ENJIN CARIAN BAHAN

Selasa, 28 September 2010

SEJARAH 2 – PERCUBAAN JOHOR 2010 (SKEMA DISEDIAKAN)

940/2 STPM 2010

SEJARAH KERTAS 2

SEJARAH MALAYSIA, ASIA TENGGARA, ASIA SELATAN DAN ASIA TIMUR 1800-1963

JABATAN PELAJARAN NEGERI JOHOR

SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA

[PEPERIKSAAN PERCUBAAN 2010]

BAHAGIAN A

1. Huraikan bagaimana kuasa raja-raja diperkukuhkan sebagai kuasa tertinggi dalam sistem politik Melayu sebelum campur tangan Barat.

2. Bincangkan kegiatan ekonomi di Malaysia sebelum campur tangan British.

3. Sejauh manakah perasaan tidak puas hati pembesar menyebabkan berlakunya penentangan di Perak dan Pahang pada abad ke-19.

4. Jelaskan sebab-sebab penubuhan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu pada tahun 1896.

5. Huraikan langkah-langkah ke arah kemerdekaan Tanah Melayu 1957.

6. Bincangkan langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan persekutuan bagi mencapai matlamat perpaduan kaum di Malaysia melalui pendidikan dalam tempoh antara tahun 1956 hingga 1963.

BAHAGIAN B

7. Bandingkan sistem adat yang diamalkan dalam masyarakat tradisional di China dan India sebelum kedatangan kuasa-kuasa Barat.

8. Bincangkan dasar pintu tertutup yang diamalkan oleh Siam dan Vietnam pada abad ke-19.

9. Sistem ekonomi di Filipina dan Indonesia pada abad ke 19 merupakan sistem yang menindas peribumi. Bincangkan.

10. Bincangkan dasar pengilhakan kuasa-kuasa Barat di India dan di Indochina pada abad ke-19.

11. Huraikan sumbangan Raja Chulalongkorn dan Maharaja Meiji dalam pemodenan negara masing-masing dari tahun 1868 hingga 1910.

12. Bandingkan dasar luar India dengan dasar luar Vietnam selepas kedua-dua negara mencapai kemerdekaan.

Sumbangan : Nor Farahin Johanuddin dan Sarifah Othman

   SKEMA JAWAPAN(Sila download-Klik Sini)

[ SOKONG BLOG INI, SILA SIGN BUKU PELAWAT ]

Isnin, 27 September 2010

SOALAN PERCUBAAN SEJARAH STPM 2010

Saya masih sedang berusaha mengemaskini bahan Soalan Percubaan Sejarah 1 dan 2. Setakat ni, tu jer yang dapat diusahakan. Semua soalan yang saya dapat melalui emel telah saya terbitkan dalam blog ni.

Ramai yang bertanya , kenapa tak ada skema ? Sebenarnya hanya soalan sahaja kebanyakkannya yang dihantar kepada saya. Saya mohon maaf kerana hanya itu yang mampu diusahakan. Mana yang hantar skema semua telah saya upload kan. Hanya download saja kat situ. Apa yang dihantar, itulah yang saya terbitkan.

Harapan saya masih ada yang ingin berkongsi bahan terutama skema Percubaan 2010. Semoga usaha ini ada keberkatannya. Berkat ni suatu benda yang tak nampak dengan mata kasar. Fikir-fikirkanlah.

Harap maklum

[ SOKONG BLOG INI, SILA SIGN BUKU PELAWAT ]

SEJARAH 2 – PERCUBAAN PERAK @ SMK DARY 2010

BAHAGIAN A

Jawab dua soalan sahaja

1.  Bincangkan peranan golongan pemerintah dalam institusi pemerintahan di negeri-negeri Melayu sebelum campurtangan British.

2.  Bincangkan kegiatan ekonomi di Malaysia sebelum campurtangan British

3.  Huraikan tindak balas masyarakat Melayu terhadap pentadbiran British di Perak dan Pahang pada akhir abad ke 19 .

4.  Jelaskan implikasi penubuhan Negeri-negeri Melayu Bersekutu 1896 sepanjang abad ke 19.

5.  Huraikan langkah-langkah ke arah kemerdekaan di Tanah Melayu dari tahun 1949 hingga tahun 1957.

6.  Huraikan sistem pemerintahan Malaysia dari tahun 1957 hungga tahun 1963.

BAHAGIAN B

Jawab dua soalan sahaja

7Bincangkan hukum adat yang diamalkan oleh masyarakat China dan di India sebelum kedatangan Barat.

