ENJIN CARIAN BAHAN

Rabu, 28 April 2010

Latihan Online 1

 hutang

Nyatakan golongan masyarakat yang muncul pada zaman pemerintahan Bani Umaiyah.


Nyatakan : Nama dan Kelas ( Bagi pelajar SMK DARY wajib jawab . Pilih 'Name/Url - Tulis nama dan kelas kat situ. Jangan pilih ' Anonymous' )

Jawab dalam ruangan 'comments' di bawah ( Sila klik ) , bukan dalam buku tetamu.


[ SOKONG BLOG INI, SILA SIGN BUKU PELAWAT ]

16 ulasan:

mariatun qaftiah berkata...

Golongan masyarakat yang muncul ialah golongan Mawali. Golongan Mawali merupakan golongan bukan Arab yang menganut agama Islam. Golongan ini juga bersifat antikerajaan Umaiyah kerana tidak puas hati dengan beberapa dasar umpamanya dikenakan jizyah serta didiskriminasikan oleh pemerintah seperti tidak dibenarkan berkahwin dengan orang Arab. Walaubagaimanapun,terdapat golongan Mawali yang dilantik memegang jawatan penting dalam kerajaan seperti Maymun bin Mihran yang dilantik sebagai pegawai dalam Jawatan Kewangan. Malah, ada juga golongan Mawali yang dilantik sebagai Pengarah Diwan al-Kharaj. Golongan Mawali berperanan sebagai hajib, iaitu menyoal siasat pengunjung istana sebelum mereka menemui khalifah, termasuk menerima kunjungan diplomat. Hal ini kerana, golongan Mawali mempunyai hubungan yang akrab dengan khalifah.

Cikgu Rashman berkata...

Jawapan yang baik. Bagus. Kepada pelajar lain, cukup jawab satu isi jer tapi huraikan macam mariatun buat.

Bagi pelajar SMK DARY, tulis nama dan tingkatan. Jangan sebagai anonymous. Guna utiliti name/url tu.

Jawapan sama tak pa sebab bukan banyak pun jawapannya. Tapi hurai sendiri buat. Jangan salin jawapan orang lain.

Sy Noor Izzati berkata...

Kerajaan Bani Umaiyah muncul selepas berakhirnya zaman pemerintahan khulafa al-Rasyidin.Kerajaan ini dinamai kerajaan Bani Umaiyah sempena nama Moyang Muawiyah,salah seorang pembesar Quraisy yg dihormati pada zaman jahiliyah.Mereka berketurunan Quraisy.Kerajaan Bani Umaiyah perintah oleh dua keluarga besar iaitu keluarga Abu Sufyan dan keluarga Marwan.Keluarga Abu Sufyan telah memerintah selama 23 tahun manakala keluarga Marwan selama 68 tahun hinggalah berakhirnya pemerinthan era pemerintahan Bani Umaiyah.
Antara golongan yg muncul pada zaman Bani Umaiyah ialah golongan Mawali.Para orientalis menganggap bahawa kaum Mawali pada zaman Bani Umaiyah dianak tirikan yg ditindas dan dpaksa membayar cukai jizyah iaitu cukai kepala dan hanya layak utk bekerja sebagai
buruh kasar dan petani.Mereka juga mendakwa bahawa golongan Mawali
tidak dibenarkan berkahwin dgn orang Arab.Walau bagaimanapun,keadaan golongan Mawali tidak sebegitu buruk spt yg digambarkan oleh musuh Bani Umaiyah.Ada dikalangan mereka yg dilantik menjawat jawatan penting
spt Maymun bin Mihran yg dilantik
menjadi pengarah jabatan cukai di Jazirah.Golongan ini juga berkhidmat di istana Khalifah sebagai pengawal dan penjaga istana.Ada juga yang dilantik menjadi gabenor daerah spt Abu al-Muhajir Dinar.
Seterusnya golongan Zimmi ialah golongan bukan islam yang tinggal di negara Islam dan hidup
aman damai seperti golongan Islam yang lain.Kerajaan tidak menjalankan dasar paksaan dalam agama.Golongan Zimmi juga menikmati hak-hak kerakyatan umat Islam yg lain.Golongn ini tidak perlu membyar zakat tetapi perlu membayar cukai politik yang dikenakan oleh kerajaan Islam terhadap orang-orang kafir Zimmi sebagai balasan terhadap perlindungan,jaminan keselamatan jiwa dan harta benda mereka.

CONTOH - Muhammad Syauqi ( 6 Atas Syafie ) berkata...

Golongan yang muncul adalah golongan pemerintah dari kalangan orang Arab dari keturunan Bani Umaiyyah. Mereka memegang jawatan penting dalam pemerintahan. Jawatan khalifah diwarisi dan bukan lagi dipilih oleh Majlis Syura. Keutamaan yang diberi kepada orang Arab menyebabkan pemerintahan Bani Umayyyah mendapat penentangan seperti daripada golongan Syiah dan Mawali.

