)

16.  Percubaan Sejarah 2 Terengganu 2011 (Sila Muat turun !!!) TERBARU ………

17.  Percubaan Sejarah 1 Kelantan 2011 (Sila Muat turun !!!)

18.  Percubaan Sejarah 2 Kelantan 2011 (Sila Muat turun !!!)

19.  Percubaan Sejarah 1 Selangor 2011 (Sila Muat turun !!!)

20.  Percubaan Sejarah 2 Selangor 2011 (Sila Muat turun !!!)

21.  Percubaan Sejarah 1 Pulau Pinang SMK Penanti 2011 (Sila Muat turun !!!)

       Skema tiada

22.  Percubaan Sejarah 1 Sarawak  2011 (Sila Muat turun !!!) TERBARU …

23.  Percubaan Sejarah 2 Sarawak  2011 (Sila Muat turun !!!) TERBARU…

24.  Percubaan Sejarah 1 Melaka 2011 (Sila Muat turun !!!)

25.  Percubaan Sejarah 2 Melaka 2011 (Sila Muat turun !!!)

26. Percubaan Sejarah 1 Wilayah Persekutuan KL 2011 (Sila Muat turun !!!)

27. Percubaan Sejarah 2 Wilayah Persekutuan KL 2011 (Sila Muat turun !!!)

 

[SOKONG BLOG INI, SILA SIGN BUKU PELAWAT]

Sabtu, 20 Ogos 2011

BERANI GAGAL !!!!

Kepada yang masih gagal dalam subjek Sejarah, hayati lagu motivasi ini. Lagu ini khusus buat anda .

Khusus buat pelajar SMKDARY yang berkenaan, ayuh bangun dan terus usaha !!! Gunakan segala kudrat dan peluang yang ada. InsyaAllah berjaya .....


 

[SOKONG BLOG INI, SILA SIGN BUKU PELAWAT]

Khamis, 18 Ogos 2011

TAMADUN ISLAM : TEMA 1- KONSEP MANUSIA

Jelaskan konsep manusia mengikut pandangan Islam dan Arab Jahiliah.

Skema Pemarkahan

A Pengenalan ( 3 markah )

1. Pengertian Jahiliah

2. Pengertian manusia - dalam bahasa Latin, manusia dipanggil sebagai homospiens. Manusia adalah sejenis haiwan mamalia yang boleh berfikir dan berkata-kata.

3. Pengertian Islam

B Isi ( 20 markah )

Konsep manusia menurut Islam. ( 10 markah – 5 x 2markah)

1. Pengertian manusia dari segi bahasa mengikut perspektif islam.

i. Pengertian manusia dari segi bahasa.

ii. Pengertian dari segi istilah.

2. Mengikut Islam, manusia diciptakan oleh Allah s.w.t. untuk menjadi khalifah di atas muka bumi.

3. Di samping itu, manusia diciptakan oleh Allah s.w.t. untuk mengabdikan diri kepada Allah s.w.t. agar menjadi seorang hamba yang soleh.

4. Agama Islam juga menyarankan kepada manusia agar membangunkan unsur-unsur rohani dan jasmani demi mencapai keseimbangan dalam diri manusia. Keseimbangan di antara fizikal dan spiritual ini penting demi mendapat kebahagiaan di dunia dan di akhirat kelak.

5. Kedudukan manusia di sisi Allah s.w.t. juga dikira sama tarafnya tanpa mengira warna kulit, keturunan, pangkat, dan lain-lain, Islam melarang perhambaan di kalangan manusia.

6. Manusia dicipta sebaik-baik kejadian. Bagi membolehkan manusia yang begitu sempurna penciptaannya agar hidup aman bahagia serta selamat sejahtera, Allah s.w.t. telah menjadikan segala sesuatu yang dapat menyempurnakan keperluan manusia.

7. Manusia yang paling mulia adalah manusia yang bertaqwa

8. Manusia sebagai pemegang amanah.

9. Semua manusia dari keturunan Adam dan Adam dijadikan dari tanah.

10. Manusia terdiri daripada 5 komponen iaitu : jasad, roh, akal, nafsu dan hati/jiwa.

11. Akal membezakan manusia dengan makhluk – makhluk lain.

12. Manusia dijadikan dalam keadaan fitrah.

Konsep manusia menurut Jahiliah. ( 5 x 2 markah = 10 markah )

1. Manusia tidak bersifat abadi dan akan terhapus setelah berlakunya kematian dan tidak mempercayai adanya Hari Akhirat dan Hari Pembalasan. Dengan sebab itulah kehidupan manusia pada zaman berkenaan penuh dengan kemaksiatan.

2. Di samping itu, manusia menurut pandangan Jahiliah lagi menjadikan hawa nafsu sebagai panduan bagi kehidupan mereka di dunia ini. Sehubungan dengan ini, berjudi, minum arak, dan makan riba dianggap sebagai satu jalan mencari rezeki yang baik dan mudah, oleh itu, mereka melakukannya.

3. Status mereka dalam masyarakat bergantung kepada keturunan dan

kabilah.Sekiranya kabilah itu kaya, kuat, dan berpengaruh maka seseorang anggota kabilah itu dipandang mulia.

4. Menghargai dan mendewakan kuasa alam sekeliling.

5. Mempercayai adanya tuhan tetapi tidak beriman kepada satu tuhan.

6. Mereka tidak tahu asal-usul kejadian manusia.

7. Mereka melihat manusia dari sudut jasadiah semata – mata.

C Kesimpulan ( 2 markah )

Apa sahaja yang berkaitan

[SOKONG BLOG INI, SILA SIGN BUKU PELAWAT]

Isnin, 25 Julai 2011

TAMADUN DUNIA : TEMA 1 – AGAMA DAN KEPERCAYAAN TAMADUN INDUS

    Huraikan tentang agama dan kepercayaan yang diamalkan oleh masyarakat Tamadun Mohenjo-Daro dan Harappa ( Lembah Indus ).

