ENJIN CARIAN BAHAN

Loading...

Saturday, August 15, 2009

TAMADUN ISLAM:TEMA 7- SUMBANGAN IBN BATTUTAH

image



PELAJAR PRA-U SMKDARY : SILA AMBIL NOTA INI. BACA BAIK-BAIK………..



Bincangkan aktiviti dan sumbangan Ibn Battutah dalam bidang pelayaran dan penjelajahan.

Pengenalan (3 markah)

Latar belakang Ibn Battutah

1. Nama sebenar : Muhammad bin Abdullah bin Muhammad bin Ibrahim al-Lawati

2. Dilahirkan di Tamjah @ Tenger sebuah daerah di Magribi pada tahun 703H/1304M

3. Memulakan pengembaraannya ketika berusia 21 tahun

4. Hasil pelayarannya tercatat dalam sebuah buku yang bertajuk Rihlah yang dianggap sebagai dokumen sejarah yang terkenal untuk kajian sosial, ekonomi, politik dan budaya di dunia Islam pada kurun ke-14 M.

5. Beliau ialah seorang ilmuwan dalam bidang pelayaran, agama dan bahasa.

6. Pernah menjadi kadi di negerinya dan beberapa negeri lain yang dilawatinya.

7. Ilmu agamanya tinggi terutama berkenaan dengan perundangan Islam dan mazhab Maliki.

8. Beliau telah mengembara ke seluruh negara Islam seperti Mesir, Arab, Iran, Iraq & India, Asia Timur seperti Anatolia dan China

9. Keseluruhan pengembaraan 120 000 kilometer antara tahun 1325-1353 M.

Isi Penting (3 isi X 3 markah)

A. AKTIVITI IBN BATTUTAH

1. Pengembaraan peringkat pertama:

  • Melalui kota di Utara Afrika seperti Telemsan, Algeria dan Bongie hingga sampai ke Hafaz.
  • Kemudian beliau mengikut kafilah haji ke Tripoli dan ke Iskandariah (pelabuhan penting di Mesir)
  • Setelah tiba di Kaherah, beliau terus menjelajahi seluruh Mesir.
  • Beliau meneruskan perjalanannya melalui pesisir Laut Mesir menuju ke Palestin melalui Sinai dan mengunjuni Baitul Maqdis
  • Beliau terus ke utara untuk ke Syria.
  • Kemudian beliau ke Damsyik (di selatan)
  • Seterusnya beliau menunaikan fardu haji ke Makkah.

2. Pengembaraan peringkat kedua:

  • Dari kota Makkah, beliau menuju ke selatan Iraq.
  • Kemudian beliau ke selatan Parsi dan ke kota Baghdad.
  • Selepas itu beliau ke Tabriz, utara Mesopotamia dan kembali semula ke Baghdad
  • Dari Baghdad beliau kembali semula ke Makkah.
  • Dalam perjalanan dari Makkah menuju ke selatan Iraq, beliau terpaksa menghadapi pelbagai cabaran.
  • Di kawasan selatan Iraq, beliau menyeberangi Sungai Furat dan Sungai Dajlah untuk pergi ke Parsi.
  • Apabila sampai di Parsi, beliau mengunjungi bandar-bandar seperti Syiraz dan Isfahan dan akhirnya sampai di Baghdad.
  • Setelah itu, beliau kembali semula ke Makkah dan berada di sana selama kira-kira 2-3 tahun untuk mendalami ilmu agama.

3. Pengembaraan peringkat ketiga:

  • Dari Makkah beliau menghala ke Yaman melalui Laut Merah menuju ke pantai Timur Afrika dan menyusur pantai selatan Semenanjung Arab hingga ke Oman dan Bahrain.
  • Dari Teluk Parsi, beliau kembali semula ke Makkah untuk menunaikan ibadat haji kali ketiga.
  • Kemudian beliau belayar menerusi Laut Merah menuju ke Sudan, Nubiah dan Mesir Utara hingga sampai ke Kaherah.
  • Seterusnya beliau meneruskan perjalanan ke Syria.
  • Kemudian beliau belayar ke pantai Turki pada 733M.
  • Seterusnya beliau ke pantai Boshoras, yang diperintah oleh Uzbek Khan.
  • Beliau berada lebih kurang sebulan di Constantinople,