8.  Bincangkan dasar tutup pintu yang dijalankan oleh China dan Jepun pada awal abad ke 19.

9.  Bincangkan kesan-kesan Perjanjian Yandabo di Burma (1828) dan Perjanjian Nangking di China (1842).

10.  Bincangkan dasar pengilhakan kuasa Barat di India dan di Indo China pada abad ke 19.

11.  Jelaskan faktor-faktor yang membawa kepada meletusnya Revolusi China pada tahun 1911 dan Revolusi Siam pada tahun 1932.

12. Huraikan perkembangan ekonomi di Negara Filipina dan Indonesia selepas mencapai kemerdekaan.

 

   SKEMA JAWAPAN (TIADA)

[ SOKONG BLOG INI, SILA SIGN BUKU PELAWAT ]

SEJARAH 2 – PERCUBAAN PERLIS 2010(SKEMA DISEDIAKAN)

PERCUBAAN SEJARAH

Kertas 2 Negeri Perlis

Bahagian A

1.  Bincangkan sistem politik masyarakat Melayu tradisional sebelum campur tangan British.

2. Jelaskan peristiwa2 penting yg berlaku di Perak dan Selangor yg membawa kpd campur tangan British pd tahun 1874.

3.  Huraikan faktor2 yg mempengaruhi perusahaan getah di Tanah Melayu sehingga Perang Dunia Kedua.

4.  Bincangkan dasar politik, sosial, dan ekonomi Jepun di Tanah Melayu antara tahun 1942 hingga tahun 1945.

5.  Jelaskan faktor2 yg membawa kpd penyertaan Sabah dan Sarawak dlm Persekutuan Malaysia 1963.

6.  Huraikan sistem pemerintahan Malaysia dari tahun 1957 hingga tahun 1963.

Bahagian B

7.  Bincangkan adat yg diamalkan oleh masyarakat di China dan India sebelum kedatangan Barat.

8.  Bincangkan dasar pengilhakan British di India dan Perancis di IndoChina pd abad ke-19.

9.  Bandingkan kesan2 Perjanjian Nanking 1842 di China dan Perjanjian Kanagawa 1854 di Jepun.

10.Huraikan langkah2 pemodenan yg dijalankan oleh Maharaja Meiji (1868-1912) dan Raja Chulalongkorn (1868-1910) di Jepun dan Siam.

11.Bincangkan peranan golongan pelajar dlm Gerakan 4 Mei 1919 di China dan peranan golongan Thakin di Myanmar dari tahun 1936 sehingga Perang Dunia Kedua.

12. Bincangkan faktor2 yg membawa kpd meletusnya Revolusi China 1911 dan Revolusi Siam 1932.

Posted by rasajiwa to SEJARAH STPM KERTAS 1 at 27 September 2010 20:50 dan skema oleh Anas Imran

   SKEMA JAWAPAN(Sila Download-Klik Sini)

[ SOKONG BLOG INI, SILA SIGN BUKU PELAWAT ]

SEJARAH 1 – PERCUBAAN PERLIS 2010(SKEMA DISEDIAKAN)

SEJARAH 1

PERCUBAAN PERLIS 2010

Bahagian A

1. Huraikan kesan2 kehidupan masyarakat Zaman Neolitik kepada perkembangan tamadun awal manusia.

2. Bincangkan ciri2 sistem pemerintahan beraja di Alam Melayu.

3. Bincangkan sumbangan Kautilya dalam bidang ketenteraan pada Zaman India Klasik.

4. Huraikan perubahan2 dlm sejarah dunia yg berpunca daripada pencapaian peneroka2 Sepanyol dan Portugis pada abad ke-15 dan 16 M.

5. Pendidikan menjadi pemangkin kpd perkembangan tamadun. Nilaikan peranan institusi pendidikan di Alam Melayu.

6. Bincangkan sumbangan dan pencapaian masyarakat Yunani dalam bidang matematik.

7. Bandingkan objektif P & P antara tamadun China dan Islam.

8. Jelaskan ciri2 seni bina menurut pandangan Barat dan Islam.

9. Jelaskan perubahan2 yang berlaku dlm masyarakat Arab selepas kedatangan Islam.

Bahagian B

10. Piagam Madinah merupakan piagam bertulis yg pertama memenuhi syarat2 perlembagaan. Huraikan kepentingan Piagam Madinah kpd pembangunan meayarakat Madinah.

11.Jelaskan peristiwa Perang Uhud dan kesan-kesannya kpd umat Islam dan Musyrikin Mekah.