    Pendahuluan (3 markah)

  • Istilah agama dikenali sebagai religion dalam bahasa Inggeris yang berasal daripada perkataan Latin religare. Istilah agama dalam bahasa Melayu berasal daripada bahasa Sanskrit agama yang bermaksud jalan untuk memperolehi keredaan Tuhan dan kepercayaan pula adalah bermaksud sesuatu yang dianggap sebagai benar.

  • Agama merujuk kepada segala kepercayaan terhadap Tuhan, dewa dan roh nenek moyang serta kebaktian dan kewajipan yang berkaitan dengannya. Ahli-ahli sosiologi mentakrifkan agama sebagai satu sistem kepercayaan dan amalan di mana satu kelompok manusia mempunyai tafsiran dan gerak balas yang tersendiri terhadap apa yang dianggap suci atau kudus.

  • Masyarakat di Mohenjo-Daro dan Harappa atau Lembah Indus ini mempunyai tradisi keagamaan dan kepercayaan yang tersendiri. Penemuan mohor-mohor, patung dan bahan-bahan tembikar menunjukkan masyarakat di Lembah Indus ini telah mencapai kemajuan dalam aspek kerohanian. Kebanyakan daripada unsur-unsur kepercayaan dan agama masyarakat Mohenjo-Daro dan Harappa ini telah diwarisi dan diamalkan oleh masyarakat Hindu pada masa kini dan ini menunjukkan bahawa bahawa masyarakat tamadun ini telah meninggalkan satu impak yang mendalam dalam aspek agama dan kepercayaan

  • Latar belakang tamadun Mohenjo-Daro dan Harappa ( Lembah Indus )

    Isi-isi ( 5 isi x 4 markah = 20 markah )

  • Kepercayaan Politeisme

    Masyarakat tamadun ini mengamalkan kepercayaan politeisme iaitu percaya kepada banyak tuhan. Sebagai contohnya, mereka menyembah banyak dewa-dewi dan dewa-dewi ini mempunyai kedudukan yang berlainan serta mewakili pelbagai fenomena alam seperti langit, bumi, air, api, bintang dan tumbuh-tumbuhan.

  • Penyembahan Dewi Ibu

    Menurut Sir John Marshal, kepercayaan masyarakat yang paling popular dalam tamadun ini ialah penyembahan Dewi Ibu dan hal ini dapat dibuktikan dengan penemuan-penemuan patung-patung wanita di kawasan ini dan juga di selatan Baluchistan dan Lembah Zhob. Patung-patung wanita ini juga turut ditemui di Elam, Mesopotamia, Transcopia, Asia Kecil, Syria dan Palestin dan ini menunjukkan bahawa amalan ini turut tersebar luas di banyak kawasan. Amalan penyembahan Dewi Ibu ini mempunyai pengaruh yang amat mendalam di kalangan masyarakat India.

    Dewi Ibu dianggap proto prakriti ( tenaga kosmik ) dan sebahagian daripada jiwa kosmik ( Purusha ). Kepercayaan ini juga terdapat dalam kalangan masyarakat yang mengamalkan amalan nasab ibu ( matriarchal ). Amalan penyembahan Dewi Ibu ini juga telah meletakkan asas bagi penyembahan saktisme.

  • Penyembahan Dewa Siva

    Penemuan sebuah mohor oleh Dr. E. Mackay pada tahun 1930 membuktikan bahawa terdapat amalan penyembahan Dewa Shiva dalam masyarakat tamadun Mohenjo-Daro dan Harappa atau Tamadun Lembah Indus ini. Gambar dalam mohor ini menunjukkan seorang sedang duduk bersila dalam keadaan membuat yoga dan dia mempunyai tiga tanduk dan kepala. Tangannya dipenuhi gelang dan disekelilingnya terdapat beberapa ekor binatang seperti gajah, harimau, kerbau dan dua ekor rusa.

    Sir John Marshall mentafsirkan dewa berkepala tiga dalam gambar dalam mohor ini sebagai lambang Proto Shiva. Tiga kepala atau muka itu adalah mewakili konsep Trimurthi dan ianya melambangkan tiga fungsi utama Dewa Shiva iaitu penciptaan, pemeliharaan dan pemusnahan.

    Mohor ini juga melambangkan konsep Mahayogi dan Mahatapah yakni Dewa Shiva ialah ketua bagi para yogi. Hal ini menunjukkan bahawa yoga adalah berasal daripada masayarakat di Lembah Indus. Mohor ini juga dikaitkan dengan konsep Pasupati yang merupakan asas kepada falsafah Saivisme dan menurut falsafah ini, Tuhan adalah ketua bagi semua jiwa. Manusia yang terdapat dalam lambang ini ditafsirkan sebagai Pati manakala binatang-binatang yang terdapat disekelilingnya dilambangkan sebagai Pasu.

  • Penyembahan Lingam dan Yoni

    Penyembahan Lingam dan Yoni merupakan satu lagi bentuk kepercayaan di Lembah Indus. Lingam ialah simbol Dewa Shiva dan Yoni adalah simbol Dewi Ibu. Penemuan batu-batu yang berbentuk kon di Mohenjo-Daro dan Harappa membuktikan kewujudan penyembahan Lingam. Para sarjana mengaitkan objek-objek berbentuk Lingam ini dengan mohor yang mempunyai lambang proto Shiva. Sementara itu, penemuan batu-batu yang berbentuk gelang yang besar melambangkan Yoni yang merupakan simbol Dewi Ibu.

  • Penyembahan Pokok

    Terdapat juga amalan penyembahan pokok dalam masyarakat di Lembah Indus di mana hal ini dapat dibuktikan dengan penemuan mohor-mohor yang mempunyai lambang pokok Pipal dan Acacia di Mohenjo-Daro dan Harappa. Pokok Pipal Dan Acacia ini diatakan sebagai tempat tinggal dewa-dewi. Selain daripada pokok-pokok itu, pokok Udumbura, Bilva, Nimba dan Thulasi juga dianggap suci.

