ENJIN CARIAN BAHAN

Sabtu, 27 Februari 2010

TAMADUN DUNIA : TEMA 5 - INSTITUSI DAN KURIKULUM INDIA


Huraikan institusi dan kurikulum pendidikan pada zaman tamadun India.


Pendahuluan (3 markah)

1.    Definisi institusi pendidikan dan kurikulum

  • Institusi pendidikan – sesebuah organisasi seperti sekolah, kolej dan universiti yang menjadi saluran penting dalam menyampaikan pengajaran secara berkesan kepada masyarakat.
  • Kurikulum – jurusan pengajian yang diikuti di sekolah (Mohd Daud b Hamzah)


2.    Latar belakang sistem pendidikan di India
  • Bermula dengan kemunculan Tamadun Indus di sekitar tahun 2500 SM. 
  • Buktinya – penggunaan sistem tulisan piktograf oleh masyarakat India.

Isi

A.    Institusi Pendidikan di India (5 isi X 2 markah)

1.     Pendidikan di rumah guru - tidak terhad kepada pengajaran veda tetapi juga dalam bidang astronomi, tatabahasa dan menjalankan upacara keagamaan.

2.     Kuil – dijalankan oleh golongan Brahmin

3.     Sekolah rendah
  • Di dirikan di sekitar tempat tinggal mereka – biasanya dijalankan di bawah pokok atau kawasan lapang yang sesuai.  Pendidikan rendah ditadbirkan oleh keluarga Brahmin. 
  • Golongan kaya – turut terlibat – memberikan tanah untuk mendirikan sekolah rendah serta pembiayaan pengurusan sekolah.
  • Pihak pemerintah – memberi anugerah Aghahara – anugerah tanah sebagai tapak sekolah

4.     Matha – sistem persekolahan yang dilengkapi dengan asrama bagi kemudahan pelajar terutama yang datang dari kawasan luar bandar.

5.     Orang Arya menubuhkan institusi awal yang dikenali sebagai charaka yang didirikan di kampung-kampung, manakala parishad (akademi)  ataupun pendidikan tinggi merupakan  kolej-kolej golongan Brahman yang dikendalikan oleh brahmin-brahmin.

6.     Universiti Nalanda – merupakan universiti yang terkenal di India telah dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti perpustakaan, dewan kuliah, bangunan asrama, bantuan makan dan pakaian kepada pelajar yang memerlukannya.


B.    Kurikulum Pendidikan di India (5 isi X 2 markah)

  1. Kurikulum berbeza mengikut kasta, kerana keperluan mengikut kasta masing-masing:-
-          Contoh golongan Brahmin menekankan hal yang berkaitan dengan agama,
-          Golongan Ksyatria menekankan hal yang berkaitan dengan ketenteraan.
-          Golongan Vaisya diberikan pendidikan berkaitan dengan pertanian dan perdagangan.


  1. Kurikulum mengikut peringkat iaitu peringkat rendah, menengah dan tinggi.
-          Peringkat rendah menekankan mata pelajaran cerita rakyat, daripada koleksi cerita rakyat Pancha-tantra.
-          Peringkat tinggi biasanya dikendalikan oleh kolej-kolej Brahman yang dikenali sebagai Parishads.

3.  Mata pelajaran agama .
-          Sekolah-sekolah Brahmin menekankan mata pelajaran agama yang berkaitan dengan kitab Veda, Anga dan skrip-skrip Mimamsa, Smriti, Purana dan Karmakanda.

4. Mata pelajaran selain daripada agama.
-          Bidang seni , contoh catan, seni lukis, seni halus.
-          Bidang bahasa contoh , ilmu nahu(tatabahasa), yang berkaitan dengan bahasa Sanskrit.
-          Bidang sains, contoh Ilmu matematik, astronomi,
-          Bidang perubatan contoh pembedahan plastik dan rawatan mata,
-          Bidang vokasional , contoh pertukangan, pertanian, tukang tenun, perdagangan.

5.    Bahasa Pengantar.
-          Bahasa pengantar utama ialah bahasa Sanskrit, dalam semua bidang.

6.    Teks .
-          Terdiri daripada kitab-kitab suci seperti Kitab Veda, Karya Samaradityakatha,
-          Teks sastera termasuk vedangas yang berkaitan dengan upacara pengorbanan, dan tatabahasa.
-          Karya astronomi- Bhasavati
-          Teks perubatan – Ayuvedadipika dan Bhanumathi

7.    Guru
-          Guru lazimnya mendapat pendidikan daripada pusat-pusat pengajian tinggi.
-          Terdiri daripada golongan Brahmin.
-          Guru-guru biasanya tidak dibayar gaji, sebaliknya menerima hadiah daripada ibu bapa khususnya daripada golongan kaya.

8.    Peperiksaan.
-          Pelajar setiap peringkat akan menduduki peperiksaan.
-          Contoh, pelajar pada peringkat tinggi, mesti lulus dalam ujian lisan untuk melayakkan diri belajar di peringkat universiti.

Kesimpulan (2 markah)

1.    Sistem pendidikan di India menekankan pendidikan berdasarkan keperluan kasta dan bidang pekerjaan mereka.

2.    Perkembangan ini melahirkan banyak tokoh yang pakar dalam pelbagai bidang dan menghasilkan karya yang unggul.




Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails

PENYOKONG BLOG SEJARAH

PENAFIAN :

Penulis blog tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan, kerugian atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada mana-mana bahagian dalam laman blog ini. Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster dan/atau Lain-Lain Penulis.