ENJIN CARIAN BAHAN

Loading...

Saturday, July 31, 2010

MOTIVASI LEMBU VS MOTIVASI ANDA !

PELAJAR SMKDARY MESTI BACA !

image  VS  image   =   image  

MOTIVASI LEMBU VS MOTIVASI ANDA !

Orang kita selalu  mengaitkan lembu dengan seseorang yang bodoh. Dia akan terus bandingkan dan kata, “ko ni bodoh macam lembu!”. Er, sori saya cakap macam tu.  Macam keras bunyinya. Lebih baik berterus terang supaya anda faham. Motivasi susah nak berkias-kias, nanti orang salah faham.

Lembu tu, walaupun binatang yang dianggap bodoh, sebenarnya ada motivasi tersirat yang kita boleh ambil darinya. Walaupun lembu nampak bodoh sebab kerjanya hanya meragut rumput, tak de perkara lain cuma rumput, rumput dan rumput, lembu meragut dengan penuh konsisten, ‘persistence’ pula tu.

Dia tak hirau hal lain, tak sibuk ambil tahu perkara-perkara lain mahupun dok sibuk ngumpat, dan bergosip hal dunia dengan lembu-lembu lain. Yang dia tau, ragut rumput, makan rumput, dan kunyah rumput . Kesan dari itu, lembu jadi cukup bagus, cukup cemerlang sekali meragut rumput. Silap-silap habis rata rumput jadinya macam kita potong rumput pakai mesin rumput.

Jika ada anugerah meragut rumput, mungkin lembu itu mendapat tempat pertama, menjadi calon ‘fevret’. Seekor lembu tak akan pernah mengacau kawasan lembu-lembu lain dan tak akan pernah menceroboh ‘territory’ yang bukan dia punya.

Haa..tengok tu, walaupun lembu ni kita anggap macam bodoh, tapi sebodoh-bodoh lembu, kita boleh belajar sesuatu, kemudian serap apa yang kita pelajari tu supaya kita makin maju. Bukan terus mengeluh dan mengantuk ! Anda faham tak ?

Mesti ada sebab kenapa lembu dijadikan sifatnya macam tu. Kejadiannya mesti untuk menyempurnakan sesuatu dan sebagai pelengkap kepada peranan kita manusia untuk melaksanakan misi sebagai khalifah di muka bumi. Jangan pandang rendah pada lembu.

Biarlah kerajinan kita mengalahkan kerajinan lembu. Biarlah ‘kekonsistenan’ usaha kita mengalahkan ‘kekonsistenan’ lembu, walaupun dia cuma seekor lembu. Sebodoh-bodoh lembu, ia haiwan yang sangat rajin, cemerlang melaksanakan kerjanya.

Kita, entah macam mana, mungkin cemerlang kita sekejap saja sebab fokus fikiran kita terarah kepada banyak perkara, terutama masalah …………banyak masalah yang dijadikan alasan itu dan ini .

Masalah mabuk cinta @ cinta monyet,  

Masalah perasaan dan perasantan  ,

Masalah asyik nak berfacebook,

Masalah terlalu sibuk ……sibuk sesangat….. banyak tugas yang diberikan

Masalah tak baca buku ( Sejarah 1 ),

Masalah malas nak baca buku,

Masalah tak minat (kononnya),

Masalah tak nak ambik kisah…buat tak kisah…apa aku kisah ! 

dan pelbagai masalah yang kadang-kadang dicari………

Anda faham tak  !

Oleh itu sedarlah dari lamunan dan alasan. Keluar dari ilusi. Buat perubahan .

Peperiksaan Pertengahan Tahun 2011 dah dekat . Peperiksaan STPM 2011 juga kira dah dekat.

Sedarlah ! Ayuh, mula memberi perhatian dan buat perubahan secara bersungguh-sungguh . 

Tinggalkan segala masalah yang dijadikan alasan. Inilah masanya ………

TARGET UNTUK SEMUA PELAJAR SAYA - SEJARAH MESTI  ‘A’. ADA BERANI ?

[ SOKONG BLOG INI, SILA SIGN BUKU PELAWAT ]

CERAMAH SKOR A SEJARAH 1

Program yang dirancang di SMK Kuala Kubu Bharu telah pun selesai. Peserta terdiri daripada para pelajar Pra-Universiti SMK Kuala Kubu Bharu, SMK Syed Mashor Batang Kali dan SMK Sungai Choh.

Pukul 3.30 petang baru sampai rumah. Saya pandu kereta dengan berhemah sekali. Singgah rehat 2 kali. Ikut had laju yang dibenarkan. Inilah pemanduan jarak jauh yang paling berhemah dalam hidup saya. Had laju 60 km/j di jalan yang saya lalui tersangatlah ‘slow’nya. Saya mencadangkan pihak majlis bandaran berkenaan kena nilai semula kewajaran had laju yang ditetapkan. Jalan dah cantik, jadi kasi naik sikit la had lajunya. Tahu kenapa saya bawa sentimental jah ?? Banyak perangkap had laju, sekali kena RM 300 samannya. Tak tahan beb ……..Mati kawe lagu nih ……

Kepada Cikgu Norhayati yang menjemput saya untuk slot Sejarah 1, saya berharap puan berpuashati dengan slot kendalian saya. Saya merasakan ada sedikit kekurangan kerana kondisi saya masih belum cergas sepenuhnya daripada demam. Badan dok rasa seram sejuk jah. Idea pun rasa berat nak keluar……. 

Khusus kepada semua pelajar di sana, harap dapat input baru atau sekurang-kurangnya dapat mengukuhkan apa yang telah sedia diketahui. Kejayaan anda adalah kegembiraan saya walaupun sumbangan saya hanya sekelumit sahaja.

Selamat Belajar.

[ SOKONG BLOG INI, SILA SIGN BUKU PELAWAT ]

Tuesday, July 27, 2010

CARA MENIPU DI DALAM EXAM !!!

Jangan buat macam ni ........... kan dah hancus !



TAMADUN DUNIA : TEMA 1 – ZAMAN PRASEJARAH

Sejauh manakah alam sekitar mempengaruhi kehidupan masyarakat pada zaman prasejarah.

ATAU

Alam sekitar mempengaruhi kehidupan masyarakat pada zaman prasejarah. Bincangkan.

PENDAHULUAN

1. Zaman prasejarah ialah zaman yang belum ada rekod bertulis tentang kehidupan manusia dan masyarakatnya.

2. Pengkaji sejarah membahagikan zaman prasejarah kepada tiga zaman iaitu

- Zaman Paleolitik (500,000 SM hingga 10,000 SM)

- Zaman Mesolitik (10,000 SM hingga 7,000 SM)

- Zaman Neolitik (7,000 SM hingga 3,500 SM)

3. Zaman ini juga dikenali juga sebagai zaman batu.

4. Kehidupan masyarakat pada zaman ini dikesan daripada bukti arkeolgi seperti fosil dan peralatan yang diperbuat daripada batu.

ISI (5 isi X 4 markah = 20 Markah)

1. Penempatan

Penempatan masyarakat zaman prasejarah dipengaruhi oleh alam sekitar

· Zaman Paleolitik - pergantungan sepenuhnya ke atas alam sekitar menyebabkan mereka berpindah-randah untuk mencari makanan dengan memburu dan memungut hasil hutan. Persekitaran yang sejuk dan keadaan yang selamat menyebabkan mereka tinggal dalam gua.

· Zaman Mesolitik - pencairan air batu akibat daripada kenaikan suhu dunia telah mempengaruhi penempatan masyarakat pada zaman ini tertumpu di kawasan yang iklim sederhana iaitu di kawasan lingkaran tanah rata di Eropah, Asia dan Afrika.