    Menurut Sastri, pokok Pipal adalah merupakan pokok yang paling suci dan ia melambangkan ilmu pengetahuan manakala pokok Acacia pula melambangkan jiwa. Dipercayai seseorang yang meletakkan atau mengikat daun pokok tersebut di kepala akan memperolehi ilmu. Sebilangan besar mohor-mohor yang ditemui di Mohenjo-Daro dan Harappa menunjukkan Dewa Pipal berdiri di bawah pokok tersebut. Dewa Pipal dikatakan sebagai ketua bagi semua dewa orang Indus dan penyembahan Dewa Pipal amat popular dan meluas di kalangan masyarakat di Lembah Indus.

  • Upacara Mandi Ritual

    Upacara mandi ritual diamalkan di Mohenjo-Daro di bawah pengawasan golongan pendeta. Kepentingan upacara mandi ritual ini dapat dibuktikan dengan kewujudan kolam mandi Great Bath yang dilengkapi dengan bilik-bilik kecil dan dewan bertiang. Kewujudan bilik air dengan salur keluar di kebanyakan kediaman merupakan satu lagi bukti amalan mandi ritual telah dipraktikkan di Lembah Indus. Upacara mandi ritual diadakan untuk menjaga kebersihan dan kesucian dan menghalau roh-roh jahat.

  • Tarian Ritual

    Di Lembah Indus juga terdapat amalan tarian ritual. Penemuan patung gangsa yang menunjukkan seorang perempuan sedang menari membuktikan kewujudan amalan tarian ritual ini.

  • Upacara Pengebumian

Masyarakat Lembah Indus terutamanya di Mohenjo-Daro dan Harappa juga percaya kepada kehidupan selepas mati. Dalam hal  ini, masyarakat ini mengebumikan mayat dengan berhati-hati di mana kepala dihalakan ke timur dan kaki menghala ke arah selatan. Upacara ini juga disertakan dengan barang-barang pengebumian seperti makanan dan senjata. Kajian oleh ahli sejarawan juga menunjukkan amalan membakar mayat dan membuang abu ke sungai sepertimana yang berlaku dalam masyarakat di Harappa.

Kesimpulan ( 2 Markah )

Masyarakat di Lembah Indus terutamanya di Mohenjo-Daro dan Harappa mempunyai kepercayaan dan agama yang unuk dan tersendiri. Dalam hal ini banyak kepercayaan masyarakat ini seperti penyembahan Dewi Ibu dan Dewa Shiva telah diwarisi dan diamalkan oleh orang India sehingga sekarang. Kewujudan pelbagai agama dan kepercayaan menunjukkan masyarakat di Lembah Indus ini telah mencapai kemajuan dalam aspek kerohanian dan idea keagamaan masyarakat ini telah tersebar ke kawasan lain seperti ke Mesopotamia.

* Apa sahaja kesimpulan yang sesuai

[SOKONG BLOG INI, SILA SIGN BUKU PELAWAT]

Isnin, 4 Julai 2011

TAMADUN ISLAM : TEMA 1 – AGAMA DAN KEPERCAYAAN ZAMAN JAHILIYAH

Huraikan tentang bentuk-bentuk agama dan kepercayaan masyarakat Arab sebelum kedatangan Islam.

Pendahuluan

Zaman sebelum kedatangan Islam dipanggil zaman Jahiliah.

  • Jahiliah berasal dari perkataan "jahil" yang bermaksud bodoh. Menurut Philip K. Hitti dalam bukunya "History of the Arab's", jahiliah bermaksud bodoh atau jahil dari segi agama kerana pada ketika itu, tidak ada nabi dan tidak ada kitab suci yang boleh dijadikan sebagai petunjuk. Mereka tidak boleh dianggap jahil atau bodoh dari segi ilmu pengetahuan kerana mereka telah mempunyai tamadun yang tinggi.
  • Al-Quran tidak memberi batas tertentu bagi zaman jahiliah. Kamus Bahasa Arab menyebutkan zaman jahiliah sebagai zaman sebelum Islam, iaitu sebelum turunnya al-Quran.
  • Menurut Doktor Mahyuddin, zaman jahiliah ialah kira-kira 300 tahun sebelum kerasulan Nabi Muhammad s.a.w., iaitu selepas kejatuhan Kerajaan Sabak.
  • Masyarakat Arab Jahiliah mempunyai agama dan kepercayaan mereka sendiri.

Isi Jawapan ( 5 x 4 markah =20 markah)

( Jawapan boleh dimurnikan lagi ………)

Bentuk-bentuk agama dan kepercayaan masyarakat Arab sebelum Islam.

1) Agama Berhala

Agama berhala merupakan agama yang mempunyai pengikut terbesar di Semenanjung Tanah Arab. Berhala tersebut diperbuat daripada batu, kayu dan kadang-kala dari buah tamar (kurma). Tiap-tiap kabilah mempunyai patung berhala masing-masing. Antara berhala yang terkenal termasuklah al-Latta, al-Uzza, al-Manat dan al-Hubal. Sebahagian penduduk Tanah Arab tidak menganggap berhala Tuhan tetapi hanya sebagai perantaraan. Kepercayaan mereka bercampur-aduk antara percaya kepada Allah dan percaya berhala. Mereka ini dikenali sebagai golongan musyirikin, iaitu orang yang menyekutu Allah.

2) Agama Majusi

Agama ini tidak diamalkan secara meluas oleh orang-orang Arab Jahiliah. Ia dibawa masuk selepas Parsi berjaya mengalahkan Habsyah di Yaman pada akhir abad ke-6 Masihi. Penganut agama ini menjadikan api sebagai objek ketuhanan mereka. Di antara penganut agama ini yang terkenal ialah Zararah dan anaknya Hajib. Mereka berasal dari Bani Tamin yang sememangnya mempunyai hubungan dengan Parsi. Agama ini terbahagi kepada 3 mazhab iaitu Kayumarthiyah, Zarwaniyah dan Zaradushtiyah.

