ENJIN CARIAN BAHAN

Isnin, 7 Mei 2012

TAMADUN DUNIA : TEMA1 – PENGGUNAAN TEKNOLOGI DALAM TAMADUN AWAL

    Bincangkan penggunaan teknologi dalam perkembangan tamadun awal manusia.

    Pengenalan (3 m)

1. Konsep tamadun secara umum.

Definisi : Prof. M.A.J Beg menyatakan: - Tamadun merupakan pencapaian manusia dalam bentuk kota, skrip, kesenian, seni bina, undang2 dan politik.

  • Tamadun yg tertua di dunia ; Tamadun Mesopotamia (lahir 5000 tahun yang lampau)
  • Antara ciri utama tamadun Mesopotamia;- kewujudan negara kota, tugu-tugu peringatan, agama, dan sistem agama

      Ciri-ciri tamadun :

    • Petempatan kekal, Pembandaran, Organisasi sosial, Kepercayaan dan agama, Sains dan teknologi, Bahasa dan sistem tulisan
    • 2. Tamadun-tamadun awal

    • Tamadun Mesopotamia di Lembah Sungai Tigris dan Euphrates
    • Tamadun Mesir di Lembah Sungai Nil.
    • Tamadun Indus di Lembah Sungai Indus.
    • Tamadun Hwang Ho di Lembah Sungai Hwang Ho

Isi Penting (7 isi X 3 markah = 21 markah)

Perkembangan penggunaan teknologi dalam perkembangan tamadun manusia

1. Teknologi dalam aktiviti pertanian

  • Dengan terciptanya peralatan, aktiviti pertanian dapat dijalankan dalam bentuk skala yang lebih besar. Contohnya, terusan dibina untuk mengairi sawah.
  • Dalam bidang pertanian, orang Sumeria mencipta bajak dan alat menabur mempercepat kerja pertanian.
  • Teknologi pengairan dalam Tamadun Mesopotamia menghasilkan surplus dalam hasil pertanian dan penternakan yang mendorong kepada pembinaan bandar.
  • Kincir air – mengairi kawasan tandus, kawal banjir dan tingkatkan hasil pertanian.

2. Teknologi dalam sistem ketahanan dan pertahanan

    • Pembinaan kubu-kubu pertahanan dan tembok berfungsi sebagai pertahanan semasa peperangan. Contoh, dalam Tamadun Mesopotamia tembok-tembok pertahanan menjadi sempadan antara kawasan bandar dan luar bandar.
    • Pada zaman Dinasti Shang, gangsa digunakan untuk membuat alat senjata
    • Bahan letupan telah dihasilkan oleh ahli kimia cina pada kurun ke-7 apabila ahli-ahli kimia Daois berjaya mencampurkan saltpetre dengan sulfur dan karbon.
    • Pada zaman dinasti Tang, pihak militari telah menggunakannya dalam peperangan.

3.Teknologi dalam kemudahan asas

  • Dalam Tamadun Indus, terdapat kemajuan dalam pembinaan infrastruktur sperti longkang dan sistem pembuangan air.
  • Longkang-longkang yang dibina di sepanjang jalan-jalan utama bertutup dan dilengkapi dengan lubang pemeriksaan yang memudahkan kerja-kerja pembersihan jika longkang tersumbat.
  • Tempat mandi awam didirikan berhampiran dengan jalan-jalan utama dalam Tamadun Indus.
  • Binaan yang paling unik ialah kolam mandi great bath.
  • Terdapat tangga di kedua-dua belah kolam tersebut.
  • Tangga tersebut menuju ke bahagian dasar kolam yang dibina dengan menggunakan batu dan disadur dengan bitumen.
  • Air kolam ini diperoleh daripada sebuah perigi yang terletak berhampiran kolam tersebut.
  • Salah satu keistimewaan kolam ini ialah kolam ini boleh dikosongkan dan diisi semula.
  • Pembinaan jalan raya juga menjadi satu kemudahan asas kepada pendudukan pada zaman tamadun awal. Contoh, dalam Tamadun Mesopotamia jalan raya dibina untuk menghubungkan pintu masuk utama dengan tempat-tempat lain di dalam bandar.
  • Dalam Tamadun Indus, jalan-jalan utama dibina secara lurus dan berukuran 30 kaki lebar.Jalan dari utara ke selatan disilangkan oleh jalan-jalan lain pada sudut tepat dan membentuk blok-blok yang berukuran 130 kaki X 65 kaki.Dalam blok-blok tersebut terdapat lorong-lorong kecil yang dibina selari dengan jalan-jalan utama.