· Zaman Neolitik - kehidupan masyarakat yang tidak bergantung kepada hasil hutan dan telah mula bertani menyebabkan mereka membentuk penempatan kekal sehingga wujudnya perkampungan neolitik. Perkampungan neolitik tertumpu di kawasan lembah sungai dan tasik kerana mereka bergantung kepada kesuburan tanah dan saliran semula jadi untuk kegiatan pertanian. Contohnya perkampungan Neolitik di Jermo, Jerica (Iraq) dan Pan Ismail

2. Kegiatan Ekonomi

Keadaan persekitaran mempengaruhi kegiatan ekonomi manusia dan masyarakat zaman prasejarah.

· Zaman Paleolitik - manusia mendapat makanan daripada sumber alam sekitar melalui kegiatan memburu binatang, menangkap ikan dan mengumpul hasil hutan.

· Zaman Neolitik - manusia telah mula menghasilkan sumber makanan sendiri tanpa bergantung kepada sumber alam sekitar melalui kegiatan pertanian dan menternak binatang. Walau bagimanapun mereka masih bergantung kepada kesuburan tanah secara semulajadi untuk membolehkan mereka bertani. Kawasan pertanian tertumpu di lembah-lembah sungai yang terdiri daripada tanah lanar. Lebihan hasil pertanian/surplus mendorong kepada berlakunya aktiviti perdagangan.

3. Peralatan

· Paleolitik - Bagi menyesuaikan diri dan pergantungan dengan persekitaran manusia di zaman Paleolitik telah menghasilkan peralatan yang ringkas dan mudah. Mereka menggunakan peralatan daripada tulang dan batu. Kapak tangan dihasilkan untuk melapah dan memotong binatang buruan.

· Neolitik - Revolusi pertanian di zaman neolitik telah mempengaruhi peralatan yang digunakan. Peralatan batu masih lagi digunakan pada awal zaman neolitik tetapi buatan lebih halus. Penemuan logam telah membolehkan mereka menggunakan logam seperti besi, timah dan tembaga menggantikan peralatan batu sebagai peralatan di sawah dan senjata.

4. Teknologi

· Paleolitik - Masyarakat zaman Paleolitik menghasilkan peralatan batu menggunakan teknik merepeh. Kebakaran hutan akibat daripada petir dan proses menghasilkan peralatan batu telah menemukan masyarakat zaman ini dengan penggunaan api. Pakaian zaman ini diperbuat daripada kulit binatang dan gentian pokok/kayu.

· Neolitik - Masyarakat pada zaman neolitik mempunyai kreativiti dan inovasi untuk mecipta teknologi dalam usaha menguasai persekitaran mereka. Mereka telah mencipta roda, menghasilkan peralatan tembikar dan menenun kain daripada gentian tumbuhan. Bajak dicipta yang menggunakan tenaga haiwan untuk memudahkan kerja-kerja di ladang pertanian.

5. Kepercayaan

· Persekitaran banyak mempengaruhi sistem kepercayaan masyarakat zaman prasejarah. Ketidakupayaan masyarakat zaman paleolitik dan neolitik mengatasi bencana alam menyebabkan mereka percaya kepada kuasa ghaib yang mempunyai kaitan rapat dengan persekitaran mereka. Mereka menyembah kuasa alam yang mempunyai kaitan dengan persekitaran mereka seperti matahari, sungai dan binatang. Banjir dan kemarau yang berlaku membawa kepada kepercayaan kepada tuhan dan semangat tanaman. Ia membawa kepada upacara pemujaan dan ritual keagamaan.

6. Kesenian

· Alam sekitar menjadi sumber kepada hasil seni masyarakat zaman pra sejarah. Manusia paleolitik melukis gambar binatang di gua yang mempunyai kaitan dengan kepercayaan. Pada zaman neolitik unsur alam dilihat sebagai simbol dalam hasil lukisan mereka yang mempunyai kaitan rapat dengan sistem kepercayaan.

KESIMPULAN

Kehidupan masyarakat pada zaman prasejarah banyak dipengaruhi oleh alam sekitar. Penemuan dan kreativiti masyarakat pada zaman neolitik telah membawa perubahan besar bagi mereka menyesuaikan diri dan menguasai alam sekitar.

[ SOKONG BLOG INI, SILA SIGN BUKU PELAWAT ]

Friday, July 23, 2010

SIRAH NABI MUHAMMAD S.A.W : EPISOD 1 - 6 (GAMBARAN VIDEO)


VIDEO 1: Menggambarkan sirah Nabi Muhammad SAW dan hijrah baginda ke Madinah .




VIDEO 2 : PERANG BADAR




VIDEO 3 : PERANG UHUD



VIDEO 4 : PERJANJIAN HUDAIBIYAH



VIDEO 5 : Pembukaan Kota Mekah .Janji Allah SWT yang akan memberikan kemenangan kepada kaum muslimin .



VIDEO 6 : Nabi Muhammad SAW wafat  dan sebahagian pesanan terakhir baginda .



[ SOKONG BLOG INI, SILA SIGN BUKU PELAWAT ]

Monday, July 19, 2010

TAMADUN DUNIA : TEMA 2 – PENGUKUHAN EMPAYAR DI ALAM MELAYU

Sejauhmanakah faktor agama memainkan peranan dalam mengukuhkan kedudukan dan kekuasaan pemerintah di Alam Melayu.         

ATAU

Bincangkan cara-cara pemerintah mengukuhkan kedudukan dan kekuasaan pemerintahan empayar di Alam Melayu.

A.  Pengenalan

1. Pemerintahan bermaksud satu badan atau organisasi yang dianggotai sebilangan individu yang dilantik atau dipilih mengikut prosedur perundangan bagi menjawat jawatan tertentu untuk mentadbir dan menguruskan sesebuah negara.

2. Maksud empayar

  • Jelaskan empayar di Alam Melayu.

B.  Isi : Cara-cara pemerintah mengukuhkan kedudukan . Agama memainkan peranan penting tetapi terdapat faktor-faktor yang mempengaruhi.

1. Agama

  • Pemerintah menggunakan ajaran-ajaran agama untuk mengukuhkan kedudukan politik mereka.
  • Pemerintah menjadi penaung kepada ajaran agama yang disebarkan di empayar masing-masing.
  • Pemerintah mengaitkan konsep pemerintahan dengan konsep ketuhanan.
  • Melaka- pemerintah mengaitkan jurai keturunan dengan keturunan Iskandar Zulkarnain dan Nabi-Nabi. Raja juga dianggap sebagai bayangan tuhan.
  • Majapahit-menggunakan undang-undang agama hindu dan kitab-kitab agama untuk mengaitkan mereka dengan dewa-dewa agama hindu.
  • Srivijaya- Raja-raja menggunakan kekayaan yang diperoleh untuk membiayai pengajian agama, membina kuil dan yayasan agama. 'Tuhan Vatakturah' memainkan peranan untuk memastikan taat setia rakyat kepada raja.

2. Kekuatan Ketenteraan

  • Mempunyai bilangan tentera yang ramai merupakan satu kelebihan kepada sesebuah empayar.
  • Berjaya menguasai negeri-negeri yang kecil dan meluaskan empayar dengan meluas.
  • Melaka-mempunyai tentera terdiri daripada orang laut hingga mampu menguasai semenanjung Tanah Melayu dan Sumatera.
  • Majapahit-mempunyai tentera yang ramai terdiri daripada orang laut hingga mampu menguasai Daha, Wengker, Matahun, Lasem,Pajang dan Kabalan.
  • Srivijaya-mempunyai 20,000 tentera terdiri daripada orang laut hingga mampu menguasai Kedah Tua, dan negeri-negeri sekitar Segenting Kera.

3. Pentadbiran yang teratur

  • Sistem pentadbiran yang tersusun dan teratur memastikan pemerintah dapat menjalankan pemerintahan yang aman.
  • Pentadbiran yang teratur memastikan empayar dapat berkembang dengan meluas.
  • Melaka- Sultan dibantu oleh jemaah penasihat(Majlis Tertinggi) yang dianggotai oleh golongan bangsawan.Empat pembesar iaitu Bendahara, Penghulu Bendahari, Temenggung dan Syahbandar.
  • Majapahit- Kitab Negarakertagama mengandungi maklumat yang menunjukkan Majapahit mempunyai sistem pentadbiran yang teratur.
  • Srivijaya-Inkripsi Telaga Batu menunjukkan Srivijaya mempunyai pentadbiran yang lengkap.