3) Agama Yahudi

Agama ini adalah berdasarkan kepada ajaran yang dibawa oleh Nabi Musa a.s. berpandukan kepada kitab Taurat . Agama ini tersebar luas terutamanya di kawasan-kawasan Oasis di Barat Laut Semenanjung Tanah Arab, iaitu Tai'ma Khaiba, Padak dan Yathrib. Orang-orang Yahudi berasal dari Palestin. Mereka berhijrah ke Semenanjung Tanah Arab sejak abad pertama Masihi. Mereka telah menjadi kaya-raya dan berjaya menarik perhatian orang-orang Arab untuk menganut agama Yahudi. Orang-orang Yahudi menganggap diri mereka sebagai bangsa pilihan dan mereka menganggap al-Uzar sebagai anak tuhan. Di antara tokoh terkenal yang menganut agama ini ialah Yusof Zu Nuwas.

3) Agama Nasrani

Agama Nasrani adalah agama yang berdasarkan kepada ajaran yang dibawa oleh Nabi Isa a.s. berpandukan kitab Injil pada tahun 1 Masihi. Ia dibawa ke Semenanjung Tanah Arab oleh golongan pendakwah, pedagang-pedagang atau paksaan oleh tentera Rom atau Habsyah atas tanah jajahan mereka. Agama ini dapat sambutan dari penduduk Mekah dan Yathrib. Di antara tokoh terkenal yang menganut agama ini termasuklah Warraqah Bin Naufal dan Uthman Bin Huwairith. Agama ini mempunyai 2 mazhab iaitu Mazhab Nestorian yang berkembang di kawasan Hirah dan Mazhab Jacobite yang dianuti oleh penduduk Ghassan dan kabilah-kabilah lain di sempadan Syria / Syam. Pusat agama Kristian yang utama di Semenanjung Tanah Arab ialah Najran. Bandar Najran terus menjadi bandar Nasrani hingga ke zaman Khalifah Umar. Malah terdapat pusat latihan paderi Nasrani di Wadi al-Qura, iaitu kawasan pedalaman Timur Hijaz.

4) Agama Hanif

Agama ini adalah berdasarkan kepada ajaran Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail. Penganut agama ini mempercayai konsep keesaan Allah ataupun monoteisme. Di antara mereka yang menganut agama ini termasuklah Zaid b'Amr, Umaiyah Bin Abi Salt, juga kedua-dua ibu bapa nabi sendiri. Walau bagaimanapun, agama ini telah diselewengkan oleh golongan-golongan tertentu seperti juga agama Yahudi dan Nasrani, misalnya mereka menyembelih binatang korban dan darahnya dipercikkan di sekeliling kaabah.

5) Kepercayaan Animisme

Kepercayaan ini wujud bersama dengan kewujudan manusia. Ia berpunca dari sifat kagum manusia terhadap sesuatu objek yang ditemuinya. Mereka percaya wujudnya satu kuasa yang boleh menolong atau memberi mudarat kepada mereka. Oleh itu, mereka menyembah apa sahaja yang dianggap ganjil termasuklah bulan, matahari, pokok, batu, gua dan sebagainya.

6) Kepercayaan Adat

Kepercayaan adat dianggap sebagai unsur-unsur karut dan tahyul. Antara kepercayaan yang diamalkan ialah menilik nasib. Apabila memulakan sesuatu kerja baru, mereka akan melihat keadaan sekeliling bagi menjangka nasib. Biasanya, mereka akan melihat arah burung terbang. Jika burung terbang ke kiri bermaksud tidak selamat dan sebaliknya.

Kesimpulan

Terdapat banyak agama dan kepercayaan yang diamalkan oleh masyarakat arab sebelum Islam. Semua agama itu bertentangan dengan agama Islam kecuali agama Hanif yang ada sedikit persamaan.

[SOKONG BLOG INI, SILA SIGN BUKU PELAWAT]

Ahad, 3 Julai 2011

TAMADUN DUNIA : TEMA 2 – PEMERINTAHAN BERAJA

Huraikan perkembangan sistem pemerintahan beraja di China pada zaman Dinasti Han.

A) Pengenalan

1. Latar belakang Dinasti Han

2. Sistem pemerintahan di China.

3. Dinasti Han muncul setelah jatuhnya kerajaan dinasti Chin pada tahun 206 SM. Dinasti ini kemudiannya telah meluaskan lagi wilayah China. Ibu negaranya terletak di Chang-an. Pencapaian terpenting dinasti Han ialah dari segi pembentukan sistem pemerintahan yang stabil. Sistem ini menjadi model kepada dinasti-dinasti China yang berikutnya.

B) Isi ( 20 markah: 5 isi x 4 markah )

1. Pemerintah tunggal (Maharaja) – pemusatan kuasa oleh maharaja.

Maharaja menduduki puncak kekuasaan tertinggi, berkuasa penuh untuk menggubal undang-undang, menguasai kerajaan dan mentafsir ideologi negara. Apabila mahu mengubah undang-undang, Maharaja hanya mengeluarkan perintah. Perintah Maharaja itu adalah undang-undang.

2. Sistem Pentadbiran

Maharaja dibantu oleh sebuah birokrasi, yang diuruskan oleh pegawai kerajaan. Mereka dilantik berasaskan kepada sistem peperiksaan awam. Dalam peperiksaan ini, mereka diuji pengetahuannya dari segi kesusasteraan, falsafah dan hal-ehwal pemerintahan. Para pegawai bertanggungjawab secara langsung kepada Maharaja. Untuk mengelakkan penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa, Maharaja biasanya tidak membenarkan seseorang pegawai itu berkhidmat terlalu lama di satu-satu tempat atau di tempat kelahirannya dan juga terlalu lama memegang sesuatu jawatan. Sebab itu, seseorang pegawai kadang kala diserahkan beberapa tugas sekaligus, bagi mengelak pegawai berkenaan memperolehi kemahiran dalam satu bidang tertentu sahaja. Malah, pada ketika tertentu, satu-satu tugas diserahkan kepada beberapa pegawai untuk dikongsi tanggungjawab pelaksanaannya. Birokrasi disusun kepada beberapa kementerian seperti perkhidmatan awam, percukaian, keraian, hukuman, dan pengadilan, dan kerja-kerja awam.