( TULIS NAMA DAN TINGKATAN BAGI PELAJAR DARY )

nora berkata...

Bani umaiyah merupakan masyarakat islam selepas zaman khulafa al-rasyidin.pada zaman bani umaiyah,masyarakat islam boleh dibahagikan kepada lima golongan pemerintah,kaum mawali,golongan zimmi dan golongan hamba.
bani umaiyah diambil nama sempena nama umayyah bin abd syams bin abdul manaf bin qusay bin kilab daripada keturunan quraisy.selaian itu kerajaan bani umaiyah diperintah oleh 2 buah keluarga iaitu keluarga abu sufyan dan marwan.selama 23 tahun pemerintahan ini berlangsung dan 3 orang khalifah yang memerintah.keluaraga abu sufyan telah memerintah dengan bagus dan bertanggungjawab sehingga diberi pengiktirafan oleh masyarakat islam.terdapat beberapa gerakan dalam pemerintahan bani umaiyah,antaranya gerakan azariqah,najdiyah,dan syiah..kaum mawali kufah menyokong al mukhtar bukan kerana membela gerakan syiah tetapidisebabkan perasaan tidak puas hati mereka terhadap pemerintahan bani umaiyah yang bersifat perkauman arab dan mendiskriminasi terhadap kaum bukan arab.
ada 2 kaum mawali,yang pertama bersifat negatif dan yang ke2 bersifat positif.pelbagai cara hidup yang berbeza diamalkan.dari segi bidang ketenteraan,keselamatan,pentadbiran,amalan,kewangan atau cukai yang dikenakan,cara berkhawin,keturunan,dan lain-lain.seterusnya golongan zimmi ialah golongan bukan islam yang tinggal di zaman bani umaiyah.kaum zimmi dikenakan bayaran jizyah iaitu cukai perlindungan.kadar cukai perlindungan ini adalah kecil dan tidak menjadi bebanan kepada golongan ini.
kesimpulannya,zaman pemerintahan bani umaiyah mempunyai pelbagai jenis golonan atau masyarakat yang berbeza cara hidup serta pandangan dari segi positif dan negatif.

saidatul berkata...

saidatul

golongan yang turut ada semasa pemerintahan bani umaiyah adalah golongan syi'ah. muslim syi'ah mengikuti ajaran islam sesuai yang diajarkan oleh Nabi Muhammad S.A.W dan Ahlul-Bait. Syi'ah menolak kepimpinan dari 3 Khalifah sunni pertama seperti juga Sunni menolak Imam dari Imam Syi'ah.

saidatul berkata...

saidatul

golongan yang turut ada semasa pemerintahan bani umaiyah adalah golongan syi'ah. muslim syi'ah mengikuti ajaran islam sesuai yang diajarkan oleh Nabi Muhammad S.A.W dan Ahlul-Bait. Syi'ah menolak kepimpinan dari 3 Khalifah sunni pertama seperti juga Sunni menolak Imam dari Imam Syi'ah.

sufira berkata...

ckg dapat tak jwpn saye...saye xsure da send ke blom...

AFFIZATUL SUFIRA (6AS) berkata...

Masyarakat yang muncul pada zaman pemerintahan bani umaiyah ialah golongan pemerintah. Golongan pemerintah terdiri daripada orang arab yang diterajui oleh keluarga Bani Umaiyah. Bani Umaiyah diambil sempena ketua keluarg Umaiyah bin Abd Syams bin Abd Manaf bin Qusaiy bin Kilab daripada keturunan Quraisy. Berlaku pertarungan antara Hasyim dengan Umaiyah yang berasa tidak senang dengan kedudukan Hasyim yang tinggi dan berpengaruh. Kerajaan Bani Umaiyah di perintah oleh dua keluarga iaitu Keluarga Abu sufyan yang memerintah selam 23 tahun dan keluarga Marwan yang memerintah selama 68 tahun. sewaktu pemerintahan Khalifah Abdul Malik bin Marwan timbul penentangan daripada kaum khawarij yang dikenali sebagai gerakan Azariqah dan Najdiyah. Azariqah banyak mengamalkan perkara bidaah dan mempunyai doktrin agama yang berbeza. Mereka berpendapat bahawa orang yang melakukan dosa besar dianggap kafir dan kekal dalam neraka. Najdiyah pula kebanyakkannya daripada kaum badwi dan mengamalkan cara hidup orang Badwi. Bagi mereka yang melakukan dosa besar tidak boleh dihukum kafir tetapi hanya bertaraf munafik. Najdiyah lebih banyak bergiat dalam bidang politik dan ketenteraan daripada bidang teologi.