4. Konsep Daulat dan Kesaktian

  • Raja dipercayai mempunyai daulat dan kesaktian. Konsep ini dikukuhkan melalui mitos tentang asal usul, jurai keturunan, serta kebolehan fizikal dan kerohaniannya.
  • Rakyat dikehendaki menumpahkan taat setia kepada raja dan sesiapa yang menentangnya akan dianggap penderhaka.
  • Penderhaka akan ditimpa mudarat atau tulah dalam bentuk sumpahan atau balasan fizikal.
  • Melaka-raja-raja digambarkan mempunyai daulat yang menyebabkan berlaku kesan fizikal kepada penderhaka.
  • Majapahit- raja-raja dianggap penjelmaan sebagai Dewa Shiva dan Vishnu.
  • Srivijaya-raja dianggap sebagai penjelmaan dewa Amoghapasha Avalokitesvara.

5. Peraturan-peraturan khusus

  • Kedudukan dan kebesaran seorang raja dikukuhkan melalui cara-cara berikut.
  • Warna, rumah,penggunaan nobat diraja, penggunaan bahasa istana serta alat-alat kebesaran seperti ketur, kendi,kipas dan cogan.
  • Melaka- pengunaan kata-kata seperti patik, beta dan lain. Warna kuning hanya untuk raja.
  • Majapahit-raja-raja diagungkan melalui syair-syair yang dihasilkan oleh Sri Mudali dan Sudahrma.
  • Srivijaya-raja digambarkan jelmaan dewa-dewa

C.  Kesimpulan

Kejayaan pemerintah di Melaka, Majapahit dan Srivijaya mengekalkan pengaruh dan kekuasaan menyebabkan empayar jajahan yang dikuasai begitu meluas. Hal ini menyebabkan keagungan dan kegemilangan empayar-empayar berkekalan untuk satu tempoh yang agak lama.

[ SOKONG BLOG INI, SILA SIGN BUKU PELAWAT ]

Saturday, July 17, 2010

TAMADUN ISLAM : TEMA 2 – DASAR PEMERINTAHAN MUAWIYAH

    Huraikan dasar pemerintahan kerajaan Bani Umaiyyah pada Zaman Khalifah Muawiyah bin Abu Sufian.

    A. Pengenalan

  • Seorang sahabat Nabi Muhammad dan penulis wahyu.

  • Seorang muslimin yang taat dan patuh kepada ajaran agama.Tokoh politik dan negarawan yang pintar.Beliau merupakan seorang pemidato Arab yang terkemuka.

  • Muawiyah bin Abu Suffian menjadi Khalifah Bani Umaiyyah selama kira-kira 40 tahun iaitu 41 H - 60H.Beliau merupakan pengasas kerajaan Bani Umaiyyah yang wujud 41 H - 132 H.

  • Beliau berpengalaman dalam politik selama 40 tahun. Menjadi gabenor di Syam selama 20 tahun dan 20 tahun lagi sebagai Khalifah di Bani Umaiyyah.

  • Sebelum pemerintahan beliau telah berlaku peperangan antara beliau dengan Saidina Ali antara tahun 37 H - 38H.Peperangan ini dikenali sebagai peperangan Siffin .Majlis Tahkim telah diadakan untuk mendamaikan mereka tetapi gagal.Selepas kewafatan Saidina Ali Muawiyah telah dilantik menjadi khalifah apabila Saidina Hassan menolak jawatan Khalifah.

B.  Isi

  • Beliau menggubal beberapa dasar penting yang berbeza dalam negara bagi mentadbir wilayah-wilayah yang luas itu. Setiap wilayah mempunyai masalah dan cara tersendiri untuk ditadbir.

  • Di Iraq ,beliau telah menjalankan dasar berbaik-baik dengan pemimpin Arab yang menjadi penyokong kuat kepada khalifah Ali. Selain itu beliau mengekalkan sistem pentadbiran yang sedia ada bagi mengelakkan penentangan dan perpecahan.

  • Di Mesir, beliau berusaha memulihkan keadaan ekonomi yang buruk pada zaman sebelumnya dengan melantik rakan setianya Amru al As sebagai gabenor di Mesir.

  • Di Syam, memberi layanan yang baik kepada kepada penduduk di sana yang merupakan penyokong kuatnya.

  • Di Jazirah (Mesopotamia),menjalankan dasar muafakat dan kompromi antara penduduk yang terdiri daripada Qais dan Yaman.

  • Tidak mengadakan hubungan diplomatik dengan negara-negara asing sama ada Parsi,India mahupun Byzantine

  • Memindahkan pusat pemerintahan Islam dari Madinah ke Kufah dan ke Damsyik. Ini kerana di Damsyik ramai penyokong setia Muawiyah.

  • Mengubah sistem pemilihan Khalifah secara Syura kepada warisan. Ini telah mengubah tradisi sebelumnya iaitu pada zaman Khulafa Rasyidin. Beliau telah melantik Putera Mahkota untuk mewarisi jawatan khalifah.

  • Meluaskan kuasa politik Khalifah dan pemusatan kuasa kerajaan Bani Umaiyyah. Khalifah mempunyai kuasa mutlak dan berpusatkan khalifah dalam membuat keputusan. Jawatan gabenor dimonopoli oleh keluarga Bani Umaiyyah.

  • Mengadakan pasukan tentera yang kuat yang terdiri dari orang-orang Syam dan mereka diberi gaji tetap. Orang Syam setia kepada Muawiyah.

  • Memperkenal atau meniru sistem pentadbiran kerajaan Byzantine dengan mengambil pegawai-pegawai yang beragama kristian untuk berkidmat.

  • Menubuhkan pejabat pendaftaran, pejabat pos dan jabatan perisik bagi mengetahui rahsia-rahsia pihak musuh.

  • Mengutamakan keturunan Arab, khususnya keturunan bani Umaiyyah dalam pelantikan pegawai-pegawai kerajaan. Golongan bukan Arab (mawali ) kurang diberi peluang sehingga menimbulkan perasaan tidak puas hati kepada mereka.

C.Kesimpulan

  • Meninggal dunia di Damsyik pada Rejab 60H ketika berusia 74 tahun. Beliau berjaya mengasaskan dinasti pemerintahan Bani Umayyah dan merupakan pengasas pertama sebelum era keruntuhan.

  • Berjaya menjadikan empayar Islam kuat dan disegani.

[ SOKONG BLOG INI, SILA SIGN BUKU PELAWAT ]

Tuesday, July 13, 2010

RAMALAN BOLA PIALA DUNA VS SOALAN RAMALAN SEJARAH STPM 2010

Salam sejahtera semua pelajar khususnya pelajar saya di SMK DARY. Artikel ni terus saya tulis setelah balik dari sekolah. Saya dapat ilham masa baca surat khabar ketika tunggu majlis seminar keibubapaan dan tandatangan kad pelaporan keputusan PPT. Saya balik awal sebenarnya.Jam 4.00 saya dah sampai rumah. Majlis tak habis lagi sebab yang penting ialah guru kelas. Saya terpanggil untuk menulis apabila bersembang dengan si Effi  dan Ain yang merungut pening, banyak sangat nak dibaca. Effi pening sebab dia antara nama harapan dalam senarai PPD. Keputusan Sejarahnya merudum. Jadi saya balik dan terus mengadap lap top TOSHIBA saya. Berhenti jap solat asar kat surau. Jadi baca baik-baik. Anda berada dalam kategori mana ?

Anda tentu kenal dengan si Paul sotong kurita yang kononnya pandai dan tepat meramal keputusan bola sepak piala dunia 2010. Kebetulannya tepat apabila si sotong meramal keputusan German kalah dengan Serbia peringkat kumpulan, German menang tempat ketiga dan Sepanyol johan piala dunia. Semua orang dah tau. Tapi asalnya semuanya ramalan. Ramalan boleh jadi betul, boleh jadi salah. Khabarnya, sekarang Paul si sotong kurita sudah bersara dari membuat ramalan setelah piala dunia tamat. Khabarnya si sotong ni juga  dapat ancaman bunuh dari pihak tertentu. Huh…. nampak macam hebat sotong ni.