3. Sistem Undang-Undang.

Undang-undang terhadap petani dan golongan bawahan lainnya tidak boleh dipersoalkan, tetapi bagi golongan atasan/bangsawan, bentuk dan kuat kuasanya lebih fleksibel. Kadangkala apabila kesalahan membabitkan orang atasan, undang-undang boleh dipinda atau dihapuskan. Dikuatkuasakan dengan mengenakan hukuman yang berat, tetapi kadangkala dilaksanakan dengan lebih bertimbang rasa oleh pegawai yang berperikemanusiaan.

4. Ideologi rasmi

Pegawai kerajaan merupakan mereka yang taat kepada falsafah Confucius, mereka menganut fahaman ini dengan patuh. Mereka menjadi obor kepada penyebaran dan kelangsungan Confucianisme dalam tamadun China. Berbeza dengan Dinasti Chin, Pemerintahan Han berdasarkan prinsip intelektual, kesarjanaan Confucius dan bukan lagi berasaskan prinsip keperwiraan tentera.

5. Kerajaan imperial

Pentadbiran empayar-empayar yang ditakluki Empayar Han berdasarkan sistem ufti sebagai tanda kepatuhan kepada kerajaan Han dan membentuk kerajaan imperial. Sistem ini bermula dengan Maharaja Han Wu Ti.

6. Hubungan diplomatik

Menjalin hubungan diplomatik dengan Tibet, Hsiung Nu, dan Bactria untuk menjamin kestabilan sempadan wilayah Han di China. Dasar ini adalah sebahagian dasar pembendungan musuh-musuh.

C) Kesimpulan

Melalui sistem pemerintahan yang diwujudkan itu, China memperolehi tatacara pemerintahan yang mantap. Meskipun Dinasti Han jatuh pada tahun 220M, dan selepas itu China beberapa ketika berada dalam huru-hara, tetapi setelah munculnya dinasti Sui, Tang, dan Sung kemudiannya, sistem pemerintahan di negara itu terus bergerak di atas landasan yang terbina pada zaman dinasti Han. Sistem tersebut menjadi amalan berterusan di negara China sehingga runtuhnya kerajaan dinasti Ching pada tahun 1911.

[SOKONG BLOG INI, SILA SIGN BUKU PELAWAT]

Sabtu, 2 Julai 2011

TAMADUN DUNIA : TEMA 1 –PETEMPATAN AWAL MANUSIA

Bincangkan faktor-faktor yang mempengaruhi pembinaan petempatan tamadun-tamadun awal manusia.

Pendahuluan

a. Perkembangan pembinaan petempatan pada tamadun-tamadun awal bermula kira-kira 5000 SM. Antara petempatan-petempatan terawal ialah bahagian utara di Zawi Chemi Shanidar dan Shanidar di timur laut Rawanduz, Karim Shahir, Qalat Jarmo, Hassuna dan Tell Arpachiya di Mesopotamia, Mesir utara dan Mesir Selatan, dan kawasan Indo-Iran di Indus.

b. Pembinaan petempatan di sekitar kawasan pertanian dan lembah-lembah sungai seperti Sg. Tigris dan Sg Eupharates di Mesopotamia, Sg. Nil di Mesir, Sg. Indus di India dan Sg. Hwang Ho di China.

Isi-Isi Jawapan (7 isi X 3 m = 21 m )

Faktor-faktor yang mempengaruhi pembinaan petempatan tamadun awal.

a. Pengaruh sungai dan sumber air:

Kebanyakan pembinaan petempatan-petempatan tamadun awal dipengaruhi oleh kedudukan sungai. Kawasan-kawasan yang berhampiran sungai menjadi pilihan pembinaan petempatan. Ini disebabkan sungai memberi sumber air minuman, makanan dan kegunaan dalam kehidupan. Contoh pembinaan petempatan di Mesopotamia berhampiran Sg. Tigris dan Sg. Eupharates, di Mesir lembah Sg. Nil menjadi pilihan petempatan manusia dan juga di India Lembah Sg Indus menjadi petempatan manusia.Sumber air telah mendorong manusia untuk hidup menetap dan membuka petempatan kekal kerana aktiviti ekonomi seperti pertanian, penternakan dan perikanan. Sungai dan laut juga memainkan peranan penting dalam perhubungan dan pengangkutan.

b. Keadaan fizikal muka bumi:

Faktor fizikal muka bumi mempengaruhi pembinaan petempatan tamadun awal manusia. Kebanyakan kawasan petempatan tamadun awal manusia terdapat di dataran-dataran lanar, tanah pamah dan lembah-lembah sungai. Mempunyai kecerunan tanah yang rendah. Tanah rendah dan bentuk muka bumi yang rata sesuai untuk pembinaan rumah sebaliknya kawasan yang tidak rata dan bergunung-ganang tidak sesuai untuk petempatan.

c. Kesuburan tanah :

Kesuburan tanah amat mempengaruhi pembinaan petempatan-petempatan tamadun awal manusia. Kawasan yang mempunyai kesuburan tanah menjadi tarikan manusia menetap di sesebuah kawasan. Tanah yang subur dan kemudahan sumber air mewujudkan kegiatan pertanian dan penternakan. Lembah sungai seperti Tigris dan Euphrates merupakan tanah lanar yang sangat subur dan sesuai untuk pertanian. Di China Lembah Hwang Ho terdiri daripada tanah loes yang subur.

d. Kegiatan pertanian :

Kegiatan pertanian sebagai kegiatan ekonomi utama manusia dalam tamadun awal. Kegiatan pertanian dijalankan untuk menampung keperluan makanan seperti tanaman padi, gandum, barli dan lain-lain lagi. Disamping itu kegiatan penternakan dan menangkap ikan turut dijalankan. Kedudukan sungai yang berhampiran menyediakan sumber air dan sistem pengairan kepada kegiatan pertanian.

e. Migrasi dan Pertambahan penduduk :