4. Teknologi dalam petempatan

    • Petempatan-petempatan berkembang dengan pesat disebabkan kemahiran dalam pembinaan dan kemudahan asas. Contoh, dalam Tamadun Mesir iaitu pada zaman pradinasti awal (abad 4 S.M), kampung-kampung yang mengandungi rumah ketua kampung yang lebih besar dan mempunyai pelan berbentuk segi empat tepat.
    • Terdapat pondok-pondok yang berbentuk bulatan dan rumah ibadat bagi Tuhan tempatan turut dibina.
    • Dalam Tamadun Indus pula rumah-rumah dibina menggunakan batu yang bermutu tinggi yang terdiri daripada rumah setingkat, dua tingkat atau lebih.
    • Rumah-rumah dibina mengikut pelan yang sama tetapi saiznya berbeza serta mempunyai beberapa buah bilik dan serambi yang berbentuk empat segi.
    • Ciri yang menarik ialah setiap rumah mempunyai bilik mandi dan perigi.
    • Rumah-rumah dibina dalam satu deretan di sepanjang jalan-jalan utama.
    • Terdapat ruang yang lapang antara rumah supaya menjamin peredaran udara yang baik.

5. Teknologi dalam aktiviti keagamaan

    • Kehidupan masyarakat India sangat erat hubungannya dengan agama, maka bidang seni bina turut berkembang berdasarkan keagamaan.
    • Oleh itu, terlihat binaan yang berteraskan agama Buddha dan Hindu.
    • Antara binaan yang mengagumkan termasuklah binaan kompleks kuil di Gua Ajanta. Kompleks ini mempunyai 20 buah kuil.
    • Sementara itu kompleks kuil di Gua Ellora pula mempunyai 28 buah kuil-gua dan dibina antara abad kelima hingga abad kelapan Masihi.
    • Orang Sumeria menganggap raja sebagai wakil Tuhan di dunia dan bukannya sebagai Tuhan.
    • Sebuah kuil telah dibina di atas menara yang berbentuk piramid setinggi 6-7 tingkat yang dipanggil Ziggurat. Ziggurat yang termasyhur ialah The Towel of Babel. Mereka mempercayai Tuhan yang mereka sembah menetap di sini.
    • Ziggurat pertama yang dibina ialah Nippur (untuk Tuhan Enlil/angin).

6. Teknologi dalam aktiviti pengangkutan dan pelayaran

    • Kapal layar dihasilkan oleh orang Sumeria akibat hubungan perdagangan mereka dengan dunia luar. Kapal layar dan pengangkutan beroda menguasai jalan laut dan darat.
    • Orang-orang Sumeria dipercayai mula-mula mencipta roda. Pengetahuan membuat roda membolehkan orang Sumeria menggunakan kereta kuda dan lembu, menggunakan pedati dalam peperangan.
    • Dalam Tamadun China, Penemuan tentang gejala magnet aruhan (induced magnetism) dalam kurun ke-6, pengherotan (declination) dan juga kekutuban magnet (polarity) pada kurun ke-8 dan ke-9, telah membuahkan penghasilan kompas oleh orang cina dan digunakan semasa pelayaran.

    7. Teknologi dalam sistem perbandaran

    • Kemajuan dalam teknologi pengairan, penternakan dan pertukangan mendorong kepada kemunculan bandar.
    • Sumbangan orang Sumeria yang paling penting ialah dalam bidang seni bina.
    • Mereka merupakan orang pertama membina arca dan tiang-tiang batu dengan menggunakan batu-bata yang diperbuat daripada lumpur.
    • Ziggurat dibina dengan menggunakan batu-bata.
    • Bandar-bandar di Mesopotamia mempunyai pintu gerbang yang melambangkan kekayaan sesebuah badar.
    • Terdapat monumen yang diukir dan dihiasi pada pintu gerbang.
    • Di Babylon, terdapat lapan pintu gerbang yang dinamakan dengan nama Tuhan.