Tapi ia hanya seekor sotong.Semuanya hanya kebetulan. Sebagai seorang muslim, kita jangan taasub  dengan sotong ni. Saya sebenarnya bukan nak cerita pasal sotong kurita ni, tapi pasal soalan ramalan khususnya ramalan Sejarah 1 STPM 2010.

Ramai pelajar minta saya soalan ramalan. Bila saya bagi ceramah teknik menjawab, itulah yang ditunggu-tunggu. Fokus penting ada yang tidak diberi perhatian sangat iaitu kaedah memahami soalan dan cara menjawab dengan betul. Yang ditunggu ialah soalan ramalan.

Saya bukan macam si Paul sotong kurita. Saya tidak mampu meramal macam si sotong. Si Paul tu sotong….. binatang. Saya manusia. Walaupun akal manusia kurniaan Allah lebih tinggi dari sotong tapi manusia macam percaya cakap dan ramalan sotong. Pelik juga kan ?

Ramalan hanya ramalan. Nabi Muhammmad pernah menyatakan bahawa ramalan si tukang tilik itu tetap bohong walaupun tilikan @ ramalannya tepat. Kerana asalnya semua hanya ramalan. Apatah lagi jika cara menyalahi syariat dan sekali gus iktiqad. Boleh syirik tau……..

Dalam konteks nak ambil periksa ni, tak boleh meramal ke ? Ramalan tetap ramalan. Dalam konteks kita nak ambil periksa ni,  soalan ramalan sebahagian kecil dari usaha kita. Tapi bukan itu keutamaan. Bukan itu persediaan utama. Bukan hanya tunggu soalan ramalan baru nak mula belajar. Bukan percaya soalan ramalan seratus persen. Itu yang salah. Hanya anda yang tahu, bagaimana kebergantungan anda terhadap soalan ramalan. Tanya diri anda sendiri.

Soalan MPM bukan senang nak bocor. Ketahanan dan pertahanannya tinggi. Sama ada saya atau sesiapa sahaja mengemukakan soalan ramalan, itu hanya ramalan. Itu hanya ‘instinct’ saya sahaja. Anda mesti bermula dengan kerja kuat yang berterusan dan konsisten. Soalan ramalan hanya bantuan  yang jika tepat keluar tidak apa dan kalau tak keluar pun tak apa. Jika tepat atau sipi sebagaimana yang diramal, itu bonus bagi anda. Mudahlah anda menjawab. Anda boleh senyum lebar. Kalau tak tepat, tak apa. Tapi jika anda bergantung sepenuhnya kepada soalan ramalan, sangatlah bahayanya. Kalau tak keluar dan biasanya jarang tepat pun, anda merana…… .

Anda faham sekarang. Memang ramai yang menyatakan banyaknya nak dibaca, cikgu ! Pening. Kalau soalan ramalan ada mudah sikit. Betul juga tapi saya tetap menyatakan soalan ramalan adalah sebahagian kecil dari persediaan anda. Bagi saya, tidak salah jika anda menggunakan soalan ramalan secara bersepadu dan bijak sana dalam persediaan anda menghadapi kertas Sejarah 1 ni. Kita fahami, tema yang ingin dipelajari dan baca sangat banyak dan luas. Yang penting anda perlu bijak menanganinya. Jadilah pelajar yang bijak . Anda berada dalam kategori mana ? Mengharap sangat soalan ramalan, ada tak pa tak da tak pa, 50-50.

Selamat Berusaha. Semoga sukses selalu. Semoga anda semua berjaya skor A dalam Sejarah.

[ SOKONG BLOG INI, SILA SIGN BUKU PELAWAT ]

PANDUAN MENULIS ESEI

Assalamualaikum , khususnya pelajar saya di SMK DARY dan semua pelajar Sejarah 1.

Di bawah ini dinyatakan sekali lagi panduan untuk menulis esei Sejarah 1 STPM. Panduan ini sangat berguna agar esei yang anda tulis menepati kehendak dari segi format menjawab.

Apa yang penting, jawablah apa yang dikehendaki oleh soalan. Gunakan segala ilmu dan idea yang anda telah baca untuk membentuk jawapan yang memenuhi kehendak soalan. Saya suka sarankan, jika ada fakta atau isi yang tak pasti,  tulis juga. Itulah jalan paling selamat. Ada banyak isi, tulis semua. Jangan sesekali biarkan tanpa jawapan. Usaha perah otak. Gunakan kaedah pertanyaan 5W 1H untuk mencungkil idea. Kalau anda dah baca, takkanlah tak dapat buat perkaitan langsung.

Saya ingin menyakinkan anda bahawa, sistem pemeriksaan kertas Sejarah STPM akan dilakukan dengan prioriti menguntungkan calon. Jangan risau sangat tentang itu. Tugas anda, jawab seperti soalan hendak dengan kreatif dan tepat. Selebihnya, adalah tugas pemeriksa lantikan MPM. Itu tugas mereka. Anda berdoa sahaja selepas itu.

Selamat berusaha. Sejarah mesti A (InsyaAllah)

A.  CIRI-CIRI PENDAHULUAN

1. Perenggan Pertama

2. Bukan Kehendak Soalan / Isi

3. Pengertian Kepada Konsep

4. Latar Belakang Kawasan

5. Latar Belakang Kepada Tema

B.  ISI:

  • Fakta
  • Huraian  + Contoh

FAKTA:

  1. Bilangan fakta bergantung kepada bahagian kehendak soalan tu.
  2. Satu bahagian : biasanya perlu ada 7 isi ( Jika ada lebih , tulis semua lebih selamat kerana selagi markah isi belum mencapai jumlah maksimum, anda akan dapat markah setiap isi yang ditulis)
  3. Lebih daripada satu bahagian: Perlu pertimbangkan kepentingan bahagian.( Contoh : Kalau soalan hendak konsep dan faktor, tentulah markah faktor lebih banyak daripada konsep )
  4. Fakta yang baik mempunyai huraian dan contoh
  5. Setiap fakta ditulis dalam satu perenggan

HURAIAN:

  1. Menjadi penerangan kepada fakta
  2. Soalan yang boleh mendorong kepada huraian ialah;mengapa/kenapa,/bagaimana/apakah implikasi/kesannya ( Kaedah 5W 1H la )
  3. Satu fakta memadai dengan 4-5 huraian

CONTOH:

  1. Merupakan bukti kepada fakta atau huraian
  2. Soalan yang boleh mendorong mengemukakan contoh:

i. Bila (tarikh, tahun, abad)

ii. Siapa (nama, kaum,)

iii. Di mana (tempat)

iv. Banyak mana (kadar, bilangan)

v. Apa ( peristiwa )

C.  KESIMPULAN:

1. Apa sahaja yang berkaitan.

2. Tidak mengulangi pernyataan soalan

3. Tidak menyenaraikan/mengulang isi


Pendahuluan dan Kesimpulan adalah bahagian yang mudah untuk dapat markah. Jangan abaikan bahagian ini. Sebanyak 4 atau 5 markah maksimum boleh anda kutip di sini. Jangan buat sambil lewa …….

[ SOKONG BLOG INI, SILA SIGN BUKU PELAWAT ]

Sunday, July 11, 2010

TAMADUN DUNIA/ISLAM : TEMA 4 – CIRI-CIRI SISTEM EKONOMI KOMERSIAL

Huraikan Ciri – Ciri Utama Sistem Ekonomi Komersil Dengan Merujuk Kepada Tamadun Graeco – Roman Dan Tamadun Islam.