Berlakunya proses migrasi ke kawasan-kawasan petempatan-petempatan baru kerana kesesuaian iklim , bentuk muka bumi dan kesuburan tanah. Faktor tarikan dari petempatan-petempatan ini menyebabkan pertambahan penduduk dari masa ke semasa. Perkembangan petempatan kekal membawa kepada pembentukan perkampungan dan perbandaran dalam tamadun awal.

f. Kewujudan organisasi sosial :

Kesan dari pertambahan penduduk telah membawa kepada perkembangan petempatan – petempatan kekal. Perkembangan perkampungan dan perbandaran telah membawa kewujudan organisasi sosial masyarakat. Pembahagian struktur sosial masyarakat berlaku kerana pengkhususan kerja untuk meningkatkan produktiviti.

g. Kewujudan organisasi politik :

Perkembangan dalam institusi sosial seperti institusi agama dan keluarga. Kewujudan institusi masyarakat ini melahirkan institusi negara. Kemunculan golongan pemerintah dalam petempatan tamadun awal seperti raja dan golongan pendeta.

h. Keagamaan dan Kepercayaan terhadap kuasa ghaib :

Masyarakat tamadun awal percaya bahawa kuasa-kuasa ghaib mempengaruhi kehidupan mereka. Mereka mengambil kira kepercayaan-kepercayaan ini dalam membina petempatan. Dalam membangunkan petempatan-petempatan mereka membina rumah-rumah ibadat di kawasan yang lebih selamat. Mereka mengharapkan petempatan-petempatan mereka dirahmati oleh kuasa-kuasa ghaib.

i. Perkembangan perdagangan dan pertembungan budaya:

Kesan dari perkembangan kegiatan pertanian berlaku lebihan pengeluaran hasil pertanian. Hasil-hasil pertanian mula di perdagangkan ke tempat-tempat lain. Perkembangan aktiviti perdagangan membawa kepada perkembangan petempatan-petempatan tamadun awal.

j. Penguasaaan kemahiran dan teknologi :

Perkembangan kemahiran dalam menenun kain, membuat tembikar, membina rumah, pembuatan alat-alat logam dan penciptaan baru membawa kewujudan petempatan-petempatan dalam tamadun awal.

Kesimpulan

Perkembangan petempatan-petempatan tamadun awal manusia membawa pertumbuhan bandar-bandar. Kemunculan bandar Mohenjo Daro dan Harappa di lembah Indus, Anyang, Loyang dan Cheng Chow di Lembah Sungai Kuning serta Bandar Thebes dan Memphis di Mesir adalah merupakan bandar yang muncul dari petempatan awal yang berkembang maju.

[SOKONG BLOG INI, SILA SIGN BUKU PELAWAT]

Ahad, 19 Jun 2011

TAMADUN DUNIA : TEMA 1 –NEGARA KOTA

Takrifkan konsep negara kota dan jelaskan ciri-ciri negara kota dalamTamadun Mesopotamia.

Pengenalan

  1. Tamadun Mesopotamia diasaskan oleh orang Sumeria sekitar tahun 3500 S.M. dilembah Sungai Tigris dan Euphrates. Petempatan-petempatan awal terdiri daripada kampung-kampung kemudiannya berkembang menjadi bandar dan seterusnya muncul sebagai negara kota.
  2. Negara kota muncul sebagai unit politik dan agama yang menguruskan dan mengawal pentadbiran.
  3. Negara kota muncul sebagai satu unit politik dan agama untuk menguruskan dan mengawal kerja-kerja pembinaan dan penyelenggaraan terusan.
  4. Antara negara kota yang muncul di Sumeria pada zaman dinasti awal ialah Sippar,Kish,Nippur,Ur,Eridu,Lagash, Uruk,Assur dan Mari.

Isi-Isi Penting (5 isi x 4 M = 20 M)

A. Konsep Negara Kota ( 4M)

  1. Negara kota merupakan tahap awal pembentukan negara. Setiap negara kota terletak di kawasan tertentu dan mempunyai sistem pentadbiran dan undang­undang.
  2. Setiap negara kota juga merupakan kerajaan yang berdaulat dan mempunyai unit politik tersendiri.
  3. Negara kota sering berperang untuk meluaskan wilayah. Penduduk mempunyai kesedaran tentang perjuangan kepentingan bersama dan semangat patriotisme terhadap negara kota masing-masing.

B. Ciri-ciri Negara Kota Mesopotamia

1. Ciri-ciri fizikal (4M)

  • Setiap Negara kota mempunyai ciri-ciri fizikal yang tersendiri.
  • Kawasan utama dalam negara kota ialah pusat kota,tembok kota,luar kota, dan pelabuhan.
  • Di dalam negara kota terdapat istana, rumah kediaman, rumah ibadat, kedai dan pasar. Di luar kota pula terdapat kawasan pertanian dan penternakan.
  • Negara kota juga mempunyai kubu pertahanan dan pintu gerbang yang menjadi lambang kekayaan sesebuah kota.
  • Pelabuhan memainkan peranan penting sebagai pusat perdagangan yang mempunyai kemudahan seperti tempat penginapan, setor dan tempat berjual-beli.
  • Negara-negara kota juga mempunyai jalan-jalan yang lebar dan lurus serta mempunyai ukuran yang standard.
  • Tembok-tembok didirikan untuk mempertahankan negara daripada serangan musuh.
  • Negara-negara kota mempunyai keluasan yang berbeza.

2. Ciri-ciri politik dan pentadbiran (4M)

Raja

  • Setiap negara kota ditadbir oleh raja yang mempunyai kuasa mutlak. Raja dianggap wakil rakyat yang dipilih oleh tuhan untuk menjalankan pentadbiran Negara kota.
  • Raja memainkan peranan sebagai panglima tentera, ketua hakim dan ketua pendeta.
  • Dalam menjalankan pentadbiran, raja dibantu oleh ketua pendeta, pesuruhjaya,
    ketua penyelia, penyelia, jurutulis dan pekerja.
  • Dalam bidang keagamaan, raja memainkan peranan dalam pembinaan dan pengurusan rumah berhala, perlantikan pendeta dan menjalankan perayaan keagamaan.
  • Dalam bidang ketenteraan, raja berperanan merangka kempen ketenteraan dan mengetuai pasukan tentera dalam medan peperangan.
  • Sebagai ketua hakim, raja harus memastikan semua lapisan masyarakat mendapat keadilan dan layanan yang sewajarnya.