8. Teknologi dalam bidang Intelektual

  • Sumbangan orang Mesir yang amat penting ialah dalam bidang astronomi, takwim (kalendar) dan matematik.
  • Bidang astronomi maju kerana para pendeta dapat mengkaji bumi, langit, peredaran bulan, bintang dan planet-planet lain.
  • Ahli kaji bintang melahirkan takwim yang mempunyai 12 bulan dengan setiap bulan mengandungi 30 hari dan 5 hari lagi ditambah kepada bulan terakhir atau 365 hari setahun. 12 bulan ini kemudian dibahagikan kepada 3 musim iaitu musim banjir, menanam dan menuai.
  • Mereka juga mencipta jam yang menggunakan bayangan matahari dan air. Dalam bidang matematik, orang Mesir mengetahui cara mengukur keluasan empat segi tepat, bulatan, menghitung isipadu dan silinder. Pengetahuan ini membolehkan mereka mengukur blok batu yang digunakan untuk membina piramid.
  • Dalam bidang perubatan, mereka mempelajari teknik-teknik mengawet mayat dan fungsi tubuh manusia. Mereka juga menghasilkan sebuah buku perubatan mengenai pembedahan.
  • Orang Sumeria telah mencipta sistem-sistem nombor yang berdasarkan unit-unit 10 dan 60. Mereka juga telah mencipta kalendar yang terdiri daripada 12 bulan dan setiap bulan mengandungi 30 hari. Orang Sumeria telah mencipta sistem-sistem nombor yang berdasarkan unit-unit 10 dan 60. Mereka juga telah mencipta kalendar yang terdiri daripada 12 bulan dan setiap bulan mengandungi 30 hari.
  • Pada zaman Dinasti Chou pula, wang yang dibuat daripada logam digunakan. Buku mulai dicetak dan alat tulisan mula dihasilkan.
  • Terdapat empat ciptaan agung dalam tamadun cina iaitu teknik membuat kertas, pencetakan, bahan letupan dan kompas.
  • Cai Lun telah berjaya membuat kertas dengan menggunakan fiber tumbuh-tumbuhan pada tahun 105.
  • Teknologi pencetakan telah mula diperkenalkan semasa pemerintahan dinasti Tang (618 –906) di mana buku jingang jing dipercayai buku yang terawal dicetak iaitu pada 11 Mei 868.
  • Pada zaman pemerintahan dinasti Han (206 –220 SM) sifat-sifat magnet telah ditemui di Cina.

    9. Teknologi dalam penciptaan peralatan

    • Dengan kemajuan teknologi, pelbagai peralatan dan aksesori telah dicipta.
    • Dalam Tamadun Hwang Ho, tanah liat digunakan untuk membuat tembikar, jed digunakan sebagai alat perhiasan, dan sutera dihasilkan.
    • Petani-petani Yangshao merupakan tukang-tukang kraf yang mahir.
    • Mereka telah membuat jarum, mata kail dan alat penebuk.

    Kesimpulan (1 markah)

    Kemajuan dalam bidang sains dan teknologi menyebabkan tamadun-tamadun awal seperti Tamadun Mesir, Tamadun Mesopotamia, Tamadun China dan Tamadun Indus semakin berkembang pesat.


[ SOKONG BLOG INI, SILA SIGN BUKU PELAWAT ]

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

soalan ni kalau tengok skali mcm susah jawab...dipesong sikit je..sc n tech mrangkumi hampir semua perkara dalam tamadun..

Tanpa Nama berkata...

salam.boleh saya dapatkan maklumat mengenai perkembangan tamadun islam dalam bidang teknologi kejuruteraan contohnya dalam pembinaan kapal,sistem pengairan dan pembinaan bangunan?diharap cikgu boleh tolong saya.dah banyak laman web saya masuk tapi masih tak jumpa.kalau cikgu boleh tolong boleh cikgu send ke email saya..saya betul-betul mengharap....email:edge.85@hotmail.com atau foreverintime@yahoo.com.my

Tanpa Nama berkata...

Hello friends, its enormous article about cultureand completely
defined, keep it up all the time.

my weblog: Chaussures De Football Pas Cher

Tanpa Nama berkata...

Thanks for your personal marvelous posting! I actually enjoyed
reading it, you could be a great author. I will be sure
to bookmark your blog and may come back someday. I want
to encourage that you continue your great job, have a nice evening!


Have a look at my weblog binauBeats By Dre Pas Cherral beats mp3 - -

Tanpa Nama berkata...

I really like your blog.. very nice colors & theme.
Did you create this website yourself or did you hire someone to do it for you?
Plz answer back as I'm looking to construct my own blog and would like to know where u got this from. thanks a lot

Also visit my webpage ... Continued

Related Posts with Thumbnails

PENYOKONG BLOG SEJARAH

PENAFIAN :

Penulis blog tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan, kerugian atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada mana-mana bahagian dalam laman blog ini. Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster dan/atau Lain-Lain Penulis.