12 Bincangkan sumber2 baitulmal dan peranannya kpd ekonomi umat Islam.

13. Huraikan kurikulum pendidikan yg dilaksanakan pada zaman Nabi Muhammad S.A.W.

14. Jelaskan sumber ilmu menurut tamadun Islam dan tamadun Barat.

15.Bincangkan matlamat P & P Ibnu Batutta pada abad ke 10M hingga abad ke 14M. Nilaikan sumbangan beliau dlm bidang tersebut.

16.Bincangkan pencapaian dlm bidang seni bina pada zaman kerajaan Bani Umayyah.

Posted by rasajiwa to SEJARAH STPM KERTAS 1 dan Skema oleh Anas Imran

   SKEMA JAWAPAN(Sila Download-Sila Klik)

[ SOKONG BLOG INI, SILA SIGN BUKU PELAWAT ]

Ahad, 26 September 2010

SEJARAH 2 – PERCUBAAN TERENGGANU 2010

SOALAN PERCUBAAN TERENGGANU 2010

SEJARAH KERTAS 2

Bahagian A

Jawab DUA soaan sahaja.

1. “Adat Perpatih dan Adat Temenggung yang diamalkan oleh masyarakat Melayu pada abad ke-19 mempunyai perbezaan dalam beberapa perkara tertentu”. Berdasarkan pernyataan mi, jelaskan perbezaan yang terciapat dalam kedua-dua adat tersebut.

2. Jelaskan reaksi penduduk pribumi terhadap pemerintahan Syarikat Borneo Utara British di Sabah sehingga tahun 1915.

3. Bincangkan perkembangan sistem pendidikan kolonial di Tanah Melayu hingga tahun

1941.

4. Bincangkan dasar dan kesan pendudukan Jepun di Tanah Melayu dan tahun 1941 hingga tahun 1945.

5. Mengapakah pada peringkat awal, pemimpin-pemimpin Sabah dan Sarawak menolak gagasan Malaysia?

6. Bincangkan penglibatan Malaysia dalam Pertubuhan Asia Tenggara (ASA), Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), dan Komanwel sejak tahun 1957.

Bahagian B

Jawab DUA soalan sahaja.

7. Bincangkan struktur dan peranan pembesar di Siam dan Jepun sebelum campur tangan Barat.

8. Bincangkan proses pengilhakan kuasa Barat di India dan Vietnam pada abad ke-19.

9. Bincangkan usaha pemodenan Thailand semasa pemerintahan Raja Chulalongkorn (1868-1910) dan usaha pemodenan Jepun semasa pemerintahan Maharaja Meiji (1868- 1912).

10. Mengapakah gerakan nasionalisme di Thailand menunjukkan satu aliran berbeza berbanding gerakan nasionalisme negara-negara lain di Asia Tenggara.

11. Bincangkan kejayaan perjuangan Gerakan 4 Mei di China dan Gerakan Thakin di Burma.

12. Bincangkan kejayaan Amerika Syarikat mengukuhkan fahaman demokrasi di Filipina (1935-1946) dan di Jepun (1945-1952).

SUMBANGAN: WAN ABDUL MANAF BIN WAN ABDULLAH

   SKEMA JAWAPAN (TIADA)

[ SOKONG BLOG INI, SILA SIGN BUKU PELAWAT ]

 

Sabtu, 25 September 2010

SEJARAH 1 - PERCUBAAN JOHOR 2010(SKEMA DISEDIAKAN)

SEJARAH KERTAS 1

(TAMADUN DUNIA HINGGA TAHUN 1800)

JABATAN PELAJARAN NEGERI JOHOR

SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA

[PEPERIKSAAN PERCUBAAN 2010]

BAHAGIAN A

1. Bincangkan faktor-faktor yang mempengaruhi pembinaan petempatan tamadun-tamadun awal manusia.

2. Dengan merujuk kepada tamadun Mesopotamia, Mesir dan China bincangkan peranan raja dalam sistem pemerintahan tamadun-tamadun awal.

3. Bincangkan idea-idea Kautilya dalam karyanya Arthasastra untuk membantu pemerintah mengukuhkan kuasa.

4. Berikan maksud kapitalisme dan jelaskan faktor-faktor yang membawa kepada perkembangan sistem kapitalisme di Eropah sehingga abad ke-18 Masihi.

5. Jelaskan peranan sistem tulisan dalam masyarakat tamadun awal manusia.

6. Terangkan sumbangan Confucious dalam perkembangan tamadun China.

7. Nilaikan sumbangan Cheng Ho dalam perkembangan tamadun manusia.

8. Buatkan perbandingan objektif dan pelaksanaan sistem pendidikan di Athens dan Sparta.

Bahagian B

9. Huraikan kepentingan hijrah dalam perkembangan Islam pada zaman Rasulullah s.a.w di Madinah.

10. Jelaskan kandungan piagam Madinah dan implikasinya kepada penyelesaian sosio-politik masyarakat di Madinah.

11. Penerimaan Rasulullah s.a.w terhadap Perjanjian Hudaibiyah telah menimbulkan pelbagai reaksi di kalangan umat Islam. Jelaskan syarat-syarat perjanjian dan bagaimanakah perjanjian tersebut merupakan kemenangan yang nyata di pihak Islam.