4. Pengembaraan peringkat keempat:

  • Setelah menunaikan haji, Ibn Batuttah memulakan pengembaraan peringkat keempatnya ke Turki, Asia Kecil, Bulgaria, selatan Rusia
  • Kemudian beliau ke India melalui Bukhara, Samarkand, Balkh, Khurasan, Afganistan hingga ke kawasan Sungai Indus.
  • Dalam perjalanan ke China, beliau singgah di Sumatera dan Jawa.
  • Di China, beliau singgah di pelabuhan Zaitun dan melawat beberapa daerah termasuk Peking.
  • Kemudian beliau pulang ke negeri asalnya, Maghribi.
  • Kemudian beliau pergi ke Tanjah dan terus ke Sepanyol.
  • Beliau menyeberangi Laut Mediterranean menuju ke Andalusia dan mengunjungi pelabuhan dan kota-kota besar di Andalusia.
  • Kemudian belaiau belayar kembali ke Maghribi dan seterusnya ke Sudan melalui padang pasir Sahara.
  • Akhirnya beliau kembali semula ke Maghribi.

5. Menulis bukunya “Rihlah” (Pengembaraan Ibn Battutah)

  • Merupakan rekod pengembaraan Ibn Batuttah selama 28 tahun.
  • Kitab ini telah menarik perhatian sarjana Sejarah di seluruh dunia.
  • Buku ini diterjemahkan dalam pelbagai bahasa seperti bahasa Inggeris, Perancis, Belanda, Jerman dll.
  • Cerita pengembaraannya telah direkodkan itu menjadi satu sumber sejarah yang sangat tinggi nilainya hingga ke hari ini

B. Sumbangan Ibn Battutah Kepada Perkembangan Tamadun Manusia

(4 Isi X 3 Markah)

1. Pertambahan Ilmu Geografi

  • Ibn Batuttah berjaya mengembara hampir ke semua negara Islam termasuk Mesir, Syria, Arabia, Iraq, Iran , India (semasa pemerintahan Muhammad Ibn Tughluq), China dari Chuan Chou ke Peking, Kepulauan Nusantara dan juga Constantinople.
  • Catatannya tentang negeri2 tersebut telah mendalami pengetahuan geografi tempat2 itu.
  • Beliau juga telah mengembara sejauh 75,000 batu di antara tahun 1325 hingga tahun 1353 Masihi.

2. Pensejarahan

  • Beliau berjaya menemui ramai pemerintah, wazir dan juga pegawai-pegawai tinggi yang majoritinya boleh dipastikan dengan sumber2 lain.
  • Hubungannya dengan mereka tercatat dalam bukunya “Rihlah” (Pengembaraan Ibn Battutah) yang boleh dianggap sebagai dokumen sejarah.
  • Dalam buku itu aspek sosial, ekonomi dan politik boleh didapati terutamanya yang berkaitan dengan dunia Islam.
  • Banyak diketahui tentang Anatolia, India di bawah pemerintahan Muhammad ibn Tughluq, Afrika Timur dan Barat dan Maldives.

3. Memberi sumbangan kepada ilmu Sejarah

  • Contoh ; Pengislaman Nusantara, India dll.

4. Sumbangan terhadap ilmu sosiologi dan antropologi (budaya masyarakat), pakaian, makanan dll.

5. Bidang ekonomi

  • Terutama kegiatan ekonomi

6. Perkembangan dalam bidang ekonomi politik pembesar di India dan Acheh

  • Catatan ini lakukan ketika Ibn Battutah singgah di India pada tahun 1333M.
  • Di sini beliau pernah dilantik menjadi kadi besar di bawah pemerintahan Sultan Muhammad Tughluq.
  • Beliau juga pernah singgah di Pasai , Utara Sumatera dan bertemu dengan Sultan Malik al- Zahir yang memerintah kerajaan Pasai.

7. Semangat mengembara kepada orang Islam

  • Pengembaraannya telah memberikan nafas baru kepada pengembara2 lain mengikut jejak langkahnya.
  • Beliau digelar oleh para orientalis sebagai “The Prince of Muslim Travellers”.
  • Pengembarannya selama 28 tahun juga meletakkan beliau setaraf dengan pengembara2 terkenal seperti Marco Polo.

Kesimpulan (1 markah)

1. Ibn Batuttah adalah seorang tokoh pengembara dan ahli pelayaran Islam yang terkenal pada zaman pertengahan.

2. Pengalaman pengembaraannya selama 28 tahun telah dibukukan dan membuka minda masyarakat Eropah.


[ SOKONG BLOG INI, SILA SIGN BUKU PELAWAT ]

No comments:

Related Posts with Thumbnails

PENYOKONG BLOG SEJARAH STPM

PENAFIAN :

Penulis blog tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan, kerugian atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada mana-mana bahagian dalam laman blog ini. Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster dan/atau Lain-Lain Penulis.