ENJIN CARIAN BAHAN

Loading...

Thursday, September 3, 2009

TAMADUN DUNIA : TEMA 7 –FAKTOR PENJELAJAHAN DAN PENEROKAAN KUASA BARAT

Huraikan faktor-faktor yang mendorong kuasa-kuasa barat melancarkan penjelajahan dan penerokaan pada abad ke 15 dan ke 16 masihi. (25 M)

Pengenalan

  1. Konsep penjelajahan merujuk kepada mengelilingi atau berjalan ke merata-rata tempat atau daerah.
  2. Penerokaan pula bermaksud menyelidiki, menjelajah, menjalani, menempuh dan mengharungi
  3. Bangsa Eropah mempunyai tradisi penerokaan sejak zaman Yunani iaitu sekitar abad ke-8 S.M lagi.Contohnya orang Crete, Mycenea dan Phonesia telah melakukan aktiviti penerokaan dan penjelajahan sekitar laut Mediteranean untuk tujuan ekonomi dan politik
  4. Kuasa-kuasa barat seperti Portugal dan Sepanyol mula menjelajah dan meneroka disebabkan beberapa faktor yang mendorong dan juga untuk mengatasi perubahan politik, ekonomi dan agama yang berlaku pada zaman tersebut.

Isi-isi penting

1. Peranan pemerintah

  1. Pada zaman Yunani orang Phonesia melakukan ekspedisi mengelilingi Benua Afrika dengan bantuan raja Mesir iaitu Firaun Necho.
  2. Iskandar Zulkarnain telah memimpin ekspedisi ketenteraan dari Macedonia dan Mesir di barat hingga Hindu Kush dan Punjab di Timur. Beliau juga menaja ekspedisi-ekspedisi yang disertai oleh pakar dan penulis untuk merekod sumber-sumber asli di kawasan takluknya
  3. Dorongan daripada pemerintah seperti Putera Hendry dan Raja John III dari Portugal dan Sepanyol membawa kepada kemajuan dalam bidang sains dan teknologi pelayaran serta penubuhan Akademi Laut.
  4. Raja-raja negara bangsa juga memberi galakan kepada masyarakatnya untuk menjelajah dan meneroka. Tujuannya adalah untuk mengumpul kekayaan.
  5. Para pemerintahan juga memberi hadiah yang lumayan dan gelaran sebagai insentif kepada para peneroka

2. Maklumat dan pengetahuan tentang dunia luar

  1. Orang Yunani melancarkan ekspedisi untuk meninjau keadaan persekitaran dan keadaan geografi sesuatu kawasan. Contohnya orang Phonesia telah melancarkan ekspedisi belayar mengelilingi pantai Afrika dengan tujuan mengetahui keluasan kerajaan Mesir.
  2. Sumber maklumat dan pengetahuan tentang dunia luar diperoleh daripada orang Islam Arab pada zaman pertengahan awal.
  3. Catatan Marco Polo mengembara ke China dalam buku “ The Travels of Marco Polo ” dan perkhidmatan rahib John Monte Carvino di India, Parsi dan China telah mendorong penjelajahan orang-orang Eropah
  4. Maklumat yang diperoleh tentang India dan China telah menarik minat para penjelajah seperti Chistopher Colombus.

3. Penyebaran agama Kristian

  1. Golongan paderi Kristian dan raja-raja Eropah bercita-cita untuk mengembangkan agama kristian di dunia luar.
  2. Para mubaligh kristian dengan para saudagar ingin meneroka ke tempat-tempat baru iaitu Amerika, Asia dan Afrika. Contohnya Portugal menakluki kerajaan Melayu Melaka dan salah satu faktornya ialah menyebarkan agama Kristian
  3. Selain dari itu orang-orang Sepanyol dan Portugal ingin merampas balik tanah mereka daripada penguasaan orang Islam.

4. Perkembangan Kapitalisme dan Merkantilisme

  1. Sistem ekonomi Kapitalisme mengalakkan kegiatan mengumpul modal, hak milik persendirian dan persaingan dalam perniagaan.
  2. Perkembangan ini telah mendorong kemunculan dasar ekonomi Merkantilisme di negara-negara bangsa yang menekankan dasar pengumpulan kekayaan menambah kekuasaan dan menjaga kebajikan penduduk tempatan
  3. Bagi mencapai matlamat tersebut raja-raja negara bangsa mengalakkan penjelajahan dan penerokaan.