12. “Membayar zakat adalah diwajibkan ke atas umat Islam”. Bincangkan sejarah, fungsi dan pelaksanaan zakat dari zaman Rasulullah s.a.w hingga zaman Bani Umaiyah.

13. Bincangkan matlamat dan prinsip pendidikan Islam di Alam Melayu sebelum abad ke-18M.

14. Huraikan sejarah kemunculan mazhab-mazhab dalam Islam serta nyatakan faktor-faktor yang membawa kepada kemunculan mazhab-mazhab tersebut.

15. Bandingkan matlamat penjelajahan dan penerokaan di antara masyarakat Islam dan Barat pada abad ke-15-16 Masihi.

16. Huraikan asas-asas pembinaan tamadun menurut Islam dan Barat.

Sumbangan : Sarifah Othman

   SKEMA JAWAPAN (Sila download-Klik sini)

[ SOKONG BLOG INI, SILA SIGN BUKU PELAWAT ]

Ahad, 19 September 2010

SEJARAH 2 : PERCUBAAN KELANTAN 2010(SKEMA DISEDIAKAN)

PEPERIKSAAN PERCUBAAN STPM 2010

NEGERI KELANTAN

SEJARAH KERTAS 2

BAHAGIAN A

1.  Bincangkan hierarki golongan pemerintah di Tanah Melayu sebelum kedatangan British.

2.  Sejauh manakah ekonomi di Tanah Melayu bersifat sara diri sebelum kedatangan British

3.  Bincangkan penentangan penduduka tempatan terhadap pentadbiran Syarikat Berpiagam Borneo Utara (SBBU) di Sabah dan Pentadbiran Dinasti Brooke di Sarawak pada abad ke-19

4.  Nilaikan kepentingan politik dan ekonomi Perjanjian Persekutuan tahun 1895

5. Kebimbangan terhadap golongan berhaluan kiri (Komunis) mendorong Tunku Abdul Rahman mencadangkan penubuhan Gagasan Malaysia tahun 1963. Bincangkan

6.  Bincangkan penglibatan Malaysia dalam pertubuhan serantau dan antarabangsa tahun 1957 hingga 1963

BAHAGIAN B

7.  Huraikan sistem feudal yang diamalkan di negara China dan Jepun sebelum kedatangan kuasa-kuasa Barat

8.  Huraikan sistem kepercayaan dan agama yang diamalkan oleh masyarakat tempatan di China dan Jepun pada abad ke-19

9.   Huraikan dasar pengilhakan British di India dan Perancis di Vietnam pada abad ke-19

10. Bincangkan tindak balas masyarakat tempatan di Indonesia dan Filipina terhadap kuasa-kuasa Barat pada abad ke-19

11. Bincangkan kesan-kesan pendudukan Jepun 1941 hingga 1945 terhadap perkembangan nasionalisme di Indonesia dan Burma

12. Jelaskan pembaharuan-pembaharuan yang dilakukan oleh Amerika Syarikat (SCAP) di negara Jepun antara tahun 1945 hingga 1952

Sumbangan Bahan Daripada : Sahrulami Jusoh

   SKEMA JAWAPAN(SILA DOWNLOAD-KLIK SINI)

[ SOKONG BLOG INI, SILA SIGN BUKU PELAWAT ]

Ahad, 12 September 2010

SEJARAH 2 – EXCEL 1 SABAH 2010(SKEMA DISEDIAKAN)

clip_image002

JABATAN PELAJARAN SABAH

(SEKTOR PENGURUSAN AKADEMIK)

SEJARAH

KERTAS 2

BAHAGIAN A

1. .Huraikan kedudukan dan peranan raja sebelum kedatangan kuasa Barat di Tanah Melayu . [25]

2. Jelaskan faktor-faktor yang membawa kepada pembentukan Negeri-negeri Melayu Bersekutu pada tahun 1896. [25]

3. Jelaskan faktor-faktor yang mempengaruhi perusahaan getah di Negeri-negeri Melayu pada akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20. [25]

