ENJIN CARIAN BAHAN

Ahad, 10 Oktober 2010

PERSEDIAAN SEJARAH STPM 2010

Salam Sejahtera Kepada semua pelajar khususnya pelajar-pelajar saya di SMKDARY,

Semoga anda semua berada dalam keadaan sukses selalu. Saya selalu mendoakan kejayaan anda semua. Yang pasti, anda mesti terus berusaha tanpa jemu atau sudah berasa sangat bersedia atau yang sangat bahaya berasa putus asa sehingga berserah sahaja ….. tak mau buat apa dah !!

Saya telah mengusahakan dengan mengumpul sebanyak mungkin soalan dan skema percubaan Sejarah 1 dan 2 dari serata Malaysia tercinta ini melalui blog ini. Itu sahaja yang dapat saya usahakan dengan kerjasama ‘team’ rakan-rakan guru dan pelajar-pelajar yang perihatin dan mahu berkongsi. Sepatutnya lebih banyak soalan dan skema yang boleh dikongsi. 

Team Work

Saya tak mahulah menyenaraikan siapa yang ikut serta dan siapa yang tidak. Berkongsi memang berat dan sukar jika tiada  keikhlasan. Macam orang kawin lebih la…… berpoligami !!! 

Saya mohon keampunan daripada Allah jika ini merupakan rasa kurang puas hati saya terhadap usaha ini. Saya cuba lakukan dengan ikhlas. Saya juga mohon keampunan Allah jika ini merupakan riya’. Moga Allah merahmati apa yang diusahakan ini.

Kepada pelajar saya di SMK DARY, muhasabah lah diri masing-masing. Anda tentu mahukan kejayaan. Bukan begitu ??  Tidak mungkin anda membazirkan masa kekal di Tingkatan 6 @ Pra Universiti ini hanya untuk mengisi waktu atau kerana menurut kehendak mak ayah anda sewaktu awal dulu !!! Fikir-fikirkan dengan matang.

Para pelajar saya yang dikasihi,

Baki masa yang ada ini, tolong guna dengan bijaksana. Saya yakin anda semua telah berusaha mengikut kekuatan masing-masing. Sekarang yakin dengan diri sendiri ……. ingat anda bisa sukses, dan sukses adalah hak anda !!! Jangan peduli kata-kata siapa pun yang merendahkan kemampuan anda, yang meremehkan anda, kata-kata yang ‘melepek-lepek’ tak kira dari siapa .

Sekarang, pandang ke hadapan, terus berusaha, jangan tensen sangat-sangat, sikit-sikit tu normal. Khususnya subjek Sejarah 1, teruskan membaca soalan – jawapan semua skema yang saya berikan mengikut fokus tema kita iaitu tema  1, 2, 3, 4,5 dan 7. 

Dengan membaca pelbagai soalan itu, yakinlah anda akan (InsyaAllah) menjadi lebih kreatif dan mampu menggarap pelbagai soalan dengan kritis dan analitikal. Itulah strategi khusus yang saya kira penting untuk waktu-waktu terakhir sebelum peperiksaan bermula. Subjek lain jangan pula dikesampingkan.

Namun, anda juga mesti sedar, tiada jaminan soalan percubaan tersebut akan keluar dalam peperiksaan STPM sebenar. Itu hanya soalan Percubaan bukan soalan spot. Ingat pesan saya. Baca semua bahagian soalan dalam tema 1,2,3,4,5, dan 7. Soalan dalam tema lain anda boleh ‘spot’ mati ! Fahamkan !

Kalau saya tahu soalan pun, saya tak akan bagi tahu anda. Jadi,  gunakan kebijaksanaan anda.

Dalam  waktu sebegini, tolong kurangkan masa berhibur, bersenang-lenang tak tentu pasal,berada dalam zon selesa sentiasa, berfacebook berjam-jam, ber’chating’ berjam-jam, melepak berjam-jam, tidur berjam-jam, dan pelbagai perkara kurang berfaedah. Kena kuat semangat dan fokus pada matlamat anda.

Tipu Dunia Maya

Jika  ada masalah, terus berjumpa saya atau telefon atau emel atau melalui face book….. .

Malu bertanya sesat jalan……….

Yang terpenting juga, jangan lupa Solat dan berdoa kepadaNya. Itulah kekuatan kita sebagai seorang Muslim. Doa adalah senjata kita ………..penguat jiwa kita. Jangan lupa solat Dhuha …….InsyaAllah ada keberkatannya. Hindarkan maksiat kerana ilmu itu cahaya. Maksiat itu kegelapan. Cahaya tidak akan tidak akan bersinar dalam kegelapan yang pekat.

Ingat, BERUSAHA , BERDOA, (InsyaAllah) BERJAYA.

Saya sentiasa mendoakan kejayaan anda.

[ SOKONG BLOG INI, SILA SIGN BUKU PELAWAT ]

Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails

PENYOKONG BLOG SEJARAH

PENAFIAN :

Penulis blog tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan, kerugian atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada mana-mana bahagian dalam laman blog ini. Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster dan/atau Lain-Lain Penulis.