5. Kemajuan Teknologi Pelayaran

  1. Pengetahuan teknikal tentang geografi dan pelayaran mengiatkan kegiatan penjelajahan dan penerokaan
  2. Alat-alat seperti kompas magnetik dan astrolab dicipta untuk memudahkan pelayaran. Kompas digunakan untuk menentukan arah dan astrolab digunakan untuk menentukan longitude.
  3. Masyarakat Eropah mempunyai peta yang lengkap tentang benua Eropah dan Laut Mediterranean pada abad ke-15 masihi yang memudahkan lagi aktiviti pelayaran mereka.
  4. Dengan bantuan alat-alat pelayaran, kapal-kapal yang kukuh dapat dibina untuk belajar ke lautan yang luas

6. Persaingan Negara-Negara Bangsa

  1. Negara-negara bangsa seperti Sepanyol, Perancis dan Portugal bersaing untuk meneroka kawasan-kawasan yang baru di benua Asia, Afrika dan Amerika
  2. Tujuan mereka adalah untuk memperoleh bahan-bahan mentah dan pasaran baru bagi barang-barang mereka.
  3. Semakin luas kawasan yang terokai semakin tinggi sanjungan yang diberi di kalangan negara-negara Eropah

7. Pengaruh Renaisance

  1. Pada zaman Renaisance, cita-cita dan pemikiran bangsa Eropah telah berubah. Mereka lebih mempraktikkan ciri-ciri Individualisme, Humanisme, Sekularisme, sifat kritikal dan rasioanalisme.
  2. Institusi gereja tidak lagi mengongkong pemikiran masyarakat Eropah pada zaman ini.
  3. Keadaan ini telah mendorong kebebasan pemikiran manusia dan mula mementingkan kemajuan sains dan teknologi yang mengalakkan masyarakat Eropah menjelajah dan meneroka kawasan-kawasan baru.

Penutup

  1. Jelaslah bahawa faktor-faktor yang dibincangkan telah mendorong penjelajahan dan penerokaan kuasa-kuasa besar di Eropah.
  2. Akibat daripada penerokaan kawasan-kawasan baru telah meninggalkan kesan kepada penduduk tempatan dari segi politik, ekonomi dan sosial.

[ SOKONG BLOG INI, SILA SIGN BUKU PELAWAT ]

9 comments:

Anonymous said...

tolang lengkapkan nota-nota supaya pelajar senang utk membuat ulangkaji.perkara yg ingin dicari tidak dan mempeningkan kepala nya

Cikgu Rashman said...

Tugas melengkapkan nota adalah tugas hakiki pelajar. Anda mesti berusaha gigih dan lebih berdikari. Bahan dalam blog ini tidak lengkap dan hanya bantuan sahaja, Bahan lengkap rujuk buku teks. Blog ini hanya bantuan......hanya bantuan. Anda salah membuat penilaian tugas blog ini....

damanhuri ppd said...

aparaa lu..anonymous...kan cikgu dah marah...berusahalah sikit...nih asyik nak makan free aje...usahalah..usahalah bukan usahlah...hua...hua...hua...marah kat dia cikgu,,,padan muka dia..lu fikirlah sendiri..

putera nisan said...

hehehe...benda dah sebijik dpan mata pun nak lebih2 lg..apa da anonymous...just bkak buku n isi apa yg xlngkap je..hahahah

sue said...

cikgu rasman, boleh tambah isi tentang penjelajahan dan penerokaan lagi? saya sudah mencari tentang bab ini dari pelbagai sumber tetapi rujukan tersebut masih tidak mencukupi. bolehkah cikgu tolong?

Anonymous said...

penulisan yang kurang matang

Anonymous said...

bagi sesetengah orang tu langsung tak menghargai.

Anonymous said...

isi yg matang , tetapi saya click pada faktor2 penorakaan dan penjelajahan pihak barat malah eropah yg diberi .

Anonymous said...

saudara, sama ada pihak barat samalah maksudnya di eropah.

Related Posts with Thumbnails

PENYOKONG BLOG SEJARAH STPM

PENAFIAN :

Penulis blog tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan, kerugian atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada mana-mana bahagian dalam laman blog ini. Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster dan/atau Lain-Lain Penulis.