ENJIN CARIAN BAHAN

Memuatkan ...

Jumaat, 15 Januari 2010

Fikiran Positif Yang 100% Positif

image
image
image

Untuk melakukan yang terbaik dalam hidup, kita perlu buat sesuatu dengan bersungguh-sungguh dan secara luar biasa walaupun ia mungkin sesuatu yang baru buat diri kita. Anda sebagai pelajar biasa , yang bersekolah di sekolah biasa perlu berusaha secara luar biasa untuk menghasilkan keputusan yang juga luar biasa !!!

Anda perlu letak matlamat untuk capai 5P dalam STPM 2010. Capai 5 Prinsipal A ! Perlu usaha bersungguh-sungguh sebab ia suatu matlamat yang luar biasa . Anda mampu mencapainya jika anda mahu !

Tapi, nak membina matlamat dan pencapaian yang terbaik itu, anda kena sanggup melakukan sesuatu yang tak sanggup dilakukan oleh ramai pelajar . Kebanyakan daripada anda tak bertahan dengan fikiran positif, puncanya dari diri mereka sendiri. SIKAP tidak diperbetulkan . Jika SIKAP kita betul, Insyaallah kita akan berjaya. 

Sebab apa jadi macam tu ? Sebab SIKAP tak positif betul-betul.

Dr Tuah Iskandar ada kata, bila dah buat sesuatu, buat biar betul-betul supaya kita merasai hasilnya. Jadi, kita membina sikap berfikiran positif untuk kita merubah hidup kita. Biar kita berfikiran positif,  betul-betul positif, bukan sekejap positif , sekejap negatif.

Ketika memulakan sesuatu, belajar sesuatu, membaca sesuatu,menyiapkan tugasan dan latihan - pandanglah ia dari sudut positif agar anda melakukannya secara positif, penuh minat dan Insyaallah, akan mendapat hasil yang positif.



Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails

PENYOKONG BLOG SEJARAH

PENAFIAN :

Penulis blog tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan, kerugian atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada mana-mana bahagian dalam laman blog ini. Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster dan/atau Lain-Lain Penulis.