Dewa Negara Kota

  • Negara kota terletak di bawah naungan dewa negara kota yang dikenali sebagai city gods.
  • Negara kota Lagash dinaungi oleh Dewa Ningirsu manakala negara kota Ur dinaungi Dewa Nanna.

Ketua Pendeta

  • Dibantu oleh pesuruhjaya

Pesuruhjaya

  • Dikenali sebagai agrig, dibantu oleh penyelia yang mengawasi pegawai bawahan.

Penyelia dan jurutulis

  • Mengawasi golongan pekerja dan buruh yang bertugas di bawah mereka.

Buruh dan Pekerja

  • Dibahagikan kepada badan-badan awam yang berlainan dan mempunyai organisasi yang tersendiri.

3. Ciri-ciri sosial (4M)

  • Dari segi struktur sosial,masyarakat di negara kota Mesopotamia dibahagikan kepada tiga kategori, iaitu golongan atasan, golongan pertengahan dan golongan bawahan.
  • Golongan atasan terdiri daripada raja dan golongan bangsawan. Raja mempunyai kuasa tertinggi dan menduduki tangga teratas dalam struktur sosial masyarakat. Berperanan sebagai wakil dewa negara kota yang mentadbir negara dengan adil dan saksama. Golongan bangsawan terdiri daripada panglima tentera, ketua pendeta, pembawa alatkebesaran diraja, penguasa istana dan gabenor provinsi.
  • Golongan kelas menengah terdiri daripada golongan profesional seperti pengusaha bank,pedagang, doktor, jurutulis dan artisan. Mereka memainkan peranan penting dalam bidang ekonomi, mempunyai kesatuan sekerja bagi menjaga kebajikan mereka.
  • Golongan bawahan terdiri daripada rakyat biasa dan hamba. Dikenali sebagai Hupshi. Golongan yang paling rendah kedudukannya dalam organisasi sosial Mesopotamia ialah hamba yang terdiri daripada tawanan perang dan orang berhutang.

4. Ciri-ciri ekonomi ( 4M)

  • Kegiatan ekonomi negara kota terdiri daripada pertanian, perdagangan dan perindustrian.
  • Pertanian merupakan kegiatan ekonomi utama negara kota Mesopotamia.
  • Tanah pertanian dimiliki oleh raja , golongan bangsawan dan pegawai tentera.
  • Ladang besar dimiliki oleh rumah berhala dan diusahakan oleh kakitangan rumah berhala.
  • Tanah pertanian dibahagikan kepada tiga kategori iaitu tanah milik tuan tanah yang diusahakan penduduk negara kota. Tanah makanan iaitu hasil tanah diagihkan oleh kakitangan rumah berhala. Tanah sewa iaitu hasil sewa digunakan oleh kakitanganrumah berhala atau diagihkan kepada rakyat.
  • Perdagangan juga kegiatan ekonomi yang penting dan mewujudkan hubungan perdagangan antara negara kota dengan negara kota lain.
  • Kegiatan perdagangan bulu dan kulit binatang merupakan sumber ekonomi penting.
  • Perindustrian. Industri tekstil dikendalikan oleh rumah-rumah berhala dan istana.

Kesimpulan

  • Negara kota Mesopotamia mempunyai ciri-ciri fizikal, sosial ,politik dan ekonomi.Kemunculan negara kota melambangkan kemajuan yang dicapai oleh masyarakat Mesopotamia dalam bidang politik, sosial dan ekonomi .
  • Negara kota menjadi asas kepada kelahiran empayar di Mesopotamia sekitar tahun 2350 S.M.

[SOKONG BLOG INI, SILA SIGN BUKU PELAWAT]

Rabu, 18 Mei 2011

TAMADUN DUNIA : TEMA 1 – FAKTOR KEMUNCULAN TAMADUN

Huraikan faktor-faktor yang membawa kepada kemunculan tamadun awal manusia.

A. Pengenalan

1. Konsep tamadun

Ø Definisi tamadun

Ø Ciri-ciri tamadun secara umum

2. Latar belakang zaman prasejarah akhir @ zaman neolitik

3. Latar belakang tamadun

ISI:

Faktor-faktor yang membawa kepada kemunculan tamadun awal manusia (7 isi X 3 markah)

1. Kemajuan dan pencapaian manusia pada zaman Neolitik

Ø Pencapaian dari segi ekonomi, pemikiran dan sosialisasi pada zaman Neolitik membawa kepada kemunculan tamadun.

Ø Muncul petempatan kekal yang membentuk kampung-kampung.

Ø Telah mencapai kemajuan dari segi ekonomi dengan berlakunya Revolusi Pertanian

Ø Telah melahirkan sistem kepercayaan yang semakin kompleks.

2. Berlaku proses urbanisasi @ perbandaran

Ø Proses urbanisasi di sesuatu tempat berikutan adanya kegiatan pertanian, penenunan dan penternakan binatang.

Ø Manusia juga cuba hidup bersatu dengan tujuan untuk menghadapi cabaran fizikal.

Ø Berlaku perkembangan daripada sebuah kampung ke bandar dan negara kota.

Ø Ekoran daripada berlakunya pertambahan penduduk di sesuatu kawasan seperti di kampung, berlakunya pembukaan tanah-tanah baru untuk penempatan dan kegiatan pertanian.

Ø Urbanisasi ini membawa kepada pengasasan beberapa tamadun lain.

3. Kemajuan dalam bidang sains dan teknologi

Ø Kemajuan dalam bidang ini dapat dilihat apabila manusia mula menggunakan logam seperti besi, tembaga dan gangsa

Ø Penciptaan pelbagai alat dan teknologi pertanian seperti tajak dan terusan menyebabkan pertanian diusahakan dengan meluas.