4. Bincangkan peranan kesusasteraan dan akhbar dalam kebangkitan gerakan nasionalisme Melayu. [25]

5. Terangkan ciri-ciri Persekutuan Tanah Melayu 1948 dan reaksi penduduk Tanah Melayu terhadap penubuhannya. [25]

6. Bincangkan corak pemerintahan demokrasi berparlimen yang diamalkan oleh kerajaan Malaysia . [25]

BAHAGIAN B

7. Huraikan dasar tutup dan buka pintu yang diamalkan oleh China dan Jepun terhadap kuasa Barat pada abad ke-19. [25]

8. Bincangkan tindak balas masyarakat tempatan di Indonesia dan Filipina terhadap pemerintahan kuasa barat di negara masing-masing. [25]

9. Huraikan kesan penghijrahan imigran Cina ke Indonesia dan Filipina sebelum Perang Dunia Kedua. [25]

10. Bincangkan faktor-faktor yang membawa kepada meletusnya Revolusi China pada tahun1911 dan Revolusi Siam pada tahun 1932. [25]

11. Bincangkan kesan-kesan pendudukan Jepun di Indonesia dan Vietnam semasa Perang Dunia Kedua. [25]

12. Jelaskan pembangunan sosioekonomi negara Myanmar dan Thailand selepas tamat Perang Dunia Kedua sehingga tahun 1963. [25]

 

Sumbangan : En. Matusin Ismail

   SKEMA JAWAPAN(SILA DOWNLOAD-KLIK SINI)

[ SOKONG BLOG INI, SILA SIGN BUKU PELAWAT ]

SEJARAH 2 – PERCUBAAN SELANGOR(SKEMA DISEDIAKAN)

Bahagian A

1. Jelaskan hirarki sistem politik Melayu tradisional sebelum campur tangan British.[25M]

2. Bincangkan struktur feudal masyarakat Melayu tradisional sebelum 1874. [25M]

3. Bincangkan kebangkitan anti British di Perak dan Pahang pada abad ke -19. [25M]

4. Bincangkan faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan perusahaan getah di Tanah Melayu dari tahun 1870 hingga 1942. [25M]

5. Huraikan reaksi penduduk pribumi terhadap campur tangan British di Sabah dari akhir abad ke -19 hingga awal abad ke- 20. [25M]

6. Bincangkan penglibatan Malaysia dalam pertubuhan serantau dan antara bangsa dari tahun 1957 hingga tahun 1963. [25M]

Bahagian B

Jawab dua soalan sahaja.

7. Bincangkan adat yang diamalkan oleh masyarakat India dan Cina sebelum kedatangan Barat. [25M]

8. Bincangkan struktur masyarakat feudal yang terdapat di negara China dan Vietnam sebelum penglibatan kuasa-kuasa Barat. [25M]

9. Jelaskan dasar tutup pintu yang diamalkan di China dan Jepun pada abad ke-19. [25M]

10. Bincangkan dasar pengilhakan kuasa-kuasa barat di India dan Vietnam pada abad ke-19. [25M]

11. Bandingkan faktor meletusnya revolusi yang berlaku di China 1911 dan Siam 1932. [25M]

12. Jelaskan ciri pemerintahan republik antara China dengan Indonesia dari tahun 1949 hingga 1960. [25M]

Sumbangan : En. Mohd Rosley Ismail  dan En. Kamaruddin Din

   SKEMA JAWAPAN(SILA DOWNLOAD SINI)

[ SOKONG BLOG INI, SILA SIGN BUKU PELAWAT ]

Sabtu, 11 September 2010

SEJARAH 1- EXCEL 1 SABAH 2010(SKEMA DISEDIAKAN)

image

 JABATAN PELAJARAN SABAH

(SEKTOR PENGURUSAN AKADEMIK)

SEJARAH

KERTAS 1

Bahagian A

1. Jelaskan sistem pemerintahan republik yang diamalkan dalam Tamadun Rom

2. Huraikan konsep negara kota. Bincangkan ciri-ciri negara kota Mesopotamia.

3.Jelaskan konsep ketahanan dan pertahanan. Huraikan organisasi ketenteraan yang terdapat dalam Tamadun Yunani.

4. Sejauhmanakah faktor perlindungan diberikan oleh Negara China yang membolehkan Melaka muncul sebagai pelabuhan perdagangan pada abad ke-15

5. Bincangkan dasar dan kurikulum yang diamalkan dalam Tamadun China

6. Huraikan sumbangan I-Ching (635-713M) dan Cheng Ho (1371-1434) dalam bidang pelayaran.

7. Bincangkan perkembangan ciri-ciri kehidupan masyarakat pada zaman prasejarah awal.

8. Bandingkan konsep ketahanan dan pertahanan menurut perspektif Islam dan konsep ketahanan dan pertahanan Barat.

Bahagian B

9. Huraikan pelbagai masyarakat yang terdapat pada Zaman Bani Umaiyah

10. Nilaikan punca-punca penentangan orang Quraisy terhadap dakwah Rasulullah s.a.w dan huraikan bagaimana Rasulullah s.a.w menanganinya.

