ENJIN CARIAN BAHAN

Ahad, 19 September 2010

SEJARAH 2 : PERCUBAAN KELANTAN 2010(SKEMA DISEDIAKAN)

PEPERIKSAAN PERCUBAAN STPM 2010

NEGERI KELANTAN

SEJARAH KERTAS 2

BAHAGIAN A

1.  Bincangkan hierarki golongan pemerintah di Tanah Melayu sebelum kedatangan British.

2.  Sejauh manakah ekonomi di Tanah Melayu bersifat sara diri sebelum kedatangan British

3.  Bincangkan penentangan penduduka tempatan terhadap pentadbiran Syarikat Berpiagam Borneo Utara (SBBU) di Sabah dan Pentadbiran Dinasti Brooke di Sarawak pada abad ke-19

4.  Nilaikan kepentingan politik dan ekonomi Perjanjian Persekutuan tahun 1895

5. Kebimbangan terhadap golongan berhaluan kiri (Komunis) mendorong Tunku Abdul Rahman mencadangkan penubuhan Gagasan Malaysia tahun 1963. Bincangkan

6.  Bincangkan penglibatan Malaysia dalam pertubuhan serantau dan antarabangsa tahun 1957 hingga 1963

BAHAGIAN B

7.  Huraikan sistem feudal yang diamalkan di negara China dan Jepun sebelum kedatangan kuasa-kuasa Barat

8.  Huraikan sistem kepercayaan dan agama yang diamalkan oleh masyarakat tempatan di China dan Jepun pada abad ke-19

9.   Huraikan dasar pengilhakan British di India dan Perancis di Vietnam pada abad ke-19

10. Bincangkan tindak balas masyarakat tempatan di Indonesia dan Filipina terhadap kuasa-kuasa Barat pada abad ke-19

11. Bincangkan kesan-kesan pendudukan Jepun 1941 hingga 1945 terhadap perkembangan nasionalisme di Indonesia dan Burma

12. Jelaskan pembaharuan-pembaharuan yang dilakukan oleh Amerika Syarikat (SCAP) di negara Jepun antara tahun 1945 hingga 1952

Sumbangan Bahan Daripada : Sahrulami Jusoh

   SKEMA JAWAPAN(SILA DOWNLOAD-KLIK SINI)

[ SOKONG BLOG INI, SILA SIGN BUKU PELAWAT ]

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

terima kasih cikgu kerana sudi kongsi soklan percubaan negeri kelantan...

Misz.Shania berkata...

salam cg...sy stdent f6..bakal ambil exam..kalau cg ade soalan2 negeri2 lain ...minta tolong jasa baik cikgu supaya upload untuk kebaikan dan manfaat kami bersama untuk persiapan stpm khususnya subjek sj...kertas 1 & 2..harap mendapat perhatian yang maksimum dr cikgu...perhatian cg saya dahului ucapan terima kasih dari student stpm

Cikgu Rashman berkata...

masalahnya setakat ni itulah soklan yang ada. ada soalan tak de skema. kena kerja sama semua pihak.....awak mintalah cikgu awak hantar soalan dan skema ke saya juga.

Tanpa Nama berkata...

salam. Cikgu,saya pelajar ting.6 dari kulai, johor. tadi saya dah selesai menjawab percubaan sej kertas 1 dan saya dah emailkan soalannya ke email cikgu. terimakasih sebab share soalan dan skema dari negeri lain. sebelum ni untuk study material kertas 1 saya dah gunakan skema yang ckg upload dari negeri perak,sabah (2010)dan selangor(2008). ada isi skema yg dapat saya ambil dan gunapakai utk jwb paper tadi spt faktor kemunculan tamadun, sumbangan cheng ho, zakat dan matlamat penjelajahan dan penerokaan islam dan barat. saya tahu saya tak boleh bergantung kpd soalan spot dan skema jwpn, tapi skop sej sgt luas sampai saya pilih utk kuasai tema 1,2,3, 4 (sikit2) dan 7. ikut pandangan ckg lah kan, utk menjawab kertas sej 2 hari isn minggu dpn ni, sesuai tak saya study guna skema jwpn percubaan negeri lain yg ckg dh upload ni? maksud saya, besar tak kemungkinan soalan yang sama akan keluar utk negeri johor walaupun ia dah keluar pada trial negeri lain.

terima kasih byk2 ckg. harap boleh terus bimbing kami utk sej melalui blog ini

Cikgu Rashman berkata...

Memang skop sejarah sangat luas. untuk tujuan exam memang wajar fokus beberapa tema sahaja. awak boleh baca soalan2 tersebut. mungkin membantu, tak banyak sikit tentu ada berkaitan. teruskan usaha......tu yang penting

Nor Syafika berkata...

assalamualaikum...cikgu trima kaseh sbb post soalan2 sejarah dari negeri lain..ini sgt membantu sy..mm..ckgu,adakah prcbaan sej 1 dari negeri2 ni bleh buat ruj. utk exam sejarah 1 yg akan sy hadapi minggu depan.?

Related Posts with Thumbnails

PENYOKONG BLOG SEJARAH

PENAFIAN :

Penulis blog tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan, kerugian atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada mana-mana bahagian dalam laman blog ini. Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster dan/atau Lain-Lain Penulis.