ENJIN CARIAN BAHAN

Rabu, 23 September 2009

SELAMAT HARI RAYA 'IEDILFITRI

Lama juga saya tak menulis kat sini. Sibuk sikit. Maklumlah sebelum ni sibuk kerana bulan Ramadhan dan sekarang ni sibuk hari Raya. Tak lewat rasanya untuk saya mengucapkan Selamat Hari Raya 'Iedilfitri kepada semua pelajar beragama Islam. Semoga Syawal yang menjelma dan Ramadhan yang ditinggalkan pada tahun ini memberi keberkatan, keampunan daripadaNya dan kita dilepaskan daripada azab siksaan neraka. Semoga kita semua sentiasa diberi taufik dan hidayah dalam meneruskan hidup ini.

Kepada semua pelajar, gunakanlah blog ini sebaik mungkin. Sebagai manusia biasa, saya tidak terlepas dari silap dan salah. Saya mohon kemaafan atas semua itu. Bahan dalam blog ini hanya sebagai panduan dan bantuan. Oleh yang demikian, jika tidak bersesuaian cara penyampaiannya dengan kegunaan para pelajar, sila gunakan daya usaha sendiri untuk menambah baik demi kebaikan anda sendiri. Apa yang saya sampaikan hanya alat dan alat perlu diubahsuai mengikut selera keperluan pengguna. Jika ada pelajar yang tidak selesa dengan bahan @ alat yang saya sediakan, sila ubah ikut selera anda. Dengan itu anda akan mendapat faedah maksimum. InsyaAllah.

Saya mohon maaf kerana tidak mampu memuaskan hati semua pelajar mengikut keperluan anda semua. Saya suka tegaskan , blog ini hanya sebagai pembantu dan tugas hakiki adalah menjadi tanggungjawab pelajar dalam menyediakan bahan @ nota @ alat yang sesuai dan mencukupi untuk menghadapi peperiksaan khasnya STPM 2009.

Selamat Hari Raya Iedulfitri . Maaf zahir batin. Jangan lupa Trial STPM Sejarah 1 2009 pada 28 September 2009 ini. Semoga berjaya.



7 ulasan:

Cik 373 berkata...

cikgu,slamat hari raya gak..
maaf zahir n batin...

Megat Azfar berkata...

megat nak duit raya!!

Cikgu Rashman berkata...

Slamat Raya Finaz n Megat. Maaf zahir batin. Megat nak duit raya....buleh, buleh, bleh, bleh.........

Tanpa Nama berkata...

salam....cikgu bkn trial sj1 isnin nie ke?28 september??tukar tarikh ke??

Cikgu Rashman berkata...

Opssssss......saya tersilap tu. awak betul. 28 september la

Tanpa Nama berkata...

salam......ckgu selamat hari raya aidilfitri.saya mntak maaf klu ada slh n slp.halal kn sgala ilmu yg ckgu dh brikan yer..doakn sy n pljr pra-u succes in our stp trial this year.. InsyaAllah km akn bt yg trbaik.trutama pljr SMKDARY. Hehehe...

FIQA&PUAH.... berkata...

terima kasih cikgu atas ilmu yg di berikan... insyaALLAH kami akan buat yg terbaik dlm STPM09..

Related Posts with Thumbnails

PENYOKONG BLOG SEJARAH

PENAFIAN :

Penulis blog tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan, kerugian atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada mana-mana bahagian dalam laman blog ini. Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster dan/atau Lain-Lain Penulis.