A. Pengenalan.

Terdapat ciri – ciri perbezaan dan persamaan antara ekonomi sosial tamadun Graeco – Roman dengan tamadun Islam. Perbezaan yang nyata sekali ialah perkembangan latifundia di Empayar Rom yang bercorak perladangan besar yang berasaskan Slave mode of production ( pengeluaran melalui tenaga perhambaan ). Walaupun tenaga hamba digunakan di ladang – ladang semasa pemerintahan Abbasiyah tetapi tidak mencapai sesuatu tahap yang menyeluruh Empayar Islam.

Pemusatan kuasa politik di Rom atau di Baghdad, perkembangan ekonomi pertanian untuk eksport telah menjadi suatu sumber kekayaan kerajaan masing – masing. Perdagangan, sama ada perdagangan domestik atau antarabangsa juga berkembang dengan cepat dengan wujudnya kestabilan politik, sistem pengangkutan yang baik dan kemudahan – kemudahan yang terdapat seperti institusi kewangan.

B. CIRI – CIRI UTAMA SISTEM EKONOMI GRAECO – ROMAN.

1. Penaklukan dan perluasan empayar Rom telah mengubah asas ekonomi pertanian daripada sistem ekonomi sara diri kepada ekonomi komersil. Ekonomi sara diri adalah berteraskan kepunyaan tanah yang bersaiz kecil ( 5 – 30 ekar ) dan juga dikerjakan oleh kaum tani sendiri. Pada kurun yang ke dua Sebelum Masihi ekonomi sara diri bertambah kurang, akibat kemerosotan kedudukan kaum tani sehingga diambil alih oleh sistem ekonomi latifundia.

Latifundia adalah ekonomi perdagangan yang saiznya melebih 100 ekar. Kadangkala luasnya hampir 300 ekar. Kebanyakkan tanah kepunyaan kaum tani telah dibeli oleh tuan – tuan tanah besar dan ditanam dengan tanaman – tanaman komersil seperti anggur dan zaitun untuk industri wain dan minyak. Jadi tanaman makanan bijirin tidak dipentingkan lagi dan Rom bergantung kepada makanan import.

2. Tenaga perburuhan ( labour ) untuk latifundia bergantung kepada tenaga hamba. Adalah dianggarkan bahawa pada tahun 43 SM, bilangan hamba di Semenanjung Itali telah mencapai seramai 3 juta orang berbanding dengan han 4 juta orang bebas. Menurut Perry Anderson dalam bukunya, “ Passage from Antiquity to Feudalisme”

Nothing like this had ever been seen in the ancient world. The full potential of the slave mode of Production was for the first time unfolded by Rome, which organised an took it to a logical conclusion that Greece had never experinced. The predatory militarism of the Roman Republic was it main lever of economic accumulation. War brought lands, tributes and slaves, slaves, tributes and lands supplied the materials of war”

Pada peringkat awal, latifundia bertumpu di Itali tetapi selepas Perang Punic diperluaskan ke Sepanyol, Gaul, Noricum, Rhaetia dan juga Brtian. Perkembangan Latundia dibahagaian timur Empayar tidak berlaku oleh kerana urbanisasi telah mencapai suatu tahap yang tinggi.

3. Perdagangan eksport dan import juga berkembang tetapi tidak bersifat seimbang oleh kerana nilai import ke Itali melebihi nilai eksport. Kelemahan ini berpunca daripada sikap bangsawan Rom yang tidak berminat dengan hal perdagangan. Pengendali hal perdagangan sama ada domestik atau antarabangsa dimonopoli oleh saudagar – saudagar Yunani dan Syrians ( Phonecians ).

Perdagangan antarabangsa dengan negari China didorong oleh dasar perluasan Han Wu Ti yang membuka dua jalan darat ke Bactria dan Merv. Yang lebih penting ialah jalan laut melalui Lautan Hindi yang merupakan saluran utama perdagangan dengan negeri – negeri Timur seperti India. Golongan saudagar Yunani berjaya belayar ke India akibat daripada penemuan angin monsun.

4. Bandar Rom menjadi pusat perdagangan domestik hasil daripada permintaan golongan bangsawan. Saudagar Yunani dan Syrians ( Phonecians ) menguasai perdagangan Mediterranean, wilayah sekitar Sungai Rhine, Gaul dan Britian. Kekayaan daripada perdagangan telah mempercepatkan proses urbanisasi dan peningkatan cara kehidupan yang mewah.

5. Walau bagaimanapun orang Itali tidak terlibat dalam perdagangan tetapi mereka memberikan sumbangan kepada perkembangan institusi – institusi kewangan seperti bank.

C. CIRI – CIRI UTAMA SISTEM EKONOMI TAMADUN ISLAM.

1. Sistem Ekonomi komersil tamadun Islam memuncak pada zaman pemerintahan Abbasiyyah. Terdiri daripada dua komponen iaitu ekonomi pertanian dan ekonomi perdagangan, sama ada domestik atau antarabangsa. Sumber – sumber galian dan pertanian serta perdagangan transit di antara Eropah dengan Asia Barat bersama dengan kestabilan politik dalaman dan hubungan yang erat dengan negara – negara jiran telah menyumbang kepada perluasan perkembangan komersil di seluruh Empayar Islam.

2. Empayar Islam adalah kaya dengan sumber – sumber galian seperti perak dari wilayah – wilayah timur, emas dari Nubia dan Sudan, tembaga dari Isfahan, besi dari Parsi, Asia Tengah dan Sicilly. Ekonomi pertanian diperbaiki dengan usaha kerajaan pusat. Usaha pertanian di Lembah Tigris – Eyphrates di bawah pengawalan yang sistematik. Hak kepunyaan tanah diberikan kepada kaum tani. Sistem cukai adalah adil berdasarkan kepada peratusan jumlah pengeluaran. Perladangan secara besar – besaran dimulakan dengan tenaga hamba.

3. Perdagangan antarabangsa ( India, China dan Eropah ) dipercepatkan dan digalakkan oleh kestabilan politik, sistem pengangkutan yang baik, serta hubungan diplomatik yang erat dengan negeri – negeri lain. Wujudnya pelabuhan – pelabuhan yang baik telah dapat menarik saudagar – saudagar asing ke Baghdad.

4. Perkembangan institusi – institusi kewangan seperti bank, sistem cek dan surat – surat kredit. Pada kurun ke – 10 Masihi, terdapat bank – bank kerajaan di Baghdad yang diuruskan oleh orang – orang Yahudi dan Kristian.

Kesimpulan:

Tamadun Graeco – Roman dan tamadun Islam telah mencapai suatu tahap yang begitu tinggi dalam perkembangan ekonomi mereka. Ekonomi pertanian dan perdagangan telah menjadi asas kekayaan kedua – dua tamadun yang terbayang dalam corak kehidupan sosial dan kegiatan intelektual

Wednesday, July 7, 2010

TAMADUN ISLAM: TEMA 3 - PERANAN WANITA DALAM PEPERANGAN (2)

Ada banyak bukti yang menunjukkan peranan wanita dalam medan perang, hal ini digambarkan dalam kitab-kitab hadits yang menggambarkan tentang tugas wanita dalam medan perang, diceritakan bagaimana keberanian muslimah dalam medan perang selama masa Rasulullah saw., diantaranya, :
  • Merawat Orang-Orang Yang Terluka

Diriwayatkan oleh Abu Hazim, Sahl bin Sa’ad bertanya tentang luka Rasulullah saw., Beliau bersabda, “Fathimah, anak perempuan Rasul (pada ketika perang), melakukan tugas untuk membersihkan luka dan Ali bin Abi Thalib menuangkan airnya. Ketika Fathimah melihat bahawa luka tersebut ada gangguan perdarahan, maka dia mengambil potongan kain lalu membakarnya, kemudian memasukkan abu tersebut ke dalam luka sehingga darah (pada luka) boleh membeku (dan perdarahan berhenti). Suatu hari gigi taringnya (Ali) patah dan mukanya terluka , topi bajanya patah tepat pada kepalanya.” (Al-Bukhari)