11. Huraikan peristiwa-peristiwa penting Perang Uhud dan kesan-kesan peperangan ini terhadap masyarakat di Madinah.

12. Jelaskan tentang jenis -jenis zakat yang terdapat dalam sistem ekonomi Islam. Bincangkan perlaksanaan zakat pada zaman Bani Abbasiyah.

13. Huraikan Institusi pendidikan Islam di Alam Melayu

14. Ibnu Taimiyah tokoh reformasi Islam yang terkemuka. Nilaikan faktor utama kemunculan dan perjuangannya pada abad ke-8H

15.Bandingkan matlamat penjelajahan dan penerokaan antara tamadun Islam dan tamadun Cina.

16. Bandingkan ciri-ciri kesenian menurut tamadun Islam dengan tamadun Barat.

Sumbangan : En. Matusin Ismail

   SKEMA JAWAPAN(SILA DOWNLOAD-KLIK SINI)

[ SOKONG BLOG INI, SILA SIGN BUKU PELAWAT ]

Selasa, 7 September 2010

SEJARAH 1 - PERCUBAAN SELANGOR ( SKEMA DISEDIAKAN)

Bahagian A

Jawab dua soalan sahaja

1 Bincangkan peranan pelbagai golongan masyarakat pada zaman Tamadun Indus dan China . [25]

2 Huraikan usaha-usaha yang diambil oleh Shih Huang Ti untuk mengukuhkan sistem pemerintahan empayarnya pada zaman Dinasti Chin . [25]

3 Bincangkan sumbangan tokoh pemikir ketenteraan Kautilya dan Sun Tzu dalam bidang ketenteraan. [25]

4 Huraikan perkembangan ekonomi komersil antara tahun 1500 Masihi sehinga tahun 1800 Masihi di Eropah Barat. [25]

5 Bincangkan kurikulum pendidikan dalam tamadun China. [25]

6 Jelaskan sumbangan bidang matematik Mesir dan Mesopotamia kepada perkembangan tamadun manusia. [25]

7 Huraikan sumbangan Marco Polo dan Ibnu Batuttah dalam bidang penjelajahan dan penerokaan kepada perkembangan tamadun manusia. [25]

8 Bandingkan ciri-ciri utama seni bina pada zaman empayar Rom dengan tamadun Islam.[25]

Bahagian B

Jawab dua soalan sahaja

9 Huraikan kepercayaan dan keagamaan antara masyarakat Arab Jahiliyah dan Islam. [25]

10 Jelaskan isi kandungan Sahifah Madinah dan kepentingan Piagam tersebut dalam pentadbiran Nabi Muhammas s.a.w di Madinah . [25]

11 Huraikan perlaksanaan cukai kharaj pada zaman Bani Umayyah. [25]

12 Huraikan perkembangan institusi pendidikan di Acheh pada abad ke 17 Masihi sehingga abad ke 18 Masihi. [25]

13 Bincangkan faktor-faktor yang membawa kepada kemunculan pelbagai jenis aliran mazhab dalam Islam. [25]

14 Jelaskan sumbangan al- Istakhri dalam bidang geografi dan pelayaran. [25]

15 Bincangkan pencapaian Tamadun India dengan tamadun Islam dalam bidang perubatan .[25]

16 Bandingkan sistem ketenteraan Islam dengan sistem ketenteraan dalam tamadun Rom. [25]

Sumbangan : En. Mohd Rosley Ismail  dan En. Kamaruddin Din

   SKEMA JAWAPAN(Sila Download Sini)

[ SOKONG BLOG INI, SILA SIGN BUKU PELAWAT ]

SEJARAH 1 - PERCUBAAN PERAK @ SMK DARY 2010(SKEMA DISEDIAKAN)

          clip_image003 clip_image005

­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­PEPERIKSAAN PERCUBAAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA 2010

(MALAYSIA HIGHER SCHOOL CERTIFICATE)

SMK DATO’ ABDUL RAHMAN YAAKUB

NEGERI PERAK

KERTAS 1

BAHAGIAN A

1. Huraikan peranan setiap lapisan masyarakat dalam tamadun Mesir.

2. Huraikan langkah-langkah yang diambil oleh Shih Huang Ti untuk mengukuhkan sistem   pemerintahan beraja dalam empayar Dinasti Chin.

