ENJIN CARIAN BAHAN

Memuatkan ...

Sabtu, 15 Ogos 2009

TAMADUN ISLAM : TEMA 7 - SUMBANGAN AL-ISHTAKHRI

Huraikan sumbangan Al-Ishtakhri dalam bidang penerokaan dan penjelajahan tamadun Islam.

A. Pengenalan. ( 3M )

1. Al-Istakhri atau nama sebenarnya Abu Ishaq Ibrahim bin Muhammad al-Farisial Karkhi, merupakan orang pertama yang membawa cara baru dalam ilmu geografi.

2. Biografi Al-Istakhri tidak berapa diketahui, tetapi ada beberapa sumber menyatakan beliau berasal dari Istakr sebuah tempat di Iran.

3. Beliau hidup dalam abad ke 4H / 10M.

B. Isi : ( 5x4M=20M )

Sumbangan Al-Istakhri dalam bidang penerokaan dan penjelajahan tamadun Islam

1. Mengembangkan ilmu geografi Islam dengan menghasilkan sebuah karya yang terkenal iaitu Masalik Wa al-Mamalik. Karya beliau banyak memuatkan peta-peta yang lebih dikenali sebagai karya peta. Hasil kerja yang lain seperti Risalat yang cuba menghuraikan tentang negara Parsi.

2. Menurut De Geoje (318-321M), Istakhri telah menulis dan membuat rujukan kepada tulisan al-Balkhi. Beliau juga telah melukis semula atlas Islam yang dicipta oleh al-Balkhi. Contohnya, Istakhri telah menukarkan perkataan iklim daripada konsep geografi Ptolemy kepada keshars yang berkonsepkan Parsi.

3. Dalam Buku al-Muqaddasi, dikatakan bahawa buku yang ditulis oleh Ishtakhri adalah buku yang penuh dengan peta-peta yang dilukis dengan rapi, tetapi penempatan dan komen serta huraiannya agak mengelirukan kerana tidak membahagikan sesuatu kawasan kepada beberapa daerah.

4. Hasil kerja Ishtakhri menunjukkan kemajuan berbanding Balkhi kerana daripada hanya atlas sahaja telah menjadi atlas yang mempunyai keterangan lengkap.Ini menunjukkan beliau menggunakan kaedah saintifik dalam kajiannnya.

5. Istakhri juga telah menghasilkan peta-peta yang lengkap bagi beberapa negara seperti Mesir, Laut Mediterranean, Parsi, Maghribi dan Azherbayjan.

6. Ibn Hawqal telah memuji peta Parsi oleh Istakhri, tetapi memberi sedikit komen tentang kesilapan Istakhri dalam menghasilkan peta Sind. Al-Ishtakhri pula memberi komen tentang peta Mesir oleh Ibn Hawqal dan menyatakan bahawa peta Maghribi yang dilukis oleh Ibn Hawqal tidak tepat. Hasil kerja mereka saling berhubungan berdasarkan komen dan ulasan. Perkara tersebut telah memajukan dan mengembangkan bidang ilmu geografi.

7. Lokasi al-Is, sebuah kubu kecil juga menjadi persoalan. Istakhri menyatakan ia terletak antara Yanbu’ dengan al-Marwah. Al-Mas’udi, al-Waqidi dan al-Hajiri juga menghuraikan lokasi al-Is. Walaubagaimanapun lokasi al-Is yang dihuraikan keseluruhannya adalah benar.

8. Istakhri juga merupakan seorang tokoh pelayaran Islam. Beliau melawat banyak tempat seperti negara Arab, mungkin sampai ke Mekah, Iraq, Khuzistan, Daylam, dan Transoxiana, juga pernah melawat Sepanyol dan Sicily.

C. Kesimpulan. ( 2M )

Berdasarkan huraian, Istakhri merupakan tokoh pelayaran yang unggul dan termasyhur dan telah memberi sumbangan dalam bidang penulisan dan geografi.


[ SOKONG BLOG INI, SILA SIGN BUKU PELAWAT ].

Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails

PENYOKONG BLOG SEJARAH

PENAFIAN :

Penulis blog tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan, kerugian atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada mana-mana bahagian dalam laman blog ini. Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster dan/atau Lain-Lain Penulis.