  • Menyediakan Air Bagi Yang Haus

Diriwayatkan oleh Anas r.a., “Suatu hari dalam perang Uhud ketika sebahagian orang berundur dan meninggalkan Rasulullah, saya melihat Aisyah binti Abu Bakar dan Ummu Sulaim dengan menyinsing baju mereka, terdengar letusan di sekitar mereka, mereka tampak terburu-buru dengan membawa air (dalam riwayat lain disebutkan mereka membawa air di punggung mereka). Kemudian menuangkan air tersebut dan meminumkannya kepada orang-orang yang haus dan mereka kembali memenuhi air lagi serta datang kembali untuk menuangkan air dan meminumkannya kepada orang-orang lagi.” (Al-Bukhari)

  • Menyiapkan Makanan Bagi Para Mujahidin

Diriwayatkan oleh Jabir bin Abdullah r.a., “Ketika terjadi penggalian parit, saya melihat Rasulullah berada dalam keadaan lapar. Saya pulang untuk menemui isteriku dan berkata kepadanya, “Apakah kamu memiliki sesuatu (untuk dimakan) kerana saya melihat Rasulullah berada dalam keadaan lapar.” Dia membawakan kepadaku sebuah bekas yang berisi dari sejenis gandum dan kita memiliki binatang yang aku sembelih kemudian isteriku memasak sejenis gandum tadi dan dia menyelesaikannya tepat waktu, aku pun menyelesaikan pekerjaanku. Kemudian aku memotong daging menjadi potongan-potongan dan menaruhnya ke dalam kuali yang terbuat dari tanah (memasaknya) dan kembali menemui Rasulullah. Isteriku berkata, ”Jangan memalukan aku di depan Rasulullah dan orang-orang yang bersamanya”. Jadi aku pergi menemuinya dan mengatakan kepada beliau secara diam-diam, “Ya Rasulullah! Saya telah menyembelih haiwan betina milik kita dan kami memiliki satu Sha’ Gerts (sejenis gandum). Jadi datanglah bersama beberapa orang teman Anda. Rasulullah mengeraskan suaranya dan mengatakan, “Wahai saudaraku yang sedang menggali parit! Jabir telah menyiapkan makanan, mari kita pergi” Rasulullah berpesan kepadaku, “Jangan angkat daging yang ada di dalam kuali (dari tempat pembakarannya) atau adunan mu sampai aku datang”. Kemudian saya datang (ke rumahku) dan Rasulullah datang juga mendahului yang lainnya datang. Ketika aku datang kepada isteriku, dia berkata, “Apakah yang akan Allah tetapkan terhadap kamu?” Saya berkata, “Saya menyampaikan kepada Rasulullah apa yang kamu katakan.” Kemudian dia (isterinya) menyajikan adunan itu kepada Rasulullah dan dia (Rasul) memanggangnya dan memohon keberkatan Allah di dalamnya. Kemudian baginda (Rasul) maju ke depan di hadapan potongan-potongan daging yang ada di kuali dan pemanggangan dan berdo’a untuk keberkatan di dalamnya. Lalu baginda berkata (kepada isteriku), “Panggillah seorang wanita tukang roti untuk membuat roti bersamamu dan memasak potongan daging yang ada di kuali tersebut dan jangan angkat dari tempat pembakaran.” Mereka satu persatu hingga ribuan orang (mengambil dan memakan daging tersebut) dan demi Allah mereka semua telah makan dan ketika mereka selesai makan dan pergi, potongan daging yang berada di kuali masih penuh dengan daging seperti tidak berkurang dan adunan rotinya pun seperti tidak ada yang mengambil.

  • Membekalkan Senjata Untuk Para Mujahidin

Diriwayatkan oleh Ummu Ziyaad r.a., “Dalam perang Khaibar saya sendiri dan 5 orang lainnya adalah wanita berada pada perang tersebut. Rasulullah Muhammad saw. mempelajari (keadaan ini) dan mengirimkan mereka untuk kita. Beliau (saw) berkata dengan marah, “Siapa yang mengizinkan kamu untuk keluar dari sini? Siapa yang membawa kamu ke tempat ini?” Kami berkata, “Ya Nabiullah! Kami sekarang bersatu dan kami memiliki pengubatan yang bersama kami, kami mampu membantu para mujahidin dengan membekalkan mereka dengan anak panah, dengan mengubati mereka ketika mereka sakit dan menyiapkan makanan bagi mereka.” Rasulullah kemudian mengizinkan kami untuk tinggal” . (HR. Abu Dawud) .

  • Memberikan Semangat Kepada Para Mujahidin Untuk Tetap Bertahan

Selama perang Uhud, Saffiyah binti Abdul Mutholib r.a., ibu saudara Rasulullah saw. berdiri dan mengayunkan tombak ke depan sambil berkata, “Apakah kamu mencuba mengalahkan Rasul?” Semoga Allah memberkatinya dan memberikan kedamaian kepadanya. Juga, selama perang Uhud, ketika Nusaibah binti Ka’ab, anak laki-lakinya Abdullah sedang terluka berat, dia (Nusaibah) membalut lukanya dan memerintahkan padanya,”Pergi dan perangilah orang-orang kafir itu wahai anakku!” Mendengar hal ini Rasulullah saw. tersenyum dan berkata, “Siapakah yang dapat memikul apa yang kamu pikul wahai Ummu Umarah!”.

[ SOKONG BLOG INI, SILA SIGN BUKU PELAWAT ]

TAMADUN ISLAM:TEMA 3 -PERANAN WANITA DALAM PEPERANGAN (1)

Para kaum wanita pada zaman keemasan Islam banyak yang ikut berjuang , menyerbu di medan perang dan melawan musuh di bahagian depan atau dalam pertempuran .
Di antara mereka yang terdapat dalam riwayat dan buku sejarah antara lain : Sitti Aisyah , Sitti Fatimah , Sitti Shafiyah dan Sitti Ummu Sulaiman serta masih banyak lagi yang lainnya. Mereka ikut berjuang di medan perang untuk :

  • Mengangkat atau menyediakan air minum untuk para perajurit .

  • Memasakkan / menyediakan makanan sewaktu –waktu untuk perajurit.

  • Menjaga dan merawat para perajurit yang sakit .

  • Mengubati yang luka/cedera .

  • Menjaga dan memelihara kenderaan mereka.

  • Menjahitkan pakaian yang robek / rosak .

  • Mengangkut dan mengurus mereka yang gugur.

  • Mengamati gerak-geri musuh .

  • Menyediakan segala sesuatu yang diperlukan .

  • Bahkan bila perlu dapat juga ikut bertempur melawan musuh .

Dan tentunya masih banyak lagi peranan kaum wanita dalam bidang perjuangan . Ini menunjukkan bahawa bukan kaum lelaki saja yang mampu ikut berjuang tetapi juga kaum wanitanya. Sejarah telah banyak membuktikan.

[ SOKONG BLOG INI, SILA SIGN BUKU PELAWAT ]

Monday, July 5, 2010

TAMADUN DUNIA : TEMA 7 – FAKTOR P & P ORANG PORTUGIS

Sejauhmanakah faktor ekonomi menjadi pendorong aktiviti  penjelajahan dan penerokaan orang Portugis pada abad ke 15M.

PENGENALAN:

1. Konsep penjelajahan dan penerokaan.

2. Kuasa-kuasa Eropah yang melakukan penjelajahan dan pelayaran

3. Latar belakang kemunculan kuasa Portugis.

ISI :

A . Faktor ekonomi memang faktor utama , tetapi terdapat faktor lain yang mempengaruhi.

1. Keperluan untuk Pasaran dan Bekalan Bahan Mentah

  • Ini berlaku akibat perkembangan kapitalisme dan institusi perbankan.
  • Hal ini telah menggalakkan pengumpulan modal, hak milik persendirian dan persaingan dalam perniagaan
  • Perkembangan kapitalisme telah menyebabkan mereka mengamalkan dasar ekonomi merkantilisme.