3. Jelaskan organisasi ketenteraan dalam tamadun Rom pada zaman Augustus Caesar.

4. Huraikan kegiatan ekonomi yang dilaksanakan di Alam Melayu sebelum abad ke 15 Masehi.

5. Huraikan faktor-faktor yang mempengaruhi matlamat pendidikan dalam tamadun awal.

6. Bincangkan faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan sekularisme di Eropah.

7. Sejauhmanakah faktor ekonomi menjadi pendorong aktiviti  penjelajahan dan penerokaan orang Portugis pada abad ke 15M.

8. Jelaskan pengaruh agama dan kepercayaan kepada perkembangan kesenian di India.

BAHAGIAN B

9. Bincangkan peranan golongan Ansar dan Muhajirin terhadap penyebaran Islam pada zaman Nabi Muhammad s.a.w.

10. Jelaskan pelaksanaan konsep syura dalam proses pelantikan khalifah pada zaman Khulafa al-Rasyidin.

11. Huraikan aspek kepimpinan Nabi Muhammad s.a.w dalam bidang ketenteraan dengan memberikan contoh-contoh yang sesuai.

12. Huraikan perkembangan sistem mata wang pada zaman Khulafa al-Rasyidin sehingga zaman kerajaan Bani Abbasiyah.

13. Bincangkan perkembangan institusi pendidikan Islam di Acheh pada abad ke-17 Masihi.

14. Bincangkan faktor-faktor yang membawa kepada kemunculan pelbagai mazhab dalam Islam.

15. Bandingkan objektif penjelajahan dan penerokaan antara tamadun Barat dengan tamadun Islam.

16. Bandingkan ciri seni bina Islam dengan seni bina Rom.

 

  SKEMA JAWAPAN(SILA DOWNLOAD-KLIK SINI)

[ SOKONG BLOG INI, SILA SIGN BUKU PELAWAT ]

TAMADUN DUNIA/ISLAM : TEMA 7 – TUJUAN PENJELAJAHAN & PENEROKAAN ISLAM VS BARAT

Bandingkan tujuan penjelajahan dan penerokaan dalam tamadun Islam dan Tamadun Barat.

A. Pengenalan 

Definisi penjelajahan dan penerokaan.

1. Menurut Kamus Dewan penjelajahan ialah perihal menjelajahi, mengelilingi atau berjalan ke merata tempat untuk menyelidiki . Manakala penerokaan ialah perihal perbuatan meneroka dan menerokai.

2. Latar belakang penjelajahan dan penerokaan tamadun Islam

3. Latar belakang penjelajahan dan penerokaan tamadun barat

B. Isi-isi penting : ( Isi jawapan perlu diperbaiki/tambah lagi )

Tujuan penjelajahan dan penerokaan Islam dan Barat (5isi x 4M=20M)

1. Penyebaran Agama

Para pendakwah Islam menjelajah ke seluruh dunia untuk menyebarkan Islam. Saad b Abi Waqas telah berdakwah di China. Selain itu, Syeikh Abdul Aziz dan Maulana Malik Ibrahim dihantar ke alam Melayu. Muaz b Jabal pula dihantar ke Yaman untuk berdakwah di sana. Pada zaman Khalifah Umar al Khattab, Umat Islam telah menjelajah hingga ke Parsi, Rom, dan China untuk menyebarkan Islam.

Begitu juga orang Eropah dalam Tamadun Barat menjelajah untuk menyebarkan agama Kristian. Orang Kristian dan Islam bermusuhan sejak perang salib. Oleh itu, orang Kristian berhasrat untuk menghapuskan pengaruh Islam dan menggantikannya dengan agama Kristian. Caranya ialah mereka menguasai jalan perdagangan dan menghapuskan monopoli perdagangan yang dikuasai oleh orang Islam di Eropah dan Asia. Idea penjelajahan juga disokong oleh pihak gereja dan raja-raja Eropah. Oleh itu,agama kristian cuba disebarkan ke seluruh dunia menyebabkan mereka gemar menjelajah ke benua Afrika dan Asia.

2. Meningkatkan Ilmu Pengetahuan

Bidang geografi dan pelayaran telah diteroka oleh umat Islam. Selepas wilayah Islam berkembang luas, pengetahuan umat Islam semakin bertambah tentang kedudukan sebuah negara dan bumi. Para intelektual slam mempelajari pelbagai ilmu seperti astronomi, geografi,perubatan daripada peradaban-peradaban lain.

