ENJIN CARIAN BAHAN

Memuatkan ...

Sabtu, 27 Februari 2010

الحمدلله ALHAMDULILLAH DAN TAHNIAH !

الحمدلله Alhamdulilllah, keputusan  STPM 2009 telah pun diumumkan. Tahniah kepada pelajar yang berjaya mencapai kejayaan yang diharapkan. Seperti biasa, ada gembira dan ceria . Ada juga yang berduka dan hampa. Kepada yang kurang berjaya, saya mengharapkan anda terus baiki kelemahan itu. Dengan usaha yang kuat anda mampu memperbaikinya. Insyaallah. Kepada yang berjaya sama ada seperti yang dijangka atau masih tak percaya anda telah melakukannya, bersyukurlah kepada Allah. Buatlah sujud syukur sebagai tanda berterima  kasih kepadaNya. Teruskan perjuangan dalam menuntut ilmu.

Kepada pelajar SMKDARY dan guru-gurunya, tahniah kerana peningkatan peratus kelulusan dalam semua subjek. Yang paling membuat saya rasa bersyukur ialah keputusan saujana untuk subjek Sejarah. Walaupun tidak 100 % tetapi alhamdulillah, dapat mencapai 95.24 %. Mengikut analisa, seramai 21 orang mendapat A dalam Sejarah 1 dan 14 orang dalam Sejarah 2, menjadikan  17 orang keseluruhan mendapat A. Saya gembira dengan pencapaian ini. Begitu juga Cikgu Hayati. Kami bersyukur kepada ALLah. Pelajar STPM 2010 perlu berasa terpanggil untuk mengekalkan pencapaian ini. Usaha mesti dilakukan dari sekarang !!! Terus usaha kuat, doa berterusan, dan tawakkal sepenuhnya.

Tahniah kepada Amar kerana menjadi pelajar terbaik ( 3A 2B ). Begitu juga dengan Rabiatul, Adnan, Auni Najwa, Hettey, Hanita, Syukri Pak Su, Ila ................. tu yang sempat saya catat. Tahniah semua !!!


1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

~ammar mohd amin~
assalamualaikum cikgu.
saya ingin berterima kasih kerana telah mendidik saya dan rakan2 subjek sejarah.
Berkat doa cikgu serta semua pihak kami ramai dapat result yg ok=)
Lega dan syukur pd Allah sy dpt A sj.. hehe tak sia2 sy berusaha selama ni. terima kasih cikgu, dorongan dan bimbingan cikgu byk membantu prestasi akademik saya.. cikgu2 lain pun sama..
Doakan saya dan rakan2 yg lain berjaya menempuh hari yg bkl deitempuh.. sy mendoakan semua guru2 yg mendidik saya bahagia fi dunia wal akhirah. Aamin.

Related Posts with Thumbnails

PENYOKONG BLOG SEJARAH

PENAFIAN :

Penulis blog tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan, kerugian atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada mana-mana bahagian dalam laman blog ini. Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster dan/atau Lain-Lain Penulis.