Ø Penghasilan alatan tembikar dan penciptaan roda membawa kepada perubahan cara hidup masyarakat.

Ø Berlaku penciptaan kapal yang lebih besar dan layar kapal.

Ø Kesannya, hasil pertanian meningkat dan wujudnya aktiviti perdagangan.

4. Peranan Sungai

Ø Kemunculan tamadun awal di lembah-lembah sungai menunjukkan kepentingan sungai sebagai salah satu faktor perkembangan tamadun.

Ø Sungai membantu kegiatan pertanian dari segi perairan, kesuburan tanah dan sebagai sumber bekalan makanan.

Ø Sungai juga berperanan sebagai jalan pengangkutan yang penting.

Ø Kesannya; terdapat banyak tamadun muncul di lembah-lembah sungai seperti di lembah sungai Nil, Tigris-Euprates, Indus dan Hwang Ho.

5. Faktor angin

Ø Angin memainkan peranan penting dalam pembentukan tamadun.

Ø Angin membantu pelayaran dan pengangkutan di antara satu tamadun dengan tamadun yang lain.

Ø Hal ini membolehkan wujudnya perdagangan jarak jauh untuk mendapatkan bekalan bahan mentah.

Ø Perdagangan memajukan kebudayaan kerana berlakunya pertukaran fikiran dan maklumat.

6. Faktor bahasa dan tulisan

Ø Bahasa dan tulisan menjadi asas kepada kemajuan pengetahuan dan membantu melicinkan urusan pentadbiran dan ekonomi.

Ø Tulisan-tulisan pada zaman Neolitik menjadi asas kepada perkembangan sistem tulisan dalam tamadun awal.

Ø Fungsi tulisan adalah untuk merekod kegiatan ekonomi, keagamaan dan harta kuil serta perundangan.

Ø Contoh; tulisan cuneiform dalam tamadun Mesopotamia banyak digunakan untuk merekod tentang kegiatan perdagangan dan pentadbiran dan tulisan hieroglif dalam tamadun Mesir untuk merekodkan keagamaan.

Ø Kesannya, penghasilan karya sastera seperti epik Gilgamesh dalam tamadun Mesopotamia, Epik Mahabrata dan Ramayana dalam tamadun Indus.

7. Berlaku Penciptaan roda

Ø Penciptaan roda oleh masyarakat Neolitik di Sumeria turut mempengaruhi kemunculan tamadun.

Ø Teknologi roda kemudiannya digunakan sebagai peroda untuk membuat tembikar, sebagai kincir dalam pengairan dan untuk menarik pedati (kereta kuda) bagi tujuan membawa hasil pertanian ke pelabuhan

Ø Hal ini membantu memajukan tamadun masyarakat tersebut.

Ø Roda juga mempercepat perkembangan industri tangan seperti pembuatan tembikar dan tekstil.

Ø Roda juga menggalakkan pertumbuhan perdagangan antara tamadun seperti tamadun Mesopotamia, Mesir dan Mohenjo-Daro.

8. Muncul Hieraki masyarakat @ Organisasi Sosial

Ø Hal ini dapat dilihat kepada kewujudan golongan pemerintah dengan golongan diperintah.

Ø Kewujudan organisasi sosial mewujudkan pengkelasan dalam masyarakat yang mempunyai peranan masing-masing.

Ø Contoh : Raja berfungsi sebagai pemerintah, pembesar berfungsi membantu raja dalam pentadbiran, petani untuk mengusahakan sumber makanan dan hamba pula untuk menjalankan kerja-kerja buruh.

Ø Membolehkan pentadbiran dapat dijalankan dengan lebih cekap dan membolehkan kemajuan dalam bidang politik dan sosial.

9. Wujud Pembahagian tugas @ Pengkhususan Kerja

Ø Pembahagian tugas dalam aktiviti pertanian dalam zaman prasejarah menyebabkan berlakunya pengkhususan kerja.

Ø Hal ini membolehkan setiap anggota masyarakat mempunyai tugas yang tetap.

Ø Keadaan ini mempercepat lagi proses kemajuan.

Ø Bentuk-bentuk kerja yang wujud dalam tamadun awal ialah askar, petani, tukang, peladang dll.

Ø Contoh, golongan artisan mewujudkan pengkhususan kerja seperti tukang kayu, bina kuil, bina piramid, membina terusan dan lain-lain.

10. Pembentukan Sistem agama dan kepercayaan

Ø Perkembangan sistem kepercayaan pada zaman prasejarah terutama pada zaman Neolitik telah pun mempengaruhi corak perkembangan sistem kepercayaan yang lebih kompleks.

Ø Agama dan kepercayaan adalah penting dalam menentukan tatacara kehidupan dalam masyarakat.

Ø Agama penting dalam memupuk perpaduan dalam masyakarat tamadun awal.

Ø Agama sebagai asas sistem pendidikan.

Ø Contoh, dalam tamadun Indus, kitab veda telah menjadi rujukan dalam sistem pendidikan.

Kesimpulan

1. Secara keseluruhannya, sesuatu tamadun itu menunjukkan bentuk yang formal dan berorganisasi.

2. Urbanisasi telah membawa kepada pengurangan kebebasan individu dan hidup dalam suatu rangka kawalan.

3. Akibat urbanisasi, maka sesuatu yang berbentuk susun lapis yang berdasarkan kekuasaan, kelahiran dan kekayaan benda telah terbentuk.

[SOKONG BLOG INI, SILA SIGN BUKU PELAWAT]

Ahad, 15 Mei 2011

ORIENTASI PRA-U 2011

Gambar boleh menafsirkan sejuta makna …………….

Aktiviti Bersama Pertina.

image

image image

image image

 image image

image image

image  image

 image 

image 

image image

image image

 

image 

 image

image

image

image

[SOKONG BLOG INI, SILA SIGN BUKU PELAWAT]

Related Posts with Thumbnails

PENYOKONG BLOG SEJARAH

PENAFIAN :

Penulis blog tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan, kerugian atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada mana-mana bahagian dalam laman blog ini. Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster dan/atau Lain-Lain Penulis.