  • Dasar merkantilisme menekankan dasar pengumpulan kekayaan, menambah kuasa dan mendapat keuntungan melalui pelaburan di kawasan baru

2. Memerlukan Barangan dari Timur

  • Mereka memerlukan barangan seperti rempah ratus, ubat-ubatan dan kapal .

  • Pada abad ke-15M, pedagang Islam & Italy kuasai perdagangan dengan Timur dan dapat keuntungan yang besar

  • Penguasaan Turki ke atas Contantinople pada 1453 M dan wilayah-wilayah di timur menyebabkan kota-kota Italy seperti Venice, Genoa dan Pisa kehilangan peranan sebagai pengkalan perdagangan utama.

  • Mereka juga tidak dapat menerima bekalan barang-barang dari Timur dengan tetap .

  • Ini mendorong kuasa Portugis mencari jalan laut ke Timur untuk mendapatkan barangan tersebut dengan kadar harga yang rendah dan memecahkan monopoli saudagar Islam

B. Faktor-faktor lain

3. Faktor  Geografi

  • Negara Portugal terdedah kepada pengaruh kelautan .

  • Kedudukan yang terdedah kepada Lautan Atlantik mendorong bangsa tersebut untuk melakukan pelayaran dan penerokaan .

  • Ini menyebabkan mereka telah menemui jalan ke Timur.

4. Faktor Politik - Keadaan politik yg Stabil & Kepimpinan Raja-raja Portugal

  • Kepimpinan raja-raja Portugal dari Dinasti Avis menggalakkan perdagangan dan perkapalan .

  • Contoh ; Raja Manuel I dari Portugal telah menggalakkan Vasco da Gama mencari jalan laut untuk perdagangan antara Eropah dan Asia.

5. Faktor Pemerintah - Peranan Putera Henry (Henry the Navigator)

  • Merupakan seorang sarjana, saintis dan bekas tentera salib .

  • Mendirikan sekolah pelayaran di Sagres untuk melatih pelayar-pelayar yang berminat untuk sertai ekspedisi pelayaran .

  • Pelayar-pelayar yang mendapat latihan di sekolah ini berjaya menakluki kepulauan Madeira .

  • Kapten-kapten yang dihantar oleh Putera Henry terlibat dalam perdagangan hamba yang menguntungkan .

  • Menjelang 1460 M, Portugis berjaya kuasai rangkaian pelabuhan-pelabuhan dari Madeira ke Cape Verda.

6. Faktor agama - Galakan Paus

  • Ekoran Perang Salib, Paus merestui usaha membanteras kekuasaan Islam dan penguasaan sepenuhnya Semenanjung Iberia.

  • Kuasa Portugis juga menjelajah untuk menyebarkan agama Kristian di luar Eropah

7. Faktor Teknologi - Kemajuan dalam Teknologi Pelayaran

  • Ini menggiatkan lagi penerokaan ke seberang laut

  • Penemuan-penemuan baru seperti :
    • carta pelayaran (peta) tentang benua Eropah & Laut Mediterranean

    • kompas magnetik digunakan untuk menentukan arah pelayaran

    • astrolab untuk tentukan longtitud

    • reka bentuk kapal

  • Dengan bantuan alat-alat ini serta kemampuan membina kapal yang kukuh untuk belayar di lautan luas, mereka berjaya terokai kawasan baru.

8. Faktor Luaran – Cerita-cerita Mengenai Dunia Luar

  • Oleh peneroka-peneroka dan pengembara seperti Marco Polo, Odoric Perdanone dan Lidicivo Verthema .

  • Catatan daripada tokoh-tokoh pelayaran telah melahirkan sifat ingin tahu untuk meneroka kawasan baru .

  • Hal ini mendorong berlakunya pelayaran dan penerokaan Portugis

KESIMPULAN:

1. Portugal merupakan kuasa barat yang paling aktif dalam kegiatan penjajahan dan perdagangan di Timur pada abad ke-16 M..

2. Kekayaan dan kemakmuran yang diperoleh Portugis melalui perdagangan dengan Timur menyebabkan kuasa-kuasa Barat lain seperti  Sepanyol, Belanda, Perancis dan Inggeris menghantar angkatan mereka ke Timur untuk meluaskan tanah jajahaan di Timur.

[ SOKONG BLOG INI, SILA SIGN BUKU PELAWAT ]

Sunday, July 4, 2010

JULAI 2010 : MOTIVASI PERLU MANTOP DAH !

Kita sudah masuk ke bulan Julai 2010 sekarang ni.

Bagaimana dengan bulan-bulan sebelum ni ? Cemerlangkah anda terutama dalam PPT yang lalu khususnya subjek Sejarah ?

Andai kata anda rasa diri anda masih tidak cemerlang,  anda kena buat sesuatu . Setuju ? Anda kena tebus ketidakcemerlangan anda tu mulai bulan Julai ni. STPM dah nak dekat . Ubah apa yang perlu diubah.

Pastikan matlamat anda jelas sekarang. Anda nak capai apa dalam STPM 2010 ni. Tulis besar-besar matlamat di dinding bilik, ayat-ayat peransang semangat yang ‘power’ seperti “Aku Mahu Berjaya”, “Sejarah Mesti A”, dan sebagainya.

Anda kurang cemerlang sebab anda kurang ransang diri anda dengan ayat-ayat ‘power’ penaik semangat dengan cara berterusan. Anda mesti faham, motivasi ni turun naik. Ada kala bersemangat sangat tapi kekadang ia akan jadi ‘lembik lotek’.

Jika rasa malu nak pamerkan kata-kata semangat di dinding bilik, boleh juga dituliskan dalam sekeping kad.

Bawa kad tu ke mana-mana kemudian lihat dan baca bila-bila masa dengan penuh kesedaran, sebanyak mungkin dalam sehari. Setiap kali membacanya, anda akan rasa bersemangat kembali.

Teknik ni sebenarnya ‘simple’je, tapi Insyaallah dapat menaikkan semangat anda atau sekurang-kurangnya akan menyedarkan anda dari lamunan .

[ SOKONG BLOG INI, SILA SIGN BUKU PELAWAT ]

Saturday, July 3, 2010

TAMADUN DUNIA : TEMA 1 – ORGANISASI SOSIAL

Bincangkan  peranan masyarakat dalam Tamadun Indus dan China pada zaman klasik .

A) Pengenalan

1.  Peranan masyarakat merujuk kepada Organisasi Sosial @ stratifikasi sosial sesebuah  masyarakat.

  • Organisasi sosial merujuk kepada pembahagian anggota masyarakat kepada beberapa lapisan sosial yang mempunyai perbezaan dari segi kuasa kekayaan, gaya hidup, pekerjaan ,dan sebagainya. Melvin Tumin menyatakan organisasi sosial merujuk kepada penyusunan kelompok masyarakat dalam satu lapisan kedudukan yang berbeza dari segi kuasa, harta ,penilaian sosial, dan kepuasan rohani.
  • Kewujudan organisasi sosial sememangnya dapat dikesan sejak Zaman Neolitik berikutan berlakunya perubahan cara hidup masyarakat yang mula melibatkan diri dalam kegiatan pertanian yang telah menimbulkan pelbagai kelas dalam masyarakat sama ada pemerintah dan paderi yang menggunakan autoriti dan kuasa agama untuk menguasai hasil ekonomi negara diikuti munculnya golongan tentera untuk melindungi kekayaan dan kepentingan negara serta kelas yang paling bawah biasanya petani dan hamba yang bertanggungjawab mengeluarkan hasil- hasil ekonomi negara.
  • Pendek kata, dengan wujudnya organisasi sosial dalam sesebuah masyarakat amalan pengkhususan kerja dapat diamalkan seterusnya pasti membawa kepada kelancaran melaksanakan sesuatu aktiviti termasuk kegiatan ekonomi.