Tanpa Nama berkata...

Masyarakat lain yang wujud ialah keturunan Bani Umaiyyah. Mereka memegang jawatan penting dalam pemerintahan. Jawatan khalifah diwarisi dan bukan lagi dipilih oleh Majlis Syura. Keutamaan yang diberi kepada orang Arab menyebabkan pemerintahan Bani Umayyah mendapat penentangan daripada golongan Syiah dan Mawali.
(nurulakmar 6as)

HIDAYAH RUHI berkata...

Golongan kaum Mawali merupakan salah satu mgolongan yang muncul pada zaman pemerintahan Bani Umaiyah.Golongan ini paling aktif dalam bidang pentadbiran negara dan perkembangan ilmu pengetahuan khususnya dalam bidang penterjemahan.Dahulu,kaum Mawali dikenali sebagai kaun kelas kedua dalam masyarakat Bani Umaiyah,tetapi keadaan telah mengubah mereka menjadi pegawai-pegawai penting di istana khalifah Abbasiyah termasuk pentadbirannya.Selain itu,mereka merupakan penyokong Al-Mukhtar yang dilantik menjadi gabenor dalam jabatan kewangan.Contohnya Maymun bin Mihran iaitu seorang hamba yang dimiliki oleh suku Azd dilantik menjadi Pengarah Jabatan Cukai di Mesopotamia oleh Khalifah Umar Abdul Aziz.

FATIHAH berkata...

Assalamualaikum.... golongan mawali ialah golonagn bukan arab yang muncul dalam kerajaan bani umaiyah.golongan ini diberikan jawatan dalam pentadbiran kerajaan,misalnya dalam jabatan kewangan ketenteraan dan lain-lain.

NOOR FATIHAH BT HALID
6ATAS SHAFIE

Nurul Shazleen bt Tarmizi berkata...

Salah satu golongan yang muncul pada zaman pemerintahan Bani Umaiyah ialah golongan Zimmi. Golongan bukan Islam yang tinggal di Negara Islam dan hidup aman damai seperti golongan islam yang lain. Kerajaan tidak menjalankan dasar paksaan dalam agama. Golongan ini juga menikmati hak-hak kerakyatan umat Islam yang lain. Mereka tidak perlu membayar zakat tetapi perlu membayar jizyah.

ATUL berkata...

Assalamualaikum...golongan pemerintah yg muncul pada zaman kerajaan bani umaiyah adalah golongan yang dikuasai kaum arab terutama kaum umaiyah misalnya umaiyah yang memerintah kerajaan scra automoni dalam dasar pemerintahan.beliau membuat dasar berbaik-baik dgn kaum syiah untuk mendapat sokongan.

NUR JANNATUL MAKWA(6ATAS SHAFIE)

HASIF berkata...

Antara golongan yang yang muncul pada zaman pemerintahan Bani Umaiyah ialah golongan Syiah iaitu merupakan penyokong kuat keluarga Sayidina Ali yang berasakan keluarga mereka teraniaya disebabkan tipu muslihat yg dilakukan oleh Muawiyah dan keluarganya.Majoriti golongan ini berpusat di Kufah dan Basrah.Walaupun golongan Syiah telah muncul sejak zaman Abu Bakar al-Siddiq,gerakan ini hanya ketara selepas Majlis Tahkim.Puak Syiah yg dikenali sebagai golongan Ahlul Bait ini terbahagi kpd dua puluh dua golongan dan yg masyhur antaranya ialah Zadiah,Islamiah dan Ashyairiah.


HASIF 6AS 2010

Noorfarahana (6AS) berkata...

Assalamualaikum
Antara golongan yang muncul ialah kaum mawali.Golongan ini dianggap sebagai masyarakat bawahan atau masyarakat kelas kedua.Ia memankan peranan yang penting dalam bidang permtadbiran dan politik.Golongan kaum mawali juga dilantik menjadi gabenor bagi mengendalikan wilayah-wilayah kerajaan bani umaiyah.Ia juga berkhidmat di istana khalifah sebagai pengawal dan penjaga istana.Mempunyai tugas yang penting iaitu hajib iaitu menyoal siasat pengunjung istana sebelum dibenarkan masuk.Dari segi ekonomi, kaum mawali berpendapatan rendah dan menerima sebarang ganjaran atau sara hidup yang tetap.Dari segi sosial,kaum mawali tidak dibenarkan berkahwin dengan perempuan arab. dan dari segi agama pula,tidak dibenarkan solat bersama-sama kaum-kaum arab.

Related Posts with Thumbnails

PENYOKONG BLOG SEJARAH

PENAFIAN :

Penulis blog tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan, kerugian atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada mana-mana bahagian dalam laman blog ini. Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster dan/atau Lain-Lain Penulis.