ENJIN CARIAN BAHAN

Sabtu, 14 November 2009

GEMURUH !

STPM 2009
SEJARAH 1 & 2


Kepada semua pelajar saya, calon STPM SMKDARY 2009 dan semua pelajar lain amnya.

Bagi pelajar SMK DARY, tentu tidak asing dengan lagu ni. Em, lagu Faizal Tahir. Saya bukan peminat fanatik Faizal Tahir. Saya pun baru tahu lagu ‘Gemuruh’ tu Faizal Tahir yang nyanyikan. Dok nonton TV hari Sabtu ni, tertengok pasal Faizal Tahir !

Lagu ‘Gemuruh’ ni, kaunselor SMKDARY, Cikgu Khairuddin suka putarkan bila ada kursus motivasi. Makna yang tersirat boleh diterjemahkan dengan situasi pelajar yang nak ambik periksa ni. Saya rasa ia juga boleh meransang motivasi kamu semua untuk terus bersemangat membara menghadapi STPM yang dah hampir sangat ni, khususnya untuk paper Sejarah 1 dan 2.

Terjemahkan feeling lagu ni untuk kejayaan kamu dalam STPM nanti. Moga keazaman kamu semua untuk capai yang terbaik sentiasa membara. Buat yang luar biasa. Serlahkan kehebatan. Tekadkan azam. Bulatkan usaha. Pandang hadapan. Universiti setia menanti. Demi Agama kamu. Ingat, kamu adalah calon STPM yang mendukung maruah Agama, bangsa dan negara.

Saya selalu bersama kamu semua dalam doa saya . Yakin, dengan usaha yang berterusan Allah pasti (Insyaallah) akan memberi yang terbaik. Buat yang terbaik, beribadahlah - laksanakan yang fardhu, buat yang sunat. Lima waktu jangan tinggal, solat hajat dikekalkan, solat dhuha amalkan. Insyaallah, Allah akan memberi yang terbaik kepada kita mengikut ilmu dan KudratNya. Faham……… sebab kadang-kadang apa yang kita rancang dan fikir baik untuk kita , belum tentu baik untuk kita. Hanya Allah yang maha mengetahui. Berdoalah agar keredhaan dan keberkatan kita dapat daripada Allah s.w.t.

[ SOKONG BLOG INI, SILA SIGN BUKU PELAWAT ]

Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails

PENYOKONG BLOG SEJARAH

PENAFIAN :

Penulis blog tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan, kerugian atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada mana-mana bahagian dalam laman blog ini. Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster dan/atau Lain-Lain Penulis.