2.  Menyatakan lokasi Tamadun Indus dan China .

B) Isi

A) Organisasi sosial di Lembah Indus dan kepentingannya

1. Golongan Pendeta

  • Disebabkan tidak adanya sistem pemerintahan beraja, maka tugas-tugas pemerintahan dan pentadbiran negara dipikul atau diamanahkan kepada golongan pendeta yang dianggap golongan yang suci serta mempunyai hubungan yang paling rapat dengan tuhan ataupun dewa.
  • Dari segi pentadbiran dan perundangan misalnya, golongan pendeta bertanggungjawab menggubal serata melaksanakan peraturan dan undang –undang yang pada amnya lebih bersifat keagamaan berdasarkan kitab-kitab suci mereka.
  • Golongan ini juga mempunyai pengaruh yang besar dalam bidang ekonomi, kerana institusi agama(kuil)mempunyai tanah-tanah pertanian yang luas akan dikerjakan oleh golongan petani ataupun hamba.
  • Golongan ini juga bertanggungjawab mengagihkan hasil-hasil pertanian yang dikumpulkan dalam jelapang.
  • Dari segi sosial pula, tanggungjawab kebajikan yang dipikul oleh golongan ini ialah menyediakan kemudahan infrastruktur seperti pembinaan jalan raya.

2. Golongan Pedagang

  • Merupakan satu lagi kelas yang diletakkan dalam kategori kelas atasan dalam masyarakat di lembah Indus. Golongan ini sebagaimana golongan pendeta hidup dalam keadaan mewah dan mempunyai pekerja-pekerja yang terdiri sama ada golongan buruh yang merdeka atau hamba.
  • Golongan ini dapat menjalani kehidupan yang mewah kerana urusan perdagangan yang dijalankan oleh mereka adalah bebas , iaitu tiada campur tangan golongan pendeta serta dikecualikan daripada membayar cukai.
  • Para pedagang ini juga mempunyai cop-cop mohor yang mempunyai lambang bercorak keagamaan yang menandakan kekayaan yang dimiliki serta dipercayai menjadi azimat yang ada kuasa sakti

3. Golongan bawahan

  • Sebagaimana yang dinyatakan di awal tadi, golongan bawahan masyarakat di lembah Indus terdiri daripada golongan petani,buruh dan hamba
  • Golongan petani biasanya tinggal dirumah-rumah kecil ataupun yang disediakan oleh golongan pedagang, biasanya rumah tersebut hanya mempunyai 2 buah bilik.
  • Segala kerja pertanian yang dijalankan oleh golongan petani akan diawasi oleh para pendeta.
  • Sementara golongan buruh pula biasanya akan menjalani tugas-tugas seperti menghantar bijirin, membina tembok, dan menenun kain.
  • Manakala kerja-kerja seperti mengumpul, menyimpan bijirin yang dihasilkan oleh petani dijalankan oleh hamba.

4. Kedudukan Organisasi Sosial selepas kedatangan orang-orang Aryan

  • Dengan kedatangan orang-orang Aryan sistem sosial masyarakat di sini kini dipengaruhi oleh sistem kasta. Sistem ini mengklasifikasikan penduduk mengikut pekerjaan mereka.
  • Golongan yang paling tinggi dalam masyarakat dikenali sebagai Brahman yang berurusan dalam soal keagamaan serta spiritual dan mempunyai pengaruh yang besar dalam bidang politik dan pemerintahan
  • Golongan kedua pula kasytria yang bertanggungjawab pula menjalankan tugas-tugas ketenteraan seperti memberikan perlindungan kepada Brahman dan menghadapi musuh tatkala diancam
  • Seterusnya pula golongan Vaisya yang biasanya dirujuk kepada golongan yang mempunyai kekayaan khasnya golongan pedagang
  • Manakala kasta yang paling rendah di antara 4 kelas ialah sudra iaitu biasanya merujuk kepada golongan petani
  • Kasta- kasta yang diamalkan di sini amat rigid, menyebabkan pergaulan antara kelas atasan dan bawahan adalah amat terbatas

B) Organisasi sosial masyarakat China

1. Golongan raja

  • Merupakan kelas tertinggi dalam masyarakat China, merupakan sumber kekuasaan dan mempunyai ‘supreme authority’ sebagaimana peranan firaun di Mesir.
  • Antara tugas raja di China ialah menjadi sumber undang-undang negara; segala arahan dan perintah raja mesti dilaksanakan ,menjadi ketua agama, ketua kerajaan dan hakim ,mengetuai upacara agama, melantik ketua pelbagai jenis agama dan kepercayaan, dan juga melantik pegawai pentadbir untuk melicinkan struktur pentadbiran
  • Seseorang yang dilantik menjadi raja dipercayai mendapat mandat dari tuhan atau syurga seandainya berlaku bencana alam seseorang raja itu harus ditukar sama ada secara baik ataupun melalui pemberontakan
  • Walaupun begitu kebanyakan tugas raja dijalankan oleh wakil-wakilnya atas nama baginda, biasanya golongan aristokrat atau bangsawan dalam masyarakat China.

2 .Golongan Aristokrat

  • Merupakan pembantu utama raja, dan mempunyai pengaruh yang amat besar dalam sistem politik dan sosial masyarakat China
  • Pada zaman dinasti Shang, golongan ini memonopoli penggunaan gangsa dalam bentuk alat-alat ritual dan senjata
  • Sesuai dengan tarafnya, golongan ini membina rumah kediaman berhampiran rumah ibadat yang biasanya dikelilingi oleh tembok sebagai langkah keselamatan
  • Pada zaman Dinasti Chao golongan ini amat berpengaruh, mempunyai banyak pengikut serta tanah-tanah yang dikerjakan oleh petani sesuai dengan sistem feudal yang diamalkan pada masa itu .

3. Golongan yang diperintah

  • Dari segi pekerjaan masyarakat China dapat dibahagikan kepada 4 kelas, kelas yang tinggi darjatnya ialah golongan cerdik pandai yang berperanan memberi nasihat kepada raja dan masyarakat berhubung dengan pentadbiran serta tingkah laku .
  • Sesuai dengan penguasaannya dalam ilmu-ilmu tertentu, maka tidak hairanlah golongan ini terlalu dipuja oleh masyarakat .
  • Golongan inilah yang bertanggungjawab memperkenalkan pelbagai aliran pemikiran di China seperti confuciunisme, taoisme, legalisme, moisme, dan menciusme.
  • Golongan yang kedua terpenting dalam masyarakat china yang menjadikan organisasi di sini agak unik ialah petani. Mereka dianggap kumpulan mulia kerana membekalkan makanan yang merupakan asas kepada kehidupan manusia.
  • Kelas seterusnya ialah golongan artis @ tukang-tukang yang mahir yang bertanggungjawab menghasilkan monumen – monumen tertentu.
  • Akhir sekali dalam kelas masyarakat ini ialah golongan pedagang yang diletakkan di tangga terbawah kerana mereka di anggap penipu serta mengaut keuntungan daripada rakyat, tidak seperti kawasan lain tetapi tidak dipandang tinggi oleh masyarakat.
  • Bagi masyarakat china selain pedagang dipandang rendah satu lagi kumpulan yang lebih hina kedudukannya iaitu terdiri daripada pelakon, pelacur serta hamba tidak mempunyai tempat di sisi masyarakat.
  • Ditinjau dari aspek kekeluargaan pula golongan pembesar dan kerabat diraja pula tidak dibenarkan berkahwin lebih dari seorang perempuan. Golongan wanita mempunyai kedudukan yang lebih rendah daripada lelaki, hanya lelaki mempunyai kuasa menceraikan isteri

C) Kesimpulan :

  • Pembentukan organisasi sosial telah membentuk masyarakat yang kompleks.
  • Dengan demikian telah dapat membantu perkembangan masyarakat yang membantu  perkembangan tamadun yang lebih hebat.
  • Apa-apa yang berkaitan  

[ SOKONG BLOG INI, SILA SIGN BUKU PELAWAT ]

Related Posts with Thumbnails

PENYOKONG BLOG SEJARAH STPM

PENAFIAN :

Penulis blog tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan, kerugian atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada mana-mana bahagian dalam laman blog ini. Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster dan/atau Lain-Lain Penulis.