Begitu juga dalam tamadun barat melakukan penerokaan dan penjelajahan bertujuan meningkatkan ilmu pengetahuan. Melalui perkembangan teknologi perkapalan orang Eropah telah membina kapal-kapal laut yang kukuh. Di samping itu bidang geografi juga menggalakkan penjelajahan. Perkembangan dalam bidang pelayaran turut disebabkan oleh kesedaran orang Eropah tentang konsep bumi bulat dan boleh dijelajah dengan selamat. Oleh itu, ilmu penting sebagai faktor penggalak penerokaan dan penjelajahan barat.

3. Kegiatan Perdagangan

Pedagang-pedagang Arab dihantar ke negara luar untuk mendapatkan makanan, kuda, kayu, logam, dan hamba.Pedagang Arab berdagang di Khanfou, China pada abad ke-2 H, Asia Tenggara abad ke-10M, India Abad ke-3 dan ke-4, Yaman, Habsyah, Mesir, dan Asia Timur.

Begitu juga dengan Tamadun Barat, mereka datang ke timur untuk mendapatkan keperluan barangan seperti rempah, sutera, dan lain-lain. Faktor ini dapat memecahkan monopoli dan penguasaan pelabuhan- pelabuhan Itali terhadap barangan timur. Penemuan jalan laut mempercepat proses perdagangan antara barat dan timur.

4. Perluasan kuasa dan Pengaruh.

Pada zaman Umaiyah, Khalifah al Walid b Abd Malik Islam telah bertapak di China, India, Asia tengah, Utara Afrika dan Sepanyol. Pemerintah Islam berusaha memperkukuh politik Islam di seluruh Afrika Utara dari pantai Atlantik hingga Laut Merah.

Begitu juga dengan Tamadun Barat, perkembangan fahaman kapitalisme pada abad ke-16 dan 17 dan konsep merkantilisme membantu perkembangan perdagangan. Oleh itu, orang Eropah berusaha meneroka dan menjelajah benua Asia dan Afrika untuk mengukuhkan kuasa dan pengaruh mereka. Pengukuhan kuasa dan pengaruh ini meningkatkan penguasaan terhadap perdagangan di kawasan tersebut.

5. Memenuhi perasaan ingin tahu

Dalam Tamadun Islam, perasaan ingin tahu mengenai sesuatu tempat yang terletak jauh dari petempatan mereka mendorong umat Islam melakukan aktiviti penerokaan dan penjelajahan.

Begitu juga Tamadun Barat, Zaman Renaisans telah melahirkan semangat ingin tahu dalam kalangan masyarakat Eropah. Mereka mula menumpukan terhadap falsafah dan pemikiran yang moden daripada pemikiran yang kuno

6. Membebaskan manusia dari cengkaman penjajahan dan kejahilan.

Dalam Tamadun Islam penerokaan dan penjelajahan bertujuan membebaskan manusia dari cengkaman penjajahan dan kejahilan.

Sebaliknya, Tamadun Barat tidak mementingkan aspek ini.

7. Menambah keimanan dan ketaqwaan

Dalam Tamadun Islam penerokaan dan penjelajahan bertujuan memerhati ciptaan Allah dan menghadapi cabaran semasa pelayaran. Objektif ini dapat dicapai setelah melihat kepelbagaian benda dan makhluk ciptaan Ilahi.

Sebaliknya, Tamadun Barat lebih mengutamakan keseronokan dan kepuasan diri.

8. Mengambil iktibar ke atas masyarakat terdahulu dan menghayati tinggalan tamadun Islam.

Dalam Tamadun Islam penerokaan dan penjelajahan bertujuan mengambil iktibar ke atas masyarakat terdahulu dan menghayati tinggalan tamadun Islam.Contohnya Insaf melihat peninggalan kaum Thamud dan ‘Ad yang ingkar terhadap ajaran Allah.

Sebaliknya Tamadun Barat tidak mempunyai tujuan ini.

9. Dorongan al-Quran

Umat Islam melakukan penjelajahan dan penerokaan didorong oleh seruan al-Quran. Contohnya Firman Allah yang bertmaksud “Katakanlah: Berjalanlah di muka bumi, maka perhatikanlah bagaimana Allah swt. menciptakan manusia dari permulaannya, kemudian Allah swt. menjadikannya sekali lagi.

Sebaliknya, Tamadun Barat didorong oleh golongan gereja dan raja.

C. Kesimpulan (2M)

Apa-apa sahaja yang berkaitan.

[ SOKONG BLOG INI, SILA SIGN BUKU PELAWAT ]

Related Posts with Thumbnails

PENYOKONG BLOG SEJARAH

PENAFIAN :

Penulis blog tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan, kerugian atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada mana-mana bahagian dalam laman blog ini. Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster dan/atau Lain-Lain Penulis.